Anak Berdrama Di Kedai Makan Bungkus Dan Baliklah Di Rumah Lebih Aman


Bila anak mula ‘berdrama’ tidak kiralah di kedai makan mahupun di pasar raya, selalunya mak ayah sudah tahu perangai anak-anak. Ada yang manja, mengada-ngada, kuat mengamuk, tantrum dan sebagainya. Pasti ada cara tersendiri untuk mak ayah kendalikan anak-anak yang peel macam ni.
Setiap anak ada perangainya tersendiri dan bagi anak yang ‘behave’ mak ayah tak perlu risau nak bawa pergi jalan pun. Dengar dan patut. Tapi kalau anak yang lasak, mahunya 2-3 kali mak ayah fikir nak bawa pergi jalan-jalan.
Begitu juga kalau makan kat kedai. Rasanya, baik sebelum atau selepas makan mesti anak buat drama. Setakat bergaduh, sakat menyakat sesama mereka itu sudah pasti. Cuma-mak ayah kena pandai ‘handle’, apatah lagi tempat orang ramai. Tentu ramai yang memerhati.
Kredit foto: Freepik Perkongsian daripada Nor Afidah ini ada betulnya. Kalau tak nak anak buat drama kat kedai makan. Lebih baik bungkus, balik makan di rumah.
Anak ‘Berdrama’ Di Kedai Makan, Bungkus Dan Baliklah Kanak-kanak, walau di mana-mana pun dia akan tetap menjadi kanak-kanak.
Dia akan berperangai seperti kanak-kanak.
Dia akan merengek dan menangis jika ada yang tidak kena kerana dia kanak-kanak.
Dia akan berbuat bising dan berlari-larian apabila bosan, kerana dia kanak-kanak.
Itu semua normal sebagai kanak-kanak.
TETAPI ini bukanlah bermakna kanak-kanak harus dibiarkan dan diabaikan tanpa bimbingan dan batasan oleh ibubapa.
Sekiranya tidak diajar, mereka tidak tahu, jika dibiarkan mereka terus hilang arah.
Kanak-kanak tidak ‘behave’ atau tidak berkelakuan baik bukan kerana mereka jahat, tetapi kerana mereka tidak memiliki skil untuk menjadi tertib dan beradab.
Di Rumah Lebih Aman TIP BAWA ANAK KE KEDAI MAKAN:  Apa yang perlu mak ayah lakukan apabila ingin membawa kanak-kanak ke restoran, warung atau tempat makan awam?
1. BERI PREVIU kepada anak-anak tentang restoran atau tempat makan yang hendak dikunjungi.
Kanak-kanak TIDAK sukakan kejutan kerana itu membuatkan mereka gelisah dan tidak merasa selamat. Mereka lebih mudah ‘behave’ dan bersedia apabila mereka diberi penerangan ringkas terlebih dahulu tentang destinasi yang hendak dituju.
Apa makanan di situ?
Ramai orangkah?
Mungkin kena tunggu untuk dapatkan tempat duduk. Mungkin bising dengan muzik dan sebagainya. Mungkin makanan lambat sebab waktu sibuk.
Ingatkan anak jika inginkan sesuatu tidak perlu merengek, sebaliknya sampaikan dengan baik.
Ingatkan juga anak untuk tidak menjerit-jerit atau meraung kerana mungkin mengganggu ketenteraman orang lain.
Apabila diingatkan dan disediakan dari awal akan kemungkinan-kemungkinan ini, akan lebih mudah untuk kita ingatkan anak kembali apabila berada di restoren nanti.
Persediaan sangat penting jika kita mahu kanak-kanak ‘behave’ di tempat awam.
2. PILIH TEMPAT YANG SESUAI
Bukan pilihan makanan sahaja yang penting apabila membawa kanak-kanak, pilihan restoran atau warung juga sama penting supaya kanak-kanak ‘behave’.
Carilah tempat makan yang memang diketahui dan disarankan sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, baik dari segi susun-atur mahupun servis yang disediakan.
KADANG-KADANG TEMPAT MAKAN YANG ‘VIRAL’ MUNGKIN TIDAK SESUAI UNTUK DIKUNJUNGI KANAK-KANAK KERANA KESESAKAN YANG BOLEH MEMBUATKAN KANAK-KANAK GELISAH DAN RIMAS. Kredit foto: Freepik Sedangkan orang dewasa pun boleh ‘naik angin’ di kedai makan, apatah lagi kanak-kanak yang hanya mengikut sahaja.
Pilihan tempat duduk dalam restoran juga penting supaya kanak-kanak lebih mudah diurus. Apabila kanak-kanak rimas dan bosan, mereka boleh mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain tanpa mereka sedari.
Perkara ini perlu difikirkan oleh ibu bapa terlebih dahulu apabila mengunjungi tempat awam.
3. BERSEDIA UNTUK ‘DRAMA’
Mak ayah harus bersedia untuk anak menjadi letih dan bosan.
ANAK YANG BERUSIA 6 TAHUN KE BAWAH HANYA BOLEH DIAM DI RESTOREN UNTUK JANGKAMASA MAKSIMA 45 MINIT SAHAJA. SEKIRANYA LEBIH DARI WAKTU ITU ANAK MULA GELISAH, PERLU BERGERAK DAN PERLU BERSUARA ATAUPUN BERBUAT BISING. Oleh itu menjadi tanggungjawab mak ayah untuk membuat persediaan agar anak masih boleh bertahan dan bersabar.
Bawalah sesuatu yang boleh mengisi masa anak dari bosan. Sediakan aktiviti yang selamat atau bawa anak berjalan-jalan di kawasan luar restoren untuk menghilangkan bosan.
Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB IBUBAPA untuk menguruskan anak masing-masing apabila berada di tempat awam termasuk restoran atau tempat makan.
Kredit foto: Freepik 4. Sekiranya SEMUA sudah diusahakan tetapi anak masih tidak ‘behave’, BALIKLAH
Ini menunjukkan anak sudah letih dan ‘expired’ dan anak perlukan ruang untuk bergerak dan bernafas.
BUKANLAH SALAH ANAK APABILA MENJADI BEGITU KERANA MEREKA KANAK-KANAK. MEREKA MASIH PERLU DIBIMBING. BUKAN JUGA SALAH ORANG SEKELILING YANG MEMERHATI. MUNGKIN ORANG MEMERHATI KERANA SIMPATI BUKAN KERANA MENGEJI. Bungkuslah makanan dan baliklah. Suasana di rumah sudah tentu lebih menenangkan dan mendamaikan, bukan sahaja kanak-kanak, malah diri kita sendiri juga yang keletihan berhadapan dengan DRAMA.
Jadilah ibubapa yang PROAKTIF dan membuat persediaan, bukan mak ayah yang REAKTIF.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy)
Kredot foto (top image): Freepik
Baca artikel lain di sini: Anak Sulung Ronaldo Ikut Jejak Bapa. Sarung Jersi Nombor 7 Sertai Skuad Remaja Al Nassr!
Anak-anak Suka Makan Jajan, Ibu Bapa Ketahui Bahayanya
Ibu Kalau Nak Anak Bijak, Biasakan Makan Ikan 2 Kali Seminggu
 
 
 
The post Anak ‘Berdrama’ Di Kedai Makan, Bungkus Dan Baliklah, Di Rumah Lebih Aman appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-berdrama-di-kedai-makan-bungkus-dan-baliklah-di-rumah-lebih-aman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diy Rak Bertingkat Guna Bakul Kedai Eco Modal Tak Sampai Rm15 Rumah Lebih Kemas Teratur

Diy Rak Bertingkat Guna Bakul Kedai Eco Modal Tak Sampai Rm15 Rumah Lebih Kemas Teratur

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 324 hits
DIY Rak Bertingkat Guna Bakul Kedai Eco Modal Tak Sampai RM15 Rumah Lebih Kemas Teratur Rak bertingkat mampu menjadikan susun atur kediaman lebih kemas selain menjimatkan ruang Bagi rumah yang memiliki keluasan yang terhad rak bertingkat sa...
Resipi Telur Bungkus Ala Kedai Makan

Resipi Telur Bungkus Ala Kedai Makan

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 330 hits
RESEPI TELUR BUNGKUSBahan bahan Isi ayam cincangSayur campurBawang hollandBawang putihCili kisar sedikitSos ciliSos tiramCara memasak 1 Mula mula panaskan minyak Tumis bawang putih sehingga naik bau Bila dah naik bau masukkan cili kisar dan...
Kedai Makan Nasi Kerabu Aini Di Taman Seroja Di Bbst Di Sepang Di Selangor Di Malaysia

Kedai Makan Nasi Kerabu Aini Di Taman Seroja Di Bbst Di Sepang Di Selangor Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 312 hits
Kandungan Harga Makanan 2023 Ini adalah harga makanan di kedai makan Nasi Kerabu Aini yang sempat dirakam pada pagi tadi Colek di bulan Ramadhan Rupa rupanya kedai makan Nasi Kerabu Aini ni ada jual colek pada waktu malam dalam bulan Ramadh...
Didik Anak Makan Sayur Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Kongsi Tip

Didik Anak Makan Sayur Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 199 hits
Mendidik supaya suka makan sayur memang boleh menjadi satu cabaran yang besar Bagaimanapun ada beberapa cara yang boleh dicuba bagi menggalakkan anak anak untuk suka makan sayur Ingatlah setiap anak berbeza jadi cuba beberapa cara berbeza d...
Penat Balik Kerja Tiba Tiba Ada Jantan Lain Belakang Rumah Sekali Anak Bongsu Yang Dedah Rahsia Mak Dia

Penat Balik Kerja Tiba Tiba Ada Jantan Lain Belakang Rumah Sekali Anak Bongsu Yang Dedah Rahsia Mak Dia

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 151 hits
Penat balik kerja tiba tiba ada jantan lain belakang rumah sekali anak bongsu yang dedah rahsia mak dia Benarlah kata orang kesetiaan wanita diuji saat pasangannya tidak mempunyai apa apa Tatkala suami di luar sibuk bekerja keras tanpa disa...
Anak Melecur Terkena Air Panas Elak Jadi Lebih Teruk Ikut Tip Ini

Anak Melecur Terkena Air Panas Elak Jadi Lebih Teruk Ikut Tip Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 193 hits
Anak anak yang masih kecil mudah terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur Kemalangan yang sering berlaku di dapur ialah terkena minyak panas air yang mendidih dan sebagainya Amat penting menjadikan dapur baby friendly supaya kema...
Kedai Pakaian Muslimah Rumah Murah Kuantan

Kedai Pakaian Muslimah Rumah Murah Kuantan

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 378 hits
Kedai Pakaian Muslimah Rumah Murah Sukar juga mahu tentukan apakah jenis kedai yang baru saya kenal sejak duduk di Kuantan selama 12 tahun Punyalah lama tinggal di sini baru tahu ada kedai pakaian wanita kanak kanak serta menjual pelbagai j...
Ibu Menang Tuntutan Halau 2 Anak Keluar Rumah

Ibu Menang Tuntutan Halau 2 Anak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 305 hits
AgensiRom Seorang wanita di Itali memenangi kes mahkamah iaitu tuntutan untuk mengusir dua anak lelaki berumur 40 dan 42 dari rumahnya selepas mereka enggan keluar atau menghulurkan wang bagi meringankan bebannya Oddity Central melaporkan w...
T22l25 Kedai Makan Kak Ani Ajil

T22l25 Kedai Makan Kak Ani Ajil

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 232 hits
Kandungan Mencari Nasi Lemak Ikan AyaRupa rupanya bukan senang nak memenuhi permintaan Tok Mak nak makan nasi lemak nasi dagang bersambalkan ikan aya Kebanyakan kedai yang Master singgah jual nasi lemak biasa biasa sahaja ala ala Kuala Lump...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah