Anak Melecur Terkena Air Panas Elak Jadi Lebih Teruk Ikut Tip Ini


Anak-anak yang masih kecil mudah terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur. Kemalangan yang sering berlaku di dapur ialah terkena minyak panas, air yang mendidih dan sebagainya.
Amat penting menjadikan dapur ‘baby-friendly’ supaya kemalangan ini dapat dielakkan. Namun begitu, jika musibah ini terjadi ibu bapa harus bertindak pantas dan mempunyai pengetahuan asas untuk melakukan langkah rawatan asas yang betul bagi mengelakkan kecederaan anak bertambah teruk.
Kredit foto: Freepik Melalui perkongsian seorang doktor perubatan Hana Hadzrami, beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan jika anak terkena minyak atau air panas. Sekaligus membantu meminimumkan kecederaan anak.
“Beberapa bulan dahulu saya menjaga seorang bayi berumur setahun yang dirawat PICU akibat melecur lebih 40% badan. Habis kepala, muka, dada, tangannya kehilangan kulit, hanya tinggal isi yang merah.
Satu badan berbalut dengan hanya menampakkan sebahagian muka (sebahagian lagi ditutup dengan lapisan kolagen) dan kedua-dua belah kaki.
Dia memerlukan bantuan pernafasan dengan mesin bantuan hayat kerana tak mampu bernafas dengan baik.
Anak itu memerlukan pembedahan buang lapisan tisu mati serta menukar balutan (dressing) pada badannya setiap selang sehari.
Tersiram air kopi
Setiap kali dressing dilakukan ianya perlu dibuat di dewan bedah dengan bius penuh. Ini kerana tisu kulit yang mati atau membusuk harus dikikis buang untuk mencegah jangkitan kuman.
Puncanya ialah bayi itu menaiki walker dan menarik alas meja makan. Di atas meja pula ada seteko air panas yang baru setengah jam siap dididih.
Air panas itu telah tersiram pada kepala dan sebahagian besar tubuhnya. Menggelupur anak itu menahan sakit.
Saya teringat anak saya dulu sewaktu berumur dalam 3-4 tahun pernah tersiram kopi panas yang baru dibancuh dengan air mendidih; belum 15 minit selepas didih pun.
Kopi itu saya letakkan di rak almari sebelah atas. Namun anak saya telah memanjat almari dan mencapainya. Lalu kopi panas tersiram daripada kepala sampai ke badannya. Anak tadi melecur teruk sampai masuk ICU. Manakala anak saya selamat tak jadi apa-apa. Syukur!!
Kredit foto: Freepik Rawatan asas
Kenapa boleh berbeza hasilnya sedangkan mengalami kemalangan yang sama? Bezanya ialah saya mengetahui bantuan rawatan asas (first aid) dan dengan izin Tuhan, berjaya mengaplikasi pengetahuan tersebut kepada anak sendiri.
Sebaik saja tersiram kopi panas, segera saya bawa dia ke bilik air dan saya siramkan air paip secara berterusan. Dengan bajunya sekali saya siram (kerana bajunya tipis).
Siraman itu perlu berterusan sehinggalah dia tak lagi berasa sakit dan tiada lagi kesan merah pada badannya.
Manakala anak yang malang tadi; ibubapanya tiada pengetahuan first aid. Dalam keadaan panik, terus anak itu di bawa ke hospital. Kulit yang tersiram air panas terus ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana haba terus masuk kedalam kulit secara langsung.
Sampai di hospital, semua dah terlambat; lecur tadi dah jadi third degree burn. Kesian si anak perempuan tadi. Wajah dan tubuhnya takkan kembali seperti dulu!
Petua
Kerap saya terdengar cara merawat lecur dengan cara menyapu ubat gigi atau dengan merendam anggota melecur dalam guni tepung . Ada juga yang suruh sapu minyak masak. Bermacam jenis petua ada.
Petua-petua tersebut diturunkan oleh nenek moyang dengan niat baik. Namun ianya kurang tepat dan boleh memburukkan keadaan jika lecur itu serius dan melibatkan kawasan besar.
Jika tersiram minyak atau air panas, jangan panik. Segera bawa mangsa ke bilik air dan lalukan dengan air paip secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit atau hilang rasa sakit.
Kredit foto: Freepik Jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal; tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’.
Percayalah, jika first aid dilakukan dengan segera; jangankan melecur, tanda merah pun tiada. Belajarlah asas rawatan seperti mengendalikan luka kecil dan pendarahan, memberi rawatan permulaan bagi luka melecur, kerana kemalangan kerap terjadi dalam rumah.
Dengan pengetahuan rawatan asas, anda boleh mencegah kecederaan yang lebih besar.
Simpan barang berbahaya
Paling baik jika ada anak kecil di rumah ialah menjadikan rumah anda baby-friendly supaya kemalangan dapat dicegah.
Simpan segala alas meja, perhiasan kaca atau kristal. Elakkan wayar elektrik berjuntai ke bawah. Simpan benda tajam dan berbahaya di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak kecil.
Bagi ibu bapa pula, amat penting untuk kita lebih berhati-hati dan membuat rawatan asas yang betul jika berlakunya kemalangan seperti ini.
Sumber: Hana Hadzrami
Kredit foto: Pixabay   Pixabay 1
The post Anak Melecur Terkena Air Panas, Elak Jadi Lebih Teruk, Ikut Tip Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-melecur-terkena-air-panas-elak-jadi-lebih-teruk-ikut-tip-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Perwira Polisi Ikut Digeledah Terkait Pembunuhan Ibu Anak Di Subang Apa Kaitannya

Rumah Perwira Polisi Ikut Digeledah Terkait Pembunuhan Ibu Anak Di Subang Apa Kaitannya

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 146 hits
Tuti Suhartini dan Amalia Mustika Ratu ditemukan bersimbah darah di bagasi mobil Alphard pada 18 Agustus 2021
Anak Berdrama Di Kedai Makan Bungkus Dan Baliklah Di Rumah Lebih Aman

Anak Berdrama Di Kedai Makan Bungkus Dan Baliklah Di Rumah Lebih Aman

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 570 hits
Bila mula berdrama tidak kiralah di kedai makan mahupun di pasar raya selalunya mak ayah sudah tahu perangai Ada yang manja mengada ngada kuat mengamuk tantrum dan sebagainya Pasti ada cara tersendiri untuk mak ayah kendalikan anak anak yan...
Tak Perlu Manjakan Anak Lelaki Lebih Lebih Kasar Sikit Tak Apa Biar Kental Hatinya

Tak Perlu Manjakan Anak Lelaki Lebih Lebih Kasar Sikit Tak Apa Biar Kental Hatinya

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 130 hits
Anak lelaki perlu dibesarkan dengan penuh tanggungjawab dan bijak mengawal emosi dirinya Itu tanda kematangan seorang anak lelaki Disebabkan itulah anak lelaki perlu di latih dan dididik untuk membuat keputusan lebih baik dengan matang seja...
Didik Anak Makan Sayur Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Kongsi Tip

Didik Anak Makan Sayur Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 243 hits
Mendidik supaya suka makan sayur memang boleh menjadi satu cabaran yang besar Bagaimanapun ada beberapa cara yang boleh dicuba bagi menggalakkan anak anak untuk suka makan sayur Ingatlah setiap anak berbeza jadi cuba beberapa cara berbeza d...
Dr Malar Kongsi Tip Cantik Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

Dr Malar Kongsi Tip Cantik Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 214 hits
terutama yang mengandungi kandungan siliki yang tinggi memang elok kita amalkan setiap hari Selain bagus diminum air mineral juga boleh digunakan untuk mencuci kulit wajah Jika diamalkan secara konsisten kulit wajah akan lebih sihat dan beb...
Anak Sulung Ronaldo Ikut Jejak Bapa Sarung Jersi Nombor 7 Sertai Skuad Remaja Al Nassr

Anak Sulung Ronaldo Ikut Jejak Bapa Sarung Jersi Nombor 7 Sertai Skuad Remaja Al Nassr

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 181 hits
Ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi peribahasa ini begitu dekat jika dikaitkan dengan putera sulung Cristiano Ronaldo Cristiano Jr yang mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai kelab Al Nassr Remaja berusia 13 tahun itu difahamkan...
124 Anak Nelayan Ikut Sunatan Massal Serentak Di Belasan Titik Kawasan Pesisir

124 Anak Nelayan Ikut Sunatan Massal Serentak Di Belasan Titik Kawasan Pesisir

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 161 hits
a Kelautan dan Perikanan Selain sunatan massal PSDKP juga membuka layanan pemeriksaan umum pemeriksaan lansia
Rentasan 1469 Panas Ternyata Islam Gagal Diperkasa Dimartabatkan Di

Rentasan 1469 Panas Ternyata Islam Gagal Diperkasa Dimartabatkan Di

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 212 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1469 1 BURUK MUKA CERMIN DIBELAH 2 SEJAUH MANA KEBENARAN DAKWAAN HAMZAH 3 GENERASI MUDA TERPELAJAR CITA CITA MURNI PMX 4 SAKAU DUIT RAKYAT KETIKA DERITA BUKAN KERJA KERAJAAN MADANI
300 000 Hit By Unscheduled Water Cut In Jb

Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Many Malaysian Graduates Are Earning Just Enough To Survive Says Report

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Untunglah Ada En Tunang

Kepakaran Abdul Kadir Mampu Mantapkan Pengurusan Air Negara Berita Harian 22 05 2025

Drama Si Bakhil Dengan Bunganya

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Rahsia Bancuhan Sirap Tradisional Rasa Asli Dari Dapur Mak Su

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini