Diberi Naik Gaji Mampukah Ia Menterbalikkan Sokongan Penjawat Awam Kepada Ph Bn


 


Sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei semalam, ajan paling menarik yang dibawa PMX ialah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam bermula 1 Disember depan.

Katanya, kenaikan yang diberi nanti melebihi 13 peratus merupakan tertinggi dalam sejarah dan melibatkan peruntukan dana sebanyak RM10 bilion.

Komponen penting dalam kenaikan tersebut ialah penjawat awam gred rendah akan menerima kenaikan lebih tinggi antara 25 hingga 30 peratus, selain menjadikan pendapatan minimum mereka melebihi RM2,000 sebulan.

“Pada masa ini pendapatan minimum penjawat awam adalah pada kadar RM1,765. Ini tak munasabah.

“Maka tahun ini kriteria ukuran baharu sistem saraan iaitu pendapatan menyeluruh gaji dan elaun tetap penjawat awam mesti lebih RM2,000,” katanya lagi.

Memberi kenaikan gaji penjawat awam bermula I Disember ini, setelah awal tahun ini mereka sudah diberi bayaran insentif sebanyak RM2,000 dan saguhati Hari Raya Aidil Fitri RM500, bermakna ini kali ketiga mereka memperolehi laba bagi tahun 2024 ini.

Pendeknya, ini bukan lagi durian runtuh, tetapi umpama musim durian berbuah tiga kali dalam setahun.

Meski difahami pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap khidmad penjawat awam, di samping untuk menyeimbangkan pendapatan gred rendah dengan tinggi, tidak dapat dinafikan ia juga difahami bertujuan agar kakitangan kerajaan sentiasa menyokong parti-parti yang sekarang membentuk kerajaan perpaduan sehingga PRU16 akan datang.

Turut tidak dapat dinafikan, kecenderungan memberi kenaikan ini adalah kesan daripada sokongan majoriti penjawat awam kepada parti bukan PH/BN dalam PRU15 lalu dan PRN tahun lepas.

Banyak kajian selepas kedua-dua pilihan raya tersebut menyimpulkan sokongan penjawat awam kepada blok pembangkang yang ada sekarang adalah sekitar 70 peratus, malah kemenangan PN di kerusi Parlimen Putrajaya buat pertama kali pada PRU15 adalah merupakan mercu tanda ke mana arah mana hati dan jiwa kecenderungan mereka.

Dengan kenaikan gaji ini, harapan besar dan barangkali harapan setinggi KLCC di dada Anwar ialah agar penjawat awam kembali menyokong PH/BN dalam PRU16 akan datang, seterusnya mengekalkan lagi beliau sebagai Perdana Menteri.

Sebagaimana diketahui umum, selain PH mahu PMX kekal sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua, BN melalui kenyataan Zahid Hamidi baru-baru ini juga mempunyai komitmen yang sama.

Bolehkah harapan itu menjadi kenyataan?

Sejak semalam, selain meneliti perkembangan di media, saya juga ada ramai kenalan dan saudara mara yang bekerja sebagai penjawat awam, tetapi secara umumnya respon mereka didapati agak dingin dan mendatar.

Yang tampak gembira dan melonjak dengan kemurahan hati Anwar nemberi kenaikan gaji itu hanyalah penyokong-penyokong tegar kerajaan madani.

Malangnya, mereka itu bukanlah pula penjawat awam.

Kakitangan awam didapati masih bersikap tunggu dan lihat terhadap kenaikan gaji yang bakal mereka terima pada 1 Disember nanti.

Tidak kurang yang bimbang kos sara hidup dan harga barang akan menaik lebih tinggi sebelum pun kenaikan gaji itu mereka terima.

Harap-harapnya berita gembira yang diumumkan PMX semalam tidak seperti memakai kain singkat – tutup atas, paha terdedah dan tutup bawah, dada terdedah.

Pengundi yang bukan penjawat awam diberi apa? – ShahbudinHusin 2Mei2024.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/diberi-naik-gaji-mampukah-ia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Umum Gaji Penjawat Awam Tidak Naik Automatik

Pm Umum Gaji Penjawat Awam Tidak Naik Automatik

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 320 hits
GAJI PENJAWAT AWAM TIDAK NAIK AUTOMATIK Sebelum ini penjawat awam diumumkan bahawa akan ada kenaikan gaji Untuk kenaikan itu kini dinyatakan gaji penjawat awam tidak naik automatik Perkara ini telah dijelaskan oleh perdana menteri Datuk Ser...
Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 242 hits
Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam 9 Berit baik pada hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan gaji penjawat awam naik 15 peratus yang pasti akan disambut baik oleh penjawat aw...
Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Tertinggi Dalam Sejarah Perkhidmatan Awam Pm

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Tertinggi Dalam Sejarah Perkhidmatan Awam Pm

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 279 hits
BERITA HARIAN Oleh Mei 1 2024 11 31amPUTRAJAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam n...
Kerajaan Negeri Umum Penjawat Awam Kelantan Naik Gaji Ikut Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri Umum Penjawat Awam Kelantan Naik Gaji Ikut Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 213 hits
Pengumuman terkini kerajaan negeri umum penjawat awam Kelantan naik gaji selaras ikut kerajaan Persekutuan Jelas Kerajaan Kelantan sedia untuk menaikkan gaji penjawat awam selaras dengan keputusan dibuat oleh kerajaan Persekutuan bermula Di...
Pn Sokong Gaji Penjawat Awam Naik Wan Fayhsal Jawab Saifuddin

Pn Sokong Gaji Penjawat Awam Naik Wan Fayhsal Jawab Saifuddin

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 225 hits
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyahut cabaran Saifuddin Nasution Ismail supaya menyatakan pendirian sama ada menyokong atau tidak kenaikan gaji penjawat awam PETALING JAYA Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegask...
Tiada Kenaikan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas Ada Isu Disiplin Pm

Tiada Kenaikan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas Ada Isu Disiplin Pm

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 338 hits
Malaysiakini nbsp Penjawat awam yang malas dan ada masalah disiplin akan dikecualikan daripada kenaikan gaji secara automatik kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Anwar berkata sistem gaji pada masa ini tidak adil kepada penjawat awam yang ra...
Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 459 hits
Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024 Melalui Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam atau struktur gaji baharu penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja yang disambut 1 Mei 2024 ini PM ...
Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 305 hits
SEREMBAN Sentuhan keanggunan dan keberlanjutan diperlihatkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dalam mengemban tanggungjawabnya terhadap kakitangan awam Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dengan penuh tegas dan bijaksana mengumumkan kesun...
Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 293 hits
Cadangan tambah baik gaji penjawat awam diumum 1 Mei PMOleh MOHD RASDAN AHMAD19 April 2024 6 18 piAnwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam hari ini PETALING JAYA Cadangan penambahbaika...
Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

Livetvonline Solusi Modern Untuk Menikmati Pertandingan Sepak Bola Kapan Saja

Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Martabak Manis Tetangga Kita Kini Di The Campus Ampang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Entri Pasal Makan 2025 Bahagian 2

Perang Iran Dan Israel Ramai Yang Kata Ini Hanya Drama Wayang

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Sah Atau Tak Sah Solat Yang Tak Dibaca Al Fatihah

Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya