Dibentangkan Selawat Kepada Rasulullah Saw Pada Setiap Hari Jumaat



SOALAN:
Apakah benar selawat yang kita baca akan dibentangkan kepada Rasulullah SAW pada setiap hari Jumaat?

JAWAPAN:
Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Berdasarkan soalan di atas, terdapat satu riwayat di dalam al-Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi bahawa akan dibentangkan setiap selawat daripada umat Nabi Muhammad SAW kepada Baginda SAW pada setiap hari Jumaat.

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

Berikut adalah teks hadith yang menceritakan berkaitan selawat yang dibaca akan dibentangkan kepada Nabi SAW pada setiap hari Jumaat. Adapun berkaitan penilaian riwayat atau hadith ini, para ulama’ berbeza pandangan. Di sini kami nukilkan beberapa penilaian para ulama’ berkaitan hadith ini:

• Imam al-Baihaqi mengatakan hadith ini diriwayatkan dengan lafaz-lafaz yang berbeza-beza daripada Anas bin Malik RA. Akan tetapi, kesemuanya membawa kepada galakan (memberi semangat) untuk berselawat ke atas Nabi SAW malam Jumaat dan hari Jumaat. Tambahan pula, sebahagian sanadnya adalah dhaif dan apa yang telah kami sebutkan telah cukup. [Lihat: al-Sunan al-Kubra, 3/353]

• Imam al-Sakhawi menilai sanad hadith ini adalah hasan walaupun jumhur ulama’ menyatakan bahawa Makhul tidak pernah bertemu Abu Umamah R.A. [Lihat: al-Qaul al-Badi’, 233]

• Imam al-Suyuthi menilai sanad hadith daripada riwayat yang dinukilkan oleh al-Baihaqi adalah hasan. [Lihat: al-Khasais al-Kubra, 2/457]

• Imam al-‘Ajlouni menghukum sanad hadith ini adalah jayyid (baik). [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 1/190]

• Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan. [Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50]

Melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami cenderung kepada hadith ini adalah hasan sebagaimana yang dinilai oleh para ulama’ di atas. Selain itu, Imam al-Syaukani hadith ini menjadi dalil bahawa setiap selawat yang dibaca oleh hamba-hamba Allah akan dibentang di hadapan Nabi SAW pada setiap hari Jumaat. [Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50]

Penutup

Kesimpulannya, hadith di atas adalah hasan dan ia merupakan dalil yang jelas bahawa setiap selawat yang dibaca oleh umat Nabi Muhammad SAW akan dibentang di hadapan Baginda SAW pada setiap hari Jumaat. Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Al-Ahzab: 56)

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu.” [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/5511]

Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW serta menghimpunkan kita bersama Nabi SAW di dalam Syurga kelak. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/dibentangkan-selawat-kepada-rasulullah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasar Minggu Kuala Besut Setiap Hari Jumaat Masih Tidak Berubah

Pasar Minggu Kuala Besut Setiap Hari Jumaat Masih Tidak Berubah

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 737 hits
Pasar Minggu Kuala Besut Setiap Hari Jumaat Masih Tidak Berubah Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Baru baru ini Sha pulang ke kampung halaman untuk bercuti dan menjenguk keluarga jika sebelum ini Sha biasanya akan pulang ke kampung ...
Rupanya Buah Nanas Perlu Dimakan Setiap Hari Buah Nanas Mampu Merawat 1001 Penyakit

Rupanya Buah Nanas Perlu Dimakan Setiap Hari Buah Nanas Mampu Merawat 1001 Penyakit

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 337 hits
Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan acap kali risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak tajam Rupanya Buah Nanas Perlu Dimakan Setiap Hari Buah Nanas Mampu Merawat 1001 Penyakit
Jokowi Perintahkan Mendag Dan Menlu Kejar Negara Potensial Ekspor Setiap Hari

Jokowi Perintahkan Mendag Dan Menlu Kejar Negara Potensial Ekspor Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 311 hits
Jokowi juga mengingatkan mengenai percepatan negosiasi perjanjian kemitraan ekonomi komprehensif dengan Australia Uni Eropa negara anggota ASEAN dan Afrika Jokowi ingin tim negosiasi yang diutus kuat sehingga bisa menjalankan tugas dengan b...
4 Warga Depok Digigit Kobra Setiap Hari Damkar Terima Belasan Laporan Temuan Ular

4 Warga Depok Digigit Kobra Setiap Hari Damkar Terima Belasan Laporan Temuan Ular

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 243 hits
Sejak kemunculannya beberapa waktu lalu di Kota Depok Jawa Barat ular berbisa telah menggigit empat orang Setiap hari petugas hampir menerima laporan dari warga perihal kemunculan ular kobra
Najib Akan Buat Sumpah Laknat Pada Hari Jumaat Ini

Najib Akan Buat Sumpah Laknat Pada Hari Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 544 hits
Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebooknya memklumkan akan melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah Azilah Hadri Katanya sumpah laknat itu akan dibuat pada Jumaat ini di Masjid Jamek Kampung Bar...
Selain Blusukan Gibran Mengaku Setiap Hari Datangi Posko Para Relawan

Selain Blusukan Gibran Mengaku Setiap Hari Datangi Posko Para Relawan

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 267 hits
Selain blusukan putra sulung Presiden Joko Widodo alias Jokowi Gibran Rakabuming Raka rajin mengunjungi para pendukung Kunjungan dilakukan setiap hari di masing masing posko relawan yang tersebar di 51 kelurahan di Solo
Setiap Hari Menanti Dipantai Kisah Ibu Tua Setia Tunggu Anaknya Tenggelam Dilaut Kembali

Setiap Hari Menanti Dipantai Kisah Ibu Tua Setia Tunggu Anaknya Tenggelam Dilaut Kembali

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 404 hits
Seorang ibu tua di Aceh menyentuh hati orang ramai apabila setia menanti si anak setiap hari di tepi pantai mengharapkan anaknya yang hanyut kembali pulang Sejak siang hingga malam si ibu menatap Pantai Ujong Batee Lhokseumawe yang luas tan...
Bangunlah Sayang Hari Jumaat Buat Suprise Birthday Untuk Isteri Sabtu Kemalangan Terus Koma

Bangunlah Sayang Hari Jumaat Buat Suprise Birthday Untuk Isteri Sabtu Kemalangan Terus Koma

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 306 hits
Dalam masa dua hari dapat dua surprise Itulah yang berlaku pada seorang isteri baru baru ini Bangunlah sayang Hari Jumaat Buat Suprise Birthday Untuk Isteri Sabtu Kemalangan Terus Koma
Mudah Serabut Membebel Setiap Hari Tanda Isteri Terlalu Banyak Fikir

Mudah Serabut Membebel Setiap Hari Tanda Isteri Terlalu Banyak Fikir

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 516 hits
Betullah orang kata isteri ni sepanjang masa akan berfikir Dari sekecil kecil masalah sampailah masalah besar semuanya akan difikir serentak Kadang tu waktu tidur pun masih berfikir walaupun mata pejam Suami kena faham situasi isteri dan ja...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024