Pasar Minggu Kuala Besut Setiap Hari Jumaat Masih Tidak Berubah


Pasar Minggu Kuala Besut Setiap Hari Jumaat Masih Tidak Berubah | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Sha pulang ke kampung halaman untuk bercuti dan menjenguk keluarga, jika sebelum ini Sha biasanya akan pulang ke kampung pada hari Sabtu tetapi kali ini Sha memilih untuk balik pada hari khamis iaitu pada 12 disember 2019 hingga 16 Disember 2019. Memandangkan Sha sudah lama tidak berkunjung ke Pasar Minggu Kuala Besut, Alhamdulillah pada pagi jumaat itu Sha bersama adik Sha ( Tina) mengambil peluang untuk mencari sarapan di Pasar Minggu Kuala Besut. Lebih 10 tahun tidak jejakkan kaki ke sini membuatkan Sha sedikit lupa tentang waktu operasi pasar yang sesuai untuk Sha kunjungi. 

Sha tak pastilah orang panggil apa sebenaranya, ada yang panggil pasar tani ada yang panggil pasar minggu tapi yang pasti pasar yang Sha maksudkan di Kuala Besut ini adalah pasar yang ada pada hari jumaat. Jika korang ada berniat untuk ke Pulau Perhentian, korang boleh singgah dulu di pasar minggu ini memandangkan lokasinya berdekatan dengan Jeti Pulau Perhentian lebih kurang dalam 500 meter sahaja


Tarikan utama pasar minggu ini semestinya kepelbagaian makanan. Sha kongsikan gambar-gambar ini semua di laman facebook ramai yang kata macam di Kelantan. Apa yang dipelikkan, Kuala Besut yang terletak di Besut, Terengganu ini bersempadan dengan Negeri Kelantan jadi tempias gaya hidup pun tak ada beza sangat.

  Sha sampai ke pasar dalam pukul 7.30 pagi, mungkin terlalu awal untuk berkunjung ke pasar ini kerana para peniaga masih dalam proses membuka tapak jualan. Tapi untuk peniaga makanan, barangan basah awal pagi mereka sudah siap sedia menyambut pengunjung. Walaupun dah lama tidak ke sini, dan bangunan pasar pun dah ada tetapi susun atur khemah-khemah peniaga masih sama macam dulu jadi Sha tidaklah terlalu kekok atau pening-pening nak tuju ke mana


Rambang mata, itulah ayat yang boleh Sha katakan bila berkunjung ke bahagian yang dipenuhi oleh kuih muih. Nasib baik Sha bukan penggemar kuih muih jadi tak adalah Sha terjebak untuk borong kuih muih yang ada, cuma beli kuih yang Sha biasa makan sahaja seperti apam berkuah dan pulut bakar. Ada kawan tanya apa yang berwarna merah kuning tuuu.. haaa... biasa nampak pulut kuning je, kat tempat Sha ada pulut warna merah


Jangan tidak percaya, pagi-pagi dah ada makanan berat yang biasa jumpa untuk makanan tengahari ke atas baru dapat. Orang Pantai Timur sudah biasa dengan makanan berat di waktu pagi, ehehehe. Seperti yang kita nampak, makanan ala siam pun dah ada iaitu kerabu kaki ayam, kerabu mangga, som tam dan juga Miang Kam


Berat tak berat makanan kat sini, bukan setakat nasi putih tetapi nasi minyak dengan pelbagai lauk pauk sudah tersedia. Kalau nak cari bihun goreng, kuew teow goreng ke susah sikit kalau nasi banyaklah. Suami Sha sendiri dulu pun susah nak biasakan diri, maklumlah nak cari nasi lemak pagi-pagi kat kampung Sha pun bukan senang, nasi pun lain



Musim hujan biasanya banyak makanan yang hanya ada pada musim tengkujuh muncul. Makanan yang biasanya banyak pada musim begini adalah kepelbagaian jenis ubi boleh didapati di pasar. Di gerai kakak ni Sha sempat beli kulat sisir untuk dicampurkan ke dalam telur dadar nanti


Sha dan suami selalu bertelingkah tentang pulut bakar kerana pulut bakar di Perak isinya kelapa manis manakala pulut bakar di Pantai Timur semestinya pelbagai lauk terutamanya isi ikan. Tertarik dengan gerai akak ni kerana beliau bakar pulut di gerai terus, ada pulut bakar, pulut lepa atau pulut panggang dengan isi ikan dan isi daging. Sha pun belum pernah makan pulut lepa isi daging ni, rasa pun tak tahu nak beli karang habis diet..ahahaha


Tujuan utama Sha ke Pasar Minggu Kuala Besut ini sebenarnya adalah dengan niat untuk mencari ikan budu. Ramai yang tanya Sha apa itu ikan budu? Ikan budu adalah makanan popular ketika musim banjir, mungkin orang dulu-dulu buat stok untuk persediaan di musim banjir yang tidak mengizinkan penduduk keluar jadi ikan budu adalah penyelamat sebagai lauk pembuka selera. Ikan budu mungkin berbeza sikit cara pembuatannya berbanding ikan pekasam kerana ianya hanya diperap dengan asam jawa atau asam keping bersama dengan garam kasar. Sha pun dari kecil kalau makan ikan budu menggunakan resepi biasa iaitu dimasak dengan telur, bawang dan cili


Musim tengkujuh ramai juga yang mencuri peluang untuk menambah pendapatan dengan menjual ikan sungai atau ikan darat. Gambar yang Sha ambil ini adalah paket belut yang sudah siap dipotong, ikan sungai pun ada yang siap diperap dengan garam dan kunyit. Tinggal balik rumah korang hanya perlu goreng atau masak apa sahaja hidangan tak perlu susah nak menyiang semua


Jika korang nak tahu, pasar minggu Kuala Besut ini bukan sahaja menyediakan pelbagai makanan tetapi di sini korang boleh dapatkan barangan lain seperti pakaian, barang plastik, barangan rumah dan juga kasut. Memandangkan Sha pergi awal jadi tak banyak tempat Sha boleh jalan-jalan kerana peniaga masih dalam proses buka kedai. Kalau datang sini siap sedialah sakit kaki sebab pasarnya agak besar dan meriah


Seperti yang Sha cakapkan awal tadi jika korang nak ke Pulau Perhentian bolehlah cuci mata di pasar minggu terlebih dahulu. Pasar ini terletak di kawasan Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut sahaja jadi senanglah korang nak cari lokasi pasar ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2019/12/pasar-minggu-kuala-besut-setiap-hari-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dibentangkan Selawat Kepada Rasulullah Saw Pada Setiap Hari Jumaat

Dibentangkan Selawat Kepada Rasulullah Saw Pada Setiap Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 325 hits
SOALAN Apakah benar selawat yang kita baca akan dibentangkan kepada Rasulullah SAW pada setiap hari Jumaat JAWAPAN Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini Ini kerana di sana terdapat banyak kelebihan bagi o...
Teror Ular Kobra Di Pasar Minggu Sejak 1975

Teror Ular Kobra Di Pasar Minggu Sejak 1975

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 194 hits
Salah seorang warga atas nama inisial N mengatakan keberadaan ular di Rawa Bambu sudah diketahui sejak 1975 Sehingga warga tidak terlalu kaget saat ditemukan 8 ekor anak ular di kawasan tersebut
Awal Mula Munculnya 8 Anak Ular Kobra Di Pasar Minggu

Awal Mula Munculnya 8 Anak Ular Kobra Di Pasar Minggu

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 296 hits
N menyebut ular tersebut ditemukan sekitar pukul 17 00 WIB di sekitar jalan atau gang tempat ia tinggal Semula N mengira ular kobra itu hewan lain
Selain Blusukan Gibran Mengaku Setiap Hari Datangi Posko Para Relawan

Selain Blusukan Gibran Mengaku Setiap Hari Datangi Posko Para Relawan

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 267 hits
Selain blusukan putra sulung Presiden Joko Widodo alias Jokowi Gibran Rakabuming Raka rajin mengunjungi para pendukung Kunjungan dilakukan setiap hari di masing masing posko relawan yang tersebar di 51 kelurahan di Solo
Ular Kobra Ngumpet Di Laci Warung Jeruk Purut Pasar Minggu Petugas Turun Tangan

Ular Kobra Ngumpet Di Laci Warung Jeruk Purut Pasar Minggu Petugas Turun Tangan

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 254 hits
Tim penyelamatan sektor Pasar Minggu mengerahkan 10 personel gabungan dari Sektor IX dan Jeruk Purut
Jokowi Perintahkan Mendag Dan Menlu Kejar Negara Potensial Ekspor Setiap Hari

Jokowi Perintahkan Mendag Dan Menlu Kejar Negara Potensial Ekspor Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 311 hits
Jokowi juga mengingatkan mengenai percepatan negosiasi perjanjian kemitraan ekonomi komprehensif dengan Australia Uni Eropa negara anggota ASEAN dan Afrika Jokowi ingin tim negosiasi yang diutus kuat sehingga bisa menjalankan tugas dengan b...
Setiap Hari Menanti Dipantai Kisah Ibu Tua Setia Tunggu Anaknya Tenggelam Dilaut Kembali

Setiap Hari Menanti Dipantai Kisah Ibu Tua Setia Tunggu Anaknya Tenggelam Dilaut Kembali

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 403 hits
Seorang ibu tua di Aceh menyentuh hati orang ramai apabila setia menanti si anak setiap hari di tepi pantai mengharapkan anaknya yang hanyut kembali pulang Sejak siang hingga malam si ibu menatap Pantai Ujong Batee Lhokseumawe yang luas tan...
Najib Akan Buat Sumpah Laknat Pada Hari Jumaat Ini

Najib Akan Buat Sumpah Laknat Pada Hari Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 544 hits
Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebooknya memklumkan akan melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah Azilah Hadri Katanya sumpah laknat itu akan dibuat pada Jumaat ini di Masjid Jamek Kampung Bar...
Rupanya Buah Nanas Perlu Dimakan Setiap Hari Buah Nanas Mampu Merawat 1001 Penyakit

Rupanya Buah Nanas Perlu Dimakan Setiap Hari Buah Nanas Mampu Merawat 1001 Penyakit

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 336 hits
Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan acap kali risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak tajam Rupanya Buah Nanas Perlu Dimakan Setiap Hari Buah Nanas Mampu Merawat 1001 Penyakit
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash