Diari Puan Emme Marina Menulis Untuk Kebaikkan
Meluangkan masa untuk menceritakan hal seharian adalah sukar kerana ianya merupakan satu alasan. Pilihan untuk menulis dan berkongsi kisah adalah pilihan penulis, dan di dalam kes ini penulis tersebut ialah saya sendiri. Sudah agak lama saya kurang menulis mungkin kerana penat, ketandusan idea, atau rasa tiada siapa yang membaca? Walhal dari awal saya sudah tetapkan saya lebih suka menjadi seorang yang kurang dikenali. Maka, alasan tiada siapa yang membaca untuk dijadikan asbab adalah alasan yang sangat lemah.
Semalam baru saya berkesempatan membaca buku dari karya Bonda Nor yang sudah sebulan lebih saya beli. Beli kerana mahu menaikkan semangat, menimba ilmu dan excited kononnya kerana nak jadi orang yang berjaya. Adalah 6 buah buku kot saya beli tempoh hari, hingga ke hari ini, belum satu pun lagi saya habis baca. Punyalah acah busy.
Wanita Wajib Kaya merupakan buku yang sangat menarik untuk dibaca.
Cara penulisan penulis, kamus kata yang digunakan, dan cara beliau mahu menunjukkan betapa pentingnya seorang wanita itu perlu berusaha untuk berjaya dalam hidup dalam erti surviving adalah perkataan dan ayat yang diulang-ulang supaya sampai kepada kepala kita, mindset kita, hati kita bahawa kita tidak boleh hidup semata-mata bergantung kepada orang lain. Ada beberapa ilmu yang telah saya ketahui namun saya tidak amalkan. Tidak mempraktikkan, dan apabila membaca lagi ilmu tersebut melalui buku Wanita Wajib Kaya menyentak saya bahawa ilmu itu saya langsung tidak amalkan dan praktikkan dengan baik.
Alasan demi alasan.
Ketakutan untuk menjadi kaya itu saya alami dari tahun 2016-2017 semasa saya mengandung anak ke empat. Saya takut nak jadi kaya. Saya takut ada income besar berpuluh ribu, even berbelas ribu pun saya takut. Itu baru tahap ribu, belum lagi juta kan? Punyalah ramai jutawan kat Malaysia ni rileks je ada 1 juta sales. Haha. Kita? Kata nak berjaya tapi setakat 3-5 ribu je dah rasa takut melebih-lebih.
Berani jadi kaya.
Wajib berani kalau memang nak buat sales ratus ribu.
Wajib percaya yang diri kita akan capai target dan impian yang kita mahukan!
Jika diri kita tidak percaya, bermakna kitalah biawak yang memakan diri sendiri. So sudah-sudahlah menyalahkan orang lain dan faktor sekitar.
Saya belum habis baca lagi buku tersebut. Best juga sebab buku itu memberikan kita semangat untuk tulis dan tulis apa sahaja yang kita rasa, ilmu yang kita ada untuk kebaikkan orang lain dan sudah tentu ianya kembali kepada diri kita juga.
Banyak perkara berlaku tahun ini, terutamanya dari segi kewangan. Mengalir bagaikan air hingga saya mula rasa sesak nafas. Namun saya tetap keluarkan duit untuk menambah ilmu, belajar skil marketing. Ada pelaburan yang saya rasa berbaloi dan ada juga pelaburan yang saya rasa sangat tertipu. Beginilah cara sekarang, adakalanya hanya ilmu yang sedikit sudah diperah untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Ilmu itu mahal ya benar, namun kita harus fikirkan apakah nilainya sama seperti yang kita rasa apabila orang lain membelinya
Ada banyak perkara bermain di fikiran saya.
Apakah khidmat saya untuk masyarakat? Adakah apa yang saya buat selama ni di blog emmemarina dan youtube mencukupi? Saya ialah seorang surirumah. Namun saya tidak mahu sekadar rasa cukup untuk berniaga dan tambah ilmu ini untuk diri saya seorang. Alangkah baiknya jika dapat menyumbang sesuatu kepada orang lain sebagai saham kita di akhirat kelak.
Salah seorang mentor saya juga pernah berkata, kita kena share apa yang kita ada, kerana kita tidak tahu mungkin ada orang lain yang memerlukannya. Insya Allah. Saya berdoa agar kita semua walau sekecil zarah dapat sentiasa membantu orang lain sama ada dengan ilmu yang kita ada atau dengan harta atau sekadar seorang pendengar yang baik.
4.18 pagi di sini
3 bakul pakaian untuk dilipat. Website page untuk disiapkan dan kelas buat website secara online pembelajaran sendiri bagi menyiapkan website tersebut. huhu. Saya bercita-cita untuk menjayakan kedai hub islamic, iaitu Khadija Islamic Lifestyle Store. Ada pelbagai produk menarik insya Allah buat sahabat semua
Saya bina dari asas, saya ada riki-riki juga upahnya, jumlahnya tak mampu saya nak bayar. Beribu! Maka bermulalah episod belajar sendiri buat website ecommerce melalui wordpress dengan bantuan rakan baru yang saya kenal di facebook. Syukur alhamdulillah. Belajar melalui google dan latest saya akhirnya masuk kelas online belajar buat website sale page dengan saudara Ezzat Edros.
Jomlah singgah website saya, jika berkenan boleh terus tempah kay
www.khadija.com.myIslamic Lifestyle Store
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2021/08/diari-puan-emme-marina-menulis-untuk-kebaikkan.html