Dianggap Gila Kerana Ingin Membina Kincir Air Hari Ini Ciptaannya Menerangi Lebih 600


Dianggap Gila Kerana Ingin Membina Kincir Air, Hari Ini Ciptaannya Menerangi Lebih 600. Suatu ketika, dia digelar orang gila hanya kerana mahu menghasilkan sebuah kincir air untuk penduduk-penduduk di desanya, Andung Biru di Jawa Timur.
Itu kisah lama, malah hari ini syarikat pembekal tenaga nasional pun mahu membeli mesin tenaga hidro yang dibina secara Do It Yourself (D.I.Y) miliknya. Semua bermula kerana lelaki ini ada cita-cita dan cita-citanya memberi manfaat kepada ratusan penduduk di kawasan pedalaman.
Kawasan pendalaman

Menurut Rasid, impian itu tidak bermula dengan indah. Malah dia sendiri mengakui dua kali hampir kehilangan nyawa ketika mahu membina mesin tersebut.
Kali pertama, apabila tangannya terperangkap di dalam roda ketika secara sendirian membina mesin tersebut di kawasan jauh daripada orang ramai. Kesanya, dia terlantar di atas tilam selama empat bulan akibat patah tangan dan tulang rusuk.
Insiden kedua benar-benar mampu meragut nyawanya. Ketika itu, dia juga bersendirian cuba menyiapkan pembekal tenaga hidro mikro sebelum terkena renjatan elektrik. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia sekali lagi terjatuh dan terperangkap pada bahagian roda mesin berkenaan yang berputar dengan laju.
Roda mesin

Rasid kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah akibat kipas pada roda telah menghentak bahagian dadanya dengan kuat. Kehilangan banyak darah dan tidak sedarkan diri, Rasid sekali lagi perlu menangguhkan hasrat murninya mahu membantu penduduk kampung.
Insiden berdarah dua kali itu mungkin meninggalkan bekas pada tubuhnya, tetapi tidak pada jiwanya. Rasid terus bangkit dan berusaha gigih untuk menyiapkan mesin jana kuasa tersebut.
”Ini adalah perjuangan. Akan sentiasa ada halangan dalam perjuangan. Tiada masalah,” kata Rasid.

Bagi penduduk kampung, Rasid bukan sekadar warga desa yang biasa. Dia digelar ‘Pahlawan Tenaga’. Kerana usaha gigihnya, setiap isi rumah mendapat bekalan tenaga elektrik. Lampu kembali menyala dan peti ais kembali berfungsi. Hiburan pun ada apabila televisyen sudah boleh diguna.
Ini kerana satu ketika kelengkapan elektrik supermewah yang dijual di pasaran hanya komoditi tidak berguna kepada penduduk-penduduk desa ini. Sehinggalah pada tahun 1994, Rasid muncul dengan alat ciptaannya, memberi sinar baru kepada penduduk di tempatnya sendiri.
Hampir keseluruhan proses membina mesin tersebut dibina secara sendirian oleh Rasid kerana pada awalnya tiada siapa pun percaya budak kampung sepertinya yang hanya bergelar petani tahu cara untuk menghasilkan tenaga elektrik.

”Dulu saya fikir itu adalah mustahil. Bagaimana kamu mahu menghasilkan elektrik daripada air?”, kata Ustaz Sailful Ilham, rakan baik Rasid dan juga guru pondok yang mendapat manfaat daripada ciptaan Rasid.
Bercerita mengenai motivasi sehingga dia mahu membina mesin kincir air tersebut, ujar Rasid ia bermula daripada kesusahan yang perlu dilaluinya ketika zaman remaja dan bersekolah.
Cabaran utama yang perlu dilalui dia waktu itu apabila mahu mengulangkaji pelajaran dan membaca Al-Quran di waktu malam.
”Kami menggunakan lampu minyak tanah dan mata saya sering merasa pedih. Itu adalah perkara yang paling mengecewakan saya. Apabila ada angin bertiup, kami dah tak boleh mengulangkaji pelajaran.

”Kemudian, kami terpaksa menyiapkan kerja keesokkan hariannya, waktu pagi sebelum bergerak ke sekolah,” kata Rasid. Ketika itu, harga minyak tanah juga mahal kerana Rasid datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan seperti keluarga-keluarga yang lain.
Rasid kemudian nekad mahu belajar di bidang kejuruteraan dengan mendaftar di salah sebuah sekolah vokasional di Indonesia, namun kemiskinan menyebabkan pengajiannya kandas di tengah jalan. Berbekalkan sedikit ilmu yang ada, Rasid pulang ke kampung dan bekerja di kedai basikal milik rakannya untuk mencari sedikit wang.
”Saya membantu rakan membaiki basikal di kedai miliknya. Saya fikir, semua itu adalah ilmu,” kata Rasid lagi.
Suatu hari, Rasid berpeluang untuk melawat sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 50 kilometer daripada rumahnya setelah dijemput oleh bapa saudaranya.

Biarpun kawasan tempat tinggal di kawasan ladang itu terpencil seperti kampungnya dan tidak mendapat bekalan elektrik daripada kerajaan, penduduk di situ menikmati kemudahan tenaga elektrik. Rupa-rupanya, penduduk di situ mendapat manfaat daripada kincir air yang dibina sejak era kolonial, Belanda suatu ketika dahulu.
Kerana ingin tahu, Rasid meminta kebenaran daripada pihak pengurusan kincir air itu untuk mengkaji mesin berkenaan dan dari situlah bermulanya tekad dia untuk membina mesin yang sama. Rasid mengukur saiz mesin itu, bahan binaan dan turut membuat lakaran kasar sebagai panduan.
”Saya ketika itu berpendapat mesin tersebut mudah untuk dibina. Saya boleh melakukannya dan saya perlu melakukannya,” kata Rasid.
Pulang ke kampung, Rasid memaklumkan kepada isterinya yang baru dikahwini, Sulyani mengenai perancangannya. Sulyani bertanya dimanakah dia mahu mendapatkan besi untuk membina mesin tersebut.
”Saya menjawab, saya akan menggantikannya dengan kayu,” ujar Rasid menandakan bermulanya perjalanan untuk membina sebuah mesin kincir air.

Biarpun mendapat sokongan daripada keluarga, usaha Rasid ditertawakan oleh penduduk kampungnya sendiri.
”Jika anda berputus asa kerana diherdik oleh orang asing, maka sebenarnya anda lebih bodoh daripada apa yang anda sangka. Apabila ada yang menyindir, ia sepatutnya menjadi motivasi buat anda.
”Apabila mereka bertindak memalukan anda, itulah satu perkara yang baik. Kenapa? Sebab anda mempunyai alasan dan peluang untuk membuktikan sebaliknya,” ujar Rasid lagi.
Untuk mendapatkan dana bagi memastikan projek itu berjalan, Rasid menjual dua ekor lembu miliknya dan membeli bahan-bahan binaan seperti kayu untuk memulakan kerja pembinaan. Malah dia turut membeli sebuah generator yang sudah rosak sebelum membaikinya bagi memudahkan urusan pembinaan.

Bukan mudah, Rasid berhadapan dengan pelbagai masalah untuk memastikan mesin yang dibina benar-benar mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk menerangi seluruh kampung.
Sehinggalah pada tahun 1994, prototaip ketiganya berfungsi dengan baik dan buat pertama kali, kampung yang berada dalam kegelapan buat sekian lama akhirnya menerima simbahan cahaya daripada sebuah mentol lampu.
Bermula daripada saat itulah, penduduk kampung yang satu ketika langsung tidak memberi harapan mula kagum dan nampak dengan usaha Rasid, termasuk Ustaz Saiful sendiri.
”Dengan adanya tenaga elektrik, pelajar-pelajar saya boleh belajar untuk tempoh yang lebih lama. Saya berharap saya dapat membantu pelajar-pelajar sekolah saya ini mencapai cita-cita meraka,” katanya.
Itulah kisah Rasid Pahlawan Tenaga yang dahulunya diherdik tetapi ciptaannya hari ini membekalkan tenaga elektrik untuk lebih daripada 600 buah rumah. Saksikan video dibawah untuk lebih memahami kisah si Rasid inI.
Sumber: Channel News Asia
The post Dianggap Gila Kerana Ingin Membina Kincir Air, Hari Ini Ciptaannya Menerangi Lebih 600 appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/dianggap-gila-kerana-ingin-membina-kincir-air-hari-ini-ciptaannya-menerangi-lebih-600/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dianggap Gila Kerana Ingin Membina Kincir Air Hari Ini Ciptaan Menerangi Lebih 600

Dianggap Gila Kerana Ingin Membina Kincir Air Hari Ini Ciptaan Menerangi Lebih 600

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 306 hits
Dianggap Gila Kerana Ingin Membina Kincir Air Hari Ini Ciptaannya Menerangi Lebih 600 Suatu ketika dia digelar orang gila hanya kerana mahu menghasilkan sebuah kincir air untuk penduduk penduduk di desanya Andung Biru di Jawa Timur Itu kisa...
Berolahraga Di Malam Hari Punya Efek Lebih Besar Bagi Penderita Hipertensi

Berolahraga Di Malam Hari Punya Efek Lebih Besar Bagi Penderita Hipertensi

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 265 hits
Dilansir dari japan Today sebuah penelitian menyebut bahwa berolahraga di malah hari dapat membantu menurunkan tekanan darah pria yang mengalami hipertensi
Ingin Coba Konsumsi Makanan Lebih Sehat Coba Selalu Gunakan Ransel Berat

Ingin Coba Konsumsi Makanan Lebih Sehat Coba Selalu Gunakan Ransel Berat

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 206 hits
Dilansir dari Mic Sebuah penelitian yang dilakukan oleh Harvard Business School menemukan bahwa menggunakan tas punggung yang berat dapat membuat seseorang menjadi mengurangi konsumsi junk food dan makanan tidak bergizi lainnya
Satu Hari Saat Hantar Makanan Tengahari Kepada Isteri Air Mata Saya Menitis Lihat Keadaan Isteri Sedang Makan

Satu Hari Saat Hantar Makanan Tengahari Kepada Isteri Air Mata Saya Menitis Lihat Keadaan Isteri Sedang Makan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 469 hits
Isteri kerja dekat dengan saya Satu hari saya hantar makanan padanya Sewaktu jumpa saya lihat isteri sedang makan sesuatu dengan kawan kawannya Hilang selera makan saya Hati rasa sedih Maafkan abang sebab tak mampu membahagiakan sayang Saya...
Inilah 16 Khasiat Ajaib Apabila Anda Amalkan Minum Air Rendaman Kacang Bendi Setiap Hari

Inilah 16 Khasiat Ajaib Apabila Anda Amalkan Minum Air Rendaman Kacang Bendi Setiap Hari

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 827 hits
Ramai antara kita tidak tahu kacang bendi merupakan sayuran semula jadi yang banyak khasiat Malah sayur ini mampu merawat kencing manis dan dapat mengekalkan keremajaan kerana ianya mengandungi antioksidan Kita sering melihat kacang bendi i...
3 4 Hari Anak Belum Buang Air Besar Mungkin Sembelit Lakukan Cara Ini Sangat Berkesan

3 4 Hari Anak Belum Buang Air Besar Mungkin Sembelit Lakukan Cara Ini Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 433 hits
Sebagai ibu bapa kita sering kali melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa merengek dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka Walau bagaimanapun sesetengah petanda masalah kesihatan seperti bayi sembelit sukar ...
Mempelajari Bahasa Inggeris Untuk Hari Esok Yang Lebih Baik

Mempelajari Bahasa Inggeris Untuk Hari Esok Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 400 hits
Bahasa adalah sistematik bersangkut paut and susunan yang bermakna oleh pelbagai simbol serta peraturan yang digunakan oleh manusia bagi membolehkan mereka berkomunikasi Bahasa adalah peralatan penting yang diperlukan oleh manusia untuk men...
Setiap Hari Adik Ini Akan Lekat Paip Dan Beg Air Kencing Di Badannya Hidap Sakit Buah Pinggang Sejak Lahir

Setiap Hari Adik Ini Akan Lekat Paip Dan Beg Air Kencing Di Badannya Hidap Sakit Buah Pinggang Sejak Lahir

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 652 hits
Setiap hari adik ini akan lekat paip dan beg air kencing di badannya Hidap sakit buah pinggang sejak lahirSedih melihat kanak kanak perempuan ini yang terpaksa menanggung derita penyakit buah pinggang sejak dari lahir lagi Tidak diketahui d...
Setiap Hari Sebanyak Tiga Kali Air Laut Akan Meminta Izin Kepada Allah Swt Untuk Lakukan Ini

Setiap Hari Sebanyak Tiga Kali Air Laut Akan Meminta Izin Kepada Allah Swt Untuk Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 325 hits
Setiap Hari Sebanyak Tiga Kali Air Laut Akan Meminta Izin Kepada Allah SWT Untuk Lakukan IniSetiap Hari Sebanyak Tiga Kali Air Laut Akan Meminta Izin Kepada Allah SWT Untuk Lakukan Ini
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu