Dia Selalu Mencarut Merokok Bekas Penyanyi Idola Dedah Perangai Sebenar Penyanyi Lagenda K Pop
Bekas ahli TEEN TOP iaitu C.A.P telah mendedahkan perangai sebenar salah seorang penyanyi terkenal K-Pop.
Artikel Berkaitan
"Tak Hormat Privasi Orang Ke.." - Dedah Identiti Isteri Changmin TVXQ, Park Jihyun Terus Dikritik Netizen
Baru-baru ini, bekas penyanyi idola serta ketua kumpulan TEEN TOP, C.A.P telah memuat naik satu video di YouTube, di mana dia telah mendedahkan perangai sebenar seorang penyanyi lagenda K-Pop iaitu Yun-ho TVXQ.
Katanya,
Semasa saya jadi penyanyi dulu, saya banyak kali dimarahi olehnya (Yun-ho). Masa tu, saya tukar baju di sebelah pentas, sebab penglihatan saya tak beberapa baik dan keadaan di situ gelap, saya tak perasan yang dia turut berada di situ. Tapi, Yun-ho tiba-tiba mencarut dekat saya sebab dia kata yang saya tak sapa dia.
Tambahnya,
Sejujurnya, saya tak suka sangat dekat dia sebab dia suka perli penyanyi-penyanyi baru. Lagi-lagi kalau dia nampak yang mereka tak sapa dia dengan hormat. Kalau nak tahu, masa kami sertai konsert di luar negara bersama Yun-ho, dia pernah marah lebih 100 orang penyanyi diatas pentas menggunakan mikrofon.
Sambungnya lagi,
Malah, Yun-ho juga sangat hipokrit. Dia selalu merokok dalam bilik air di stesen penyiaran dan buat orang lain tak selesa nak masuk tandas tu selepas dia.
Penyanyi baru pun jadi takut nak masuk ke situ sebab Yun-ho sering merokok di sana sepanjang masa. Walaupun itu merupakan kawasan larangan merokok, tapi Yun-ho tak pernah kisah dan tetap lakukannya.
Hmm…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Dia Selalu Mencarut & Merokok..” – Bekas Penyanyi Idola Dedah Perangai Sebenar Penyanyi ‘Lagenda’ K-Pop first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dia-selalu-mencarut-merokok-bekas-penyanyi-idola-dedah-perangai-sebenar-penyanyi-lagenda-k-pop/