Dia Penyebab Hakim Menangis Kerana Memaafkan Pembunuh Anaknya



Pelakon Morgan Freeman mewawancara Abdul-Munim Sombat Jitmoud untuk sebuah program khas yang dihasilkan National Geographic TV.
Lelaki maafkan pembunuh anaknya jadi jurucakap isu toleransi, belas kasihan.

Abdul Munim Sombat Jitmoud 
KL: SEORANG bapa yang menyebabkan hakim menangis apabila beliau memaafkan pembunuh anaknya di mahkamah Amerika Syarikat kini menjadi jurucakap isu toleransi dan kemaafan di forum antarabangsa.

Bekas pengetua di 7 sekolah Islam di AS selama 31 tahun, Abdul Munim Sombat Jitmoud berkata, selain rumah ibadat, beliau turut menerima undangan berucap dalam pelbagai program bagi menyampaikan isu rahmah dan belas kasihan.

“Kebiasaannya saya berucap di masjid, gereja atau rumah ibadat Yahudi atau mana-mana organisasi yang menjemput saya untuk menyampaikan ucapan.

“Saya berkongsi dengan masyarakat yang kita perlu bersabar satu sama lain, tidak kira Islam atau bukan Islam.


Abdul-Munim Sombat Jitmoud memeluk Alexander Relford selepas memaafkan pembunuh anaknya di sebuah mahkamah AS pada November 2017.
“Kita perlu hidup dengan aman dan harmoni,” katanya kepada FMT selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Kepentingan seorang bapa kepada keluarga dan komuntiti” di Ibu Pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Jitmoud kini dalam misi jelajah ke 6 negara, termasuk Malaysia bagi menyampaikan ucapan. Namun, ada yang terpaksa ditangguhkan sementara ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Disember tahun lalu, kerajaan Malaysia menganugerahkan Ikon Rahmah kepada Jitmoud atas sikap belas kasihannya yang menjadi contoh kepada masyarakat dunia.

Beliau pernah diwawancara pelakon Morgan Freeman dan personaliti terkenal lain atas kisahnya yang memberi inspirasi kepada ramai orang.

Anaknya, Salahuddin dibunuh ketika menghantar piza pada malam 19 April 2015 di Lexington, Kentucky. Beliau berusia 22 tahun dan pembunuhnya, Trey Alexander Relford berusia 24 tahun.

Ramai yang melabelkan kes itu sebagai jenayah kebencian terhadap umat Islam, tetapi polis berkata sebaliknya kerana tiada bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Jitmoud dalam wawancara bersama FMT berkata, kematian anaknya, Salahuddin mendorong beliau untuk memfokuskan isu perkembangan sahsiah generasi muda kerana masyarakat ialah penjenayah sebenar dalam pembunuhan anaknya.

“Itu sebabnya saya tidak menyalahkan lelaki yang membunuh anak saya. 

“Masyarakat yang gagal. Dia datang daripada keluarga bermasalah dan masyarakat tidak membantunya untuk berdikari. Dia terlibat dengan orang jahat, dadah dan alkohol.”

Katanya, Relford ialah hasil kekejaman masyarakat yang mengabaikannya ketika beliau masih kecil.

“Apabila saya melihat kesnya, ia membuatkan saya lebih cintakan kemanusiaan lagi,” kata warga AS berusia 69 tahun itu yang berasal dari Thailand.

Relford hampir dijatuhkan hukuman mati selepas mengaku bersalah bersubahat dalam pembunuhan Salahuddin, bagaimanapun Jitmoud bertindak memaafkannya.

Beliau kemudian memeluk Relford yang menangis teresak-esak sambil meminta pengampunan ke atas perbuatannya. Hakim menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun ke atas Relford.

Jitmoud, 69, percaya sifat penyayang ialah faktor yang menggerakkannya untuk memberi peluang kedua kepada Relford. (MINDARAKYAT)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kehebatan lelaki ini pada saya ialah pandai memanfaatkan dirinya, pada masa, suasana, tempat dan keadaan, untuk perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan Islam. Lebih menarik lagi beliau tidak menyalahkan pembunuh anaknya itu. 

Padanya:

“Masyarakat (AS) yang gagal. Dia (pembunuh itu) datang daripada keluarga bermasalah dan masyarakat tidak membantunya untuk berdikari. Dia terlibat dengan orang jahat, dadah dan alkohol.”

Menurut beliau, Relford (pembunuh anaknya) ialah hasil kekejaman masyarakat yang mengabaikannya ketika beliau (Relford) masih kecil.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!


Hibur Hibur Sikit
Lagu Melayu menyesatkan!Lagu Melayu Klasik LucahKu Tiada Minta Lahir Didunia ~ Ismail Haron & Orkestra RTMIsmail Haron - Dendamku Kerana Maria.wmv
Lagu Melayu Klasik Lucah
AYO KEZAMBO - petikan filem P.Ramlee "Panggilan Pulau" (1953)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/dia-penyebab-hakim-menangis-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Si Kecil Takut Nak Mandi 6 Benda Ini Mungkin Jadi Faktor Penyebab Anak Menangis Bila Dimandikan

Si Kecil Takut Nak Mandi 6 Benda Ini Mungkin Jadi Faktor Penyebab Anak Menangis Bila Dimandikan

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 272 hits
Dalam membesarkan anak anak yang masih kecil macam macam perangai yang mama papa kena hadap Itu semua asam garam menjadi ibu bapa Salah satunya nak mandikan anak anak Ada yang suka sangat main air ada pula sampai besar pun kalau suruh mandi...
Aulia Menangis Ingat Suami Yang Dibunuhnya Hakim Bilang Hapus Air Matamu

Aulia Menangis Ingat Suami Yang Dibunuhnya Hakim Bilang Hapus Air Matamu

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 248 hits
Aulia bersama dengan Geovani berjalan menuju ruang sidang sambil menunduk Keduanya menggunakan rompi tahanan berwarna merah hitam dengan mengenakan kemeja putih serta celana atau rok hitam Aulia terlihat mengeluarkan air mata saat duduk di ...
10 Hari Rawat Pasien Corona Dokter Di China Menangis Melihat Hasil Karya Putrinya

10 Hari Rawat Pasien Corona Dokter Di China Menangis Melihat Hasil Karya Putrinya

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 176 hits
Sepuluh hari sudah Sun Jinzhong seorang dokter merawat pasien yang terinfeksi virus corona di Wuhan Provinsi Hubei China Jumat lalu dia menerima kiriman video dari istrinya
Bapak Dia Menangis Bagitau Itu Satu Satunya Anak Perempuan Dia Pelajar Maut Dilanggar Lari Leher Terkena Besi Divider

Bapak Dia Menangis Bagitau Itu Satu Satunya Anak Perempuan Dia Pelajar Maut Dilanggar Lari Leher Terkena Besi Divider

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 450 hits
Seorang pelajar perempuan meninggal dunia dan bapa serta seorang lagi anaknya cedera selepas motosikal mereka dilanggar lari oleh sebuah kenderaan Dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam berhampiran Tol Batu 3 lama dari Shah Alam ke K...
Sajat Menangis Cium Kaabah Ampunkan Aku Ya Allah Aku Seorang Pendosa

Sajat Menangis Cium Kaabah Ampunkan Aku Ya Allah Aku Seorang Pendosa

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 1039 hits
Nampaknya usahawan kosmetik Sajat seperti tidak endah dengan kecaman masyarakat apabila tetap berkongsi foto dan video dia sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah dengan mengenakan jubah wanita dan bertudung Kali ini menerusi v...
Pembunuh Senyap Vape Bahaya Untuk Kesihatan Boleh Menyebabkan Kematian

Pembunuh Senyap Vape Bahaya Untuk Kesihatan Boleh Menyebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 209 hits
GEJALA seperti demam panas muntah muntah dan cirit birit yang dialami Gregory Rodriguez disangka berpunca daripada serangan pepijat Lelaki itu kemudiannya segera ke unit kecemasan di sebuah hospital di New York pada September lalu Dua hari ...
Masih Berpakaian Wanita Sajat Kongsi Video Menangis Cium Kaabah

Masih Berpakaian Wanita Sajat Kongsi Video Menangis Cium Kaabah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 446 hits
Meskipun dihentam teruk oleh netizen susulan tindakannya berpakaian wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah namun Nur Sajat dilihat kalis dengan kecaman The post appeared first on
Mee Pembunuh Bahayakah Asid Borik Dalam Makanan

Mee Pembunuh Bahayakah Asid Borik Dalam Makanan

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 417 hits
Suatu ketika dahulu banyak produk makanan seperti mi kuning dan bebola ikan akan dipromosikan tidak mengandungi bahan itu Sebenarnya apakah fungsi asid borik itu dalam makanan Adakah asid borik selamat untuk dimakan dan diberi kebenaran unt...
Virus Bacteriofaj Pembunuh Bakteria Jahat Yang Mampu Menggantikan Antibiotik Moden

Virus Bacteriofaj Pembunuh Bakteria Jahat Yang Mampu Menggantikan Antibiotik Moden

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 318 hits
Kebarangkalian untuk anda terdedah kepada virus berbahaya seperti Ebola adalah lebih rendah daripada risiko anda untuk menerima jangkitan daripada bakteria biasa yang berada di persekitaran dan mempunyai kerintangan terhadap antibiotik Bakt...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Prk Kkb Ini Soal Maruah Mca Wee Tetap Pendirian Tak Bantu Kempen