Mee Pembunuh Bahayakah Asid Borik Dalam Makanan



Suatu ketika dahulu, banyak produk makanan seperti mi kuning dan bebola ikan akan 'dipromosikan' tidak mengandungi bahan itu. Sebenarnya apakah fungsi asid borik itu dalam makanan?

Adakah asid borik selamat untuk dimakan dan diberi kebenaran untuk digunakan dalam produk makanan di Malaysia? Apa akan berlaku jika saya memakan makanan yang mempunyai kandungan asid borik berkenaan?

Jawapan :

Asid borik adalah sebatian yang terbentuk secara semula jadi yang mengandungi elemen boron, oksigen dan hidrogen.

Asid borik berwarna putih, tidak mempunyai bau dan hampir tidak mempunyai sebarang rasa. Ia kelihatan seperti garam biasa jika diproses dalam bentuk butiran atau kelihatan seperti bedak bayi jika diproses dalam bentuk serbuk.

Asid borik digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis industri seperti kosmetik, farmaseutikal, pembuatan kaca, gentian kaca dan juga pengawet kayu bagi mengelakkan serangan serangga dan kulat.
Ia juga merupakan antara bahan yang terdapat dalam racun serangga dan cecair pencuci pakaian. Boron pula terhasil secara semula jadi dalam sumber makanan yang dikenali sebagai asid borik yang wujud dalam buah-buahan, sayuran berdaun, legum dan kekacang.

Produk tenusu, ikan, daging dan bijirin juga mengandungi boron, namun jumlahnya amatlah sedikit. Tidak perlu bimbang kerana kandungan boron atau asid borik dalam jenis makanan berkenaan terbentuk secara semula jadi dan kuantitinya amat sedikit.

Pengambilan selamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan bahawa purata pengambilan harian bagi populasi awam adalah sekitar 1.2 miligram boron daripada sumber pemakanan. Ia masih berada pada kadar atau julat purata pengambilan yang selamat bagi individu dewasa iaitu antara 1.0 ke 13 miligram boron setiap hari seperti yang dicadangkan oleh WHO.

Dalam pada itu, ia pernah digunakan dalam industri makanan terutamanya dalam pembuatan mi kuning dan bebola ikan atau bebola makanan laut. Asid borik digunakan kerana fungsinya yang mampu memberikan kekenyalan pada tekstur produk makanan.

Selain itu, ia juga digunakan sebagai pengawet makanan. Asid borik sangat popular digunakan oleh peniaga ikan untuk mengekalkan kesegaran ikan atau makanan laut yang lain. Menurut kajian yang pernah dilakukan pada tahun 2008 oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, asid borik telah ditemui dalam kesemua sampel makanan yang diuji iaitu mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuetiau.

Kepekatan kandungannya pula berbeza mengikut jenis makanan. Mi kuning mencatatkan kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain.
Peraturan Makanan 1985 hanya membenarkan penggunaan bahan pengawet tertentu dalam produk makanan. Bahan pengawet yang dibenarkan adalah sulfur dioksida, asid benzoik dan asid propionik. Itu termasuklah natrium, kalium, garam kalsiumnya, natrium nitrat, natrium nitrit, kalium nitrat dan potassium nitrit.

Begitu juga dengan jenis-jenis antimikrobial iaitu klorin dioksida dan hidrogen peroksida yang digunakan dalam produk makanan tertentu. Asid borik tidak termasuk dalam senarai di atas. Oleh itu ia tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pengawet makanan.

Jika termakan makanan yang tinggi dengan kandungan asid borik, antara gejala yang mungkin dialami adalah :

loya, muntah, cirit-birit, dermatitis, fungsi buah pinggang yang tidak normal dan disfungsi peredaran darah akut.Lebih parah, ia juga boleh menyebabkan kematian namun, bergantung kepada tahap asid borik yang telah diserap oleh tubuh badan. 

Pendedahan tubuh terhadap kadar asid borik yang tinggi boleh menjejaskan bahagian perut, usus, hati, buah pinggang dan otak. Pada masa kini, penggunaan asid borik mungkin tidak lagi berlaku dalam skala yang besar.

Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati memandangkan ada individu yang tidak beretika masih mengintai peluang kecil untuk mengaut keuntungan berganda. Semak senarai bahan kandungan pada label produk terlebih dahulu sebagai langkah awal pencegahannya.


Kegunaan asid borik:

Asid borik (H3BO3) adalah antiseptik, racun perosak dan racun kulat yang lemah. Ia lazim digunakan untuk kawalan serangga, pengawet kayu dalam industri perabot, industri kaca dan bidang perubatan. Penggunaan asid borik sebagai pengawet adalah dilarang seperti dalam Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Sub-Seksyen 13 (1) Akta Makanan 1983 menyatakan bahawa "mana-mana orang yang mempersiapkan atau menjual apa-apa makanan yang mempunyai atau atasnya apa-apa bahan yang beracun, berbahaya atau yang memudaratkan kesihatan melakukan suatu kesalahan boleh disabitkan suatu gentian yang tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya".

Makanan yang mengandungi asid borik adalah jenis makanan pasta, sebagai contoh:

Mi kuningKuetiauLaksaLoh se funMi wantanMi hokkienBihunPembalut popiaBak chang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blogpetua.blogspot.com/2020/02/mee-pembunuh-bahayakah-asid-borik-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Makanan Penghilang Bau Mulut Wajib Dicoba

8 Makanan Penghilang Bau Mulut Wajib Dicoba

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 229 hits
Bau mulut menjadi masalah yang sering dialami oleh banyak orang Berbagai cara bisa dilakukan untuk menghilangkan bau mulut salah satunya dengan mengonsumsi makanan makanan yang dapat menghilangkan bau mulut
4 Makanan Yang Pantang Dikonsumsi Pada Malam Hari Jika Ingin Menurunkan Berat Badan

4 Makanan Yang Pantang Dikonsumsi Pada Malam Hari Jika Ingin Menurunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 315 hits
Makanan tinggi serat bisa membantu organ pencernaan dan membuat perut kenyang lebih lama Walau begitu terdapat juga makanan yang berdampak sebaliknya dan malah membuat upayamu untuk menurunkan berat badan menjadi percuma
Minum Susu Ibu Keracunan Makanan Rupanya Sebab Guna Botol Bercalar

Minum Susu Ibu Keracunan Makanan Rupanya Sebab Guna Botol Bercalar

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 321 hits
Bukan sahaja botol susu anak perlu kerap ditukar bagi menjaga kualitinya botol penyimpan susu ibu juga perlu diganti secara kerap Sebarang calar pada botol boleh menyebabkan kuman melekat padanya Ia akan merosakkan susu yang disimpan di dal...
4 Franchise Makanan Terbesar Dunia Ini Sudah Ada Di Indonesia

4 Franchise Makanan Terbesar Dunia Ini Sudah Ada Di Indonesia

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 303 hits
Frachise adalah hubungan yang salah satu pihaknya diberikan hak untuk memanfaatkan dan menggunakan hak dari kekayaan intelektual
8 Makanan Penyebab Vertigo Yang Jarang Diketahui Para Penderitanya

8 Makanan Penyebab Vertigo Yang Jarang Diketahui Para Penderitanya

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 202 hits
Untuk menghindari penyakit vertigo ketahui 8 makanan penyebab vertigo yang jarang diketahui oleh para penderitanya
5 Makanan Ruji Untuk Mereka Yang Nak Jimat Duit

5 Makanan Ruji Untuk Mereka Yang Nak Jimat Duit

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 569 hits
Nak tetapi nak perut penuh Saya ada cadangan Inilah 5 makanan ruji untuk mereka yang nak jimat duit Nasi LemakNasi lemak adalah antara makanan yang murah dan mengenyangkan Harga nasi lemak sekarang adalah dalam lingkungan RM2 hingga RM5 ber...
Kafe Mykori Dengan Makanan Pencuci Mulut Yang Sedap

Kafe Mykori Dengan Makanan Pencuci Mulut Yang Sedap

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 696 hits
Mykori ini adalah kafe yang menjual makanan pencuci Mulut style Jepun dan kini dorang dah ada lebih dari 60 cawangan kalau tak silap Sangat berkembang dorang punya bisnes sebab banyak permintaan Dulu selalu nampak orang post gambar makanan ...
4 Makanan Yang Cocok Untuk Meredakan Flu Wajib Coba

4 Makanan Yang Cocok Untuk Meredakan Flu Wajib Coba

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 263 hits
Flu atau pilek akan sangat mengganggu aktivitas orang Mengonsumsi makanan bergizi dan istirahat yang cukup dapat membantu meredakan flu
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai

Jauhkan Anak Dari Pedofilia Ajar Anak Sentuhan Tak Selamat

Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk