Dia Buat Nina Macam Punching Bag Wanita Ini Kongsi Kisah Kakaknya Didera Suami


Sesebuah perkahwinan itu haruslah dibina dengan rasa kasih sayang terhadap pasangan kita. Melayari kehidupan bersama dalam susah dan senang. Isteri seharusnya disayangi dan dilindungi, bukan tempat untuk melepas amarah si suami.
Wanita ini berkongsi cerita tentang arwah kakaknya yang didera oleh suami sepanjang perkahwinan mereka. Sehingga ke hujung nyawa, arwah kakaknya tetap mahu melindungi aib si suami.
Hai semua. Nama saya Rina. Saya belum berkahwin, masih bujang pada usia 29 tahun. Saya sebenarnya ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang kawan lelaki. Nampak dia serius untuk membawa perhubungan kami ke langkah seterusnya tapi saya yang tidak bersedia.
Jarang kan kalau perempuan yang tak ready dan mengelak bila ajak kahwin? Tapi itulah yang berlaku dalam hubungan kami. Saya tahu, kadang-kadang Saiful (bukan nama sebenar) bosan dengan saya. Dia bersungguh-sungguh dengan komitmen ni tapi saya? Kadang-kadang rasa nak minta putus, tapi saya sayangkan dia.
Ada sebab mengapa jadi macam ni. Saya takut, jadi trauma bila sentuh bab rumah tangga ni. Saya dah tengok sendiri macam mana arwah kakak saya, Nina (bukan nama sebenar), teruk ‘dikerjakan’ suaminya dulu. Abang ipar saya memang kejam! Dulu, setiap hari arwah Nina didera oleh Abang Jaafar. Bukan setakat pukul tapi dia hina dengan kata-kata.
Nina ni orangnya baik sangat, sebaik-baik manusia. Dalam keluarga kami, dialah yang paling lembut, penyabar dan suka bercerita yang baik tentang orang lain. Jarang sangat nak dengar dia bercakap buruk pasal orang. Sebab tu, kami sekeluarga sayang sangat dengan Nina. Nina ni tak jauh beza umurnya dengan saya, cuma setahun.
Pengakuan Lain: [“Tak Layan Sebab Gelap.” Wanita Ini Kecil Hati Ibunya ‘Dingin’ Dengan Cucu Kerana Warna Kulit]
Disebabkan perangai dia yang baik macam tu, maruahnya dipijak-pijak Abang Jaafar. Setiap hari, pantang ada salah sikit dipukulnya Nina. Bukan sikit-sikit, sampai berbirat dan lebam pada badan Nina. Dia punya pukul, macam Nina tu punching bag. Tak ada fikir dua kali.
Disebabkan saya dan Nina ni rapat, saya rajin juga ke rumah dia. Saja-saja lepak di sana. Kebetulan Abang Jaafar ni dia pemandu lori jadi jarang ada kat rumah. Ada satu hari tu, saya pergi rumah dorang macam biasa. Dari luar, saya dengar suara Abang Jaafar terpekik-pekik marahkan Nina. Saya apa lagi, terus meluru masuk. Terkejut Abang Jaafar waktu tu, terus dia blah.
Saya tanyakan pada Nina, kenapa dia kena marah. Bibir dia luka. Tapi Nina cuma beritahu yang dia ada buat salah, lepas tu Abang Jaafar tertolak dia. Jadi luka dekat bibir dia tu sebab tergigit sendiri. Come on, saya bukan budak kecil. Saya tahu, dia kena tampar dengan Abang Jaafar. Dia buat Nina macam punching bag!
Waktu perkahwinan Nina ni, dia tak ada anak. Tapi, pernah dia ceritakan sebenarnya dah dua kali dia mengandung. Cuma tak ada rezeki kandungan tu gugur. Macam mana boleh gugur, saya tanyakan pada dia. “Aku jatuh Rina, entah kenapa cuai sangat. Sekali jatuh dalam toilet, yang sekali tu kat tangga.” Saya tahu, dia menipu.
Macam mana saya tahu Abang Jaafar ni kaki dera? Sebab saya pernah nampak sendiri, dengan mata saya ni! Waktu tu saya lepak rumah Nina macam biasa. Sebab kebetulan Abang Jaafar nak kena ke Kedah buat penghantaran. Jadi saya plan nak temankan Nina. Waktu nak ke toilet, saya dengar Nina kena marah dengan suami dia. Lepas tu ada dengar macam bunyi barang jatuh.
Saya tahu salah untuk menerpa masuk, tapi naluri saya sebagai adik, saya rasa penting untuk selamatkan kakak saya. Saya terus masuk dalam bilik. Apa yang saya nampak, serius saya tak pernah imagine akan berlaku pada kakak kesayangan saya. Waktu tu, Abang Jaafar tengah cekik Nina. Sampai terangkat badan Nina, bayangkan betapa kuatnya dia kena cekik tu!
Tindakan saya waktu tu, saya terus tolak Abang Jaafar ke tepi. Saya tarik tarik tangan dia untuk lepaskan Nina. Tapi kudrat lelaki cukup kuat, saya gagal lepaskan Nina. Depan mata, saya dengar Abang Jaafar maki si Nina. “Kau celaka, perempuan sial. Berkahwin dengan kau tak pernah menyenangkan. Bawak sial tak habis-habis. Perempuan tak guna!.” Itu ayat Abang Jaafar sebelum dia pijak perut dan hantuk kepala Nina di lantai.
Pengakuan Lain: [“Sampai Lari Dari Rumah.” Suami Imbas Kenangan Lucu Pilih Nama Anak Dengan Isteri]
Lepas tu dia lari keluar. Saya punyalah takut waktu tu, tapi saya kuatkan semangat. Saya minta jiran sebelah rumah Nina waktu tu untuk tolong angkatkan Nina. Terima kasih Kak Siti dan Abang Hamdan. Doranglah yang bantu aku untuk bawa Nina ke hospital. Aku dah menggigil teruk, nak drive kereta pun tak mampu.
Sampai di hospital, Nina dikejarkan ke wad kecemasan. Lebih kurang sejam macam tu, doktor keluar dan maklumkan yang Nina dan meninggal dunia. Ya Allah, remuknya hati saya waktu tu. Saya terpaksa maklumkan pada ibu ayah dan adik-beradik yang lain tentang Nina.
Disebabkan jarak usia kami yang dekat, memang saya dan Nina macam kembar. Kami rapat. Jadi sebenarnya hal dia kena pukul dengan Abang Jaafar, semuanya saya dah tahu. Bila saya ajak dia buat report, dia tak mahu. Dia kata buruk macam mana pun, Abang Jaafar tetap suami dia.
Itulah sebabnya saya suka melepak di rumah Nina. Saya harapkan dengan cara tu, saya dapat bantu dia untuk tidak didera. Tapi kadang-kadang, perkara biasa kalau Nina dimaki dengan perkataan kesat depan saya. Punyalah hati kering Abang Jaafar tu. Sebab itu saya tahu selama Nina jadi isteri, dia banyak terseksa. Jarang balik kampung, sebab banyak kesan dera pada muka dan badan dia. Nina tak mahu ibu ayah tahu dia didera.
Bila dah macam ni, saya tak ragu-ragu untuk buat report. Terus saya bawa kes ni ke muka pengadilan, agar kematian Nina terbela. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Soal Abang Jaafar, rasanya kalian pun boleh agak apa jadi pada dia kan? Malas saya nak cerita lebih-lebih.

Ini bukan cerita filem, bukan rekaan. Ada sebenarnya isteri-isteri di luar sana yang ‘dibuli’ suami mereka sendiri. Padahal isteri sepatutnya dibelai manja dan disayangi, tapi diperlakukan sebegitu kejam. Sebab itulah, sampai sekarang kisah Nina ni effect kepercayaan saya terhadap Saiful, saya takut bila dah kahwin dia akan jadi macam Abang Jaafar.
Tolonglah, saya mohon agar kalian doakan kebahagiaan saya. Sedekahkan juga Al-Fatihah pada arwah Nina sekiranya kalian membaca coretan saya ini. Terima kasih kerana sudi luangkan masa. Saya hargai sokongan kalian semua. Terima kasih.
Sekiranya ada ingin berkongsi sebarang cerita atau pengakuan menarik, sila klik KONGSI CERITA
The post “Dia Buat Nina Macam Punching Bag!”. Wanita Ini Kongsi Kisah Kakaknya Didera Suami appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dia-buat-nina-macam-punching-bag-wanita-ini-kongsi-kisah-kakaknya-didera-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi 2 Hari Boleh Lahir Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Kembar Dalam Kandungan

Lagi 2 Hari Boleh Lahir Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Kembar Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 390 hits
Al Fatihah buat bayi syurga ini small Cover image via Miraa Nordin Facebook small Perkara yang paling dinanti nantikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin adalah kehadiran cahaya mata Kehadiran zuriat pastinya akan menambah kebahagian...
Khatam Al Quran Setiap Hari Wanita Kongsi Rahsia Jarang Masam Muka Dengan Suami

Khatam Al Quran Setiap Hari Wanita Kongsi Rahsia Jarang Masam Muka Dengan Suami

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 431 hits
Kehidupan sebagai suami isteri bukanlah mudah Banyak cabarannya apatah lagi perkahwinan ini melibatkan perhubungan dua jantina berlawanan Untuk menjayakan hubungan suami isteri perlu sepakat dan sentiasa menghormati Setiap amalan yang kita ...
Dipercayai Cemburu Suami Lebihkan Anak Wanita Didakwa Tergamak Bunuh Hanyutkan Anak Ditiri Di Sungai

Dipercayai Cemburu Suami Lebihkan Anak Wanita Didakwa Tergamak Bunuh Hanyutkan Anak Ditiri Di Sungai

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 441 hits
Teka teki penemuan mayat seorang kanak kanak lelaki tanpa kepala di Sidrap Indonesia akhirnya terbongkar susulan daripada kejayaan pihak polis memberkas ibu tiri kepada kanak kanak itu atas dakwaan menculik dan membunuh Menurut portal Tagar...
Sumpah Sakit Tak Tahu Macam Mana Pengkid Pakai Benda Tu Ayda Jebat Kongsi Pengalaman Tiga Bulan Pakai Bengkung

Sumpah Sakit Tak Tahu Macam Mana Pengkid Pakai Benda Tu Ayda Jebat Kongsi Pengalaman Tiga Bulan Pakai Bengkung

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1048 hits
Watak pengkid beri pengajaran kepada pelakon Ayda Jebat PELAKON Ayda Jebat mengakui berdepan kesukaran semasa melakonkan karakter gadis berperwatakan kasar dalam drama Bukan Gadis Biasa Ayda berkata selama tiga bulan penggambaran dia perlu ...
Daripada Warak Jadi Malas Solat Adik Kongsi Kisah Seram Kakak Dicintai Jin

Daripada Warak Jadi Malas Solat Adik Kongsi Kisah Seram Kakak Dicintai Jin

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 390 hits
Menurut di antara perkara yang wajib untuk diimani oleh setiap muslim adalah beriman dengan perkara perkara ghaib seperti syurga neraka hari Hisab dan lain lain Di antara perkara ghaib yang wajib untuk diimani adalah kewujudan jin dan syait...
Bila Suami Belanja Isteri Nikmatnya Sama Macam Budak Dapat Gula Gula Syok Sangat

Bila Suami Belanja Isteri Nikmatnya Sama Macam Budak Dapat Gula Gula Syok Sangat

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 348 hits
Sudah menjadi lumrah wanita memang suka membeli belah Tidak semestinya shopping untuk diri sendiri tetapi kebanyakan isteri lebih teruja membelikan sesuatu buat suami dan anak anaknya Kadang kadang tak sedar pun tak ada reward untuk dirinya...
Lelaki Kongsi Kisah Rakan Runner Ditahan Polis Gara Gara Gula Donat Disangka Dadah

Lelaki Kongsi Kisah Rakan Runner Ditahan Polis Gara Gara Gula Donat Disangka Dadah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 311 hits
Sebagai seorang penghantar makanan pasti kita berusaha memastikan setiap bungkusan makanan dapat dihantar terus kepada pelanggan tanpa sebarang halangan Namun nasib tidak baik didakwa menimpa salah seorang penghantar makanan yang ditahan po...
Impian Mak Tercapai Ibu Meninggal Dunia Di Bulan Puasa Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu

Impian Mak Tercapai Ibu Meninggal Dunia Di Bulan Puasa Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 439 hits
Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya small Cover image via Twitter hadzeriaz small Benda yang paling menakutkan bagi setiap insan di muka bumi ini adalah kehilangan orang disayangi Ia ibarat mimpi ngeri apabila insan yang kita sayang terutam...
Tular Wanita Imamkan Suami Mualaf Dr Zulkifli Kata Tidak Boleh

Tular Wanita Imamkan Suami Mualaf Dr Zulkifli Kata Tidak Boleh

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 711 hits
Wanita tidak boleh menjadi imam kepada kaum lelaki termasuk suaminya walaupun bergelar seorang mualaf yang belum cukup mempelajari ilmu agama Islam Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menjawab soalan wartawan ber...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya