Di Tuduh Abai To Ki Anak Yang Lama Ditinggalkan Tampil Buat Penjelasan Sebenar


Kisah penyanyi, To'Ki yang kini tinggal dalam keadaan serba kekurangan mula menjadi topik hangat selepas beberapa media mula melaporkan keadaan semasa beliau yang terpaksa menetap di sebuah pondok yang sangat usang.


Dengan ramai yang bersimpati terhadap nasib beliau, tidak kurang juga ada yang dikatakan menegur keluarga terutama anak-anak yang tidak menjaga kebajikan penyanyi era 90-an itu selepas mengecapi kejayaan dalam hidup masing-masing.

Tidak mahu mereka adik beradik terus dipandang serong, anak perempuan To'Ki, Noor Hidayah akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Abaikan Anak Sejak Kecil

Bermula dengan pendedahannya di media sosial yang mengatakan To'Ki mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa sejak sekian lama, beliau juga memberitahu kali terakhir mereka bertemu dengan To'Ki adalah empat tahun yang lalu.

Malah, pertemuan itu menurutnya berlaku ketika To'Ki hadir ke majlis perkahwinannya untuk menjadi wali.

Mengakui terkejut dengan keadaan terkini To'Ki, Nor Hidayah berkata mereka memang tidak pernah berhubung selepas ibu dan ayahnya bercerai kira-kira 16 tahun lalu.

"Ketika ibu dan ayah bercerai, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami.

"Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.

"Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB). Itu saja, telefon atau mesej memang tiada," katanya.

Menjawab teguran netizen kata abai bapa

Menjelaskan mengenai pendedahan yang dibuatnya sebelum ini di media sosial, Noor Hidayah menjelaskan, ianya dibuat untuk mempertahankan diri mereka dan bukannya untuk meraih simpati.

"Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

"Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

"Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap," katanya lagi.


Kisah To'Ki mula menarik perhatian ramai sebelum ini selepas beliau dilaporkan menetap dalam pondok usang bersama isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof di Batu 12, Gombak.

Bagaimanapun, selepas mendapat liputan meluas dari media, bekas penyanyi era 90-an itu kini dikhabarkan bakal meninggalkan pondok usang itu hasil inisatif daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang difahamkan akan mencari tempat tinggal baru beliau dan isteri.

Selain menerima bantuan daripada pihak bertanggungjawab, To'Ki baru-baru ini juga menerima lawatan daripada pendakwah dan dermawan terkenal Ebit Liew yang tampil menghulurkan bantuan.

To'ki Tampil Bersuara

Keberatan bercerita kisah peribadi, To'ki berkata, biar apapun yang berlaku, dia mengambil tahu perkembangan anak-anak.

"Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi. Tuduhan mendakwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar.

"Mereka hidup selesa dengan bekas isteri. Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar," katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

To'ki akur tatkala diri mendapat perhatian ramai, isu seumpama itu datang menerjah.

Tidak keberatan berkongsi, To'ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama.

To'ki berkata, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen, To'ki percaya ada hikmah di sebalik ujian dihadapi.

18 Tahun Alami Kemurungan

Masalah kemurungan yang dialami selama 18 tahun membawa penyanyi popular era 1990-an, To'ki berpindah ke rumah kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak yang didiami bersama isterinya sejak lebih setahun lalu, sebelum mendapat perhatian ramai.

To'ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata, dia memerlukan tempat yang tenang dan tidak sesak.

"Saya seronok tinggal di sini. Kawasan yang dikelilingi hutan memberi saya ketenangan jiwa dan terapi untuk saya mengawal masalah dihadapi," katanya.

Walaupun pada mulanya isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, berat untuk mengikutnya berpindah ke situ, namun To'ki tetap nekad.

"Saya nekad berpindah ke sini bersama isteri, adalah untuk merawat jiwa dan rohani saya. Saya perlukan tempat yang tenang dan tidak sesak," katanya.

Sementara itu, To'ki meluahkan rasa syukur apabila terus menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak termasuk Menteri Besar Selangor.

"Saya bersyukur ramai yang tak putus datang untuk melawat dan menghulurkan bantuan. Namun, apabila ada barang keperluan yang lebih diterima, saya akan kongsi bersama insan memerlukan. Contohnya beras yang sudah banyak diterima.
"Rumah ini sudah menjadi transit untuk saya pula menghulurkan sumbangan ini kepada orang lain. Saya bahagia dan tenang duduk di sini. Isu utamanya bukan wang ringgit.

"Bahagia bukan datang dalam bentuk material, tapi dari jiwa," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
3 Tanggapan Buruk Terhadap Gelandangan Yang Tidak Benar10 Selebriti Hollywood Yang Pernah Bergelar Gelandangan
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/anak-di-tuduh-abai-toki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Dato Aliff Syukri Apa Apakan Anak Angkatnya Ameenah Akhirnya Terbongkar Keputusan Sebenar Mahkamah

Kes Dato Aliff Syukri Apa Apakan Anak Angkatnya Ameenah Akhirnya Terbongkar Keputusan Sebenar Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 330 hits
USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan kes buat anak angkatnya Aminah Alip Syah sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah Kes Dato Aliff Syukri apa apakan anak angkatnya Ameenah Akhirnya terbongkar keputusa...
Perlukan Rm134 400 Anak Hidap Leukemia Sejak Umur 2 Tahun Ibu Tampil Mohon Sumbangan

Perlukan Rm134 400 Anak Hidap Leukemia Sejak Umur 2 Tahun Ibu Tampil Mohon Sumbangan

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 409 hits
Setiap orang tidak terlepas daripada ujian Allah SWT Sebagai manusia biasa di muka bumi ini kita seharusnya cekal dan tabah menghadapi ujian yang diberikan mungkin setiap yang berlaku ada hikmahnya Seperti perkongsian ibu kepada dua anak in...
Jaga Keluarga Dia Anak Yang Baik Ikhlas Sedekah Wang Rm29k Zulin Aziz Kongsi Sikap Sebenar Fikry Ibrahim

Jaga Keluarga Dia Anak Yang Baik Ikhlas Sedekah Wang Rm29k Zulin Aziz Kongsi Sikap Sebenar Fikry Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 357 hits
Fikry Ibrahim atau nama sebenar beliau Ahmad Fikry bin Ahmad Ibrahim merupakan seorang pelakon pelawak pengacara dan model Malaysia Satu video prank dikenakan kepada pelakon ini setelah Zulin Aziz dan pengacara program Trek Selebriti berpak
Kisah To Ki Penjelasan Anak Beliau Dan Apa Kata To Ki

Kisah To Ki Penjelasan Anak Beliau Dan Apa Kata To Ki

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 427 hits
Orang Cakap Kami Tidak Ingat Ayah Anak Perempuan To Ki Jawab Teguran Netizen Kisah penyanyi To Ki yang kini tinggal dalam keadaan serba kekurangan mula menjadi topik hangat selepas beberapa media mula melaporkan keadaan semasa beliau yang k...
Ayah Hilangkan Diri Drpd Kami Anak To Ki Dedah Cerita Sebenar

Ayah Hilangkan Diri Drpd Kami Anak To Ki Dedah Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR Anak To ki Noor Hidayah mend kwa kali terakhir bertemu penyanyi era 1990 an itu ketika beliau menjadi wali nikahnya empat tahun lalu Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu sejak ayah dan ibu berpisah kira kira 16 tahu...
Asyik Dipersalahkan Mentua Dan Suami Gara Gara Mengandung Anak Perempuan Berderet Penjelasan Dr Amalina Melegakan

Asyik Dipersalahkan Mentua Dan Suami Gara Gara Mengandung Anak Perempuan Berderet Penjelasan Dr Amalina Melegakan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 311 hits
Dalam gembira menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga ada ibu mengandung yang tertekan dan bimbang setiap kali disahkan mengandung kerana sudah berderet mempunyai ramai anak perempuan sebelum ini Bukan tak bersyukur dikurniakan anak p...
Lama Sorok Byul Dedah Sebab Kenapa Dia Haha Buat Keputusan Untuk Kongsi Gambar Anak

Lama Sorok Byul Dedah Sebab Kenapa Dia Haha Buat Keputusan Untuk Kongsi Gambar Anak

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 326 hits
Biasanya selebriti Korea lebih senang menyorokkan identiti anak anak mereka bagi mengelak daripada menjadi perhatian umum secara tak langsung membantu mereka untuk membesar dengan tenang Sama juga dengan ahli Running Man Haha dan isterinya ...
Lihat Semula Video Lama Anak Lelaki Tercengang Dakwa Nampak Sosok Tubuh Wanita Tidak Berwajah

Lihat Semula Video Lama Anak Lelaki Tercengang Dakwa Nampak Sosok Tubuh Wanita Tidak Berwajah

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 358 hits
Seorang bapa tercengang apabila dia mendakwa terlihat seorang sosok wanita tanpa wajah menghiasi satu sudut di dalam video anak perempuannya Lelaki yang berasal dari Taipei Taiwan itu dipercayai melihat semula gambar dan video lama ketika d...
Netizen Bongkar Punca Sebenar Anak Pengasas Dnars Hantar Mesej Ugvt Bapa Tiri

Netizen Bongkar Punca Sebenar Anak Pengasas Dnars Hantar Mesej Ugvt Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 767 hits
Beberapa hari ini hangat di laman sosial berikutan isu anak lelaki pengasas kosmetik Dnar Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad yang telah menghantar mesej berbaur ugvtan kepada bapa tirinya ANAK PENGASAS DNARS MENGUGvT BAPA TIRIMohamed Akhbar...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It