Kisah To Ki Penjelasan Anak Beliau Dan Apa Kata To Ki


‘Orang Cakap Kami Tidak Ingat Ayah’- Anak Perempuan To’Ki Jawab Teguran Netizen


Kisah penyanyi, To’Ki yang kini tinggal dalam keadaan serba kekurangan mula menjadi topik hangat selepas beberapa media mula melaporkan keadaan semasa beliau yang kini menetap di sebuah pondok usang.

 Dengan ramai yang bersimpati terhadap nasib beliau, tidak kurang juga ada yang dikatakan menegur keluarga terutama anak-anak beliau tidak menjaga kebajikan penyanyi era 90-an itu selepas mengecapi kejayaan dalam hidup masing-masing.

 Tidak mahu mereka adik beradik terus dipandang serong, anak perempuan To’Ki, Noor Hidayah akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.


Bermula dengan pendedahannya di media sosial yang mengatakan To’Ki mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa sejak sekian lama, beliau juga memberitahu kali terakhir mereka bertemu dengan To’Ki adalah empat tahun yang lalu.

TANGKAP LAYAR DARIPADA MEDIA SOSIAL YANG DIKATAKAN DIKIRMKAN ANAK TO’KI. GAMBAR: SUARA MERDEKA 
 Menurut Berita Harian, pertemuan itu menurutnya berlaku ketika To’Ki hadir ke majlis perkahwinannya untuk menjadi wali.

 Mengakui terkejut dengan keadaan terkini To’Ki, Nor Hidayah berkata mereka memang tidak pernah berhubung selepas ibu dan ayahnya bercerai kira-kira 16 tahun lalu.

 “Ketika ibu dan ayah bercerai, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami. Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.  “Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB)… Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada,” katanya kepada BH Online. 
 Jawab teguran netizen kata abai bapa 

Menjelaskan mengenai pendedahan yang dibuatnya sebelum ini di media sosial, Noor Hidayah menjelaskan kepada Berita Harian, ianya dibuat untuk mempertahankan diri mereka dan bukannya untuk meraih simpati.

 “Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.  “Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.  “Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,” katanya. 
 Kisah To’Ki mula menarik perhatian ramai sebelum ini selepas beliau dilaporkan menetap dalam pondok usang bersama isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof di Batu 12, Gombak.

 Bagaimanapun, selepas mendapat liputan meluas dari media, bekas penyanyi era 90-an itu kini dikhabarkan bakal meninggalkan pondok usang itu hasil inisatif daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang difahamkan bakal mencari tempat tinggal baru beliau dan isteri.

 Selain menerima bantuan daripada pihak bertanggungjawab, To’Ki baru-baru ini juga menerima lawatan daripada pendakwah dan dermawan terkenal Ebit Liew yang tampil menghulurkan bantuan buatnya.-The Vocket

 ARTIKEL BERKAITAN:#PRIHATIN ~ HIDUP DALAM KEADAAN DAIF, TO’KI TETAP BAHAGIA BERSAMA ISTERI 

To'ki kemurungan 18 tahun


MASALAH kemurungan yang dialami selama 18 tahun membawa penyanyi popular era 1990-an, To'ki berpindah ke rumah kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak yang didiami bersama isterinya sejak lebih setahun lalu. To'ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata, dia memerlukan tempat yang tenang dan tidak sesak.

 "Saya seronok tinggal di sini. Kawasan yang dikelilingi hutan memberi saya ketenangan jiwa dan terapi untuk saya mengawal masalah dihadapi," katanya.

Walaupun pada mulanya isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, berat untuk mengikutnya berpindah ke situ, namun To'ki tetap nekad.

 "Saya nekad berpindah ke sini bersama isteri adalah untuk merawat jiwa dan rohani saya. Saya perlukan tempat yang tenang dan tidak sesak," katanya kepada Harian Metro. 
 Sementara itu, To'ki meluahkan rasa syukur apabila terus menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, hari ini.

 "Alhamdulillah pagi tadi saya dikunjungi wakil Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang menghulurkan barangan keperluan dan sumbangan. Saya juga sempat bercakap dengan Datuk Seri melalui panggilan telefon.  "Saya bersyukur ramai yang tak putus datang untuk melawat dan menghulurkan bantuan. Namun, apabila ada barang keperluan yang lebih diterima, saya akan kongsi bersama insan memerlukan. Contohnya beras yang sudah banyak diterima. "Rumah ini sudah menjadi transit untuk saya pula menghulurkan sumbangan ini kepada orang lain. Saya bahagia dan tenang duduk di sini. Isu utamanya bukan wang ringgit. "Bahagia bukan datang dalam bentuk material, tapi dari jiwa," katanya. 
 Terdahulu, nama To'ki tiba-tiba menjadi sebutan netizen apabila foto rumah yang didiami bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, itu tular sejak beberapa hari lalu.-myMetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://carianpanas.blogspot.com/2020/07/kisah-toki-penjelasan-anak-beliau-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegang Phone Waktu Dukung Anak Kata Pakar Tabiat Ini Dapat Cederakan Mereka

Pegang Phone Waktu Dukung Anak Kata Pakar Tabiat Ini Dapat Cederakan Mereka

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 301 hits
Ibu ayah menyedari bahaya sekiranya anak anak terdedah secara berlebihan pada skrin gajet Jika anak anak minta untuk pinjam sebentar pun banyak syarat yang kita kenakan Bimbang anak anak terlalu obses dengan gajet Namun pernahkah anda terfi...
Face Mask Vs Face Shield Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Anak Ini Kata Pakar

Face Mask Vs Face Shield Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Anak Ini Kata Pakar

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 295 hits
Penggunaan pelitup separuh muka bagi kanak kanak berumur bawah 5 tahun sepanjang berada di dalam kelas adalah tidak digalakkan kerana boleh mengundang risiko keselamatan kata Pakar Perunding Kanan Pediatrik Datuk Dr Amar Singh Risiko Fac
Kisah Anwar Dan Mahathiir Untuk Tatapan Generasi Anak Muda

Kisah Anwar Dan Mahathiir Untuk Tatapan Generasi Anak Muda

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 308 hits
Aku mau share sikit cerita pasal siapa Tun M dan Anwar supaya generasi yang lahir tahun 1987 mengetahui faktanya Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982 atas pelawaan Tun M Anwar melepaskan jawatan Presiden ABIM yg beliau asaskan bersama beber...
Menitis Lagi Air Mata Mak Wan Malu Bercerita Kisah Hidup Anak Seni Hidup Ini Berg4ntung Dengan Ub4t

Menitis Lagi Air Mata Mak Wan Malu Bercerita Kisah Hidup Anak Seni Hidup Ini Berg4ntung Dengan Ub4t

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 782 hits
KEHEBATAN lakonannya yang sering memegang watak seorang ibu memang tidak dapat disangkal namun siapa sangka pelakon senior Mak Wan terpaksa meneruskan kehidupannya dengan berg4ntung kepada ub4t Menurut Mak Wan atau nama sebenar Halimaton Sa...
Zip Mulut Ibu Ayah Jangan Keluar Kata Nakal Bila Marah Anak Semua Tu Doa

Zip Mulut Ibu Ayah Jangan Keluar Kata Nakal Bila Marah Anak Semua Tu Doa

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 437 hits
Mendidik dan membesarkan anak anak satu cabaran yang besar buat ibu bapa Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah Sebagai ibu bapa kita perlu ingat anak anak adalah amanah Tuhan kep...
Janji Halal Ayah Tak Kisah Susah Janji Anak Tersenyum Kagum Semangat Ustaz Hanafi

Janji Halal Ayah Tak Kisah Susah Janji Anak Tersenyum Kagum Semangat Ustaz Hanafi

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 504 hits
Keadaan sekarang sangat mencabar kerana semua perkara yang nak dilakukan bergantung kepada WANG Ini berbeza berbanding zaman mak ayah kita sebelum ini Orang kata semua memerlukan wang Contohnya baru sahaja start kereta dan jalan di atas jal...
Nak Beli 3 Barang Je Alih Alih Penuh Troli Tak Kisah Berhabis Janji Isteri Anak Bahagia

Nak Beli 3 Barang Je Alih Alih Penuh Troli Tak Kisah Berhabis Janji Isteri Anak Bahagia

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 421 hits
Dalam rumah tangga perlulah saling bertolak ansur dan membantu antara suami dan isteri Salah satu cara lain untuk memancing rezeki adalah dengan berbelanja untuk isteri dan anak anak Biasanya isteri yang bahagia bila suaminya tak kedekut Un...
Kisah Seorang Lelaki Yg Membunuh Anak Dara Sunti Kerana Nak Buat Perfume

Kisah Seorang Lelaki Yg Membunuh Anak Dara Sunti Kerana Nak Buat Perfume

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 830 hits
Karya Patrick Suskind ini ditulis dan mula dijual pada tahun 1985 di Jerman dgn tajuk asal dalam bahasa Jerman iaitu Das Parfum Die Geschichte eines M rders Ia membawa maksud PERFUME THE STORY OF THE MURDERER Dan ia sama dengan bacaan aku s...
Anak Dara Norman Sambut Ulang Tahun Ke 15 Kisah Beranak Dalam Kereta Segar Di Ingatan

Anak Dara Norman Sambut Ulang Tahun Ke 15 Kisah Beranak Dalam Kereta Segar Di Ingatan

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 711 hits
Dilihat sebagai seorang bapa yang penyayang Norman Hakim baru baru ini telah berkongsi ucapan hari jadi kepada anak perempuannya Marissa Dania Hakim yang kini sudah genap berusia 15 tahun Di dalam entrinya Norman sempat mengimbau semula ken...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities