Di Tengah Kegembiraan Hari Kebangsaan Tiada Makna Bagi Penduduk Ppr


Jason ThomasPenduduk di flat PPR menjalani rutin harian ketika perayaan Hari Kebangsaan.KUALA LUMPUR: Sebahagian besar masyarakat gembira menyambut Hari Kebangsaan dengan mengibar Jalur Gemilang dan melaungkan kemerdekaan.
Namun, suasana itu nyata berbeza bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana tidak bersemangat menyambutnya tatkala masih berdepan pandemik Covid-19 dan sekatan perintah kawalan pergerakan.
FMT sempat meninjau sebuah kawasan perumahan di PPR bagi mendalami kisah beberapa penduduk di situ yang menceritakan bagaimana mereka terus mematuhi lanjutan perintah kawalan pergerakan atau disebut sebagai ‘normal baharu’.
“Buat masa ini, tiada apa yang boleh disambut bagi kebanyakan kami yang tinggal di sini,” kata Mithraa, ibu tunggal kepada 3 anak. “Kos makanan meningkat dan ada banyak bil kena bayar. Ia sangat sukar dan saya tidak tahu apa yang perlu dibuat,” keluhnya.
Ada juga yang terpaksa berdepan pemotongan gaji. Mithraa, yang bekerja dalam sektor jualan, berkata pendapatannya dikurangkan separuh sejak PKP bermula pada Mac lalu.
Rakannya, Santhi Villaranam, bekerja sebagai tukang cuci tetapi salah sebuah pejabat yang biasa dibersihkannya telah ditutup sejak Mac dan pejabat lain hanya memperuntukkannya untuk bekerja selama 1 jam sehari.
“Macam mana saya boleh bayar semua benda?” tanya ibu kepada 3 anak itu. “Saya tidak fikir tentang merdeka. Saya lebih risau pasal beli makanan dan jaga anak-anak saya.”
Situasi hari demi hari terus bertambah buruk, ibarat tiada noktah. Malah mungkin juga bukan tahun depan.
“Harga sudah naik, dan saya sudah tak mampu beli ayam atau ikan. Saya harap kerajaan akan berusaha turunkan harga dan mencari jalan untuk mewujudkan pekerjaan dengan gaji yang lebih baik,” kata Santhi.
Seorang lagi jiran, Rose Jamaluddin, berkata anaknya kini diberhentikan kerja di sebuah tapak pembinaan. Ini menjadikannya semakin bimbang dengan masa depan.
“Pendidikan lebih baik untuk semua satu-satunya jalan keluar”
Sebahagian jiran mereka terpaksa berfikir secara kreatif dan menjadi usahawan kecil-kecilan. Ada yang kini mula menjual makanan dari warung tingkat bawah, sementara yang lain memulakan perniagaan pendawaian (wiring) secara “freelance”
Memikirkan masa depan, penduduk di situ yakin dalam jangka masa panjang, pendidikan menjadi kunci untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji tetap bagi anak mereka.
Ramesh, yang mengusahakan sebuah kedai runcit di flat itu menegaskan negara sepatutnya mempunyai visi untuk mengelakkan daripada pelaksanaan tindakan afirmatif yang beberapa dekad bergelut dalam sistem pendidikan.
“Kita semua mahukan pendidikan yang baik untuk anak-anak kita dan itu perlu menjadi suatu bidang yang setara,” katanya. “Setiap orang perlu mendapat layanan yang sama.”
Bagi seorang penduduk lain pula, Suhaimi Suji, bersetuju bahawa sekolah dan program kolej yang dirancang secara bersesuaian akan menjadi kunci kepada generasi muda Malaysia sebagai alat yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan yang moden dan sentiasa berkembang itu.
Memuji kerajaan kerana menyediakan pendidikan sekolah rendah dan menengah dengan percuma, Suhaimi berkata harapannya dapat melihat lebih banyak dasar dilaksanakan untuk membantu anak muda berkembang.
“Akhirnya, ini rumah mereka juga,” katanya. “Ke mana lagi mereka boleh pergi?”
Ketika lawatan ke PPR Desa Rejang minggu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa bangganya melihat kegigihan rakyat bekerja, dengan sebahagiannya membuat 2 atau 3 pekerjaan sehari untuk menampung pendapatan keluarga mereka.
Sub-head: “Orang muda sepatutnya tidak boleh terlalu memilih”
Seorang penduduk lain, Mohd Fakhrullah Hafiz Md Khalid, berkata Malaysia berkembang pesat sepanjang 6 dekad kemerdekaan selain berharap negara ini akan terus mengecapi kesejahteraan dan keharmonian.
“Ramai ahli politik cuba menggunakan bangsa dan agama untuk memecahbelahkan kita, tetapi kita tidak boleh biarkan mereka mempengaruhi kita,” katanya.
Dengan kadar pengangguran dalam kalangan belia meningkat sekitar 10%, Fakhrullah, yang menjalankan perniagaan menukar bateri kenderaan, berkata orang muda tidak sepatutnya terlalu memilih dalam mencari pekerjaan.
“Saya lihat ada banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia – terpulang sama ada mereka mahu atau tidak,” katanya. “Anda tidak akan boleh pergi jauh kalau anda malas. Anda perlu bekerja keras. Kalau tidak, anda tidak akan dapat apa-apa. ”
Pun begitu, ramai rakyat yang terdesak tidak dapat melihat jalan keluar dari keadaan mereka sekarang.
Walaupun pendapatan dan kualiti hidup sudah pasti meningkat sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, apa yang bermain di fikiran mereka sekarang adalah gaji yang rendah dan kos sara hidup tinggi, membuatkan ramai rakyat gigih berjuang untuk terus bertahan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/di-tengah-kegembiraan-hari-kebangsaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Perarakan Hari Kebangsaan Kerajaan Galak Rakyat Tunjuk Patriotisme Di Media Sosial

Tiada Perarakan Hari Kebangsaan Kerajaan Galak Rakyat Tunjuk Patriotisme Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 316 hits
Saifuddin Abdullah KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini menyeru rakyat agar menghidupkan suasana sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara sedang berdepa...
Pulau Pinang Batal Sambutan Hari Kebangsaan

Pulau Pinang Batal Sambutan Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 341 hits
Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini akan dibatalkan susulan keadaan semasa penularan wabak koronavirus di negeri itu Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo K...
Merdeka Malaysiaku Selamat Hari Kebangsaan Ke 63 Tahun

Merdeka Malaysiaku Selamat Hari Kebangsaan Ke 63 Tahun

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 435 hits
Merdeka Alhamdulillah Masih bernyawa Masih boleh melihat negaraku yang tercinta Aku bangga menjadi rakyat Malaysia walau apa pun berlaku Namun Aku bukanlah kaki politik hanya Bersemangat patriotikk Hehe Pertama Kali Teringin Beli Tudung Cor...
Wanita Waja Negara Sejahtera Tema Hari Wanita Kebangsaan 2020

Wanita Waja Negara Sejahtera Tema Hari Wanita Kebangsaan 2020

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 442 hits
Bersesuaian semangat wanita terutama ketika berdepan COVID 19 KUALA LUMPUR Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini bertemakan Wanita Waja Negara Sejahtera bersesuaian dengan semangat serta pengorbanan golongan wanita terutamanya ketika be...
Iklan Petronas Hari Kebangsaan 2020 Animasi Pemadam Penuh Mesej Tersirat

Iklan Petronas Hari Kebangsaan 2020 Animasi Pemadam Penuh Mesej Tersirat

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 1304 hits
Iklan Petronas Hari Kebangsaan Produk iklan dan filem pendek daripada Petronas sememangnya tidak mengecewakan penonton Ada saja idea menarik yang diluahkan dalam iklan mereka mengikut pelbagai sambutan perayaan Untuk Hari Kebangsaan 2020 ka...
Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2020

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2020

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 329 hits
Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun Pastinya setiap tahun kita akan menyambutnya dengan logo dan tema yang berlainan Untuk tahun ini The post appeared first on
Somalia Ucap Selamat Hari Kebangsaan Kepada Malaysia

Somalia Ucap Selamat Hari Kebangsaan Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 563 hits
Dutanya di Malaysia Abukar Abdi Osman dalam kenyataan semalam turut berdoa untuk keamanan kesejahteraan dan kemajuan negara ini serta Malaysia dapat mengatasi pandemik COVID 19 Bagi pihak negaranya beliau juga mengucapkan tahniah kepada Yan...
88 Kuda Bakal Meriahkan Hari Kebangsaan Norma Baharu

88 Kuda Bakal Meriahkan Hari Kebangsaan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 319 hits
BERNAMA BIARPUN kira kira 90 peratus aktiviti sambutan Jubli Perak Putrajaya dan Hari Kebangsaan ke 63 di Putrajaya terencat susulan pandemik Covid 19 namun perarakan 88 ekor kuda pada 30 Ogos ini menjadi tonggak simbolik semangat dwi sambu...
Sarapan Dan Makan Tengah Hari Selera Pantai Timur Di Warong Ambo

Sarapan Dan Makan Tengah Hari Selera Pantai Timur Di Warong Ambo

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 297 hits
Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar gambar menu di facebook page Warong Ambo Warong Ambo dan Cafe Ambo ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm