Tiada Perarakan Hari Kebangsaan Kerajaan Galak Rakyat Tunjuk Patriotisme Di Media Sosial


BernamaSaifuddin Abdullah.KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini menyeru rakyat agar menghidupkan suasana sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19.
Menteri Saifuddin Abdullah berkata walaupun tiada perarakan Hari Kebangsaan diadakan pada tahun ini, rakyat boleh meraikan sambutan secara kreatif dan berkongsi gambar atau video menerusi media sosial.
“Kita galakkan rakyat ambil gambar dan video dan kongsikan kreativiti mereka untuk mengekspresikan Hari Kebangsaan. Oleh kerana tiada acara seperti biasa, tidak bermakna kita tidak boleh menghidupkan semangat sambutan negara secara bersama,” katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini di TV3.
Menurut Saifuddin, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini juga serentak dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 9 Julai.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Ogos dan seterusnya sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept yang akan berlangsung di Sibu, Sarawak.
Menurutnya, Agong Sultan Abdullah Shah turut berkenan berangkat ke Dataran Pahlawan bagi upacara menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan keselamatan utama dan seterusnya menyampaikan titah diraja yang akan disiarkan secara langsung.
“Kebiasaannya tiada titah diraja pada Hari Kebangsaan tetapi kerana 50 tahun lepas Agong pada masa itu mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos, maka kita ambil bersempena ulang tahun 50 tahun itu untuk ucapan titah baginda,” katanya.
Sementara itu, Saifuddin berkata tema “Malaysia Prihatin” yang dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini melambangkan Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum dan bersatu padu, manakala “prihatin” merujuk kepada aspek kebersamaan rakyat terutamanya dalam berdepan suasana kebiasaan baharu.
“Untuk menjadi patriotik dan prihatin tidak perlu buat perkara besar-besar. Bantu bagi pelitup muka kepada teman, mengingatkan satu sama lain tentang penjarakan fizikal, kutip sampah tepi jalan, itu semua aksi prihatin. Tidak perlu jadi menteri untuk jadi patriotik,” katanya.
Saifuddin berharap setiap stesen televisyen berusaha menghidupkan suasana sambutan itu bagi memastikan hari berkenaan diraikan bersama.
“Selalu kita tengok selain perarakan tentera akan ada juga aset-aset yang dibawa ke Dataran Merdeka tetapi kali ini takkan nak dibawa aset-aset itu ke studio…semuanya bergantung pada kreativiti stesen-stesen televisyen,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/tiada-perarakan-hari-kebangsaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Lagi Penghinaan Islam Di Media Sosial Mui Jika Dibiarkan Rakyat Akan Nilai Aparat Rasis

Ramai Lagi Penghinaan Islam Di Media Sosial Mui Jika Dibiarkan Rakyat Akan Nilai Aparat Rasis

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 323 hits
Baru baru ini publik dihebohkan dengan kemarahan warga terhadap seorang pria paruh baya bernama Apollinaris Darmawan Video penghakiman oleh warga pun sempat beredar di sosial media yang diunggah akun Instagram ndorobeii Minggu Kemarahan war...
Kerajaan Perhalusi Cadangan Perketat Kandungan Laman Sosial

Kerajaan Perhalusi Cadangan Perketat Kandungan Laman Sosial

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 253 hits
Kerajaan akan memperhalusi cadangan untuk memperketatkan sebarang kandungan dimuat naik di laman media sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam khususnya membabitkan pandangan golongan liberal dan murtad Menteri di Jabatan Perdana Mente...
Mantan Pm Guna Media Sosial Tahap Cybertrooper Hannah

Mantan Pm Guna Media Sosial Tahap Cybertrooper Hannah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 400 hits
Pada 19 Ogos 2020oleh PENTADBIRNajib Razak didakwa memutarbelitkan fakta sebenar berkenaan situasi yang berlaku di Parlimen Mantan Perdana Menteri itu dalam hantaran di Facebook mendakwa pembangkang kononnya menolak Rang Undang undang berka...
Kerajaan Ph Terlalu Singkat Pulangkan Mandat Rakyat Baru Nilai Prestasi

Kerajaan Ph Terlalu Singkat Pulangkan Mandat Rakyat Baru Nilai Prestasi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 241 hits
Kritikan kononnya kerajaan Pakatan Harapan gagal sama sekali memerintah negara selama 22 bulan sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu tidak menepati piawaian akademik Bagi Profesor Dr Razali Nawawi hanya orang yang tidak faham menilai perjalana...
Harga Siling Pelitup Muka Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Harga Siling Pelitup Muka Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 269 hits
Apa rasional naik harga maksimum topeng muka tiga lapis ke RM1 50 KUALA LUMPUR Isu harga siling pelitup muka antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlim...
Isu Stesen Tv Tolak Artis Sendu Media Sosial Johan As Ari Back Up

Isu Stesen Tv Tolak Artis Sendu Media Sosial Johan As Ari Back Up

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 345 hits
Stesen TV tak buat macam tu pun saya borak dengan ramai pengarah mereka kata boleh pilih siapa sahaja pelakon mereka nak Jadi soal follower ramai atau tak itu bukan isu Sebagai pelakon kena pandai promosikan diri saya bukan nak gaduh dengan...
Didik Generasi Muda Tapis Maklumat Media Sosial

Didik Generasi Muda Tapis Maklumat Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 588 hits
LEDAKAN teknologi maklumat dengan kelahiran internet dan perkembangan media sosial membentuk satu revolusi yang mengubah segalanya Dengan perkembangan teknologi dan telekomunikasi yang menjadikan akses internet lebih murah laju canggih dan ...
Wanita Waja Negara Sejahtera Tema Hari Wanita Kebangsaan 2020

Wanita Waja Negara Sejahtera Tema Hari Wanita Kebangsaan 2020

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 487 hits
Bersesuaian semangat wanita terutama ketika berdepan COVID 19 KUALA LUMPUR Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini bertemakan Wanita Waja Negara Sejahtera bersesuaian dengan semangat serta pengorbanan golongan wanita terutamanya ketika be...
15 Ilustrasi Realiti Generasi Masa Kini Yang Obses Dengan Media Sosial

15 Ilustrasi Realiti Generasi Masa Kini Yang Obses Dengan Media Sosial

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 477 hits
Kehidupan kita hari ini sarat dengan teknologi dan agak janggal sekiranya seseorang itu menolak perkembangan teknologi terkini misalnya penggunaan telefon bimbit komputer atau tablet Bercakap soal taksub tanda seseorang mengalami ketagihan ...
Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gemerlapan Cahaya Lampu Indahnya Sabindo Resort Kala Malam

Denai Alam Pond A

Elmina East Lake Park

Elmina Urban Park

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

Pensyarah Rugi Hampir Rm300 000 Terpedaya Suspek Menyamar Pegawai Polis