88 Kuda Bakal Meriahkan Hari Kebangsaan Norma Baharu


BERNAMA 
BIARPUN kira-kira 90 peratus aktiviti sambutan Jubli Perak Putrajaya dan Hari Kebangsaan ke-63 di Putrajaya 'terencat' susulan pandemik Covid-19, namun perarakan 88 ekor kuda pada 30 Ogos ini menjadi tonggak simbolik semangat dwi sambutan terus diraikan.
Perarakan berkuda itu akan diketuai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim yang disertai unit berkuda Perbadanan Putrajaya (PPj) serta agensi lain termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Aminuddin berkata, perarakan sejauh 6.7 kilometer dari Dataran Putrajaya ke Dataran Putra serta berpatah balik ke Dataran Putrajaya mengambil masa selama dua jam bermula 10 pagi.
Beliau berkata, peserta akan membawa bendera Malaysia, Malaysia Prihatin, bendera 25 tahun Putrajaya, bendera 50 Rukun Negara dan bendera agensi masing-masing.
"Bilangan 88 ekor kuda dipilih bagi menyertai perarakan itu sebagai simbolik bagi gabungan nombor (63+25), ulang tahun kedua-dua sambutan itu," katanya.
Ulang tahun kemerdekaan yang ke-63 disambut pada 31 Ogos ini manakala pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya yang ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 pula meraikan ulang tahun ke-25 pada tahun ini.
Bagi mengelakkan orang ramai berkumpul untuk menonton acara perarakan berkuda itu, Aminuddin berkata, pihak PPj akan bekerjasama dengan PDRM untuk kawalan dan pemantauan.
Sehari sebelum perarakan berkuda (29 Ogos) juga bersempena dengan dwi sambutan itu, acara terjunan base akan berlangsung di Jambatan Monorel, Presint 3 dan peserta dijangka mendarat di kawasan lapang tapak Floria Putrajaya.
Aksi terjunan base itu akan dilakukan oleh enam penerjun tempatan yang turut diwakili seorang kakitangan PPj Adi Khirman Marji, katanya.
"Penerjun kemudian akan menyerahkan bendera Jubli Perak dan Malaysia kepada Presiden PPj sebagai simbolik bagi meneruskan acara dwi sambutan itu dengan acara perarakan berkuda," katanya.
Aminuddin berkata pelbagai acara dirancang PPj sempena sambutan Jubli Perak Putrajaya pada tahun ini namun tidak dapat dilaksanakan dan akan ditunda ke tahun depan.
Bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan pada tahun ini, Aminuddin berkata PPj menyerahkan 3,600 bendera Malaysia kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan untuk dipasang di jalan-jalan utama sekitar Putrajaya.
Beliau berkata lebih 6,400 bendera Malaysia turut dipasang di bangunan-bangunan awam, medan-medan selera dan kawasan awam di sekitar Putrajaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/88-kuda-bakal-meriahkan-hari-kebangsaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Waja Negara Sejahtera Tema Hari Wanita Kebangsaan 2020

Wanita Waja Negara Sejahtera Tema Hari Wanita Kebangsaan 2020

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 514 hits
Bersesuaian semangat wanita terutama ketika berdepan COVID 19 KUALA LUMPUR Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini bertemakan Wanita Waja Negara Sejahtera bersesuaian dengan semangat serta pengorbanan golongan wanita terutamanya ketika be...
Iklan Petronas Hari Kebangsaan 2020 Animasi Pemadam Penuh Mesej Tersirat

Iklan Petronas Hari Kebangsaan 2020 Animasi Pemadam Penuh Mesej Tersirat

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 1472 hits
Iklan Petronas Hari Kebangsaan Produk iklan dan filem pendek daripada Petronas sememangnya tidak mengecewakan penonton Ada saja idea menarik yang diluahkan dalam iklan mereka mengikut pelbagai sambutan perayaan Untuk Hari Kebangsaan 2020 ka...
Covid 19 Sebanyak 10 Kes Di Lapor Hari Ini Tiada Kematian Atau Pun Kluster Baharu

Covid 19 Sebanyak 10 Kes Di Lapor Hari Ini Tiada Kematian Atau Pun Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 481 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 10 kes baharu Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 10 kes sembuh hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 10 kes baharu itu 8 adalah kes import dan 2 penularan temp...
Pulau Pinang Batal Sambutan Hari Kebangsaan

Pulau Pinang Batal Sambutan Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 409 hits
Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini akan dibatalkan susulan keadaan semasa penularan wabak koronavirus di negeri itu Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo K...
Covid 19 Enam Kes Positif Baharu Dengan Lima Penularan Tempatan Hari Ini

Covid 19 Enam Kes Positif Baharu Dengan Lima Penularan Tempatan Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 412 hits
KUALA LUMPUR Enam kes positif Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas dengan lima melibatkan penularan dalam negara kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata perkembangan terbaharu hingga 12 tengah h...
Hiburan Bakal Pengantin Baru Mira Filzah Tidak Akan Menganjurkan Malam Berinai Menjelang Hari Perkahwinan

Hiburan Bakal Pengantin Baru Mira Filzah Tidak Akan Menganjurkan Malam Berinai Menjelang Hari Perkahwinan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 488 hits
Pelakon Mira Filzah mengumumkan tidak akan mengadakan majlis malam berinai sempena majlis perkahwinannya tidak lama lagi Dia memberitahu mengenai perkara itu ketika diajukan soalan di laman komen di Instagram miliknya baru baru ini View thi...
Banyak Benda Yang Berubah Lepas Covid Semua Perlu Biasakan Diri Dengan Norma Baharu

Banyak Benda Yang Berubah Lepas Covid Semua Perlu Biasakan Diri Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 538 hits
Banyak benda yang telah berubah sejak wabak Covid melanda dunia Walaubagaimanapun kita semua perlu biasakan diri dengan norma baharu agar wabak ini tidaklah berleluasa dengan mudah sementara vaksin untuk merawat masih belum dijumpai lagi Pe...
Tiada Perarakan Hari Kebangsaan Kerajaan Galak Rakyat Tunjuk Patriotisme Di Media Sosial

Tiada Perarakan Hari Kebangsaan Kerajaan Galak Rakyat Tunjuk Patriotisme Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 425 hits
Saifuddin Abdullah KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini menyeru rakyat agar menghidupkan suasana sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara sedang berdepa...
Membudaya Norma Baharu Pandemik Covid 19

Membudaya Norma Baharu Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR 8 OGOS Apabila tiada tanda tanda bila akan berakhirnya pandemik Covid 19 nasihat terbaik kepada rakyat Malaysia bagi melindung diri masing masing adalah meneruskan amalan pemakaian pelitup separuh muka apabila keluar rumah kera...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah