Iklan Petronas Hari Kebangsaan 2020 Animasi Pemadam Penuh Mesej Tersirat
Iklan Petronas Hari Kebangsaan
Produk iklan dan filem pendek daripada Petronas sememangnya tidak mengecewakan penonton. Ada saja idea menarik yang diluahkan dalam iklan mereka mengikut pelbagai sambutan perayaan. Untuk Hari Kebangsaan 2020 kali ini, Petronas menampilkan animasi 'Operasi Koperasi' pemadam bendera negeri-negeri di Malaysia. Comel sangat
Kredit video Petronas MMD 2020 - Operasi Koperasi
Apabila lihat pemadam bendera negeri-negeri di Malaysia, teringat kenangan ketika sekolah rendah dulu. Pemadam ini menjadi kegilaan murid-murid. Bukan kerana fungsinya tetapi digunakan untuk berentap main tindih pemadam. Siapa menang, dia dapat pemadam pihak lawan. Baik lelaki, baik perempuan.. sama saja bermain 😄
Suka sangat konsep filem animasi yang dibawakan oleh Petronas sempena Hari Kebangsaan Malaysia 2020 ini. Iklan yang memaparkan animasi 3D dengan watak yang comel pemadam negeri-negeri di Malaysia dan seekor kucing sememangnya menarik minat pelbagai lapisan umur untuk menontonnya. Setiap pemadam pula berkata-kata dalam loghat bendera negeri masing-masing. Memang comel
Ia bukan cerita kosong tapi ada banyak mesej yang disampaikan kepada para penonton. Operasi Koperasi. Ceritanya adalah tentang sebuah misi menyelemat rakan pemadam yang terjatuh ke lantai yang berlaku di sebuah koperasi sekolah. Ada seekor kucing yang berkeliaran di situ, menjadi igauan maut buat mereka. Walaupun mereka kecil tetapi bersemangat tinggi untuk menyelamatkan rakan daripada bahaya.
Jom tonton video comel Operasi Koperasi
Ya, jangan mengalah sebelum melangkah, tepuklah dada tanya selera. Macam mana sama-sama nak selamatkan diri dari bahaya? Redah sebelum parah! Dari mula sampai akhir, memang asyik menonton sebab comel sangat hehehe
Bertepatan dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2020 iaitu Malaysia Prihatin, animasi ini menunjukkan bahawa setiap negeri perlu bekerjasama dan saling membantu tidak mengira waktu, ketika senang atau susah. Tak kisah macam mana loghat negeri masing-masing, janji apa yang disampaikan sama saja maksudnya. Tak kisah dari negeri mana, kita tetap Malaysia
Animasi ini memang best dan ada kelakarnya. Sampai rasa nak menangis pun ada... apabila mengenangkan akhir-akhir ini banyak isu yang melanda Malaysia. Ada isu perkauman, agama, politik yang membuatkan rakyat makin pening memikirkannya. Tapi kalau betul sayangkan Malaysia, jaga negara sebaiknya. Jangan buat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja
Bila murid perempuan cakap, "Eh mana boleh pisahkan.. Semua sekalilah.".. teringat cerita negeri Sabah baru-baru ini. Sebak pula dengarnya.
Apa pun, mari sama-sama titipkan doa untuk negara kita Malaysia. Selamat Hari Kebangsaan 2020!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.maisarahsidi.com/2020/08/iklan-petronas-hari-kebangsaan-2020.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)