Di Sebalik Tirai Tabir Gelombang 9738



KD Jebat dan Saya
JUNE 9, 2012 BY ADMIN
PENGALAMAN NAIK KD JEBAT

1. Sudah bermacam-macam kapal perang milik Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sudah saya naik dan belayar dan yang paling kerap adalah dari kapal sokongan KD Mahawangsa dan KD Seri Inderapura.

2. Kapal selam Scorpene milik negara saya belum pernah masuk apatah lagi belayar tetapi saya sudah pernah memasuki kapal-kapal selam jenis Agosta milik Peranchis dan Pakistan.
Gambar saya atas KD Jebat, semasa ada kenduri makan-makan dengan para pegawai TLDM, ni dua hari sebelum poi belayar kat Langkawi
3. Semasa di Langkawi waktu pameran LIMA dahulu, saya berpeluang belayar dengan KD Jebat dan subuh lagi saya sudah berada di jeti Awana Porto Malai (boleh bangun pagi pasal den semalaman tak tidur)

4. Di jeti, saya lihat KD Tun Abdul Razak sudah mula bersiap dan kedatangan saya ke kapal friget KD Jebat disambut oleh XO kapal tersebut, namanya lupa pulak…
5. Setengah jam kemudian KD Jebat mula bergerak perlahan dengan kelajuan di antara 8 hingga 12 knots untuk mengiringi Scorpene keluar, yelah kapal selam mana boleh bergerak laju dan sepanjang pelayaran, KD Razak hanya belayar di permukaan sahaja kerana keadaan laut di sekitar Langkawi sangat cetek
Port isap rokok terbaik di dunia, bawah dek heli KD Jebat, ombak hasil pecutan 27 knots
6. Perkara pertama saya cari ialah “port” hisap rokok, ada dua, satu di dek misil yang menempatkan peluru berpandu Exocet dan kedua, di bawah dek pendaratan helikopter


7. Memang “feel” dapat hisap rokok atas kapal, itu pun selepas penat memasuki bilik Command and Control (C and C) kapal yang serba canggih dan melawat beberapa bahagian kapal serta menyertai latihan kecemasan dan menembak yang dibuat di atas kapal
Bersedia!!! Bersedia !!! latihan serangan udara (den merasa juga menembak mesingan ni tapi malangnya, gambar terdelete dalam hp, menyesal den)
8. “Feel”nya pasal bila isap rokok atas kapal, wajah kita ditampar dengan angin laut dan diherdik dengan cebisan ombak, I love the sea, impian saya, selepas habis misteri hutan di Malaysia ini saya tahu, saya mahu ke laut, mengelilingi lautan dan kemudian kalau ada mood, saya nak duduk kat pulau terpencil, sorang-sorang tapi line internet kena adalah, tv takde takpe, internet kena ada (tidak akan ada jam tangan, waktu tidak wujud)Bersama blogger pertahanan KL Defense Review
9. Friget KD Jebat ini adalah yang paling berkeupayaan di antara kapal-kapal TLDM yang lain malah boleh dikatakan antara yang paling laju kerana masih mampu mengekalkan kelajuan 27 knotsnya

10.Selepas puas menghisap rokok dan melihat ombak, saya akan lepak di War Room atau bilik C n C kapal KD Jebat, perasaan saya pada masa itu seolah-seolah berada dalam dalam bridge kapal Battlestar Galactica (saja berangan)
Selepas penat merayau ikut sesuka hati den dalam kapal, den makan berkoyan-koyan dalam bilik War Room, bilik ni tempat para pegawai lepak
11.Dari jauh kelihatan, KD Lekiu yang turut mengiringi ke kami serta KD Razak ke kawasan latihan.Dalam latihan serangan udara tadi, kapal kena tembak misil, pasukan pemadam api menjalankan tugas, masa ni den dah boring, cuaca panas, x cukup tidur pulak tu
Casualty, kena tembakan...masa ni den dah boring, spesel efek lemah, skrip lemah, darah tidak memancut, den kemudian duduk dalam hangar helikopterBilik ni best, aircon kuat...sejukkk...Depa ni tgh tunggu Super Lyns landing....den malas keluar, panas, lg pun kipas heli kuat nanti topi den terbangSuperlynx landing...selepas gambar diambil, den menyorok jauh-jauh sikit ke dalam hangar, risau terbabas, habis putus putus kepala den nantiMamat ni engineer untuk heli...badan memanjang bau minyak...malas den nak kawan
12.Saya tidak mungkin melepaskan peluang untuk melihat pelayaran kapal selam pertama negara kita, yang mana kecanggihannya masih belum dapat dicabar oleh mana-mana kapal selam milik negara jiran.

13.Walaupun selepas ini sebuah negara jiran akan menerima kapal selam baru tetapi design kapal selam tersebut sudah obsolete.

14.Apa pun, kita harus menghormati Indonesia kerana republik tersebut merupakan antara yang paling berpengalaman dalam mengoperasikan kapal selam.

15.Selepas sampai ke perairan yang ditetapkan disempadan Selat Melaka dan lautan Hindi, kapal selam pun hilang dari pandangan mata.
wajah-wajah jakun mereka yang tidak pernah melihat kapal selam menyelam...den pun tak jakun tetapi kagum, masa ni terasa mcm dalam filem The Hunt For The Red October, rasa patriotik sangat, bila anggota media termasuk blogger, tv dan paper dan TLDM berkongsi semangat yang sama
16.Semua orang menunggu dengan debar, rupa-rupanya ramai juga anak-anak kapal KD Jebat yang belum pernah melihat kapal selam ini menyelam.
now u seenow u dont..KD Lekiu dari jauh, kapal selam dah menyelam masa ni. Den selepas gambar di ambil, den membuta kat dek tepi tempat simpanan diesel
17.Sebelum Scorpene Malaysia timbul di permukaan, kapal selam tersebut melepaskan katrij asap dari bawah air ke permukaan laut, berkepul-kepul asap keluar sebagai tanda, bahawa kapal tersebut akan timbul kat situ, jadi jangan pergi sana (nanti berlanggar pulak).

18.Sebaik sahaja kapal selam muncul, anak-anak kapal KD Jebat bersorak dan bertepuk tangan, wajah-wajah mereka kelihatan penuh yakin, semangat patriotik menjulang. Saya pada masa tu rasa bangga dan sayu tidak terkira, sebak melihat kapal selam Malaysia ini (teringat scene dari filem The Hunt For The Red October).

19.Sebak juga apabila mengenangkan fitnah dan cabaran anak-anak kapal selam Malaysia.

20.Ada yang bercerai dan ada yang dimaki hamun bila balik kampung, ini disebabkan ada ahli keluarga, bapak saudara dan mentua yang terlalu fanatik dengan politik pembangkang dan percaya kapal selam ini dibeli dengan darah seorang mangsa pembunuhan.

21.“Haram kau kerja dalam kapal selam itu”, “Hang tak takut dosa kah? Hang dok kerja dengan kapal selam yang ada dibeli dengan duit orang mati”, “Baik kau bertaubat, kau kerja dalam kapal selam ini maknanya kau bersubahat dengan pembubuhan, dosa, kau ni orang Islam ke apa”.

22.Saya termangu mengenangkan kisah-kisah anak kapal selam Scorpene yang bercerita kepada saya (ada yang lepak dgn saya atas friget Kd Jebat), bodohnya sesetengah dari kita.

23.Selepas menyaksikan selaman, anak-anak kapal kemudian dihimpunkan untuk mendengar ucapan dari komander kapal KD Hang Jebat yang baru berusia 40an, orang Kelantan dan baru sahaja balik dari menimba ilmu perang di Amerika Syarikat.

24.Kata beliau : “Mula hari ini kita sudah membuktikan keupayaan kapal selam dan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia. Kita harus belajar untuk mencintai negara kira dan yakin bahawa aset-aset yang dibeli oleh negara merupakan yang terbaik dalam kelasnya”.

25.”Mulai hari ini kita harus mengajar anak-anak kita dan generasi yang akan datang tentang bertapa pentingnya untuk mempunyai semangat patriotik”, ucap kapten tersebut yang lamanya den lupa.

26.Ucapan ini menyebabkan saya terkenang ucapan kapten Frank Ramsey, CO kapal selam USS Alabama dalam filem Crimson Tide.

27.Antara ucapannya, “Kalau anda tidak cukup bagus untuk jadi kru kapal selam, pergi dari sini dan mohonlah masuk tentera udara”.

28.Saya juga teringat ucapan Presiden AS iaitu Rooservelt dalam filem Pearl Habour apabila seorang kapten kapal selam untuk datang memberikan idea untuk menyerang Jepun pakai kapal pengangkut.

29.Katanya : “Saya suka submariners, they dont have time for bullshit”.

KAPAL SELAM MALAYSIA TIDAK MEMBAZIR

30.Saya kadang-kadang faham bukan semua orang melihat pertahanan dalam sudut yang lebih dalam dan meluas.

31.Ada yang tidak nampak kepentingan kapal selam kerana berbanding dengan kapal permukaan, kebanyakkan kapal selam hanya dipersenjatai dengan torpedo.

32.Kapal permukaan lebih “Glamour” kerana ada torpedo, meriam, misil, boleh angkut helikopter dan pelbagai peralatan peperangan yang lain tetapi yang peliknya, kapal selam lebih mahal berganda-ganda dari kapal permukaan.

33.Ini disebabkan kapal selam selain dari alat untuk tenggelamkan kapal perang dan selam lain, ia boleh dijadikan senjata dalam perang ekonomi yang sangat berkesan.

34.Dalam perang dunia kedua, United Kingdom yang merupakan sebuah negara kepulauan hampir lupuh dan hanya dapat bertahan selama dua minggu sahaja lagi kerana bekalan lojistik dan material perangnya lumpuh akibat gangguan dari U-Boat tentera German Nazi.

35.Dalam konteks hari ini, kita lihat negara kepulauan yang sama macam UK ini adalah Singapura, semua kapal terpaksa melalu Selat Melaka.

36.Bayangkan, satu kapal selam Scorpene beraksi di pintu masuk Selat Melaka???? Apa kesannya?

37.Sedangkan kapal-kapal selam Singapura terpaksa beroperasi jauh dari pengkalan mereka, kita beraksi dekat dengan perairan negara, jadi tidak perlukan sistem AIP.

38.Tidak ada laluan selamat untuk kapal selam Singapura menuju ke kawasan ancaman iaitu di pintu masuk Selat Melaka kecuali pusing ikut Indonesia, tetapi adakah Indonesia akan membiar sahaja kapal selam negara asing melalui perairanya??? Sudah tentu Indonesia tidak akan berpeluk tubuh.

39.Selat Melaka??? haha cetek dan sempit sangat untuk kapal selam lalu, terlalu banyak gangguan pada sistem elektronik dan sonar kapal selam.

40.Dalam keadaan aman, kapal selam diguna secara khusus untuk tujuan perisikan.

41.Kapal selam Malaysia mempunyai suit elektronik dan sensor yang paling canggih di Asia Tenggara, kita tidak boleh samakan Scorpene kita dengan Scorpene milik Chile kerana pakej untuk setiap negara berbeza.

48.Kalau sama, mudah lah Singapura atau negara jiran lain membeli maklumat dari Chile untuk mengetahui sistem yang dipakai oleh kapal selam kita.

49.Bab perisikan kapal selam ini, tidak perlu cerita…masing-masing boleh bayangkan apa yang sistem elektronik dan sensor kapal selam kita intip.

50.Lagi pun, satu-satunya pelantar untuk tujuan Signals Intelligence Operational Platforms yang kita ada adalah kapal selam.

KAPAL SELAM DI ASIA TENGGARA

51.Indonesia mempunyai dua buah kapal selam dari German tapi usianya sudah agak tua (sudah diupgrade).

52.Mereka akan membawa masuk tiga buah kapal selam baru dari Korea Selatan iaitu dari kelas Chang Bogo (sebenarnya model kelas 209 dari German).

53.Walaupun ia merupakan model lama yang tidak mahu lagi dipakai oleh Korea Selatan kerana sudah ada model baru, pembeliannya ini sebenarnya sangat menguntungkan Indonesia dan secara strategik, Indonesia pada masa akan datang mungkin mampu membina atau menaik taraf kapal selam sendiri seperti China dan India.

54.Ilmu kru kapal selam Indonesia tidak perlulah dipertikaikan, mereka sangat berpengalaman dan cekap.

55.Jumlah kapal selam yang akan dimiliki Indonesia sebelum 2021 adalah 5 buah.

56.Singapura turut mempunyai kapal selam dari kelas Sjoormen dan Kockums.

57.Kapal selam Singapura adalah dari jenis terpakai dan ada yang sudah berusia lebih dari 20 tahun tetapi kemampuan mereka sudah dinaik taraf.

58.Berbanding Malaysia, Indonesia dan Thailand, republik kepulauan Singapure berhadapan dengan tekanan dan dilema yang sangat besar kerana keadaan pertahanan dan ekonomi negara itu bergantung kepada jalan laut dan perkapalan.

59.Disebabkan oleh hal-hal ini Singapura lebih selesa untuk membeli kapal selam terpakai dan wang yang besar kemudian dicurah untuk mendapatkan sistem AIP serta sensor elektronik yang bersesuaian untuk tentera laut negara itu.

60.Ini disebabkan kapal-kapal selam Singapura terpaksa beroperasi jauh dari pengkalan mereka dan tidak mendapat keselesaan dan perlindungan yang diperolehi oleh kapal-kapal selam Malaysia jika perang terjadi.

61.Kalau Singapura beli kapal selam baru, mereka tidak mendapat kuantiti yang mereka mahukan.

62.Untuk survivality, Singapura harus memastikan jumlah kapal selam mereka mengatasi apa yang dimiliki Malaysia.

63.Jumlah kapal selam Singapura sehingga tahun 2020 adalah 6 buah.

Kredit/Sumber:
http://www.militaryofmalaysia.net/2012/06/kd-jebat-dan-saya/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/di-sebalik-tirai-tabir-gelombang-9738.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Sebalik Tabir Tentang Arwah Abam

Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Sebalik Tabir Tentang Arwah Abam

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 760 hits
Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Sebalik Tabir Tentang Arwah Abam Hari ini kita semua dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Syed Umar Moktar Al Juffrey atau lebih mesra dikenali sebagai Abam Bocey Pemer...
Corak Gelombang Bearish Wolfe Dilihat Pada Carta Harian Pasangan Mata Wang Eur Jpy

Corak Gelombang Bearish Wolfe Dilihat Pada Carta Harian Pasangan Mata Wang Eur Jpy

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 382 hits
Pasangan mata wang EUR JPY telah menembusi dan ditutup di atas paras penurunan harian pada tahap 119 98 Ia cuba membentuk pola membeli model pembuat pasaran Walau bagaimanapun pasangan mata wang itu tidak mungkin berkembang dan ia menunjukk...
Benarkah Daim Tidak Lagi Bersama Mahathir Atau Wayang Dibalik Tabir

Benarkah Daim Tidak Lagi Bersama Mahathir Atau Wayang Dibalik Tabir

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 250 hits
Bekas Pengerusi Majlis Penasihat kerajaan Tun Daim Zainuddin menyuarakan penolakannya terhadap gesaan agar Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad membuat pakatan baru dengan PAS dan UMNO melalui Pakatan Nasional Tun Daim yang dikenali sebagai...
Pound Berdagang Dalam Gelombang Positif

Pound Berdagang Dalam Gelombang Positif

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 257 hits
Mata wang British telah menerima tanggapan bukan sahaja dalam isu politik yang berkaitan dengan Brexit tetapi juga dalam bidang ekonomi Laporan positif mengenai ekonomi UK memberi sokongan kepada pound memberikan kekuatan untuk perjuangan s...
Nuh 2020 Gelombang Energi Positif Mempengaruhi 13 000 Peserta

Nuh 2020 Gelombang Energi Positif Mempengaruhi 13 000 Peserta

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 359 hits
NUH 2020 GELOMBANG ENERGI POSITIF MEMPENGARUHI 13 000 PESERTAMEMBANJIRI SETIA CITY CONVENTION CENTER Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama hadir di Program Nak Ubah Hidup 2020 yang dianjurkan oleh RichWorks International P...
Analisis Gelombang Elliott Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 4 Februari 2020

Analisis Gelombang Elliott Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 4 Februari 2020

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 325 hits
Pasangan mata wang EUR JPY kini berada di peringkat akhir pembetulan mendatar dalam gelombang iv yang bermula pada 28 Januari Kami menjangkakan pembetulan mendatar ini meningkat sedikit di atas tahap 120 42 sebelum beralih lebih rendah dala...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Membatalkan Kenaikan Harga Gelombang Tiga

Pasangan Mata Wang Eur Usd Membatalkan Kenaikan Harga Gelombang Tiga

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 331 hits
Selamat Petang pedagang yang disayangi Saya membentangkan kepada anda idea perdagangan untuk pasangan mata wang EUR USD Jadi semalam saya menarik perhatian anda tentang kemunculan trend menaik pada EURUSD bergantung pada pembelian Amerika p...
Selayang Pandang Tentang Hikmah Sebalik Kejadian 9712

Selayang Pandang Tentang Hikmah Sebalik Kejadian 9712

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 314 hits
Antara akhlak Rasulullah didalam hadis ialah Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Peristiwa pertama saya seorang bekas murid sebuah sekolah menengah berasrama di Pahang Ma...
Kisah Sebalik Wanita Mengamuk Penguatkuasa Mbsa

Kisah Sebalik Wanita Mengamuk Penguatkuasa Mbsa

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 630 hits
Kisah Sebalik Wanita Mengamuk Penguatkuasa MBSA Kuasa viral dan tidak tahu kisah sebenar disebalik sesuatu perkongsian di media sosial adalah masalah yang susah untuk kita semua hadam Ia boleh terjadi pada bila bila masa sahaja Sebagai cont...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles