Nuh 2020 Gelombang Energi Positif Mempengaruhi 13 000 Peserta



NUH 2020: GELOMBANG ENERGI POSITIF MEMPENGARUHI 13,000 PESERTA
MEMBANJIRI SETIA CITY CONVENTION CENTER (SCCC)


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir di Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 yang dianjurkan oleh RichWorks International.

Program NUH 2020 ini adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.





AM dimaklumkan oleh pihak RichWorks International yang selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, mereka dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.

Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Sepanjang 3 hari mengikuti NUH 2020, AM dapat rasakan energi positif dan penuh semangat bila berada d sekeliling dan d samping orang berjaya. Memang penuh mengagumkan melihat cerita di sebalik kejayaan yang terlihat.






Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.

Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa- biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Program NUH2020 tambah menarik dan berinspirasi bila Perdana Menteri Malaysia TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD turut sama hadir dan auranya benar-benar buat peserta bersorak keriangan. Detik yang AM rasakan cukup indah bila dapat melihat Tun Dr Mahathir Mohamad dari dekat. 


Program NUH 2020 ini juga memberi kesan positif kepada pasangan suami isteri untuk saling mendukung matlamat yang sama agar lebih berjaya dunia dan akhirat. Yang pasti ada yang berlari terus mencari isteri demi mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan dan begitu juga sebaliknya. AM rasa terharu dan terkesan melihat situasi tersebut






3 KISAH PENUH INSPIRASI


Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat  Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

PERIHAL DR AZIZAN OSMAN

Dr Azizan Osman merupakan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.







Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah
·         Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
·         Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
·         Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030

PERIHAL RICHWORKS INTERNATIONAL

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.




Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program adalah:
1.            Pengurusan Bisnes
2.            Pemasaran
3.            Jualan
4.            Pematuhan Undang-Undang
5.            Perakaunan & Percukaian
6.            Operasi
7.            Kepimpinan
8.            Pembangunan Diri
9.            Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk:
1.            Fesyen dan pakaian
2.            Kesihatan dan kecantikan
3.            Makanan dan minuman
4.            Pendidikan dan latihan
5.            Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi)
6.            Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful
7.            Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan
8.            Perladangan dan pertanian

Berminat untuk sama-sama mengikuti Program Nak Ubah Hidup yang seterusnya?? Boleh daftar dan layari www.nakubahhidup.com . Jom sama-sama bentuk energi positif untuk lebih bersemangat dan lebih berjaya dunia akhirat.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2020/02/NUH2020-gelombang-energi-positif-mempengaruhi-13000-peserta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Biodata Finalis Hero Remaja 2020 Nampak Boleh Pergi Jauh Peserta Kali Ini

12 Biodata Finalis Hero Remaja 2020 Nampak Boleh Pergi Jauh Peserta Kali Ini

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 928 hits
12 Senarai Finalis Hero Remaja 2020 sudahpun diketahui menerusi sidang media yang berlangsung 11 Feb di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Dalam 600 orang yang hadir sesi ujibakat yang berlangsung sekitar disember tahun lepas inilah barisan 12 fin...
Pound Berdagang Dalam Gelombang Positif

Pound Berdagang Dalam Gelombang Positif

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 230 hits
Mata wang British telah menerima tanggapan bukan sahaja dalam isu politik yang berkaitan dengan Brexit tetapi juga dalam bidang ekonomi Laporan positif mengenai ekonomi UK memberi sokongan kepada pound memberikan kekuatan untuk perjuangan s...
Cerita Haru Anis Peserta Lida 2020 Pilih Berhenti Sekolah Ayah Kecewa Dan Stroke

Cerita Haru Anis Peserta Lida 2020 Pilih Berhenti Sekolah Ayah Kecewa Dan Stroke

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 252 hits
Peserta ajang Liga Dangdut Indonesia 2020 asal Kota Amuntai wakil Kalimantan Selatan Annisah Ramadaniyati alias Anis memutuskan untuk berhenti sekolah dan memilih untuk fokus menjadi penyanyi
Pengalaman Di Nuh2020 Bersama 13 000 Peserta

Pengalaman Di Nuh2020 Bersama 13 000 Peserta

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 412 hits
Pengalaman di NUH2020 Bersama 13 000 Peserta Pertama kali menjejakkan kaki ke Kelas Dr Azizan Osman aku sangat teruja dengan aura dan energy yang sangat luar biasa Alhamdulillah January tahun 2020 merupakan pembukaan lembaran baru terbaik u...
Aura Hebat 13 000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020

Aura Hebat 13 000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 336 hits
Aura Hebat 13 000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020 Ada tak antara korang yang rasa dah bosan hidup tak
Inilah Sosok Nurul Imah Peserta Lida 2020 Yang Mirip Inul Daratista

Inilah Sosok Nurul Imah Peserta Lida 2020 Yang Mirip Inul Daratista

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 363 hits
Beberapa waktu lalu saat proses audisi Lida 2020 berlangsung Inul dikejutkan dengan salah satu peserta yang memiliki wajah mirip dengan dirinya Hal ini sontak membuat seisi studio audisi terkejut
Analisis Gelombang Elliott Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 4 Februari 2020

Analisis Gelombang Elliott Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 4 Februari 2020

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 289 hits
Pasangan mata wang EUR JPY kini berada di peringkat akhir pembetulan mendatar dalam gelombang iv yang bermula pada 28 Januari Kami menjangkakan pembetulan mendatar ini meningkat sedikit di atas tahap 120 42 sebelum beralih lebih rendah dala...
Kalendar 2020 Senarai Cuti Umum Malaysia Dan Cuti Sekolah Seluruh Negeri

Kalendar 2020 Senarai Cuti Umum Malaysia Dan Cuti Sekolah Seluruh Negeri

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 384 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 04 47 PM Berikut adalah maklumat senarai perincian bg jadual cuti umum
Jadual Sat International Futsal Championship 2020

Jadual Sat International Futsal Championship 2020

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 422 hits
Jadual SAT International Futsal Championship 2020 BILAKAH tarikh SAT International Futsal Championship 2020 bakal berlangsung Untuk makluman anda SAT International Futsal Championship 2020 bakal berlangsung secara rasmi mulai 2 hingga 8 Feb...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional