Di Manakah Lokasi Penginapan Yang Menarik Mewah Tapi Dengan Harga Yang Berpatutan


Walaupun kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akibat pendemik Covid-19, Itu tidak bermakna kita tak boleh nak buat perancangan untuk percutian kita. Betul tak

Dulu, sebelum wabak Corona virus melanda negara kita. Fiza, encik suami dan anak- anak pernah la jugak staycation di beberapa buah hotel sekitar bandaraya Kuching

Kemudian, pernahla jugak merancang nak bercuti ke semenanjung sambil menziarahi adik beradik yang ada kat sana. Bila tak boleh nak rentas negeri, semua perancangan terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu

Walaubagaimana pun, perancangan tetap ada. Bila nak pergi tu, soal kedua

Dah plan nak menginap di beberapa buah tempat ni. Dah lama buat tinjauan dan berdasarkan tinjauan yang Fiza buat, ramai yang bagi feedback yang positif. Rata-rata mereka kata tempat tersebut sangat cantik, mewah dan harga pun berpatutan

Jadi, post kali ni Fiza nak share tentang beberapa buah lokasi staycation yang bakal menjadi pilihan Fiza nanti

Pangkor Laut ResortPerjalanan kenalah dirancang. Memandangkan adik ketiga Fiza tinggal di Perlis, jadi nanti Fiza ingat nak ambik terus flight dari Kuching, Sarawak ke Pulau Pinang terlebih dahulu. Duduklah sehari dua di rumah adik. Kemudian bolehlah jalan-jalan. 
Tempat pertama dalam wishlist Fiza adalah Pangkor Laut Resort di Lumut, Perak. Ia merupakan salah satu pulau yang sangat menarik di Malaysia tau. Malah, pernah dinobatkan sebagai 'One of the top resort in Asia' oleh Conde Nest Travelers Readers Choice Award pada tahun 2017

Bila tengok gambar-gambar di sekitar Pangkor Laut Resort yang pengunjung kongsikan di media sosial, Subhanallah sumpah sangat menarik. Siapa je yang tak tergoda nak ke sana bila melihat gambar-gambar tersebut. Kan? Tengok jelah gambar-gambar di bawah. Menarik kan



Macam tak sabar pulak nak ke sana. Al-maklumlah, ia adalah sebuah lokasi penginapan yang mewah dengan harga berpatutan. Kemudian, tersedia pulak dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia seperti kolam renang, restoran, bar dan pelbagai lagi. 
Bukan tu je, kita jugak boleh buat pelbagai aktiviti lain kat situ seperti bermain squash, tennis dan jugak gym. Pendek kata, kalau menginap di Pangkor Laut Resort, tak kan rasa bosan. Sebaliknya, masa staycation kita habis tanpa kita sedari

Ramai yang booked tau sampaikan ada masa tu, tempahan dah tak boleh dilakukan dah sebab penuh. Jadi, Fiza pun tak nak lepaskan peluang untuk ke sana jugak. 
Staycation Di Kuala LumpurKemudian bila dah checkout dari Pangkor Laut Resort nanti, ingat nak teruskan perjalanan ke Johor untuk menziarahi adik bongsu kami pulak. Dah lama dia tak balik. Al-maklumlah, Staff kesihatan sekarang ni memang susah nak cuti semenjak pendemik Covid-19 melanda negara. Jadi, Fiza jelah yang ambik peluang untuk ziarah dia walaupun perjalanan tu nanti ambik masa yang lama

Takpe, hotel kan banyak. Janji ada bajet yang cukup, dah boleh pilih. Betul tak

Nanti sebelum ke Johor, Fiza ingat nak singgah dulu di Kuala Lumpur. Alang-alang dah ke Semenanjung, kita cuti puas-puas. Kan

Sebelum tu kenalah jugak buat tempahan hotel untuk bermalam. Setelah membuat tinjauan dan mengikut bajet yang Fiza ada, Fiza pilih Dorsett Hotel sebagai lokasi staycation KL kami

Kenapa pilih hotel Dorsett

Alasan Fiza, Fiza nak tengok sendiri view di sekitarnya dan jugak kolam renang hotel tersebut. Yelah! Ramai yang canang view di sekitar hotel Dorsett sangat menarik

Kemudian, roof top pool pun dorang kata sangat memukau. Sampaikan ada yang kata hotel tu harganya sangat murah, tapi hotel macam vvip punya. Macam tak logik

Haippp!!! Tetiba pulak rasa tak sabar nak ke sana bila tengok gambar-gambar yang pengunjung kongsikan di media sosial

Cantik kan

Nak tahu lebih lanjut mengenainya, bolehla usha website hotel tersebut. 
Website : www.dorsetthotels.com
Grand Lexis Port DicksonTu  tentang  lokasi  penginapan di Kuala Lumpur yang  Fiza  pilih. Dah puas jalan-jalan area KL. Kita teruskan perjalanan ke Johor. Tapi, nanti nak singgah dulu di Port Dickson Negeri Sembilan. Kata nak cuti sakan. Jadi kenalah singgah di tempat-tempat yang menarik. Baru best. Cuti pun terisi. Kan

Di Port Dickson pulak, Fiza dah pilih hotel Grand Lexis sebagai lokasi penginapan. Salah sebuah hotel yang menyediakan private swimming pool yang ada di Malaysia. 

Dengar khabar, hotelnya ada Sky pool villa. Bilik atas air. Macam menarik kan. Anak-anak Fiza cukup suka main air. Dapat pulak private pool. Pergh! Bolehla Fiza tumpang sekali. Berehat sambil main dalam kolam. Seronok tu. 
Banyak lagi info menarik mengenai hotel Grand Lexis Port Dickson ni. Nak tahu lebih lanjut, bolehla layari laman sesawang yang menyediakan maklumat lengkap mengenainya. Apa yang pasti, hotelnya menawarkan harga yang berpatutan

Tu antara 3 hotel mewah dengan harga mampu bayar yang berada dalam wishlist Fiza. Bila dah boleh rentas negeri nanti, bolehla ke sana. Janji tempat staycation dah pilih mengikut kesesuaian bajet. Rasa tak sabar pulak nak pergi bercuti. Korang pulak bagaimana, dah rancang ke nak bercuti kat mana nanti bila pandemik Covid-19 dah tak ada



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizacrochet.com/2021/05/lokasi-staycation-pilihan-ramai-rakyat-Malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gardenia Sahkan 6 Produk Keluaran Mereka Naik Harga Bermula 1 Jun Tapi Harga Roti Kekal

Gardenia Sahkan 6 Produk Keluaran Mereka Naik Harga Bermula 1 Jun Tapi Harga Roti Kekal

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 398 hits
Gardenia Bakeries Sdn Bhd hari ini mengesahkan enam produk keluaran mereka akan mengalami kenaikan harga berkuatkuasa 1 Jun ini Mereka dalam satu kenyatan menjelaskan enam produk yang dimaksudkan adalah dari produk sapuan yang terdiri
Penat Kejar Anak Lasaknya Bukan Main Jangan Mengeluh Tapi Hayati Momen Indah Anak Membesar

Penat Kejar Anak Lasaknya Bukan Main Jangan Mengeluh Tapi Hayati Momen Indah Anak Membesar

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 422 hits
Pening kepala dibuatnya bila anak berkejar kejaran dalam rumah lagi lagi bila PKP Jangan dirungutkan kerana inilah momen yang sememangnya cukup membahagiakan ibu dan ayah Mereka bermain dan lasak tidak lama hanya ketika proses mereka membes...
Bahagian 1 Jana Pendapatan Dari Rumah Bukan Pilihan Tapi Pengalaman

Bahagian 1 Jana Pendapatan Dari Rumah Bukan Pilihan Tapi Pengalaman

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 293 hits
Alhamdulillah tahun ni masuk tahun kesebelas kakak bekerja dari rumah dan diam tak diam rupanya kakak sendiri tak sedar keseronokan duduk kat rumah sambil menggentel anak anak dan suami Sambil mengemas dan memasak kakak sendiri boleh buat d...
Ada Anak Perempuan Baru Rasa Nak Cantik Cantik Yana Samsudin Kekok Tapi Teruja Siapkan Anak Perempuan

Ada Anak Perempuan Baru Rasa Nak Cantik Cantik Yana Samsudin Kekok Tapi Teruja Siapkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 356 hits
Lain anak lain caranya Pelakon Yana Samsudin mengakui dia agak kekok menguruskan anak perempuannya kerana sudah terbiasa dengan anak lelaki Berkongsi satu entri menerusi Instagramnya baru baru ini Yana mengakui dia agak kekok mempersiapkan ...
Resipi Kek Sunquick Oren 5 Bahan Guna Marjerin Je Tapi Sangat Gebu

Resipi Kek Sunquick Oren 5 Bahan Guna Marjerin Je Tapi Sangat Gebu

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 343 hits
Bagi penggemar Kek Oren resipi yang dikongsi oleh saudari Addarosa Rose Garden ni boleh anda cuba Sangat mudah kerana tidak menggunakan banyak bahan Hanya menggunakan 5 bahan yang sangat mudah didapati kek homemade yang sangat gebu dan cair...
Tak Makan Bendi Boleh Cuba Resipi Ni Bendi Goreng Rangup Viral Menu Ringkas Tapi Sedap

Tak Makan Bendi Boleh Cuba Resipi Ni Bendi Goreng Rangup Viral Menu Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 454 hits
Tidak dinafikan bukan semua daripada kita yang gemar makan sayur bendi Alasannya kerana bendi yang berlendir dan lembut Nak pastikan lebih sedap Bendi Goreng Rangup Viral ini mama wajib cuba Resipinya ringkas dan paling penting habis licin ...
Bukan Wajib Tapi Adat Turun Temurun

Bukan Wajib Tapi Adat Turun Temurun

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 273 hits
Assalammualaikum wbtBUKAN WAJIB TAPI ADAT TURUN TEMURUN Munjung atau hantar ketupat dengan lauk pauk khas marhaban menziarahi pusaka dan beberapa perkara lain tidak wajib dan sekadar adat turun temurun Bila tidak wajib bererti tidak mesti d...
Bukan Curi Masa Tapi Belajar Cipta Masa Untuk Anak Baru Anak Tak Kurang Kasih Sayang

Bukan Curi Masa Tapi Belajar Cipta Masa Untuk Anak Baru Anak Tak Kurang Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 406 hits
Dalam kesibukan kita dengan tanggungjawab dan amanah kita usah kita lupakan masa yang sepatutnya kita peruntukkan untuk anak dan isteri Menurut sebaiknya cipta masa dan bukannya curi curi masa Ini yang mak ayah boleh praktikkan di rumah den...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025