Bahagian 1 Jana Pendapatan Dari Rumah Bukan Pilihan Tapi Pengalaman
Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun kesebelas kakak bekerja dari rumah dan diam tak diam rupanya kakak sendiri tak sedar keseronokan duduk kat rumah sambil menggentel anak-anak dan suami – Sambil mengemas dan memasak, kakak sendiri boleh buat duit.
Bukan pilihan ?
Ye ke ? Hahahaha~
Sesetengah orang berpendapat, duduk rumah menguruskan rumahtangga dengan komitmen pada perniagaan merupakan kerja yang sangat memenatkan. Kakak tak nafikan. Memang penat tapi dengan sokongan dan bantuan dari Encik Suami, semua yang terjadi selama ni bukanlah satu perkara yang mustahil.
“Untunglah suami ko faham..”
“Anak-anak ko dah besar, tak pe lah.. Boleh fokus kat bisnes..”
“Tak pe, ko kalau tak masak boleh order foodpanda je.. Aku ni cemana pun tetap kena masak..”
“Aku baru on laptop anak-anak aku buat perangai..”
Hahahaha~ Memang selalu kakak dapat komen dan soalan-soalan yang rasa nak marah tapi kang kalau marah confirm putus sahabat. Aduh !! Benda lain tak serba salah – Part ni je.
Tak boleh lah nak bandingkan hidup kakak dengan hidup korang. Kakak sendiri tak pernah nak membandingkan kehidupan kakak sebaliknya kakak gunakan konsep bersyukur untuk sentiasa sedar diri bahawa setiap usaha dan perancangan yang teliti pasti akan membuahkan hasil. Ha’ah. Kakak memang sentiasa menyusun jadual bagi memastikan semua berjalan dengan baik dan tak de satu pun yang tercicir. Hatta urusan rumahtangga ataupun perniagaan. Apa kakak jawab pada setiap soalan dari kawan-kawan kakak ?
Senyum je.
Teguk kopi dan teruskan kehidupan dengan lebih baik
Orang takkan faham situasi kita melainkan mereka alami apa yang kita sedang usahakan. Benda simple, jangan sampai putus sahabat tapi ajak mereka cuba apa yang kita sedang lakukan
PELUANG JANA PENDAPATAN DARI RUMAH
Penah satu ketika dahulu, kakak disindir sebab bergantung pada pendapatan Encik Suami tapi disebalik sindiran tersebut sebenarnya kakak dah mula menjana empat angka sebulan melalui penulisan di blog dan juga pelbagai media sosial. Sindir ? Silakan. Hee~ tak bersisa sedikit pun. Dan kalau korang nak tau, selain menjadi seorang blogger sepenuh masa, kakak juga mempunyai sumber pendapatan dari beberapa perniagaan yang kakak uruskan bersama Encik Suami. Walaupun bukan perniagaan yang untung berjuta, paling tak kami mampu juga lah merasa bebes hutang. Gittew—
Apa yang kakak buat ?
1. PENGEDAR PRODUK MAKANAN TEMPATAN
Kalau korang follow Instagram kakak mesti korang tau kakak terlibat dengan beberapa jenis perniagaan dan salah satunya adalah produk makanan. Ya !! Support Bumiputera kekdahnya. Antara produk yang kakak edarkan adalah :
Rielkies – Choco in a tub yang diasaskan oleh Aeril Zafrel. Baru je launching awal bulan Mac haritu dan sambutan sangat menggalakkan. Dengan harga pasaran cuma RM 16.00, kakak yakin Rielkies mampu bertahan lama dalam pasaran. Total sales team kakak pada bulan pertama adalah sebanjak RM 24,000.00 dengan jualan 1,500 unit.
Nangkap – Korang pernah rasa kerepek Nangka madu yang tak digoreng tetapi menggunakan teknik mengeringkan. Nah !! Benda ni memang rare lah pada kakak tapi pulangan dari perniagaan produk Nangkap ni memang berbaloi. Untung yang besar dan produk yang memang orang cari. Dengan tagline “Skali Hadap” ; Serius memang sekali hadap tetiba dah habis
Untuk kedua-dua bisnes ni, kakak masih mencari pengedar untuk meluaskan lagi empayar sekaligus memonopoli pasaran. Orang kata kalau nak gerak jauh, pergi lah sensorang tapi kalau nak kekal lama dalam perjalanan – Ajak lah ramai-ramai. Gittew. Hee~
2. YOUNG LIVING
Pernah dengar ? Hee~ Ya !! Sebenarnya kakak dah dengar pasal Young Living ni dari lima tahun yang lepas tapi masa tu tak tergerak hati lagi nak mencuba walaupun tau setiap kali ada new membership dan kita adalah penaja – Tiap kali tu juga ada income untuk kita. Secara tak langsung ia menjadi salah satu sumber pendapatan kakak.
Nak tengok video kakak unboxing starter pack Young Living ni ? Hee~ Klik link kat bawah ni
MUKA SERONOK DAPAT UNBOXING BARANG BEST DAN BERBALOI
Walaupun kakak masih kena belajar banyak perkara tentang produk, keperluan, sistem dan bagaimana ia berfungsi - In shaa Allah, perlahan demi perlahan kakak tau kakak akan master jenama ni. Doakan kakak ya !
3. PRODUCT ENDORSEMENT
Pernah dengar
Haa. Ini juga merupakan salah satu sumber pendapatan kakak sama seperti artikel yang kakak pernah tulis :
BIRDNEST ESSENCE ( BNE ) by PNA ; BANTU USAHAWAN WANITA MENJANA PENDAPATAN 7 ANGKA SEBULAN
BELI-BELAH DI LULU HYPERMARKET ; JIMAT BERGANDA SEMPENA AIDILFITRI DISEMUA CAWANGAN
MYLARA SKINCARE MENGURANGKAN KESAN CELA PADA KULIT
8 TIPS PENTING MEMILIH PAKAIAN SUKAN, TAK BOLEH ASAL SARUNG !!
Mungkin korang pernah baca artikel-artikel kat link atas tu. Ya !! Keempat-empat artikel tersebut adalah ditaja oleh tuan empunya jenama dan kalau dalam skop kerja penulisan blog ni, product endorsement merupakan cabang yang paling popular. Ada sesetengah penulis blog menerima produk sahaja dan ada sesetengah blogger turut menerima produk dan upah sebagai penulis
Kalau kakak, kakak lagi suka menerima produk dan juga bayaran dalam masa yang sama. Hee~
4. GOOGLE ADS
Ha'ah. Part ini kakak lebih seronok. Hee~ Tapi kakak pernah buat kesilapan masa awal-awal menulis blog ; Masa tu tak tau lagi tapi lepas belajar - Alhamdulillah. All out kakak kerjakan semata nak jana pendapatan melalui Google Ads
Merupakan platform yang dibuat oleh Google untuk pengiklanan bagi semua jenis perniagaan yang boleh dilayari melalui internet dan platform ini juga boleh mengatur susun ejen pengiklanan bagi memudahkan pengguna internet. Tapi korang kena faham dan pandai mengaplikasikan Google Ads bagi memaksimumkan pendapatan. Sasaran setiap blogger adalah ARTIKEL PADA MUKA HADAPAN dan ramai yang baca hasil penulisan mereka. Bermain dengan Google Ads ada juga tekniknya tapi jangan risau, untuk pemula - Korang cuma perlu konsisten dan terus menulis !
Jangan lupa daftar Google Ads dan kalau ditolak - Teruskan mendaftar sehingga berjaya
Wallah !
Duduk depan laptop / pc pun mampu buat duit
Siapa yang tak seronok
--
Cukup tak
Hahahaha~ Sebenarnya banyak lagi kerja dari rumah yang korang / kita boleh buat menyambil-nyambil kemas rumah dan jaga anak mungkin korang tak terfikir lagi ke arah ini. Kan
In shaa Allah
Nanti kakak sambung untuk part 2 ya
6 TIPS PEMULA MENULIS DI BLOG SENDIRI
LOVE ;Atie Adnan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2021/05/part-1-jana-pendapatan-dari-rumah-bukan.html