Bukan Wajib Tapi Adat Turun Temurun
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
BUKAN WAJIB TAPI ADAT TURUN TEMURUN. Munjung atau hantar ketupat dengan lauk pauk khas, marhaban, menziarahi pusaka dan beberapa perkara lain tidak wajib dan sekadar adat turun temurun. Bila tidak wajib bererti tidak mesti dilakukan. Dan tidak wajar juga kalau sinis kepada orang yang tidak melakukan.
Munjung. Dari PC kecil, setiap tahun babah mama tidak pernah tidak munjung.Tapi babah mama cakap ini bukan wajib, cuma ada rezeki lebih sikit niatkan sedekah dan kongsi rezeki. Kalau wajib, dah jadi dosa bila tak memberikan. Bagaimana pula yang cuma hidupnya betkecukupan sahaja. Kan kesian. Walhal ketupat dan lauknya bila-bila boleh dimasak dan dinikmatikan. Tidak semestinya mesti cuma ketika hari raya.
Sehingga kini kumpulan marhaban masih dikekalkan di kampung-kampung. Kumpulan marhaban lelaki dan wanita terpecah dua kumpulan. Bagus, untuk bersosial satu dengan yang lain. Menghidupkan suasana Syawal tak kira siang atau malam. Eratkan juga silaturahimkan. Namun Jangan hingga timbul banyak isu dan perselisihan faham. Baik-baik nak gembira akhirnya bermasam muka pula. Yang boleh turut sama, silakan. Yang ada urusan jangan dijeling-jeling pula.
Bila-bila boleh ziarah pusara baik lelaki atau wanita asalkan bagi yang wanita tidak uzurlah(haid). Memang sering menjadi satu rutin setiap pagi raya pertama akan ramai kaum kerabat yang menziarahi pusaka samakan saudara yang telah tiada, tidak salah juga. Mungkin hari lain tidak berkesempatan. Terlanjur balik itu yang berziarah terus. Hari-hari biasa kalau dapat ziarah pusara pun ada baiknya juga. Jangan tunggu bila hari raya je.
Sesuatu yang tidak wajib jangan diberatkan. Jika ianya rutin namun tergolong dalam status adat, lakukan selayak dan sekadar wajar. Jangan digaduhkan buang masa dan sia-sia juga.
Hari ini hari guru juga. Selamat hari guru buat sahabat-sahabat blogger yang berkerjaya seorang guru. Dan kita semua adalah guru dalam bidang dan pengalaman masing-masing.
SekianTinta PC Bukan Wajib Tapi Adat Turun Temurun
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2021/05/bukan-wajib-tapi-adat-turun-temurun.html