Di Manakah Kegagalan Pendidikan Malaysia Dalam Menyemai Rasa Kekitaan Antara Etnik



Diterbitkan semula  By Aliran admin
 -
 
15 januari 2020


Dalam proses membentuk perpaduan di Malaysia, seharusnya dasar pendidikan membentuk satu imaginasi kepada masyarakat untuk menuju bangsa idaman, ujar Nurfarhana Che Awang.
Terdapat seorang anak muda dilahirkan di sebuah perkampungan nun jauh dari pembangunan kota. Emosi dan jiwa yang mengalir di dalam diri, khayal penuh dengan jiwa ‘kemelayuan’ tanpa satu ilham terhadap dunia di luar sana.Dua puluh tahun kemudian, anak muda tersebut menjadi tenaga pengajar di sebuah kolej tempatan di Pulau Pinang dan ditugaskan untuk mengajar subjek hubungan etnik.Pertama kali melangkah masuk ke dewan kuliah, mata berpandangan dan kaki berdiri kaku di hadapan pelajar yang berbeza daripada imaginasinya yang lalu. Hati bermonolog “seakan-akan berada di sebuah bumi yang asing saat ini”. Para pelajar asyik bersembang sesama sendiri dalam bahasa ibunda mereka yang tidak difahami oleh mereka yang bukan sebangsa.Sesungguhnya, bagi seorang anak jati Melayu yang dilahirkan dan mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah yang bermajoritikan bangsa Melayu, keadaan dalam dewan kuliah ini suatu yang terlalu asing dan janggal daripada kebiasaan. Malahan kelaziman bahasa pertuturan yang diperucapkan adalah bahasa Melayu bermula seawal di rumah sehingga di bangku persekolahan. Pelik dan kekok menemani benak fikiran si pengajar.
Lamunan tersentap dan fikiran kembali ke alam realiti. Suasana dalam dewan kuliah majoriti dipenuhi dengan pelajar berbangsa Cina, ada beberapa orang pelajar berbangsa India dan boleh dikatakan hampir tiada kelibat atau susuk tubuh pelajar berbangsa Melayu.Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana asing dan menjanggalkan dan hati sentiasa bermonolog “bahasa apa yang seeloknya digunakan, bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia?” – kerana majoriti pelajar tidak fasih dalam bahasa Malaysia.Dilema menghimpit diri kerana subjek ini diharuskan untuk mengguna Bahasa Malaysia sebagai bahasa medium kerana ianya sebahagian daripada objektif kursus.Sepanjang menjadi tenaga pengajar, ada satu peristiwa yang amat memberi kesan kepada pemikiran penulis sehingga hari ini. Ada seorang pelajar berbangsa Cina bernama Raymon bertanya, “Miss, why this subject has to be taught in Bahasa Malaysia? I don’t get why it must be in Bahasa because everywhere I go I don’t use Bahasa to speak especially when I travel.”Hati bermonolog lagi, “Jawapan bagaimana harus diberikan kepada persoalan ini dan soalan apakah ini?”Sang pengajar diam seketika sambil berfikir, “Tahukah budak ini yang Bahasa Malaysia sudah termaktub dalam perlembagaan negara dan menjadi bahasa rasmi negara. Tak belajar sejarahkah budak ini di sekolah?”Sang pengajar tertanya-tanya bukankah Sejarah dan Bahasa Malaysia menjadi subjek yang wajib lulus untuk pelajar melanjutkan pelajaran di pendidikan tinggi? Tetapi kenapa kes sedemikian terjadi? Kenapa seolah-olah pelajar ini tidak memahami sejarah yang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara dan seharusnya Bahasa Malaysia boleh dipertuturkan oleh semua orang. Kenapa di kolej ini pelajar seolah-olah terasing dengan Bahasa Malaysia. Hairan bin ajaib! Dan aku sebagai seorang tenaga pengajar berbangsa Melayu terasa janggal untuk berkomunikasi dengan mereka. Apakah sebenarnya yang terjadi dan terlepas pandang oleh diri ini?Ironinya, di manakah nilai kesepaduan dalam kepelbagaian atau pun ‘unity in diversity,’ yang sentiasa dilaungkan dan menjadi mantra dalam pendidikan negara? Kenapa aku sendiri terasa asing terhadap kepelbagaian ini? Dan kenapa pelajar-pelajar ini seolah tidak memahami sejarah dan Bahasa Malaysia?Adakah matlamat pendidikan negara gagal kerana tidak berjaya membentuk masyarakat Malaysia yang berkongsi nilai-nilai kebangsaan walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama? Ya, ia gagal kerana aku sendiri tidak merasakan rasa kekitaan sesama anggota masyarakat.Andai kata gagal di manakah kegagalannya? Adakah pada peringkat formulasi dasar atau pada peringkat perlaksanaan dasar? Persoalan ini yang harus dileraikan.Kegagalan terhadap penerapan nilai kekitaan dan kebersamaan dalam masyarakat seolah dapat dilihat kian hari kian parah dengan kemunculan pelbagai isu kontroversi yang telah menyentuh isu-isu perkauman yang dilihat boleh mengugat keamanan dan keharmonian negara. Propaganda yang bersifat perkauman sering dilontar dan dimuat naik di laman sosial media yang menimbulkan isu perkauman dan mencetuskan kegusaran terhadap keamanan negara.Terdapat kes di mana seorang lelaki berbangsa Cina telah memuat naik gambar yang berunsurkan penghinaan terhadap masyarakat Islam. Tak kurang juga terdapat ahli agama yang mengkritik kaum lain dalam memberi ceramah. Bahkah kes kematian ahli bomba Muhammad Adib turut dimainkan sebagai isu perkauman, isu penggunaan bahasa Jawi, pemasangan bendera Malaysia melanggar etika.Paling merisaukan adalah pucuk pimpinan dan ahli politik negara sendiri yang turut memainkan sentimen-sentimen berbaur perkauman dalam meraih undi, berserta kes-kes diskriminasi dalam sektor pekerjaan negara dan sebagainya.Jelas isu-isu di atas menunjukkan mentaliti dan nilai insaniah yang parah meresapi jiwa masyarakat kita di pelbagai peringkat pada hari. Keadaan ini telah mengugat keharmonian negara dan telah menyemarakkan api perpecahan antara kaum sehingga kesannya akan membawa kepada kegagalan membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan harmoni dalam kepelbagaian.Justeru itu, ungkapan slogan “perpaduan dalam kepelbagaian” dilihat sebagai retorik yang memuji kemajmukan kehidupan masyarakat Malaysia yang hidup dalam perpaduan dan keamanan menerusi rasa kesatuan yang disemai melalui pendidikan.Namun demikian, kepincangan dan kritikan terhadap kegagalan dasar pendidikan yang membentuk perpaduan masih dilihat seolah-olah menyalahkan kolonial British dan dasar “pecah dan perintah” mereka yang telah membentuk segregasi dalam masyarakat.Walhal Malaysia telah mencapai kemerdekaan hampir 62 tahun dan telah melaksanakan pendidikan negara untuk perpaduan dalam acuan sendiri. Tetapi permasalahan dan sentimen perkauman masih menjadi asam garam dalam kehidupan dan politik Malaysia.Persoalan yang timbul adalah, di manakah kepincangan dan kesilapan dasar pendidikan yang menyebabkan kegagalan mewujudkan integrasi dalam masyarakat sehinggakan hal menjadi parah sedemikian rupa?Generasi muda harus dididik dan disemai rasa perpaduan dan kekitaan antara masyarakat pelbagai kaum demi memastikan keamanan dan keharmonian yang wujud seperti yang digambarkan, iaitu perpaduan dalam kepelbagaian yang terlaksana dan berjaya. Dan seharusnya kepelbagaian ini menjadi suatu kekuatan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dari pelbagai aspek ekonomi, politik dan sosial.Falsafah pendidikan kebangsaan telah jelas mengariskan bahawa pendidikan negara bermatlamatkan ke arah perpaduan sekian lama telah diungkap melalui pengubalan Rukun Negara.Namun demikian, permasalahan yang timbul pada hari ini tidak dilihat wujud pada peringkat formulasi dasar pendidikan tetapi di peringkat perlaksanaan dasar yang melibatkan kurikulum pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar.Di sini guru harus memainkan peranan dalam menerapkan matlamat dan nilai pendidikan kebangsaan. Berikutnya, bagaimana dan sejauh mana peranan guru untuk menyemai nilai-nilai kesepaduan dalam kepelbagaian dalam konteks pendidikan ini?Bukan sahaja peranan guru penting dalam menyemai nilai-nilai perpaduan dan kefahaman terhadap pelbagaian dalam masyarakat – bahkan bagaimana sistem persekolahan ditadbir dapat memberi kefahaman kepada para pelajar untuk mereka melihat dan menggambarkan kepelbagaian yang wujud hari ini sebagai satu kekuatan kepada negara untuk kemajuan dan keharmonian bersama.Dasar pendidikan kerajaan seharusnya mencari nilai-nilai yang mampu mengikat rasa kesepunyaan dan kepentingan bersama untuk disemaikan melalui ruang kurikulum pendidikan.
Nilai-nilai ini dapat ditanamkan dalam diri masyarakat dengan tujuan membentuk bangsa yang bersatu padu dalam kepelbagaian.Aspek ini boleh digambarkan dalam istilah “tak kenal maka tak cinta” yang cuba menerangkan perpaduan negara akan dapat dicapai melalui saluran pendidikan yang mendidik rasa cinta melalui nilai pengenalan terhadap kepelbagaian agama, budaya, ras, etnik adat dan sebagainya dalam masyarakat.Usaha ini boleh dibuat melalui perlaksanaan kaedah pembelajaran, pedagogi, dan kemahiran guru dalam menyemai nilai-nilai di atas.Sebagai kesimpulan, untuk mewujudkan aspirasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu dalam kepelbagaian, peranan guru adalah sangat penting dalam menyemai rasa kesepunyaan, membentuk nilai insaniah dan kewarganegaraan yang baik agar tiada sempadan yang menghalang perpaduan ini wujud.Pemerkasaan kompetensi guru dalam proses penerapan nilai-nilai kewarganegaraan dan multikultural melalui kurikulum pendidikan subjek sivik dan kewarganegaraan dan sejarah harus diberi penekanan. Subjek-subjek ini memiliki nilai yang tinggi dalam membentuk pemahaman dan rasa kesepunyaan antara kaum.Peranan dari Kementerian Pendidikan juga harus lebih serius memperkasa kompetensi kemahiran pedagogi guru-guru dengan memberi latihan kepada guru-guru yang terlibat dengan pengajaran khususnya mata pelajar sivik dan kewarganegaraan dan sejarah. Kerana kekurangan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam mengajar menjejaskan keberkesanan nilai-nilai yang ingin diterapkan terhadap pelajar.Kepentingan guru-guru menjadi ‘role model’ dalam memaparkan idea, pemahaman, empati, keterbukaan minda, dan toleransi dalam proses pengajaran pembelajar dalam kalangan murid mampu mendidik dan memberi rasa kekitaan serta gambaran terhadap masyarakat idaman yang dinginkan.Selain itu, Kementerian Pendidikan harus lebih memperkasakan aktiviti dan mewajibkan guru-guru mengadakan program pengajaran dan pembelajar di luar bilik darjah dalam meningkatkan kefahaman dan integrasi antara pelbagai kaum khususnya di dalam ekstra-kurikulum di sekolah.Justeru, dalam proses membentuk perpaduan dan keharmonian sejajar menuju ke arah pembentukan Malaysia, seharusnya dasar pendidikan membentuk dan mengikat satu gambaran atau imaginasi kepada masyarakat untuk menuju bangsa idaman. Seperti yang diperkatakan di dalam karya Benedict Anderson, Imagined Communities, yang menggambarkan kepelbagaian yang wujud dalam konteks budaya, bahasa, ras, dan etnik yang mampu bersatu sebagai sebuah “masyarakat bayangan” (imagined community) kerana berpaksikan kepada satu set nilai-nilai kebangsaan walaupun tidak mengenali secara peribadi antara satu sama lain. Inilah hala tuju yang perlu diambil oleh sistem pendidikan negara kita.Nurfarhana Che Awang merupakan seorang pelajar PhD di Universiti Sains Malaysia dalam bidang sains politik. Topik kajian penyelidikan adalah “National Educational Philosophy and the Concept of Inclusive Citizenship”. Beliau mengambil bahagian dalam bengkel penulis Aliran bertema “Menulis until Membawa Perubahan dalam Malaysia Baru”, di mana rencana ini ditulis.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/di-manakah-kegagalan-pendidikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Ini Antara Punca Anak Kurang Rasa Hormat Pada Ibu Bapa Apabila Besar

Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Ini Antara Punca Anak Kurang Rasa Hormat Pada Ibu Bapa Apabila Besar

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 351 hits
Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa berhenti dera anak dalam senyap Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti Abah rama rama ni nak warna apa Warna je la apa apa pun Izni sambil tangan sibuk scroll Faceboo...
Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia Untuk Keluarga B40 Daripada Yapeim

Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia Untuk Keluarga B40 Daripada Yapeim

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 2839 hits
Dalam usaha menyantuni kumpulan B40 satu lagi initiatif diperkenalkan pada tahun 2019 iaitu Dana Inspirasi Malaysia daripada YAPEIM Dana yang telah dilancarkan pada 6 November 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dr Wan Azizah Objektif Ba...
Malaysia Disenarai Antara Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet

Malaysia Disenarai Antara Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 231 hits
MALAYSIAKINI Sebuah syarikat penyelidikan teknologi Comparitech menyenaraikan Malaysia sebagai satu daripada negara paling rendah dalam indeks kebebasan internet berdasarkan sekatan pada media sosial laporan politik pornografi dan laman pen...
Pertandingan Sinopsis Buku Kementerian Pendidikan Malaysia

Pertandingan Sinopsis Buku Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 658 hits
Anda minat membaca dan menulis Jika ya inilah peluang anda untuk menyerlahkan kemahiran literasi anda Pertandingan SinopsisBuku sedang berlangsung di mulai sekarang sehingga 31 Januari 2020 Cara penyertaan Anda hanya perlu like dan follow f...
Kita Memberi Sebab Kita Pernah Rasa Tak Ada Tindakan Terpuji Brader Ini Patut Dicontohi Meskipun Berlainan Etnik

Kita Memberi Sebab Kita Pernah Rasa Tak Ada Tindakan Terpuji Brader Ini Patut Dicontohi Meskipun Berlainan Etnik

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 258 hits
Tidak semua manusia dilahirkan bernasib baik Ada yang dilahirkan terus kaya dan dilimpahi dengan kesenangan dan ada juga yang miskin diberikan kesempitan Namun itu bukan penghalang bagi kita untuk menjadikan dunia ini menjadi lebih baik Kal...
Senarai Kegagalan Pakatan Harapan Selepas 20 Bulan Memerintah Malaysia

Senarai Kegagalan Pakatan Harapan Selepas 20 Bulan Memerintah Malaysia

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 597 hits
20 bulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia dan dalam tempoh ini terbukti Pakatan Harapan telah gagal dengan teruk dalam pelbagai perkara sama ada untuk kepentingan negara mahu pun rakyat Antaranya Kegagalan ekonomi Kegagalan politik Kegag...
Maszlee Malik Malaysia Baru Yg Masih Lama

Maszlee Malik Malaysia Baru Yg Masih Lama

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 274 hits
Mohd Fadzil Saleh 24 jam yg lepas suhu politik tanahair kembali memanas Sememangnya sejak kerajaan baru PH mengambil alih kerajaan Malaysia dari BN pada PRU14 lepas gelojak politik sentiasa memuncak Ketidak serasian antara barisan kepimpina...
Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Hujan Meteor Quadrantids 4 5 Januari Ini

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Hujan Meteor Quadrantids 4 5 Januari Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 646 hits
Tak sampai beberapa hari fenomena alam iaitu gerhana matahari berlalu pergi kini muncul pula fenomena alam lain iaitu hujan meteor Quadrantids yang bakal dapat disaksikan oleh rakyat Malaysia Menurut laman web time and date hujan meteor Qua...
Aprilia Rs 660 Bakal Dilancar Di Malaysia

Aprilia Rs 660 Bakal Dilancar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 767 hits
Aprilia RS 660 mungkin menjadi idaman setiap peminat jentera dua roda dalam kelas middle weight 500cc ke atas di adaptasi dari superbike RSV4 1100 menjadikan superbike RS660 tampak lebih agresif dengan enjin parallel twin yang berkuasa Mete...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik