Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Ini Antara Punca Anak Kurang Rasa Hormat Pada Ibu Bapa Apabila Besar



Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa, berhenti ‘dera’ anak dalam senyap. Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti

Abah, rama-rama ni nak warna apa?”

“Warna je la apa-apa pun Izni,” sambil tangan sibuk scroll Facebook

Sedar tak kita sedang ‘dera’ anak dalam senyap

Ya, memang kita tidak dera melalui fizikal. Tidak rotan, tidak sebat dengan tali pinggang mahupun hanger, tidak menggunakan getah paip atau batang pokok betik untuk mendera, tapi dalam tak sedar ada ‘penderaan’ yang maha dasyat kita telah lakukan terhadap anak kita. Apakah penderaan itu

Dari segi emosi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lapisan minda seseorang itu dan terganggu untuk jangka masa pendek mahu pun panjang. Antara contoh yang paling mudah:
1. Mengabaikan anak

“Eh, mana ada saya abaikan anak saya. Makan minum dan pakaian semua cukup. Siap lebih lagi,”. Itu kata anda. Apa pula kata anak anda?


Cuba tengok situasi ini

Anda balik kerja waktu petang. Seharian anda di pejabat, anak anda pula di tadika/sekolah. Waktu bersama anak dan isteri hanya sebelah malam

Dan waktu malam inilah anak-anak nak bercerita dengan anda. Nak beritahu apa yang berlaku di tadika/sekolah. Betul? Tapi anda perasan tak, sewaktu anak anda bercerita, apa yang anda lakukan? Tengok muka anak anda? Atau anda lebih fokus pada televisyen? Atau Facebook? Whatsapp? Handphone di tangan?Anda sedar tak anda telah mengabaikan perasaan anak anda

Bila anak ajak anda main, anda beri alasan penat, tak larat, walhal anda malas nak layan. Nak main handphone, game dan sebagainya. Betul

2. Tidak memuji anak, tak beri sokongan

Anak dapat no. 7, no. 9, no. 19, adakah anda memuji anak? Beri kata-kata semangat? Atau anda langsung tak ambil tahu

Bila Anak Tolong Kemas Mainan, Tolong Basuh Pinggan, Tolong Kita Ambil Air Untuk Minum, Adakah Kita Memuji Atau Mengucapkan Terima Kasih? Sepatutnya Dari Kecil Ini Kita Sudah Melatih Anak Untuk Berterima Kasih Kepada Orang

3. Jangan jadi batu/ dinding

Anak hampiri kita, tanya kita tentang warna apa yang sesuai untuk warna lukisan rama-rama. Kita pula sibuk melayan video di Facebook. Tak menjawab persoalan anak kita, sehinggakan anak kita berlalu pergi. Punyalah batu kita ni. Tak bolehkah kita ‘Pause’ sebentar video tersebut dan bagi perhatian pada anak? Video tu akan hilangkah? Atau anda lebih rela perasaan anak anda hilang? Ya, ni kesilapan yang kita sedang buat

4. Terlalu cerewet, teliti

Jangan kita terlalu cerewet jika anak dalam situasi seperti ini:
Anak nak pakai selipar tak boleh, kena pakai kasut

Anak nak pakai baju warna kuning tak boleh, kena pakai baju merah

Anak dapat no.5, marah

Kita nampak benda ini remeh, tapi hakikatnya penderaan ini boleh mengganggu emosi dan peribadi anak-anak

5. Biar anak buat keputusan sendiri

Ya, sesekali biarkan anak buat keputusan sendiri. Biar tahap ‘confident’ anak lebih tinggi. Jadi dia akan lebih berdikari dan tidak dibuli

Anak tanya, “Abah, nak pakai baju ultraman ke baju upin ipin?”. Abah pun jawab, “Ikut suka Izni la nak pakai baju apa pun,”

Betul ke jawapan kita? Salah

Cuba begini, ” Malam ni Izni nak jadi ultraman ke upin ipin?” Jadi mereka boleh berfikir dan buat keputusan dari soalan kita itu. Semuanya kena bermain dengan kata-kata. Kita perlu lebih kreatif melayan kerenah anak-anak

6. Merendah-rendahkan anak
Pernah kita rendah-rendahkan anak depan orang? Tidakkan? Tapi sedar tak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita sebenarnya dah rendahkan anak-anak

Contohnya, bila orang puji anak kita ” Rajinnya Amni tolong angkat pinggan mangkuk dan siap basuh,”

Tapi kita pula jawab, “Biasalah tu, kat rumah orang dia rajin la sikit. Kalau kat rumah tu, pinggan lepas makan tinggal sahaja dalam sinki”. Pernah tak alami situasi ni? Dalam tak sedar kita dah lukakan emosi anak kita. Daripada nak jadi baik, terus tak baik-baik

Alangkah lebih elok kita memuji anak kita, supaya pujian itu boleh dibawa ke rumah seandainya betul sekalipun anak kita malas

7. Tidak memperjuangkan atau ‘back up’ anak

Anak cakap, Abu curi pemadam dia. Kita hanya balas, “Tak apa lah, kita beli baru nanti,”

Kita boleh sahaja balas, ” Mana boleh macam itu, itu hak Izni. Izni kena laporkan kepada guru. Tuntut semula hak Izni,”. Anak kita akan lebih rasa dihargai dan lebih berkeyakinan. Jangan biarkan anak kita jadi mangsa buli fizikal dan mental

8. Sikap penolakan terhadap permintaan

Tak semua benda kita boleh terima dan tak semua benda juga kita boleh tolak. Begitu juga dengan anak-anak

Sesekali kita tunaikan permintaan anak. Jika kita tidak mampu, kita cuba berikan dalam bentuk/perkara yang lebih menyenangkan kita

Tapi ingat, bukan selalu kita boleh penuhi. Jika tidak, nanti akan naik lemak pula. Kena tahu cara untuk atasi permintaan

Kesimpulannya jangan merungut tiada masa untuk anak. Cuba bahagikan masa untuk mereka kerana mereka lahir dari darah daging kita. Kita yang mencorakkan mereka. Jika kita corakkan hitam, hitamlah jadinya

Sumber: Facebook Khairil Izham via http://bit.ly/34gye7P

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/01/berhenti-dera-anak-dalam-senyap-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minyak Bawang Putih Tambahkan Rasa Dalam Bubur Anak Bantu Redakan Selsema Ibu Ni Kongsikan Langkahnya

Minyak Bawang Putih Tambahkan Rasa Dalam Bubur Anak Bantu Redakan Selsema Ibu Ni Kongsikan Langkahnya

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 497 hits
Selain serbuk ikan bilis dan serbuk ayam yang dihasilkan sendiri sebagai perasa dalam makanan anak resipi yang satu ini pasti buat anak makan bertambah Bubur yang selama ini lambat hendak dihabiskan pasti licin Perasa minyak bawang putih ya...
Jangan Sampai Kerana Kerja Anak Kita Kena Sawan Guru Tegur Ibu Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Walaupun Sakit

Jangan Sampai Kerana Kerja Anak Kita Kena Sawan Guru Tegur Ibu Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Walaupun Sakit

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 550 hits
Jangan sampai kerana kerja anak kita kena sawan di sekolah demikian kata guru lelaki ini yang kesal ada sesetengah ibu bapa yang lebih mengutamakan kerja dari anak mereka yang tidak sihat dan tetap dihantar ke sekolah Jangan sampai kerana k...
Jangan Biar Anak Main Sorang Anak Jadi Bijak Berfikir Jika Ibu Bapa Turut Serta

Jangan Biar Anak Main Sorang Anak Jadi Bijak Berfikir Jika Ibu Bapa Turut Serta

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 514 hits
Bermain perkara yang sangat penting dalam kehidupan bayi dan kanak kanak Mereka perlu bermain dan meneroka untuk memastikan development mereka seiring mengikut usia Tapi kenapa pentingnya penglibatan ibu bapa ketika anak bermain ikuti perko...
Kita Nak Anak Hormat Ibu Ayah Bukannya Takut Marah Tak Perlu Menengking

Kita Nak Anak Hormat Ibu Ayah Bukannya Takut Marah Tak Perlu Menengking

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 373 hits
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak anak Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan Jangan Tak Boleh atau No Sebagai ibu atau ayah kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin Apakah...
Ibu Bapa Kena Amalkan Doa Doa Ini Jika Mahu Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

Ibu Bapa Kena Amalkan Doa Doa Ini Jika Mahu Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 728 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang beragama Isla...
Tips Ibu Bapa Bila Anak Anak Masuk Tadika

Tips Ibu Bapa Bila Anak Anak Masuk Tadika

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 732 hits
TIPS IBU BAPA BILA ANAK ANAK MASUK TADIKA Alhamdulillah Mek Icha dah umur 4 tahun Hari hari cakap nak ke sekolah jadi ummi dan papa mencari tadika yang sesuai untuk anak sulung belajar Kebetulan Mek Cah terjumpa tips ini untuk ibu bapa mema...
Hanya Kerana Selamatkan Anak Dari Kebakaran Berbanding Gambar Bapa Amp Datuk Kim Jong Un Ibu Ini Dipenjara

Hanya Kerana Selamatkan Anak Dari Kebakaran Berbanding Gambar Bapa Amp Datuk Kim Jong Un Ibu Ini Dipenjara

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 528 hits
Negara yang dipimpin oleh Kim Jong Un Korea Utara sememangnya terkenal sebagai negara yang sangat tertutup dengan dunia luar selain mempunyai pelbagai peraturan atau undang undang yang luar biasa nbsp Salah satu kewajipan untuk rakyatnya ad...
Ramai Tak Tahu Apa Itu Ihtilam Ini 4 Perkara Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Anak

Ramai Tak Tahu Apa Itu Ihtilam Ini 4 Perkara Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1178 hits
Tanda tanda seseorang itu mencapai umur baligh adalah mimpi basah atau ihtilam Apa itu ihtilam Ihtilam akan berlaku ketika seseorang itu tidur dan bangun dalam keadaan basah dipenuhi dengan air mani Bagi anak remaja yang meningkat dewasa ke...
Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 482 hits
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 yang lahir pada 2015 atau yang lahir pada 1 1 2016 wajib ambil tahu Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 2022 Ibu bapa perlu ale...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab