Di Mana Bumi Dipijak Di Situlah Khoo Kay Kim


APABILA berita kematian Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dikhabarkan kepada saya pagi semalam, apa yang boleh saya ungkapkan: “Pergi sudah sejarawan, pejuang sejati tanah air”.

Hebat tokoh ini. Saya ingat lagi dalam tidak kurang 10 kali menelefonnya untuk mendapatkan komen isu-isu semasa tanah air termasuklah aspek kenegaraan dan politik, mendiang sentiasa berpegang kepada fakta.

Biarpun pada sebilangan orang, beliau ‘boleh sahaja cenderung untuk prejudis’ dengan berpihak kepada kaum tertentu, tetapi tidak Kay Kim. Beliau jujur, berani dan berterus terang biarpun pedas sehinggakan saya sendiri tidak pasti Kay Kim ini ‘Cina, Melayu atau India kah?’.

Buku autobiografi mendiang, I, KKK: The Autobiography of a Historian pun bermula dengan sepotong ayat: “Memory comes in impression, history in facts.” Maksudnya, kenangan datang dengan gambaran, sejarah dengan fakta.

Dan sungguh benar bak dikata oleh baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika melancarkan autobiografi berkenaan pada 12 April 2017 yang menggelar mendiang sebagai ‘ensiklopedia berjalan sejarah Malaysia’.

Mendiang adalah pelopor yang menulis sejarah Malaysia dari perspektif kita - historiografi Malaysia sentrik berbanding sebelumnya yang berpusat Eropah atau Eropah sentrik.

RANGKA RUKUN NEGARA
Selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, Kay Kim antara sarjana yang terlibat merangka dan menjadi penulis lima prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan dan asas penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Menariknya hujah mendiang apabila ditanya oleh akhbar ini dalam pertemuan setahun lalu mengapa lima prinsip Rukun Negara yang dirangka selepas tragedi itu masih penting dan relevan sebagai alat perpaduan kaum di negara ini.

“Sebahagian besar masyarakat ketika itu, kita dapati sudah ada agama. Tidak kira apa agama mereka anuti, mereka sudah percaya adanya Tuhan.

“ Kita sebagai ahli-ahli panel Rukun Negara percaya semua bangsa di negara ini memiliki agama masing-masing dan tidak ada yang tidak beragama (ateis).

“Kita yakin seseorang yang mempercayai kewujudan Tuhan pastinya mereka lebih berdisiplin, memiliki tingkah laku yang baik dan bersikap terpuji sepanjang masa. Melalui sifat terpuji seperti disiplin diri dengan baik, itulah yang menyebabkan rakyat sentiasa memikirkan kebajikan orang lain dan memiliki sifat-sifat penyayang,” kata beliau.

Kepada Kay Kim, andai sekolah tidak titikberatkan sejarah, maka semangat patriotik tidak ada dalam kalangan orang muda. Mereka tidak tahu bagaimana sesebuah kerajaan itu diasaskan.

“Untuk membina negara bangsa terlebih dahulu bina sekolah,” kata Kay Kim.

Bagi mendiang, menjadi kewajipan setiap rakyat yang taat setia menjunjung keutuhan Perlembagaan tanpa soal, sebagai cara hidup bersama.

Sebab itu apabila bercakap atau berhujah pasal isu-isu sensitif atau yang menjadi taruhan parti politik tertentu, pendirian mendiang setara dengan termaktub dalam perlembagaan.

“Mana-mana pihak tidak perlu gunakan alasan pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) oleh negara-negara luar untuk ‘membawa’ ia dalam sistem Malaysia kerana ia amat bertentangan dengan Perlembagaan.

“Kalau pemimpin tidak menghormati Perlembagaan, mereka telah memberi isyarat yang salah kepada generasi muda,” tegas Kay Kim Julai tahun lalu.

MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN
Semua pihak tidak kira dari ideologi dan perjuangan politik yang mana, kebanyakannya menghormati hujah-hujah mendiang. Kalau tidak setuju pun, mereka diam. Tidak kedengaran pun kritikan-kritikan terbuka terhadapnya.

Suatu ketika apabila pelbagai polemik berkaitan perundangan negara berlaku, mendiang lantas mengingatkan keperluan ahli-ahli Parlimen untuk celik sejarah Perlembagaan Persekutuan sebelum meminda sesuatu undang-undang.

Katanya, cara dan gaya segelintir ahli Dewan Rakyat sekarang adalah cerminan ketidakupayaan sistem pendidikan negara selama ini.

“Siapa yang meluluskan undang-undang? Parlimen. Siapa di dalam Parlimen? Orang yang dipilih oleh rakyat dan mereka mesti menjalankan tugas untuk kebahagiaan rakyat dan kalau timbul masalah tentang tafsiran undang-undang, siapa yang ada hak membuat tafsiran? Bahagian kehakiman,” katanya.

SEJARAH BUKAN CERITA
Bagi Kay Kim, sejarah bukan sekadar cerita, tetapi harus berdasarkan penyelidikan dengan penggunaan bahan-bahan yang boleh dibuktikan.

Sebab itu beliau ‘agak menyinga’ apabila dilihatnya ada ahli sejarah tempatan masa kini kelihatan tidak begitu bekerja keras dalam menjalankan penyelidikan terperinci terhadap sejarah negara.

Hal ini dibangkitkannya selepas menjadi ahli panel sebuah forum di ibu negara pada 2016.

“Sekarang mereka tidak begitu rajin, tidak macam dulu. Mereka tidak begitu sanggup mencari bahan dan kebanyakan bahan tentang negara ini misalnya berada di London, atau sekurang-kurangnya di Singapura. Bukan di Kuala Lumpur.

“Kita bernasib baik kerana banyak bahan, kita hanya yang perlu mencari bahan-bahan tersebut sama ada di Amsterdam, di Lisbon, di Singapura mahupun di Jepun.

“Bagaimanapun saya lihat, mereka kebanyakannya tidak memiliki kesanggupan tinggi. Jika bahan sejarah negara itu berada dalam simpanan Belanda dan ditulis dalam bahasa Belanda, mereka tidak memiliki keazaman untuk belajar bahasa tersebut demi mengkaji bahan itu,” jelasnya.

Kay Kim yang meninggal dunia dalam usia 82 tahun akan dikenang sebagai sejarawan yang tiada galang ganti.

Sayangnya mendiang kepada tanah air ini tidak ada tolok banding. Masih tergiang-giang di telinga saya kata mendiang tahun lepas:

“Dahulu, ada cogan kata dalam bahasa Inggeris: United we stand, divided we fall (Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh). Sebab, orang yang mungkin budayanya Cina, dia mahu budaya mereka itu dikekalkan untuk diamalkan sampai bila-bila.

“Tapi, kalau kita minta mereka bekerjasama, setiap kaum mesti faham tentang (identiti) kaum yang lain. Tapi, selama ini kita tidak memberikan keutamaan kepada soal (kefahaman) itu.

“Jadi di sini setiap kaum jahil tentang kaum lain. Misalnya, bahasa Tamil, bahasa ibunda orang India. Salah! Bagaimana dengan bahasa Malayalam, Urdu dan Punjabi. Dan orang Cina beragama Buddha. Orang Cina apa agama pun ada (Islam, Kristian, Hindu). Yang paling ramai Kristian itu orang Cina kan?

“Tapi, orang kita tak faham. Apa orang bukan Islam tahu tentang Islam? Langsung tak tahu walaupun Islam itu agama rasmi di Malaysia. Sebab kefahaman itu tidak diterangkan kepada mereka. Padahal kita dahulu dalam akhbar Inggeris banyak perbincangan tentang agama Islam.”

Terima kasih Kay Kim. Jasa anda kekal dalam lipatan sejarah tanah air.

Oleh: Zulkifli Jalil

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/06/di-mana-bumi-dipijak-di-situlah-khoo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Historian Khoo Kay Kim Passes Away

Historian Khoo Kay Kim Passes Away

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 329 hits
Prominent Malaysian historian Khoo Kay Kim passed away this morning He was 82 This was confirmed by Kay Kim s son Eddin Khoo to Malaysiakini He said the family will issue a statement soon More to follow Mkini
Jasa Khoo Kay Kim Gubal Rukun Negara Akan Dikenang Anwar

Jasa Khoo Kay Kim Gubal Rukun Negara Akan Dikenang Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 445 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sumbangan besar tokoh sejarawan dan ahli akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim kepada negara akan terus dikenang Menerima berita pemergian mendiang dalam penuh say...
Khoo Kay Kim Lelaki Sedih Bimbang Rusuhan Perkauman

Khoo Kay Kim Lelaki Sedih Bimbang Rusuhan Perkauman

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 378 hits
Pemergian Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim ahli akademik kedua selepas Profesor Jomo Sundaram yang saya temui sewaktu saya mahu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dahulu mendorong saya membaca autobiografi beliau yang telah la...
Family And Friends Say Goodbye To Khoo Kay Kim

Family And Friends Say Goodbye To Khoo Kay Kim

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 336 hits
Provided by Malay Mail Sdn Bhd Puan Sri Rathi Khoo with her sons Eddin Mavin and Rubin at the Nirvana Memorial in Shah Alam June 1 2019 Pictures by Yusof Mat IsaSHAH ALAM June 1 Eminent historian Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim was ...
Prof Khoo Kay Kim Rakyat Malaysia Sejati Najib

Prof Khoo Kay Kim Rakyat Malaysia Sejati Najib

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 365 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang meninggal dunia pagi ini sebagai kehilangan besar kepada negara disebabkan sumbangan tidak ternilai sebagai sejarawan dan rakyat Mala...
Netizens Cina Hina Kematian Khoo Kay Kim Mahu Mendiang Masuk Ke Neraka

Netizens Cina Hina Kematian Khoo Kay Kim Mahu Mendiang Masuk Ke Neraka

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 830 hits
SOSMED Nampaknya berita kematian sejarawan terulung negara Prof Khoo Kay Kim mengundang perasaan gembira dikalangan netizens cina disaat perkara itu menyedihkan rata rata rakyat Malaysia Perkara ini dapat dilihat berdasarkan komen yang ditu...
Sejarawan Negara Khoo Kay Kim 82 Meninggal Dunia

Sejarawan Negara Khoo Kay Kim 82 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Tokoh sejarawan dan ahli akademik Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim 82 meninggal dunia akibat masalah jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya di ibu negara sekitar pukul 10 45 pagi tadi Anaknya Eddin Khoo ketika di...
6 Negara Terkaya Di Dunia Berkat Minyak Bumi Ternyata Ada Yang Tak Disangka

6 Negara Terkaya Di Dunia Berkat Minyak Bumi Ternyata Ada Yang Tak Disangka

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 394 hits
Negara terkaya di dunia seringkali dikaitkan dengan negara negara barat Pada kenyataannya saat ini persebaran negara kaya hampir merata di seluruh dunia Hal tersebut salah satunya disumbang oleh kemampuan negara negara Timur memanfaatkan su...
Jejak Terakhir Ani Yudhoyono Di Bumi Serambi Mekkah

Jejak Terakhir Ani Yudhoyono Di Bumi Serambi Mekkah

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 290 hits
Kristiani Herrawati atau yang akrab disapa Ani Yudhoyono sempat melawat ke Bumi Serambi Mekkah Aceh bersama keluarga pada akhir Januari 2019 Lawatan itu dilakukan sebelum Ani dirawat di rumah sakit National University Hospital Singapura
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini