Mentang Mentang Menteri Dap Yang Umum Laju Pas Bangkit Hal Kaum







HarapandailyFebruary 23, 2025OLEH AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI




AMANAH Wilayah Persekutuan mengecam keras sikap hipokrasi dan kemunafikan Pas dan pihak pembangkang dalam isu penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (Akta PSB) yang menuduh kononnya Akta PSB itu nanti akan secara halus menghalau orang Melayu dan India miskin bandar keluar dari penempatan mereka.
Ada juga yang menggelar dan menuduh kononnya cadangan Akta PSB yang akan dibentangkan pada bulan Julai akan datang sebagai “Akta Rampas Rumah”.


AMANAH WP kesal dengan tahap pemahaman dan intelektual yang sangat rendah yang dimiliki pihak pembangkang.
Mereka seringkali memanipulasi isu dan memainkan sentimen perkauman sempit demi survival politik semata-mata tanpa sedikitpun mengambil inisiatif untuk membaca serta memahami keseluruhan kandungan, tujuan dan objektif perundangan tersebut dibuat .
Ironinya, cadangan Akta PSB yang disebut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Parlimen baru-baru ini adalah merupakan kesinambungan dari cadangan tentang pembangunan semula bandar yang mula dicadangkan sejak 2021 lagi iaitu semasa Perikatan Nasional menjadi kerajaan dengan Pas di dalamnya.


Kenapa tidak kedengaran pun rintihan dan tuduhan seperti yang dibangkitkan sekarang oleh Pas pada waktu itu?Apakah hanya disebabkan yang menyuarakan cadangan itu ialah Menteri dari DAP maka tanpa berlengah, serangan dan tuduhan bersifat perkauman wajib dicanang tanpa memikirkan bahawa Akta PSB itulah juga perundangan yang sama yang dibentangkan sejak Zuraidah Kamaruddin menjadi Menteri KPKT semasa Perikatan Nasional menjadi kerajaan.
Maka jelaslah di sini sikap hipokrit, ekstrimis, bankrap idea dan “low class mentality” yang ada pada pemimpin-pemimpin pembangkang sekarang dalam menyuarakan apa sahaja isu.
AMANAH WP menyambut baik pembentangan Akta PSB ini khususnya dalam konteks pembangunan semula dan perumahan bandar di Wilayah Persekutuan.
Malah, Akta PSB ini apabila diluluskan kelak mampu berperanan jauh lebih adil dan manusiawi dari penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) yang bersifat mandatori dalam beberapa keadaan tertentu.


Ia juga tidak mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak pemaju untuk mengaut keuntungan dan kepentingan komersial semata-mata.
Ini kerana elemen penting di dalam Akta PSB ini ialah adanya campur tangan dari kerajaan dalam sebarang rundingan berkaitan dengan cadangan pembangunan semula, di samping nilai ambang persetujuan dari pemilik hartanah yang ditetapkan oleh kerajaan yang dilihat sangat wajar dan munasabah berdasarkan kepada kriteria, usia serta kondisi sesuatu hartanah yang ingin dibangunkan semula itu.
Pelaksanaan Akta PSB ini juga tidak akan sama sekali meminggir, mengusir atau mengancam mana-mana golongan tertentu terutamanya dari aspek perbezaan kaum atau tahap pendapatan (B40 atau M40) kerana tidak ada sebarang unsur paksaan atau isu gentrifikasi dalam penggubalan Akta ini.
Mekanisme penting pelaksanaan PSB adalah mendapatkan persetujuan pemilik hartanah itu sendiri melalui proses rundingan dan bukannya melalui pengambilan secara paksa.
Proses rundingan ini dapat memastikan suara dan kepentingan pemilik tanah didengar dan dilindungi dengan sewajarnya.
Akta PSB ini boleh menjadi medium perundangan terbaik yang boleh digunakan kerajaan dalam pembangunan Kampung Bharu dan perumahan-perumahan awam lain di Kuala Lumpur yang sudah lanjut usia dan tidak kondusif lagi untuk diduduki.
AMANAH WP berharap dengan penguatkuasaan akta ini kelak, tidak ada mana-mana pihak boleh dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan Akta Pengambilan Tanah seperti yang dilakukan oleh Perikatan Nasional terhadap penduduk Kampung Sungai Baru tatkala rakyat terkurung semasa pandemik Covid 19 dahulu, atau menggunakan apa-apa perundangan lain yang berkaitan tanpa melihat kesannya kepada pemilik hartanah tersebut dan bayaran pampasan yang sewajarnya mengikut harga pasaran dan nilaian semasa hartanah.
AMANAH WP meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa Akta PSB ini mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan sosio-ekonomi, nilai hartanah dan kualiti hidup pemilik-pemilik hartanah di bandar yang selama ini dihimpit dengan pelbagai masalah perbandaran, hidup dalam persekitaran yang tidak selamat dengan bangunan-bangunan uzur dan usang sungguhpun dalam suasana kepesatan pembangunan moden bandar yang ada pada hari ini.




Penulis merupakan Naib Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/mentang-mentang-menteri-dap-yang-umum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 109 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 26 2025 12 02 PMSatu laporan polis dibuat terhadap seorang pemimpin akar umbi PAS Perak kerana mendakwa khutbah dikawal di negeri yang dikuasai DAP itu Laporan polis itu dibuat oleh bekas exco Perak dan bekas...
Breaking Down Dap S Artificially Created Barriers Between Non Muslims And Pas In Malaysia

Breaking Down Dap S Artificially Created Barriers Between Non Muslims And Pas In Malaysia

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 125 hits
FORMER MCA member Lee Hwa Beng s view that PAS may have been particularly Chinese and Indians sheds light on the complexities of Malaysian politics This portrayal of PAS as a radical Islamic force stems largely from DAP s efforts to present...
Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 91 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli parlimen blok kerajaan hari ini mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecahkan kepada dua Chow Yu Hui semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepad...
Tak Perlu Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Pemimpin Bersatu Pas Beritahu Sekutu

Tak Perlu Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Pemimpin Bersatu Pas Beritahu Sekutu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 99 hits
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Afnan Hamimi Taib Azamudden berpendapat peranan Kementerian Perpaduan Negara memadai dalam menguruskan isu berbangkit berkait ehwal bukan Islam PETALING JAYA Pemimpin Bersatu dan PAS menolak cadangan sa...
Cadangan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Cuba Sama Ratakan Agama

Cadangan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Cuba Sama Ratakan Agama

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 70 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 13 2025 12 34 PMDewan Ulama PAS menyelar cadangan seorang ahli parlimen DAP supaya seorang menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam dilantik Ketuanya Ahmad Yahaya berkata cadangan tersebut mencerminkan kepinc...
Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 73 hits
Kali terakhir Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man dicabar pada pemilihan 2015 PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menegaskan parti itu tidak perlu pandangan DAP dan individu mesra dengannya dalam menentukan barisan kepimpinan pada pemilihan...
Pemuda Pas Bantah Lantik Menteri Agama Bukan Islam

Pemuda Pas Bantah Lantik Menteri Agama Bukan Islam

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 74 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 13 2025 11 32 AMPemuda PAS Malaysia secara lantang menolak cadangan supaya seorang menteri bagi Hal Ehwal Agama Bukan Islam dilantik Timbalan Ketua Pemuda PAS Mohd Hafez Sabri berkata cadangan itu dilihat seb...
Hal Ehwal Agama Fahmi Fadzil Dakwa Cadangan Mp Dap Tidak Jadi Agenda Utama Di Mesyuarat Kabinet

Hal Ehwal Agama Fahmi Fadzil Dakwa Cadangan Mp Dap Tidak Jadi Agenda Utama Di Mesyuarat Kabinet

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 129 hits
PUTRAJAYA Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat Jurucakap Keraja...
Govt Negotiating Lower Fees For Release Of Cars Stranded At Port Klang

Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Three Ex Aides Of Ismail Sabri Given Bail Macc Probe Ongoing

5 Brands With The Best Customizable Sofas

Lirik Lagu Raya Ya Ya Iman Troye Dato Sri Aliff Syukri

Kelantan Tiga Pps Dibuka Di Tanah Merah Akibat Banjir

Motorcyclist Assaults Snatches Gold Bracelet From Woman In Simpang Pulai

Hadits Arbain Nawawi 9 Menyikapi Perintah Dan Larangan


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Time Management For Entrepreneurs

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Pancawarna

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Aud Jpy Pasangan Mata Wang Bersilang Rabu 26 Februari 2025

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns