Syarat Wajib Undi Mou Ph Kerajaan Juga Ada Syarat Sama




Syarat wajib undi: MoU PH – Kerajaan juga ada syarat samaPosted By: Redzuan  WRLR  Mediaon: December 20, 2022
ShareSyarat mewajibkan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan mengundi menyokong usul Undi Percaya, Belanjawan dan seumpamanya dalam Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan dipolemikkan oleh PN kononnya negara menuju kediktatoran
Bagi Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, sikap mempertikai PN itu amat pelik kerana syarat yang sama juga wujud dalam Memorandum Kerjasama (MoU) di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada September 2021 lalu.
Katanya PN harus mencabar MoU tersebut, membuat laporan polis atau mengisytiharkannya sebagai berunsur diktator kerana Ahli Parlimen PH ketika itu tiada pilihan lain dalam mengundi Belanjawan 2022.
Bagaimanapun, kata Fahmi, pada waktu itu PN berada dalam Kerajaan dan mereka mendapat keuntungan daripada MoU tersebut.
“Semalam mula lah siri serangan PN yang sering pertikai usaha Kerajaan Perpaduan Malaysia.
“Serangan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Mas Ermieyati.
“Kedua-duanya menabur hujah ‘diktator’ atau ‘tak sah’ terhadap memorandum persefahaman yang ditandatangani parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Sedangkan pertikaian mereka ini adalah kemunafikan politik.
“Di mana laungan ‘diktator’ Mas Ermieyati bila PH menandatangani MoU dengan Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob? Klausa 3a MoU berkata PH mesti sokong Bajet 2022 – bermaksud Ahli-Ahli Parlimen PH tiada pilihan. Itu tak dikira diktator?” tanyanya.
Dalam hal kestabilan negara, kata Fahmi, PH lebih matang berpolitik kerana mengenepikan politik kepartian demi mengelakkan Malaysia terus terumbang ambing.
Fahmi juga secara khusus mempersoalkan Mas Ermieyati yang ketika itu menjawat timbalan menteri tetapi tidak mengkritik tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenakan syarat kepada PH.
“Waktu Mas Ermieyati jadi timbalan menteri, bab ini tak pula kamu pertikai? Atau kamu tak pertikai sebab kamu timbalan menteri waktu itu?
“Samalah juga dengan Tan Sri Muhyiddin.
“Sebenarnya MoU Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ditandatangani pada 16 Disember 2022 adalah langkah yang tepat lagi bijak dan menunjukkan pimpinan faham apa yang mesti diusahakan demi mewujudkan kestabilan.
“Bezanya kali ini, PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah – GRS, Warisan, dan parti-parti yang menjunjung kasih ke atas titah nasihat DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia mahu perjanjian ini dibuat secara terbuka, dengan suci hati, dan di mana segala isi kandungannya boleh dibaca dan difahami rakyat,” katanya.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi, Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan adalah cara terbaik untuk mewujudkan kestabilan pasca Parlimen tergantung, supaya kerajaan boleh fokus selesaikan masalah rakyat terutama dalam isu kos sara hidup serta memacu ekonomi untuk membangunkan Malaysia.
Justeru, beliau menyeru agar pembangkang move on dan ketepikan politik kepartian untuk sama sama menabur khidmat bakti kepada rakyat yang masih tertekan dengan suasana ekonomi dan kos kehidupan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/syarat-wajib-undi-mou-ph-kerajaan-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Tertinggi Bn Tidak Luluskan Syarat Mou Kerajaan Pakatan Harapan Plus

Dewan Tertinggi Bn Tidak Luluskan Syarat Mou Kerajaan Pakatan Harapan Plus

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 149 hits
Parti komponen dalam Barisan Nasional MIC mendakwa syarat syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman yang ditandatangani antara parti gabungan Kerajaan Pakatan Harapan Plus tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui Dewan Tert...
Mou Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri

Mou Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 244 hits
Perjanjian persefahaman yang ditandatangani pada Jumaat oleh parti parti yang membentuk kerajaan campuran berisiko untuk terbatal pada bila bila masa jika ada pihak yang menarik diri menurut penganalisis politik Kartini Aboo Talib dari Univ...
Kerajaan Perpaduan Dijangka Lepasi Undi Percaya

Kerajaan Perpaduan Dijangka Lepasi Undi Percaya

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 164 hits
Kerajaan perpaduan dijangka lepasi Undi PercayaPosted By on December 65 2022Kerajaan Perpaduan dijangka tidak menghadapi masalah untuk melepasi Undi Percaya pada 19 Disember iniMenurut penganalisis politik Dr Mazlan Ali Perdana Menteri Datu...
Mp Umno Bn Masih Boleh Tentang Undi Percaya Usul Kerajaan

Mp Umno Bn Masih Boleh Tentang Undi Percaya Usul Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 211 hits
agendaily com17 12 2022Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Ahli Parlimen yang sekarang ini berpihak kepada kerajaan PH UMNO pimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menentang usul termasuk undi perc...
Anda Wajib Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini Dijamin Oleh Kerajaan

Anda Wajib Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini Dijamin Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 330 hits
Anda WAJIB Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini Dijamin Oleh Kerajaan Tidak dinafikan bahawa simpanan adalah amat penting untuk masa depan Apakah itu Simpanan Sebagaimana yang ramai ketahui bahawa simpanan adalah duit yang kita kumpul daripada su...
Geng Tebuk Atap Sebenarnya Yang Tidak Bebas Rafizi Selar Pn Isu Mou Gabungan Kerajaan Perpaduan

Geng Tebuk Atap Sebenarnya Yang Tidak Bebas Rafizi Selar Pn Isu Mou Gabungan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 167 hits
FAZLI RADZITimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyelar Perikatan Nasional yang berterusan mempertikai Kerajaan Perpaduan sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 Wakil rakyat Parlimen Pandan tersebut menegaskan bahawa hanya geng tebuk atap s...
Politik Fahmi Kecam Pemimpin Bersatu Pertikai Mou Kerajaan Perpaduan

Politik Fahmi Kecam Pemimpin Bersatu Pertikai Mou Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 213 hits
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Fahmi Fadzil mengecam Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Ketua Srikandinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mempertikaikan memorandum perjanjian persefahaman Mo
Mou Kerajaan Perpaduan Sebenarnya Tambah Tekanan Kepada Pembangkang

Mou Kerajaan Perpaduan Sebenarnya Tambah Tekanan Kepada Pembangkang

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 328 hits
DR ZULKARNAIN LUKMANTanggal 16 Disember 2022 tercipta sejarah baharu pasca PRU 15 apabila kesemua parti dan ahli parlimen yang membentuk kerajaan telah menandatangani satu MoU atau yang dinamakan Perjanjian Persefahaman Kerjasama bagi membe...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations