Detailed Scan Usaha Kecil Ibu Penyelamat Bayi Dalam Kandungan


“Bila ibu tahu, ibu lebih bersedia.” Begitulah antara intipati utama yang diketengahkan oleh pakar dalam sesi perkongsian Pa&Ma mengenai detailed scan untuk ibu hamil.
Walaupun sering disalah anggap sebagai ‘optional’, sebenarnya detailed scan adalah satu langkah penting demi memastikan perkembangan bayi dalam kandungan berjalan dengan baik, lengkap dan selamat.
Perkongsian Puan Suraya SK, pakar Sonografi dari Klinik Myfamily yang berkongsi akan kelebihan dan kenapa perlu buat detailed scan ini. Ikuti perkongsian beliau.

Apa Itu Detailed Scan?
Detailed scan, atau turut dikenali sebagai anomaly scan, biasanya dilakukan sekitar usia kandungan 20 minggu. Ia merupakan imbasan ultrasound yang lebih terperinci, bertujuan untuk menilai keseluruhan anatomi bayi dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
Berbeza dengan scan biasa, detailed scan memberi gambaran menyeluruh terhadap organ penting bayi seperti jantung, otak, buah pinggang, tulang belakang, anggota badan dan plasenta.
Menurut perkongsian Pn Suraya lagi, antara kelebihan besar detailed scan termasuklah:
* Mengesan kelainan struktur fizikal bayi sejak awal
Jika ada kecacatan atau kelainan, ia boleh dikenalpasti lebih awal, sekaligus membolehkan rawatan awal dirancang selepas kelahiran.
* Memastikan pertumbuhan bayi seiring usia kandungan
Kadangkala saiz janin tidak sepadan dengan usia kandungan, dan ini boleh menjadi petanda awal masalah tumbesaran.
* Mengesan masalah plasenta atau air ketuban
Ini sangat penting kerana ia berkait rapat dengan bekalan oksigen dan nutrien bayi.
* Merancang kelahiran dengan lebih bersedia
Jika ada keperluan kelahiran awal atau pembedahan khas, doktor dan ibu lebih bersedia secara mental dan fizikal.

Kenapa Ramai Ibu Tak Ambil Serius?
Salah satu isu yang dibangkitkan ialah kurangnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa. Ramai menganggap detailed scan sebagai pilihan dan bukan keperluan, lebih-lebih lagi jika tiada simptom luar biasa. Hakikatnya, banyak masalah bayi hanya dapat dikesan melalui imbasan ini. Bahkan, pakar berkongsi ada kes bayi lahir dengan kecacatan organ dalaman yang tidak disedari kerana ibu tidak melakukan detailed scan.
Langkah Kecil, Impak Besar
Sebagai ibu bapa, tiada yang lebih penting selain memastikan anak yang dikandung membesar sihat dan sempurna. Detailed scan bukanlah soal ‘nak tahu jantina je’, ia soal nyawa dan masa depan si manja. Dengan teknologi yang ada, kita diberikan peluang melihat lebih dalam, memahami lebih awal, dan membuat keputusan lebih bijak.
Jangan tunggu ada tanda bahaya baru bertindak. Rancang dan buat temujanji untuk detailed scan sekitar minggu ke-20 kehamilan. Langkah kecil ini mampu menjadi penyelamat besar buat anak yang kita kandung dan sayang.
Tonton perkongsian penuh di sini:
 
The post ‘Detailed Scan’ Usaha Kecil Ibu, Penyelamat Bayi Dalam Kandungan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/detailed-scan-usaha-kecil-ibu-penyelamat-bayi-dalam-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asid Folik Vitamin Kecil Tapi Power Untuk Ibu Bayi

Asid Folik Vitamin Kecil Tapi Power Untuk Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 153 hits
Ramai ibu mungkin sudah biasa dengar nama asid folik tapi tak semua tahu betapa power nya vitamin ni lagi lagi bila tengah merancang atau sedang hamil Asid folik sebenarnya nama lain bagi folat iaitu sejenis vitamin B9 yang sangat penting u...
Ibu Stres Bayi Tertekan Ramai Tak Tahu Kesan Emosi Waktu Mengandung

Ibu Stres Bayi Tertekan Ramai Tak Tahu Kesan Emosi Waktu Mengandung

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 145 hits
Kehamilan adalah satu tempoh yang penuh dengan perubahan fizikal dan emosi Namun tekanan atau stres yang tidak dikawal dengan baik boleh memberi kesan negatif bukan sahaja kepada ibu tetapi juga kepada bayi dalam kandungan Menurut perkongsi...
Bayi Menangis Bukan Sebab Tak Cukup Susu Saja Ibu Berpantang Jangan Stress

Bayi Menangis Bukan Sebab Tak Cukup Susu Saja Ibu Berpantang Jangan Stress

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 192 hits
Kata kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa down dengan kuantiti susu yang sedikit Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup Biar sedi...
Kos Perbelanjaan Bulanan Bayi Meningkat Ibu Bapa Mula Ikat Perut

Kos Perbelanjaan Bulanan Bayi Meningkat Ibu Bapa Mula Ikat Perut

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 127 hits
Kos Jaga Bayi Semakin Tinggi Realiti Komitmen Bulanan Ibu Bapa 2025 Siapa sangka pampers pun dah macam beli emas Ibu bapa pada tahun 2025 sedang menghadapi cabaran baru yang tidak mudah kos barangan bayi yang terus meningkat Bila bercakap s...
Dari Diagnosis Ke Kelahiran Navigasi Kehidupan Seorang Ibu Penghidap Kanser

Dari Diagnosis Ke Kelahiran Navigasi Kehidupan Seorang Ibu Penghidap Kanser

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 265 hits
Kanser adalah satu diagnosis yang boleh mengejutkan sesiapa sahaja apatah lagi bagi wanita yang sedang hamil atau merancang untuk memulakan keluarga Persoalan tentang bagaimana kanser mempengaruhi kehamilan rawatan kesuburan dan kehidupan s...
Bantuan Sara Ini Desakan Daripada Presiden Ibu Tunggal

Bantuan Sara Ini Desakan Daripada Presiden Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 255 hits
Sebuah pertubuhan ibu tunggal mencadangkan kerajaan menambah barangan basah dan keperluan bayi di bawah program Sumbangan Asas Rahmah Presiden Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Kuala Lumpur dan Selangor Sheilla Tukimin mencadangkan penerima ...
Membiaknya Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor Jangan Hanya Salahkan Guru Asyraf Wajdi

Membiaknya Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor Jangan Hanya Salahkan Guru Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 210 hits
Membiaknya Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor Jangan Hanya Salahkan Guru Asyraf Wajdi Faktor rumah tangga dan peranan ibu bapa dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah menurut Pengerusi Majlis A...
Sophia Albarakbah Kongsi Rahsia Ibu Beliau Pernah Menang Tempat Ketiga Di Miss Malaysia 1980

Sophia Albarakbah Kongsi Rahsia Ibu Beliau Pernah Menang Tempat Ketiga Di Miss Malaysia 1980

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 223 hits
Pelakon tempatan Sophia Albarakbah memang terkenal dengan kecantikannya jadi tidak menghairankan jika kedua orang tuanya juga mempunyai rupa yang memukau Baru baru ini bintang ini berkongsi gambar gambar lama ibunya menunjukkan kecantikan y...
Ibu Bapa Terima Pampasan Rm490 000 Selepas Anak Maut Semasa Dalam Tahanan Reman Akibat Kecuaian

Ibu Bapa Terima Pampasan Rm490 000 Selepas Anak Maut Semasa Dalam Tahanan Reman Akibat Kecuaian

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 220 hits
Ibu bapa kepada mendiang R Anilraj dianugerahkan pampasan sebanyak RM490 000 selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kakitangan penjara dan doktor cuai dalam memberikan rawatan kepadanya semasa dalam tahanan R Anilraj merupakan penjaga...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Perbalahan Antara Dr Akmal Saleh Dan Lokman Noor Adam Apa Kesannya Pada Umno

Salmon And Ikura Dashi Chazuke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat