Destinasi Bersejarah Yang Wajib Dilawati Kota Mahsuri


 
DESTINASI BERSEJARAH YANG WAJIB DILAWATI : KOTA MAHSURI




 
Mesti setiap pembaca blog AlongMurni (AM) tahu yang AM sangat meminati tempat-tempat yang bersejarah dan suka mendengar cerita cerita tentang sejarah dahulu kala. Sejarah menjadi ilmu yang menjelaskan latar belakang sehingga terjadinya sesuatu peristiwa yang boleh diambil iktibar dan panduan hidup. Jadi jika melawat Langkawi semestinya kisah Mahsuri menjadi bualan dan Kota Mahsuri wajib dikunjungi.

 

KOTA MAHSURI


AM bersama blogger dan wakil Kota Mahsuri (Ku Aliff)

Kota Mahsuri Langkawi adalah antara tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibangunkan di kampung asal Mahsuri dimana beliau dikebumikan. Selain Makam Mahsuri, berbagai artifak peninggalan sejarah dikumpulkan di dalam sebuah kompleks yang luas. Perkampungan kecil termasuk rumah-rumah tradisional dibina semula berdasarkan seni rekabentuk pada zaman itu.

 

LOKASI KOTA MAHSURI LANGKAWI

Kota Mahsuri terletak di Kampung Mawar, Mukim Ulu Melaka.Lokasinya sangat menarik dimana pemandangan sawah padi dan bukit-bukau yang menghijau begitu mempersonakan.

Kota Mahsuri Pulau Langkawi adalah destinasi tarikan pelancongan Warisan dan Sejarah. Tarikan utama adalah Makam Mahsuri yang terkenal dengan lagendanya.  Namun ia tidak terhenti disitu sahaja.

Wakil dari Kota Mahsuri, Ku Aliff menceritakan Salasilah Mahsuri

AM dapat melihat dan mempelajari budaya, rekabentuk dan senibina serta artifak selain sejarah itu sendiri. Tempat pertama yang AM akan lalui setelah membayar tiket masuk ke kota ini ialah bangunan Kota Mahsuri. Ia agak luas dan AM perlu mengikut laluan dimana pameran kebudayaan, lukisan dan artifek sejarah dapat dilihat.



Antara yang menarik disini ialah:

Persembahan muzik tradisional Caklempong
Persembahan muzik tradisional Gamelan
Bilik audio visual dimana video dan filem Mahsuri ditayangkan
Kedai cenderahati yang menjual berbagai barangan menark
 

Pedang Peninggalan Wan Derus (Suami kepada Mahsuri)
Keris Pusaka milik Mahsuri yang digunakan untuk menikam Mahsuri





Persembahan Muzik Tradisional : Caklempong
Persembahan Muzik Tradisional : Gamelan


Seterusnya, keluar dari bangunan Kota Mahsuri, AM dapat melawat tempat menarik lain yang ada disini iaitu:


KAMPUNG KEDAH / RUMAH TRADISIONAL





Sebuah perkampungan kecil dibina didalam kawasan kompleks Kota Mahsuri Langkawi. Melangkah masuk ke kawasan ini, AM terasa seolah-olah berada pada dimensi lain. Beberapa buah rumah tradisional didirikan mengikut rekabentuk senibina pada zaman silam dan punyai keunikan tersendiri.





AM sempat masuk ke rumah yang dikatakan tempat kediaman Mahsuri dan melihat bahagian dalaman rumah. Memang indah dan cantik setiap inci rekabentuk di dalam dan di luar rumah Mahsuri

 






TELAGA MAHSURI

Telaga Mahsuri atau perigi Mahsuri terletak dipinggir Kampung Kedah menghadap sawah padi yang luas. AM cuba mengambil air menggunakan timba yang ada dan merasai keaslian air telaga Mahsuri.

 

TELAGA MAHSURI


MAKAM MAHSURI

Mahsuri dihukum bunuh di Padang Matsirat. Setelah itu jasadnya dibawa pulang ke kampung halamannya. Makam Mahsuri dikatakan tempat dimana beliau dikebumikan. Walau bagaimanapun, apa yang AM lihat hari ini adalah makam yang telah dibina semula.






Gambar Makam Mahsuri diatas menunjukkan kawasan ini dijaga dengan baik. Ia terletak dalam kawasan berpagar. AM hanya dapat melihat makam ini dari luar sahaja dan kisah Riwayat hidup Mahsuri disampaikan oleh orang lama yang lebih arif dan maklum tentang Mahsuri.

Alamat:
Kota Mahsuri
Jalan Makam Mahsuri,
Kampung Mawar,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04-955 6055

Harga tiket:
Harga tiket Makam Mahsuri 2019 (Kota Mahsuri):
Dewasa : RM12
kanak-kanak : RM6

Waktu melawat:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

 

 

KEDAI CENDERAHATI

Kedai cenderahati terletak dalam bangunan kompleks Kota Mahsuri. Berbagai barangan kraftangan, keychains, t-shirts dan lain-lain dijual disini.

 





KATA ALONGMURNI

Nama Kota Mahsuri Langkawi mungkin kurang terkenal kerana orang-ramai telah terbiasa dengan makan Mahsuri. Namun pembangunan semula tempat ini dengan lebih teratur dimana kebudayaan dan artifek dikumpulkan pada satu lokasi menjadikan tempat ini lebih menarik dan sesuai menjadi destinasi pelancongan sejarah dan warisan. Harga tiket yang dikenakan boleh dikatakan murah dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2021/11/Destinasi-Bersejarah-Yang-Wajib-Dilawati-Kota-Mahsuri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Destinasi Pilihan Wajib Diterokai Biogeotrail Kubang Badak

Destinasi Pilihan Wajib Diterokai Biogeotrail Kubang Badak

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 274 hits
DESTINASI PILIHAN WAJIB DITEROKAI Antara destinasi pilihan yang wajib diterokai jika berada di Pulau Langkawi adalah BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK Setibanya AlongMurni di sini AM disambut dan diberi penerangan oleh En Sabri yang merupakan wakil ...
Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak Biogeo Trail Dan Kota Mahsuri

Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak Biogeo Trail Dan Kota Mahsuri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 226 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi dan dirindui semua Cuti cuti Malaysia Maha di Pulau Langkawi bersama kawan kawan diteruskan lagi But sebelum tu nak ucapkan terima kasi...
Kerja Kosong Di Amc College Likas Square Kota Kinabalu

Kerja Kosong Di Amc College Likas Square Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 323 hits
Kerja Kosong Di AMC College Likas Square Kota Kinabalu AMC College merupakan sebuah kolej yang berprestij di Sabah Sekarang memberi membuka peluang untuk sesiaya yang berminat mahu menjadi sebahagian dari warga kerja AMC College untuk bertu...
Noodle Station Giant Kota Damansara

Noodle Station Giant Kota Damansara

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 216 hits
Di bulan ramadhan yang mulia ni orang kata tak elok dok nunjuk nunjuk gambo makanan nanti orang nengok terliur makroh Tapi kalau udah blog ni pasal makanan takkan nak letak pasal baju kurung dan baju melayu pulakkan Ok kali ni kita makan mi...
Kerja Kosong Sebagai Kaunselor Pendidikan Area Kota Kinabalu

Kerja Kosong Sebagai Kaunselor Pendidikan Area Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 246 hits
Kerja Kosong Sebagai Kaunselor Pendidikan kerja kosong ini khusus bgai mereka yang mahu terlibat dalam bidang pendidikan yakni dalam aktiviti memasarkan pakej pakej pendidikan Anda akan banyak berjumpa dengan orang dan akan banyak membuat k...
21 Kerja Kosong Di Area Inanam Kota Kinabalu Donggongon

21 Kerja Kosong Di Area Inanam Kota Kinabalu Donggongon

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 1335 hits
Inilah dia senarai 21 kerja kosong dan jawatan kosong di area Inanam Kota Kinabalu Donggongon Beverly Hills dalam pelbagai bidang seperti welder pembantu rumah pemandu office boy pelayan restoran dan graphic designer 1 Kerja kosong sebagai ...
Senarai 24 Kerja Kosong Di Kota Kinabalu

Senarai 24 Kerja Kosong Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 753 hits
Senarai 24 Kerja Kosong Di Kota Kinabalu 1 Kerja kosong area Kota Kinabalu Sabah Office Boy Memiliki motorsikal sendiri Berumur 20 30 tahun Berpengalaman Call Chang 017 8188320 untuk memohon 2 Kerja kosong di area Kota Kinabalu Sabah Pemand...
Bagi Bapak Yang Dinas Keluar Kota Tahan Godaan Ini

Bagi Bapak Yang Dinas Keluar Kota Tahan Godaan Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 176 hits
Buat yang sering ke luar kota MENOLAK GODAAN SAAT DINAS KELUAR KOTA Kalau lagi di Hotel atau Cafe malam malam ada cewek cantik SEXY genit yang ngajak harus Baca selengkapnya di https www a dhea com
Kerja Kosong Kota Kinabalu 13 Jawatan Kosong Di Hilton Hotel Kinabalu

Kerja Kosong Kota Kinabalu 13 Jawatan Kosong Di Hilton Hotel Kinabalu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 342 hits
Kerja Kosong Kota Kinabalu 13 Jawatan Kosong Di Hilton Hotel Kinabalu Terokai pelbagai karier menarik dalam industri perhotel bersama Hilton Kinabalu hari ini juga Berikut senarai kerja kosong di area Kota Kinabalu yang terdapat di hotel Hi...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri