Desak Parlimen Dibuka Sekarang Sikap Binatang Politik


malaysiakini.com
Diterbitkan 17 Jun 2021, 5:19 pm

Desakan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sekiranya gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai "binatang politik"

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman dalam satu kenyataan menyifatkan desakan itu juga sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mengira situasi wabak Covid-19 yang masih mengganas.

"Amatlah tidak bertanggungjawab kelompok binatang politik tersebut yang mahu parlimen dibuka sekarang sungguhpun mereka tahu kadar vaksinasi nasional belum mencapai liputan 50 peratus populasi negara.

"Sedangkan mereka tahu kadar vaksinasi yang sedang diusahakan kerajaan makin hari makin meningkat kepantasannya. Tidak bolehkah mereka bersabar sedikit masa lagi?" soalnya.

Tambah Muhammad Faiz, jika parlimen dibuka sekarang, bukan saja ahli-ahli Parlimen terdedah dengan varian-varian baru Covid-19 yang lebih ganas, tapi juga semua pihak lain termasuk tukang cuci, pengawal keselamatan, hinggalah kepada staf parlimen.

"Kita tidak mahu kelak nanti wujud pula kluster Parlimen yang mengorbankan nyawa terutama mereka yang berada dalam kelompok berisiko tinggi akibat mempunyai penyakit-penyakit kronik yang lain," kata Muhammad Faiz.

Menurut Muhammad Faiz, desakan untuk Muhyiddin berundur juga tidak perlu dibuat kerana pengerusi Bersatu itu telah memberi jaminan bahawa Parlimen boleh dibuka semula apabila pelan pemulihan negara berkaitan Covid-19 memasuki fasa ketiga.

"Kenyataan Istana Negara semalam bertepatan dengan kenyataan pihak Perdana Menteri sebelumnya bahawa parlimen akan dibuka secepat mungkin dalam bulan September atau Oktober setelah kadar vaksinasi kebangsaan mencapai sasaran tertentu serta setelah kes-kes baru Covid-19 dapat diturunkan dengan drastik. Tiada titah dari Yang di-Pertuan Agong agar parlimen dibuka sekarang juga ketika darurat sedang berlangsung hingga 1 Ogos nanti," kata Faiz.

Terdahulu, Majlis Presiden PH menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan jika gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan pemimpin DAP, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata pemimpin PH kini bagaikan menangguk di air yang keruh dengan cuba memutar-belitkan kenyataan dari Istana Negara bagi tujuan politik dan mengalihkan perhatian rakyat di negara ini.

"Kenyataan dari Istana Negara semalam juga langsung tidak menyebut bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Perikatan Nasional (PN) sekarang gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya malah tiada pula dilayan sebarang cadangan untuk membentuk MAGERAN (Majlis Gerakan Negara), PRU (Pilihanraya Umum) dalam waktu terdekat atau sebarang bentuk penukaran kepimpinan negara dari yang sedia ada," katanya.

Tambah Muhammad Faiz, apa yang diinginkan pihak Istana Negara kini adalah kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan masing-masing untuk menangani wabak Covid-19.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/desak-parlimen-dibuka-sekarang-sikap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bodo Kau Orang Lah Kalau Najib Zahid Pm Parlimen Dibuka Tidak Dlm Situasi Sekarang

Bodo Kau Orang Lah Kalau Najib Zahid Pm Parlimen Dibuka Tidak Dlm Situasi Sekarang

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 315 hits
Kita sudah ada pengalaman soalan tentang 1MDB tidak boleh ditanya APA JUGA suara dan tindakan pemimpin yang tidak dapat habuan atau pemimpin pembangkang untuk rakyat sangat bagus idea kualiti tetapi bila berkuasa hancuss sembang kari Semua ...
Umno Kelantan Juga Desak Parlimen Dibuka Dalam 14 Hari

Umno Kelantan Juga Desak Parlimen Dibuka Dalam 14 Hari

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 233 hits
Umno Kelantan juga desak parlimen dibuka dalam 14 hari Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata kesuburan demokrasi perlu dihormati sejajar dengan prinsip Rukun Negara dan perlembagaan ketika negara berada dalam krisis Covid 19 y...
Desak Pm Buka Parlimen Berpotensi Jadikan Politik Negara Tak Stabil Kata Pn Melaka

Desak Pm Buka Parlimen Berpotensi Jadikan Politik Negara Tak Stabil Kata Pn Melaka

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 315 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen berkata pemimpin politik perlu menjunjung titah Yang di Pertuan Agong sebelum ini supaya semua pihak menghentikan pergolakan dan segala usaha yang boleh menggugat kestabilan polit...
Umno Janji Takkan Sokong Usul Tak Percaya Jika Parlimen Dibuka

Umno Janji Takkan Sokong Usul Tak Percaya Jika Parlimen Dibuka

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 310 hits
malaysiakini comDiterbitkan 23 Jun 2021 5 30 pmUmno bersetuju untuk tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya Dewan Rakyat bersidang semula kata naib presidennya Ismail Sabri Yaakob Menurut menteri kanan itu Umno berpendapat la...
Amaran 14 Hari Buka Parlimen Kerja Biro Politik Bukan Mt Umno

Amaran 14 Hari Buka Parlimen Kerja Biro Politik Bukan Mt Umno

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 257 hits
Amaran 14 Hari Buka Parlimen Kerja Biro Politik Bukan MT UMNO kata naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob Katanya secara dasar meskipun biro politik boleh mengemukakan pandangan keputusan parti adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Terti...
Penyokong Fanatik Najib Ugut Rampasan Kuasa Jika Parlimen Tidak Dibuka

Penyokong Fanatik Najib Ugut Rampasan Kuasa Jika Parlimen Tidak Dibuka

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 198 hits
Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak Isham Jalil dalam satu video yang dimuatnaik dalam akaun Facebooknya mengancam rampasan kuasa yang berlaku seperti negara jiran bakal berlaku jika kerajaan Perikatan Nasional enggan membuka sidang P...
Parlimen Perlu Patuhi Peraturan Sebelum Dibuka Pakar Perlembagaan

Parlimen Perlu Patuhi Peraturan Sebelum Dibuka Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 254 hits
AGENDA DAILY Pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz Parlimen perlu melalui beberapa proses pentadbiran termasuk menyusun perjalanan mesyuarat dan hal hal berkaitan dengannya kata pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul...
Binatang Politik Itu Benar Wujud

Binatang Politik Itu Benar Wujud

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 408 hits
TAUFEK YAHYAHeboh dunia politik negara ini dengan ungkapan binatang politik Ungkapan itu keluar dari mulut seorang pemimpin Bersatu di peringkat nasional ketika mengulas desakan para pemimpin Pakatan Harapan yang menggesa Perdana Menteri Ma...
Desak Parlimen Bersidang Politikus Kluster Ada Agenda

Desak Parlimen Bersidang Politikus Kluster Ada Agenda

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 242 hits
Tindakan kluster ahli politik menggesa agar Parlimen dapat bersidang dengan kadar segera menimbulkan kebimbangan sekiranya pihak berkenaan mempunyai agenda tersirat Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia Kelantan Ustaz Sharipudin Ab Kad...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations