Umno Janji Takkan Sokong Usul Tak Percaya Jika Parlimen Dibuka


malaysiakini.com
Diterbitkan 23 Jun 2021, 5:30 pm

Umno bersetuju untuk tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya Dewan Rakyat bersidang semula, kata naib presidennya Ismail Sabri Yaakob

Menurut menteri kanan itu Umno berpendapat langkah membuka semula parlimen secepat mungkin adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong seperti dizahirkan pada 16 Jun lalu.

Kata Ismail Sabri ahli parlimen Umno dan BN bersetuju agar Dewan Rakyat bersidang mengikut peraturan mesyuarat sedia ada atau mengikut sebarang kesesuaian pindaan yang diperlukan.

“Kami amat mengharapkan sidang parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Agong supaya suhu politik dapat diredakan maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan,” katanya dalam satu kenyataan, dua hari selepas Biro Politik Umno memberi tempoh 14 hari untuk kerajaan memulakan langkah membuka semula parlimen.

Penegasan itu dilihat langkah Umno meyakinkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional membuka semula parlimen selepas ia digantung kerana pelaksanaan darurat.

Janji yang sama turut diikrarkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

Ia dibuat ketika kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen masih diragui beberapa pihak. Sebelum ini presiden Bersatu itu berkata parlimen akan dibuka pada Sept atau Okt ini.

Sehari kemudian selepas raja-raja Melayu menghadiri perbincangan khas di Istana Negara, mereka menzahirkan pandangan bahawa parlimen wajar dibuka secepat mungkin dan darurat tidak wajar dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Tiga hari lalu Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman turut menyuarakan perkara yang sama iaitu mereka serta pembangkang memberi jaminan untuk tidak mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin apabila parlimen bersidang.

Pada 27 Mei lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said turut mencadangkan agar Parlimen kembali bersidang kerana menganggap ia “satu-satunya cara untuk Malaysia melangkah ke depan” bagi menangani Covid-19.

Bagi mengelakkan “drama yang tidak diingini” dia mencadangkan tiada usul undi tidak percaya dibawa sehinggalah pandemik berjaya dikawal dan imuniti kelompok mencapai tahap 50 peratus.

Ismail Sabri berkata apabila Dewan Rakyat dibuka ahli parlimen Umno juga akan menyokong Pelan Pemulihan Negara kerajaan sebagai usaha memperkasa langkah kawalan penularan wabak Covid-19.

“Apa yang pasti keutamaan ahli-ahli parlimen Umno-BN ialah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara Malaysia," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/umno-janji-takkan-sokong-usul-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Empat Ahli Parlimen Umno Sokong Undi Tidak Percaya Jika Ada

Hanya Empat Ahli Parlimen Umno Sokong Undi Tidak Percaya Jika Ada

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 312 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjangkakan hanya empat ahli Parlimen UMNO akan menyokong usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya usul itu dikemukakan dalam sidang Par...
Sd Bukan Sokong Hisham Tpm Cuma Elak Kami Kena Jual Ahli Parlimen Umno

Sd Bukan Sokong Hisham Tpm Cuma Elak Kami Kena Jual Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 306 hits
29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai wakil mereka adalah kerana tidak mahu dipergunakan oleh pihak lain untu...
Umno Tidak Menyokong Usul Undi Tidak Percaya

Umno Tidak Menyokong Usul Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 266 hits
Ahli ahli Parlimen daripada parti UMNO BN menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong susulan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu yang telah diadakan pada 16 Jun 2021 lalu berhubung keperluan mengadakan persidang...
Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 318 hits
June 24 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didesak menjelaskan siapa di kalangan Ahli ahli Parlimen UMNO yang menandatangani akuan bersumpah agar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Ketua UMNO Bahagian Padang Besar...
Umno Kelantan Juga Desak Parlimen Dibuka Dalam 14 Hari

Umno Kelantan Juga Desak Parlimen Dibuka Dalam 14 Hari

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 308 hits
Umno Kelantan juga desak parlimen dibuka dalam 14 hari Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata kesuburan demokrasi perlu dihormati sejajar dengan prinsip Rukun Negara dan perlembagaan ketika negara berada dalam krisis Covid 19 y...
Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 354 hits
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim hari ini mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada Umno mengaku beliau telah menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri Shahidan berkata Ahli Parlimen itu memberi...
Ph Umno Dan Bersatu Takkan Sokong Gandingan Hisham Azmin

Ph Umno Dan Bersatu Takkan Sokong Gandingan Hisham Azmin

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 450 hits
MalaysiakiniKetika gosip politik tersebar mendakwa wujud usaha mendapatkan sokongan dalam kalangan ahli parlimen bagi menaikkan gandingan Hishammuddin Hussein dengan Azmin Ali DAP tampil dengan penegasan sendiri Setiausaha Agung DAP Lim Gua...
Ahli Parlimen Bn Umno Sedia Bersidang

Ahli Parlimen Bn Umno Sedia Bersidang

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 286 hits
Menteri Kanan PertahananDato Seri Ismail Sabri Ahli ahli Parlimen daripada parti UMNO BN bersedia untuk bersidang di Parlimen Dalam kenyataan bersama ahli Parlimen BN amp UMNO yang dikeluarkan hari ini Ini bagi menjunjung kasih di atas tita...
Kpdnhep Sokong Premis Alat Tulis Dibuka

Kpdnhep Sokong Premis Alat Tulis Dibuka

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 329 hits
nbsp Oleh Zatul Iffah Zolkiply Harian Metroatuliffah hmetro com myKUALA BERANG Seksyen jualan alat tulis di pasar raya dan premis seumpamanya yang menyokong keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah wajar dibuka dalam tempoh sekatan pe...
Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keedsflix Perkasa Pendidikan Islamik Berteraskan Digital Dengan Pembangunan Cawangan Dan Hq Baharu

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Macc Probes Ex Minister Over Project Approvals In A Federal Territory

Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Anchovies Well Liked By Tourists

Bekal 23 Disember 2025

Ramen Asli Di Wagyuteh Osaka