Desak Kerajaan Pulangkan Tiga Panda Kepada China


Oleh Latifah Arifin dan Suzalina Halid Yi Yi (kiri) bersama ibunya, Liang Liang KUALA LUMPUR: Persatuan Haiwan Malaysia mendesak kerajaan memulangkan semula tiga panda di bawah jagaan Zoo Negara ketika ini kepada negara asalnya, China berikutan ia tidak memberikan apa-apa manfaat, terutama pulangan pendapatan.
Presidennya, Arie Dwi Andika, berkata perkara itu perlu dipertimbangkan kerana kos penjagaan dan pembiayaan insurans haiwan itu yang tinggi, apatah lagi Zoo Negara hanya bergantung kepada penjualan tiket pelawat serta beberapa tajaan daripada entiti persendirian.
"Panda ini perlu dipulangkan kerana kos insuransnya sahaja melebihi setengah juta setahun, ini tidak termasuk lagi kos pemuliharaan dalam pengawasan Zoo Negara seperti utiliti, makanan, tenaga kerja dan kesihatan.
Disyorkan Untuk Anda Anak panda disahkan betinaNuan Nuan dijangka 'balik kampung' ke ChinaNuan Nuan dihantar pulangNuan Nuan dapat adik "Kerajaan hanya membantu kos pembiayaan untuk Zoo Negara apabila keadaan mendesak dan bukan bantuan secara bulanan, sudah tentu ia tidak mencukupi lebih-lebih lagi ketika ini ia terpaksa ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.
Sebelum ini, BH melaporkan Zoo Negara menjangkakan tidak mampu menampung kos penyediaan makanan hidupan liar yang mencecah RM400,000 sebulan sekiranya PKPB dilanjutkan, bahkan pihak pengurusan mula melakukan catuan membabitkan haiwan tertentu sebagai langkah penjimatan.
Arie berkata, pihaknya tidak melihat sebarang kepentingan untuk Malaysia mengambil tanggungjawab menjaga panda terbabit dalam keadaan haiwan tempatan seperti tapir, gajah dan harimau sedang diancam kepupusan dengan jumlahnya dianggarkan berbaki di antara 200 hingga 300 ekor sahaja.
"Jika benarlah panda jadi tarikan untuk pengunjung melawat Zoo Negara, mengapa ia tidak mampu bertahan walaupun COVID-19 baharu bermula sekitar sembilan bulan?
"Satu perkara yang perlu kita ingat, panda berkenaan adalah milik asal China. Jika kelahiran berlaku, anak panda mesti dipulangkan, jadi apa yang kita dapat hanyalah bebanan.
"Jadi, pihak persatuan memohon kerajaan mengutamakan usaha konservasi haiwan tempatan yang dilindungi menerusi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana ia adalah harta negara," katanya.
Dalam pada itu, Arie turut menegaskan, pihak pengurusan Zoo Negara perlu lebih terbuka dan turut mengambil kira pandangan pihak luar termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan perlindungan haiwan.
"Zoo Negara perlu membuka pintu seluas-luasnya kepada pihak luar seperti NGO haiwan yang lain untuk memberikan pandangan. Ini penting demi kebaikan haiwan yang berada di dalam zoo kerana semua hidupan liar ini adalah harta negara, bukan hak mutlak Zoo Negara," katanya.
Pada 21 Mei 2014, Malaysia menerima dua panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari Kerajaan China sebagai meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Panda berkenaan melahirkan anak pertama pada 18 Ogos 2015 yang diberi nama Nuan Nuan.
Nuan Nuan dihantar pulang ke China pada 14 November 2017 sebagai memenuhi syarat perjanjian kedua-dua negara.
Sementara anak kedua pasangan panda itu, Yi Yi pula dilahirkan pada 14 Januari 2018 dan masih berada di bawah jagaan Zoo Negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/desak-kerajaan-pulangkan-tiga-panda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Bn Johor Beri Peruntukan Adun Pembangkang Naik Tiga Kali Ganda

Kerajaan Bn Johor Beri Peruntukan Adun Pembangkang Naik Tiga Kali Ganda

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 274 hits
ISKANDAR PUTERI Peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di negeri ini dinaikkan tiga kali ganda daripada RM50 000 menjadi RM150 000 bermula tahun depan Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad semas...
Tiga Kali Undi Bukti Pn Kerajaan Tanpa Mandat Majoriti

Tiga Kali Undi Bukti Pn Kerajaan Tanpa Mandat Majoriti

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 332 hits
ARIF ATANPakatan Harapan berjanji untuk meneliti di peringkat jawatankuasa kesemua kementerian dan setakat ini tiga kementerian berjaya dibuat belah bagi iaitu Jabatan Perdana Menteri Kementerian Kewangan serta Kementerian Perladangan dan K...
Tiga Adun Pas Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu Umno Atau Pun Tak Sokong Langsung

Tiga Adun Pas Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu Umno Atau Pun Tak Sokong Langsung

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Seorang veteran UMNO tertanya adakah PAS sekadar tidak akan sertai kerajaan baharu pimpinan parti Melayu itu atau tidak akan juga menyokong kerajaan pimpinan parti itu Bekas menteri Tan Sri Shahrir Samad menimbulkan hal itu sel...
Icerd Kerajaan Tahu Batas Umat Islam

Icerd Kerajaan Tahu Batas Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 259 hits
Jutaan rakyat di seluruh negara berhimpun secara aman menolak ICERD Tarikh keramat 8 Disember 2018 menjadi saksi apabila bandaraya Kuala Lumpur sahaja mencipta perhimpunan hampir 1 juta orang Malaysia mengekalkan pendirian menarik diri dari...
Pemandu Bas Ekspres Tersadai Kerajaan Enggan Bantu

Pemandu Bas Ekspres Tersadai Kerajaan Enggan Bantu

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 181 hits
Nasib pemandu bas ekspres semakin tidak terbela selepas tidak mempunyai pendapatan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac Mei lalu kini tersadai lagi akibat PKP Bersyarat Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir par...
Pinda Belanjawan 2021 Kalau Tak Mahu Tumbang Hassan Karim Nasihat Kerajaan

Pinda Belanjawan 2021 Kalau Tak Mahu Tumbang Hassan Karim Nasihat Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 219 hits
November 19 2020 KUALA LUMPUR Seorang ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan membuat beberapa pindaan kepada Belanjawan 2021 jika mahu ia disokong sebulat suara Kerana jika tidak majoriti wakil rakyat akan menolaknya kata Hassan Abdul Karim sa...
Mufti Perlis Zahirkan Kesyukuran Kerajaan Larang Penjualan Minuman Keras Di Kedai Runcit Dan Serbaneka

Mufti Perlis Zahirkan Kesyukuran Kerajaan Larang Penjualan Minuman Keras Di Kedai Runcit Dan Serbaneka

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR 17 Nov Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghalang larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka mendapat reaksi positif pelbagai pihak
Zahid Gesa Kerajaan Sendiri Quot Bawa Usul Quot Undi Percaya Terhadap Pm Muhyiddin Ke Parlimen

Zahid Gesa Kerajaan Sendiri Quot Bawa Usul Quot Undi Percaya Terhadap Pm Muhyiddin Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 297 hits
nbsp KUALA LUMPUR UMNO yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di blok pemerintah menggesa kerajaan sendiri membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presidennya Zahid Hamidi berkata soal sokongan maj
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan