Desak Anwar Lepas Ketua Pembangkang Usikan Nakal Kata Pemuda Amanah




Nora Mahpar -December 18, , 2020 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir berkata, sejak akhir-akhir ini wujudnya persepsi gerakan untuk menukar status Anwar Ibrahim yang juga presiden PKR dan pengerusi PH sehingga mewujudkan satu polemik. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Gerakan mendesak Anwar Ibrahim melepaskan jawatan ketua pembangkang disifatkan sebagai “usikan nakal” oleh pihak tertentu susulan kegagalan blok itu menghalang Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat, Selasa lalu.
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir berkata, sejak akhir-akhir ini wujudnya persepsi gerakan untuk menukar status Anwar yang juga presiden PKR dan pengerusi PH sehingga mewujudkan satu polemik.
“Hakikatnya dalam PH langsung tiada kedengaran untuk tukar ketua pembangkang melainkan ada ulasan dibuat Anwar sebelum ini yang pernah mengatakan beliau akan berundur sekiranya menjadi liabiliti (kepada PH).
“Tetapi baik Amanah, DAP dan PKR tidak menyambut saranan tersebut. Di peringkat tertinggi tiada polemik siapa harus menjadi ketua pembangkang (menggantikan Anwar),” katanya dalam dialog bertajuk “Kita Bincang: 108 Suara Terkuat Pembangkang?” anjuran Pemuda Amanah.
Kredibiliti Anwar sebagai ketua pembangkang sebelum ini dipertikai segelintir pemimpin PH dan rakan dalam pembangkang seperti Pejuang dan Warisan susulan kegagalan blok itu menjalankan undian belah bahagi bagi bacaan kedua Belanjawan 2021 pada 26 Nov lalu.
Ini kerana hanya 13 Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk memohon undian belah bahagi, kurang 15 seperti diperlukan, difahamkan berpunca daripada arahan saat akhir Anwar.
Mengulas lanjut, Shazni berkata, PH pada masa ini perlu terus bergerak dan memperkukuhkan kekuatan yang ada pada pembangkang menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Ketetapan ini harus dibuat Majlis Presiden PH, jalan untuk mengambil kerajaan sudah tertutup. Berapa lama lagi kita hendak dipermainkan segelintir pihak?,” katanya.
Beliau berkata, persediaan harus dilakukan dengan segera kerana Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mungkin akan membubarkan Parlimen pada bila-bila masa walaupun sebelum ini disebut ia bakal diadakan sekitar Mac atau Mei.
“Kita tidak tahu rancangan mereka. Jadi apa perancangan PH? Kita kena sentiasa bersama dan bersedia dengan senario terburuk,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/desak-anwar-lepas-ketua-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Persenda Anwar 14 Ketua Pemuda Tolak Agenda Laga Pemimpin Pkr

Isu Persenda Anwar 14 Ketua Pemuda Tolak Agenda Laga Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 457 hits
Mereka mengecam perbuatan membocorkan perbincangan tertutup dan mahu ia diselesaikan secara baik
Amanah Setia Anwar Pimpin Ph Kata Mujahid

Amanah Setia Anwar Pimpin Ph Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 508 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Naib Presiden AMANAH Mujahid Yusof Rawa berkata Amanah setia berada di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Pakatan Harapan Beliau berkata sekarang bukanlah masa untuk saling memberi tekanan sebalik...
Anwar Akan Lebih Selamat Jika Dap Dan Amanah Diketuai Anthony Loke Dan Mujahid

Anwar Akan Lebih Selamat Jika Dap Dan Amanah Diketuai Anthony Loke Dan Mujahid

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 353 hits
Husam dan Lid boleh membantu dan menguatkan AMANAH hingga ke peringkat dunia Inilah juga masa terbaik Maszlee untuk sertai PKR
Amanah Waits For Development On Anwar S Claim Of Having Sufficient Numbers

Amanah Waits For Development On Anwar S Claim Of Having Sufficient Numbers

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 359 hits
Parti Amanah Negara said it is waiting for development on a claim by PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim of having sufficient number of support among members of the Dewan Rakyat to form a new government Reports on Saturday cited Anwar wh...
Anwar Tiada Agenda Peribadi Terhadap Pn Kata Saifuddin

Anwar Tiada Agenda Peribadi Terhadap Pn Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 590 hits
December 19 2020 Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata usaha Anwar untuk menjatuhkan kerajaan PN akan diteruskan PETALING JAYA Tiada agenda peribadi berhubung usaha pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan keraja...
Pembebasan Ku Nan Untuk Jamin Sokongan Dakwa Pemuda Amanah Wp

Pembebasan Ku Nan Untuk Jamin Sokongan Dakwa Pemuda Amanah Wp

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 400 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPemuda AMANAH Wilayah Persekutuan mengkritik tindakan kerajaan membebaskan satu persatu ahli politik yang dikaitkan dengan kes rasuah Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan Asmaaliff Abdul Adam berkata tidak mustahil ...
Sara System Breakdown A Simple Apology Cannot Restore Public Trust

Design Ideas Nobody In Nyc Tells You About

Klia Klia 2 Vehicle Access Management System

The Bmw Vision Ce Electric Concept Is A Two Wheeled Dune Buggy

Proton Saga Kereta Pertama Selepas Kahwin

Minum Air Jampi Penerang Hati Semburan Chad Gila Hingga Dapat Pergi Ke Luar Negara

Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin Dirujuk Ke Hospital Bahagia

Jenis Jenis Afidavit Di Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan

Menegurlah Dengan Hikmah

Cekodok Pisang Buat Nellisa

Ghatah Siput Bakaq Kuala Sungai Baru

Branding The Heartbeat Of Business

Tips Mengatasi Lidah Pahit