Derma Arab


 





DERMA ARAB

1. Semalam kita dengar, DSNR bersumpah laknat. Akhbar lapor yang dia bersumpah untuk katakan, dia tak tahu RM42juta yang masuk dalam akaun dia ialah wang dari SRC.

2. Kalau kita dengar elok2 sumpah tersebut, dia tak sebut “SRC” tetapi “C..SRC”. Saya dah highlight semalam. Tuan/ Puan dengar dan check sendiri. Saya bagi link ini. Check minit 3.45 hingga 3.55. Ramai juga yang dengar yang sama. Dia sebut “CSRC” bukan “SRC”.

https://youtu.be/ZI1MELwIk8Y

3. Kalau bawah undang2 kita, akuan bersumpah yang silap nama, silap nombor IC dan salah maklumat, semua kena reject. Tak boleh diterima pakai. Mungkin ustaz/ ustazah yang ada boleh confirmkan. Bawah sumpah Islam pula bagaimana. Saya percaya sama sahaja.

4. One thing about sumpah NR ni, pada saya membuka “a can of worms” terhadap pembelaan dia. Ada percanggahan yang amat ketara. Dalam sumpah dia sebut dia tak tahu duit masuk akaun sendiri adalah dana SRC, dah jalan kes baru dia tahu. Tapi pada masa yang sama, dia dan cytro dok canang duit tu adalah derma dari Raja Arab.

5. So which is which now? Kalau dah tahu sekarang duit tu duit daripada SRC, adakah alasan derma Raja Arab tu hanya sandiwara?

6. Saya tengokkan banyak penyokong tegar dia dok sebar propaganda derma Raja Arab ni. Tak tahu la mereka sedar tak sedar, sumpah DSNR ni sendiri telah menidakkan perkara itu.

7. Propaganda dibuat kepada kita, derma raja Arab ni benar sebab ada saksi daripada SPRM cakap benda yang sama. Ini saya kena betulkan, biar terang dari segi perundangan. Supaya tak terus dispin2 kemudian.

8. Tanya la mana2 lulusan undang2. Kalau nak kupas mengenai undang2 jenayah tak boleh lari daripada kupas undang2 pembuktian (Evidence Law). Kerana ia bergerak in tandem atau seiring. Undang2 jenayah itu adalah aspek substance (peluru) ia takkan efektif tanpa guna aspek teknikal dalam undang2 pembuktian (yang jadi seperti pistol kepada peluru tadi).

9. Dalam setiap kes ada bukti dan saksi. Bukan semua saksi boleh dipercayai cakapnya. Bukan semua bukti boleh diterima sebagai benar. Tugas Hakim ialah untuk tentukan boleh percaya atau tidak suatu saksi atau bukti yang dibawa masuk ke Mahkamah. Ini semua bergantung kepada prinsip undang2 Pembuktian.

10. Prinsip asas untuk suatu bukti/ saksi dipercayai ada dua. (1) ia kena hubung kait dengan kes (relevan) (2) ia perlu kredibel atau tidak disangsi kesahihannya.

11. Walapun ada saksi SPRM dan bekas Peguam Negara dalam kes SRC, yang berkata beliau percaya derma raja arab tersebut. Tetapi Mahkamah menolak keterangan saksi2 ini, kerana:

(1) Tiada langsung saksi dari Kerajaan Arab atau Keluarga Diraja yang dapat mengesahkan derma tersebut. Walaupun kononnya SPRM telah berjumpa seorang “Putera Raja”. Beliau sendiri tidak dapat buktikan wang derma itu diberikan kepada NR.

(2) Surat Raja Arab yang dikemukakan dalam mahkamah adalah tidak kredibel. Berbentuk fotostat semata2.

12. Mahkamah Rayuan hingga menyebut pembelaan derma Raja Arab dalam kes NR, melebihi Hikayat 1001 malam. Senang cakap, ia wayang saja lah.

https://www.hmetro.com.my/.../dakwaan-derma-arab-melebihi...

https://www.freemalaysiatoday.com/.../pembelaan-derma.../

13. Baru2 ini pun, TS Apandi Ali terkantoi mengenai derma Raja Arab ni. Dia sampai kalah dalam kes saman beliau dengan Lim Kit Siang. Antara penyebabnya, ialah kerana Mahkamah tidak boleh mempercayai keterangan dia mengenai derma Raja Arab dalam kes SRC. Mahkamah putuskan ianya wayang juga.

https://m.malaysiakini.com/news/629342

14. Makanya konklusinya, alasan Derma Raja Arab ni hanya propaganda semata2. Tak pernah diterima di Mahkamah sebagai pembelaan berkredibel. Hanya diputar2 oleh cytro Najib untuk kelirukan kita.

15. Tu sebab saya selalu katakan, jangan percaya sgt cytro Najib ini, tambah daripada profile/ page bunian. Kita tak tahu siapa yang menulis dan di belakang profile. Kadang saya tengok mereka lagi lawyer dari lawyer yang ada. Habis la diputar2 undang2 yang ada.

16. Spin mereka ni akhirnya menjerat diri sendiri. Semalam dalam sumpah laknat, Najib sendiri mengaku akhirnya ia duit SRC, yang mula datang dari wang pencen orang Kerajaan drpd KWAP. Bukannya dari Raja Arab seperti yang dispin2.

17. Yang heran dia tak tahu sumbernya, tapi boleh pulak dibelanja habis untuk parti dan anak bini.

18. Patutkah kita percaya lagi pemimpin sebegini?

https://www.astroawani.com/.../saya-belanja-berjuta-juta...

https://www.astroawani.com/.../kesimpulannya-jho-low-tipu...

Wallahu a’alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/derma-arab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Terkejut Rakyat Pula Tidak Lupa Kejutan Derma Tok Arab

Najib Terkejut Rakyat Pula Tidak Lupa Kejutan Derma Tok Arab

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 204 hits
wartarakyat com my August 17 2022Oleh MOHD AZAM MOHD ATANSEMALAM bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya...
Wajib Singgah Nasi Arab Paling Sedap Di Zaituna Restaurant Johor Bharu

Wajib Singgah Nasi Arab Paling Sedap Di Zaituna Restaurant Johor Bharu

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum Setiap bulan kami mesti nak pergi bercuti Kalau tak bercuti kami akan pergi bercamping Untuk bulan Ogos kami dah rancang untuk ke Johor Staycation kami di Johor lama juga 4 hari 3 malam Kat mana kami stay nantilah Fiza updat...
Rawat Penyakit Kulit Ustaz Kazim Bakal Berangkat Ke Negara Arab

Rawat Penyakit Kulit Ustaz Kazim Bakal Berangkat Ke Negara Arab

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 227 hits
Baru baru ini tular mengenai keadaan penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias sehingga terpaksa mengenakan topi bagi menutup wajahnya atau mengenakan bedak asas ketika menyampaikan ceramahnya Malah beliau turut memaklumkan malu untuk berjump...
Daftar Nama Allah 99 Asmaul Husna Teks Arab Latin Dan Artinya

Daftar Nama Allah 99 Asmaul Husna Teks Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 215 hits
Tulisan Arab 99 Asmaul Husna Arab Latin dan Artinya Assalamualaikum Saudara kali ini saya sharing tentang 99 nama nama yang baik atau disebut Asmaul Husna dan terjemahannya Asmaul Husna adalah nama nama yang baik milik Allah SWT Asmaul Husn...
Nasi Arab Mandy Simple

Nasi Arab Mandy Simple

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 165 hits
Kadang kadang teringin nak makan nasi berwarna warna ni tapi harganya tu kadang bikin terkejut nak bayar Sepinggan sampai 30 ringgit Anak anak pulak jenis kurang makan lauk Nasi je nak lebih Buatlah sendiri boleh buat nasi lebihNasi Arab Ma...
Potret Perkampungan Tki Arab Saudi Di Madura Rumah Rumahnya Super Mewah

Potret Perkampungan Tki Arab Saudi Di Madura Rumah Rumahnya Super Mewah

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 149 hits
Banyak masyarakat Indonesia bekerja di luar negeri Salah satunya adalah Arab Saudi Memiliki gaji yang tidak sedikit para TKI Arab Saudi ini memperindah rumahnya Hasilnya perkampungan TKI ini pun banyak berdiri rumah rumah mewah Melansir dar...
Ngobrol Bahasa Arab Dua Pria As Diturunkan Dari Pesawat Alaska Airlines

Ngobrol Bahasa Arab Dua Pria As Diturunkan Dari Pesawat Alaska Airlines

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 165 hits
Dua pria Muslim Amerika mengajukan gugatan diskriminasi federal terhadap Alaska Airlines karena diturunkan dari pesawat sebelum lepas landas
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 264 hits
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Baru baru ini MOMI ke Johor Bahru bersama rakan rakan Blogger MOKA Dik Bee Bebelan Cik Min ...
Najib S Arab Donation Claim Unbelievable Dpp

Najib S Arab Donation Claim Unbelievable Dpp

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 581 hits
In the continuation of the Federal Court s hearing of Najib Abdul Razak s main appeal in the RM42 million SRC International corruption case the prosecution is expected to present further oral arguments against the former prime minister With...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah