Derhaka Jika Cabar Di Mahkamah


Pengisytiharan darurat kali kesembilan dalam sejarah negara baru-baru ini menimbulkan pelbagai polemik khususnya dalam kalangan ahli politik dan pengamal undang-undang.
Terdapat pihak-pihak tertentu ingin mencabar proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong (Agong) pada 11 Januari lalu di mahkamah.

Dilaporkan, ada tindakan undang-undang telah difailkan bagi tujuan mencabar nasihat Perdana Menteri kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat tersebut.

Pada asasnya, sekiranya kita lihat kepada proklamasi darurat oleh Agong di bawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka menyatakan telah berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku akibat pandemik Covid-19.

Susulan proklamasi darurat itu, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dimasyhurkan di bawah Perkara 150 (2B) oleh Agong atas dasar sama.

Perlu ditekankan, tiada dinyatakan dalam mana-mana peruntukan di bawah Perkara 150 bahawa Agong wajib bertindak di atas nasihat Kabinet ataupun Perdana Menteri dalam membuat apa-apa proklamasi atau ordinan darurat.

Perkara ini juga jelas apabila Seri Paduka menolak nasihat kerajaan bagi satu proklamasi darurat yang pernah dibawa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun lalu.

Saya berpandangan, kebijaksanaan, budi bicara, kewajaran dan proportionality keputusan Agong dalam membuat proklamasi dan ordinan tidak boleh sama sekali dipersoal di mana-mana mahkamah atas apa-apa dasar sekalipun.

Ini adalah seperti mana yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya pandangan beberapa pihak bahawa Agong tidak mempunyai budi bicara dan terikat dengan nasihat Kabinet atau Perdana Menteri dalam membuat proklamasi atau ordinan tersebut di bawah Perkara 150 adalah tepat sekalipun, yang mana adalah dinafikan, nasihat tersebut juga tidak boleh dipersoalkan atau dicabar di mana-mana mahkamah.

Ini secara jelas diperuntukkan di bawah Perkara 150 (8) yang menyatakan seperti berikut:
(a) Hal puas hati Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
(b) Tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan-kesalahan:
(i) Sesuatu proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1).
(ii) Kuat kuasa berterusan proklamasi itu.
(iii) Mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B).
(iv) Penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.

Tidak Sah
Saya berpandangan sedemikian kerana sebarang tindakan terhadap nasihat yang diberikan oleh Kabinet atau Perdana Menteri kepada Agong tersebut secara efektifnya dan secara tidak langsung adalah suatu bentuk mencabar terhadap kesahihan proklamasi dan ordinan tersebut.

Atau dengan kata lain, tindakan atau percubaan membawa isu proklamasi darurat ke mahkamah secara jelasnya adalah mencabar kuasa Agong dan boleh disifatkan sebagai perbuatan menderhaka terhadap Seri Paduka dan institusi raja.

Ini sudah semestinya tidak dibenarkan oleh peruntukan Perlembagaan Persekutuan iaitu suatu ouster clause di bawah Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tindakan undang-undang bagi mencabar nasihat yang diberikan oleh Kabinet atau Perdana Menteri kepada Seri Paduka sekiranya ouster clause tersebut didapati tidak sah (void) oleh mahkamah.

Dari sudut undang-undang, ouster clause adalah sah dan berperlembagaan dan sebarang tindakan yang bercanggah dengan ouster clause itu tidak boleh berdiri di sisi undang-undang.

Saya berpandangan, ouster clause berkenaan adalah konsisten dengan prinsip Separation of Powers di mana institusi kehakiman adalah dihalang daripada campur tangan dalam sebarang tindakan pihak eksekutif yang selaras Perlembagaan Persekutuan.

Institusi kehakiman sememangnya bebas dan hanya mempunyai bidang kuasa seperti mana diperuntukkan oleh undang-undang.

Sekiranya segala nasihat eksekutif terutama nasihat-nasihat Kabinet yang diberikan (di bawah Perlembagaan Persekutuan) (termasuk kewajaran (reasonableness) dan proportionality nasihat tersebut) boleh dicabar dan dipersoal di mahkamah, eksekutif atau sesebuah kerajaan tidak boleh berfungsi dengan baik dalam mentadbir negara ini.

Ini juga akan menyebabkan satu situasi floodgate di mana cabaran terhadap setiap nasihat eksekutif di bawah Perlembagaan Persekutuan boleh dibawa dan dipersoalkan di mahkamah.

Perkara ini perlu diberikan perhatian memandangkan ia boleh menetapkan satu precedent yang tidak konsisten dengan prinsip Separation of Powers.

Prinsip rule of law juga termasuk menghormati undang-undang sedia ada pada setiap masa.

Kesimpulannya saya berpandangan, segala tindakan oleh mana-mana pihak untuk mencabar proklamasi dan ordinan darurat ke mahkamah adalah satu tindakan yang tidak wajar atas prinsip Separation of Powers.

Pihak ini seharusnya memahami terlebih dahulu tujuan undang-undang darurat wujud. Paling penting, sebarang tindakan bersifat politik semata-mata harus dihentikan demi memberikan fokus dan kerjasama sepenuhnya kepada Agong dan kerajaan dalam menghadapi gelombang pandemik Covid-19 dengan baik.
Oleh : Muhamad Nur Aizat Noor Azam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/01/derhaka-jika-cabar-di-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 293 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata tindakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakan undang undang bagi mencabar perisytiharan darurat akan memberi persepsi beliau lebih mementingkan agenda politik berbanding ...
Mahkamah Tiada Kuasa Dengar Permohonan Cabar Proklamasi Darurat

Mahkamah Tiada Kuasa Dengar Permohonan Cabar Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 275 hits
Foto hiasanBERNAMAKuala Lumpur Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan bagi mencabar proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di Pertuan Agong kata peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla Beliau berkata ini ada...
Anwar Akan Cabar Perisytiharan Darurat Di Mahkamah

Anwar Akan Cabar Perisytiharan Darurat Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 266 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang undang bagi mencabar perisytiharan darurat yang disifatkannya tidak berasas Langkah itu menyusul tindakannya menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sulta...
Ph Fail Permohonan Mahkamah Cabar Penggantungan Sidang Parlimen Dun

Ph Fail Permohonan Mahkamah Cabar Penggantungan Sidang Parlimen Dun

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 224 hits
POSTED BY AMIR WRLRPakatan Harapan memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam terhadap kaedah kaedah di bawah Ordinan Darurat 2021 berkenaan penggantungan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang b...
Adakah Darurat Politik Muhyiddin Boleh Di Cabar Di Mahkamah

Adakah Darurat Politik Muhyiddin Boleh Di Cabar Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 433 hits
12 Januari 2021 setelah mendapat perkenan dari SPB YDP Agung ke XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pengisy...
Masukkan Botol Budu Dalam Dubur Rakan Di Penjara Pengkalan Chepa Banduan Didakwa Di Mahkamah

Masukkan Botol Budu Dalam Dubur Rakan Di Penjara Pengkalan Chepa Banduan Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 416 hits
Masukkan botol budu dalam dubur rakan di Penjara Pengkalan Chepa banduan didakwa di mahkamahSeorang banduan yang memasukkan botol budu ke dalam dubur banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa pada Disember 2020 didakwa di Mahkamah Sesyen Kota...
Mahkamah Khas Untuk Percepatkan Kes Rasuah Melibatkan Ahli Politik

Mahkamah Khas Untuk Percepatkan Kes Rasuah Melibatkan Ahli Politik

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 305 hits
themalaysialife comSeorang peguam kanan mencadangkan mahkamah khas untuk mempercepatkan kes kes melibatkan ahli politik mengatakan tempoh darurat waktu yang terbaik untuk melaksanakannya Haniff Khatri Abdullah berkata penubuhan mahkamah kha...
Tak Main Main Kasus Km 50 Tol Cikampek Dibawa Ke Mahkamah Pidana Internasional

Tak Main Main Kasus Km 50 Tol Cikampek Dibawa Ke Mahkamah Pidana Internasional

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 259 hits
Tim Advokasi Korban Tragedi 7 Desember 2020 melaporkan kasus penembakan terhadap enam anggota Front Pembela Islam ke Mahkamah Pidana Internasional yang berpusat di Den Haag Belanda FPI mengungkap alasan pelaporan tersebut Benar tim advokasi...
Isu Air Pulau Pinang Sedia Jumpa Mb Kedah Di Mahkamah

Isu Air Pulau Pinang Sedia Jumpa Mb Kedah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 233 hits
Papa Bob Apa lagi MB Kedah saman la Penang kalau berani Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di mahkamah berhubung isu caj air mentah Bernama melaporkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow be...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti