Mahkamah Khas Untuk Percepatkan Kes Rasuah Melibatkan Ahli Politik


themalaysialife.com
January 20, 2021 8:48 am

Seorang peguam kanan mencadangkan mahkamah khas untuk mempercepatkan kes-kes melibatkan ahli politik, mengatakan tempoh darurat waktu yang terbaik untuk melaksanakannya.

Haniff Khatri Abdullah berkata, penubuhan mahkamah khas boleh membantu menyelesaikan lambakan kes melibatkan bekas pemimpin negara dan menambah darurat pandemik yang diisytiharkan minggu lalu boleh digunakan untuk tujuan itu.

Katanya, dengan kuasa darurat, Yang di-Pertuan Agong boleh mewujudkan undang-undang khas untuk menentukan kesemua keputusan kes-kes jenayah melibatkan ahli politik diadakan di mahkamah khas sehingga selesai.

Semenjak 2018, beratus-ratus pendakwaan terhadap ahli politik kanan, dengan kes berkait 1MDB melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.

Selain Najib, bekas timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi, termasuk pemimpin Umno seperti Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahmad Maslan, Abdul Azeez Rahim dan Shahrir Samad turut dibicarakan kerana rasuah melibatkan jutaan ringgit.

Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, kes rasuah melibatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibuka semula.

Rayuan Najib yang sudah dijatuhkan hukuman bersalah akan didengar bulan depan untuk mengenepikan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Haniff yakin dengan adanya mahkamah khas, kes-kes seperti ini akan diselesaikan dengan lebih cepat kerana hakim tidak akan diganggu dengan kes-kes lain.

“Dan sudah tentu, tanpa menjejaskan hak pembelaan dan memprejudiskan prinsip-prinsip perundangan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Seorang lagi peguam kanan berkata, penubuhan mahkamah khas perlu selari dengan kerangka yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Hendaklah menepati Artikel 121, 122AA dan 122AB dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan hakim bagi mahkamah tersebut hendaklah menepati Artikel 122B Perlembagaan Persekutuan,” kata peguam Perlembagaan Nizam Bashir kepada MalaysiaNow.

Haniff yakin dengan adanya mahkamah khas, kes-kes seperti ini akan diselesaikan dengan lebih cepat kerana hakim tidak akan diganggu dengan kes-kes lain.
Nizam berkata dengan adanya darurat, Agong boleh menggunakan kuasanya di bawah Artikel 150(2B) untuk mengisytiharkan ordinan.

“Ordinan-ordinan tersebut memiliki tempoh hayat selama enam bulan dan akan luput setelah itu,” katanya.

Semasa menjelaskan perincian tentang darurat Covid-19 minggu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berikrar akan memastikan sistem kehakiman berjalan secara bebas tanpa campur tangan kerajaan.

Seorang penganalisis melihat jaminan perdana menteri untuk tidak mencampuri urusan mahkamah sebagai satu amaran kepada “kluster mahkamah”, merujuk kepada ahli Parlimen yang berdepan pendakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

“Amaran ini pun diguna pakai juga kepada ‘kluster mahkamah’ bukan dia (Najib) sahaja,” kata Shamsul Amri Baharuddin kepada MalaysiaNow.

Najib kini merupakan pengkritik kerajaan Perikatan Nasional paling lantang, setiap hari mempertikaikan usaha kerajaan memerangi Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sekatan di bawah PKP menyebabkan banyak perbicaraan tertangguh, termasuk kes meminda laporan audit 1MDB melibatkan Najib dan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy.

Perbicaraan itu akan bersambung di Mahkamah Tinggi pada 22 Februari.

Sementara pelbagai kes Zahid melibatkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah kali terakhir menjalani perbicaraan pada Oktober tahun lalu dan kes projek terowong bawah laut Lim akan bermula pada Jun.

Haniff bagaimanapun yakin semua kes tertangguh ini boleh diselesaikan dengan lebih cepat di mahkamah khas.

“Tapi kena ada undang-undang,” katanya.

sumber: MN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/mahkamah-khas-untuk-percepatkan-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Edisi Khas Mingguan 005 Gempar Landskap Politik Malaysia Bakal Beru

Edisi Khas Mingguan 005 Gempar Landskap Politik Malaysia Bakal Beru

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 206 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0051 PERDANA MENTERI LANGGAR SOP 2 TERBUKTI ANWAR MILIKI MAJORITI 3 PERUTUSAN PM DIPERLEKEH
Ini Senarai 30 Ahli Politik Kena Covid 19 Selepas Prn Sabah

Ini Senarai 30 Ahli Politik Kena Covid 19 Selepas Prn Sabah

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 223 hits
Bob KelanangPenularan Covid 19 memang tidak mengenal siapa termasuk ahli politik Virus berasal dari Wuhan China itu juga tidak peduli parti mana yang dianut ahli politik Pola jangkitan Covid 19 dalam kalangan ahli politik melonjak selepas P...
Ahli Politik Ditahan Jual Proses Sendiri Dadah

Ahli Politik Ditahan Jual Proses Sendiri Dadah

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 350 hits
461 total views 461 views today Seorang ahli perniagaan yang juga bekas calon Pilihan Raya Umum ke 14 lalu ditahan polis selepas disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah Suspek yang pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda s...
16 Ahli Politik Dijangkiti Covid 19

16 Ahli Politik Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 217 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN KUALA LUMPUR Kes jangkitan positif Covid 19 yang merekodkan sebanyak 165 371 kes secara keseluruhan dengan 39 464 kes aktif sejak pertama kali pandemik itu melanda negara awal tahun lalu nyata ia bukan suatu p...
Pengikut Pas Minta Muhyiddin Gugurkan Semua Kes Mahkamah Pemimpin Umno

Pengikut Pas Minta Muhyiddin Gugurkan Semua Kes Mahkamah Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 244 hits
January 11 2021 Bahaya pemikiran seperti ini Hanya kerana ingin mengekalkan kuasa Melayu Islam kesalahan rasuah pemimpin UMNO perlu di gugurkan Menurut anggapan penulis komen ini pensabitan rasuah kepada pemimpin UMNO banyak merenggangkan h...
Mahkamah Cadang Kes Saman Tony Pua Najib Selesai Cara Baik

Mahkamah Cadang Kes Saman Tony Pua Najib Selesai Cara Baik

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mencadangkan supaya kes saman difailkan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lepas atas dakwaan melakukan salah laku...
Selesaikan Kes Mahkamah Najib Rosmah

Selesaikan Kes Mahkamah Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 226 hits
HARI ini Muhyiddin Yassin mengisytiharkan DARURAT sehingga 1 Ogos Hanya satu harapan kita Dalam TUJUH bulan ini semua kes kes melibatkan Najib Razak Zahid Hamidi Rosmah Mansor Ahmad Maslan Azeez Rahim diSELESAIKAN Kita nak tengok Najib dan ...
Benda Macam Ni Buat Rakyat Marah Kalau Ahli Politik Kerajaan Didenda Sedikit Atau Dilepaskan

Benda Macam Ni Buat Rakyat Marah Kalau Ahli Politik Kerajaan Didenda Sedikit Atau Dilepaskan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 293 hits
0 00 2 20Ada seperkara yg kami nak tanya pada Ketua Polis Johor sdra Ayub Khan Mydin Pitchay berkenaan seorang perempuan yang didenda RM1 000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengeluarkan anaknya dari kereta Sdra menyatakan siasatan...
Shahidan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Kanak Kanak

Shahidan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 355 hits
Pada 2 November 2020 dalam usaha memperkasakan Parlimen Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mencadangkan penubuhan sembilan jawatankuasa pilihan khas yang baharu Menurut beliau cadangan dengan pendekatan rentas parti adalah...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo