Benarkah Jentera Umno Tersusun Kecuali Kempen Kerajaan Menggunakan Tv Dan Media Arus Perdana


 

Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN Melaka

October 27, 2021 Veteran UMNO mendakwa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempunyai niat tidak baik terhadap parti itu selepas mengumumkan perhimpunan ramai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dibenarkan berkuat kuasa semalam sehingga 27 November ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub, berkata Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau seolah-olah mahu mengekang jentera parti itu berkempen untuk membantu UMNO mencapai kemenangan dalam PRN itu.
Katanya, perkara itu akan memberi nafas kepada BERSATU untuk menggerakkan jenteranya yang lemah bagi menghadapi UMNO.
“Tidak dapat dinafikan UMNO mempunyai jentera yang rapi dan tersusun bagi menjamin kemenangan PRN Melaka berbanding jentera BERSATU yang lemah dan tidak teratur walaupun dengan sokongan jentera PAS.
“Oleh itu, Veteran UMNO mendesak Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya membenarkan kempen PRN Melaka ini dengan SOP (prosedur operasi standard) ketat termasuk melarang semua menteri dan timbalannya berkempen,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Berita Harian.
Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan melarang apa juga bentuk perhimpunan berkaitan PRN Melaka berkuat kuasa semalam hingga 27 November.
Khairy dipetik berkata perhimpunan itu termasuk penganjuran majlis seperti pelancaran jentera pilihan raya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu, menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, manakala penamaan calon (8 November) dan tarikh mengundi awal (16 November).
Tempoh berkempen pula adalah selama 12 hari bermula selepas penamaan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November ini.
Mustapha menyifatkan larangan perjumpaan dan perhimpunan politik ketika berkempen untuk PRN Melaka sebagai tidak wajar dan tidak beretika.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Khairy yang mengeluarkan arahan itu dan bukannya Ismail Sabri atau Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Kalau majlis sosial lain seperti kenduri dibolehkan, maka apa salahnya dengan majlis kempen. Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh mengenakan SOP lebih ketat ketika berkempen, contohnya mengehadkan kehadiran dalam sesuatu perjumpaan.
“Sekiranya larangan itu bertujuan untuk menghalang daripada menteri turut berkempen demi menjaga ‘air muka’ mereka kerana berada dalam keadaan serba salah untuk menyokong calon bertanding, maka kerajaan boleh mengarahkan semua menteri jangan hadir dan duduk di pejabat buat kerja.
“Ia tidak menjatuhkan maruah menteri dan biar jentera parti yang buat kerja kempen,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/benarkah-jentera-umno-tersusun-kecuali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Perlu Akses Kempen Dalam Media Kerajaan

Pembangkang Perlu Akses Kempen Dalam Media Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 414 hits
Kerajaan Perikatan Nasional 2 0 disaran memberi ruang kepada parti parti pembangkang menggunakan media milik kerajaan atau arus perdana kerana kempen secara tradisional dilarang oleh Kementerian Kesihatan sepanjang Pilihan Raya Negeri Melak...
Prn Melaka Umno Gerakkan Jentera Amaran Awal Pada Idris Haron Dan Nor Azman

Prn Melaka Umno Gerakkan Jentera Amaran Awal Pada Idris Haron Dan Nor Azman

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 240 hits
Oleh Nurul Aisyah DESAS desus bertiup kencang Pilihanraya Negeri Melaka akan diadakan dalam masa terdekat Menurut sumber bulan November bakal meriah dengan jentera PRN namun semua pihak akan tetap patuh pada Standard operating procedure yan...
Semua Cawangan Umno Sabah Perlu Perkemas Jentera Parti Hadapi Pru15 Bung

Semua Cawangan Umno Sabah Perlu Perkemas Jentera Parti Hadapi Pru15 Bung

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 230 hits
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin Semua cawangan Umno Sabah perlu perkemas jentera parti hadapi PRU ke 15 Bung Moktar KOTA KINABALU 15 Okt Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin...
Prn Melaka Pemimpin Pn Kempen Program Kerajaan Pembangkang Dikenakan Larangan Kempen

Prn Melaka Pemimpin Pn Kempen Program Kerajaan Pembangkang Dikenakan Larangan Kempen

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 378 hits
Pilihan Raya Negeri Melaka dijangka akan mempunyai dua Prosedur Operasi Piawai berbeza sepanjang tempoh berkempen Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sesi soalan tambahan di Dewan Rakyat bertanya kepada Menteri Undang u...
Prn Melaka 70 Kempen Pas Guna Media Sosial Kata Sanusi

Prn Melaka 70 Kempen Pas Guna Media Sosial Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 394 hits
Langkah itu diambil bagi menghadapi kemungkinan SPR dan MKN mengeluarkan SOP bagi PRN Melaka yang tidak membenarkan kempen konvensional menurut Muhammad Sanusi Md Nor MELAKA PAS akan melaksanakan 70 kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Neger...
Pm Datang Melako Nak Kempen Untuk Siapa Umno Ke Pn

Pm Datang Melako Nak Kempen Untuk Siapa Umno Ke Pn

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 273 hits
Tiada kerjasama UMNO BERSATU HANYALAH drama test the water Jangan malukan PM dengan gagasan keluarga Malaysia PM dan Pembangkang pun Jangan berlebihan buruk kan antara satu sama lain terikat dengan MoU Yang perlu dirunding di belakang sekar...
Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam