Dengan Hanya Mahar Perisai Buruk Seorang Pemuda Merisik Puteri Bongsu Rasulullah Saw
Ali Merisik Saidatina Fatimah al-Zahrah (RA) puteri bongsu yang mulia Rasulullah SAW
Rasulullah s.a.w mempunyai empat orang puteri. Kesemuanya hasil pernikahan Baginda dengan Khadijah. Zainab adalah puteri sulung. Seterusnya diikuti dengan Ruqayah, Ummu Kalthum dan Fatimah. Adapun zainab, beliau berkhawin dengan sepupunya sendiri yang bernama Abu Al-As bin Rabi. Abu Al-As adalah anak lelaki kepada Halah binti Khuwilid, ibu saudara Zainab.
Manakala Ruqayah dan Ummu Kalthum, kedua-duanya menjadi menantu Abu Lahab. Mereka berdua berkhawin dengan Utbah dan Utaibah bin Abu Lahab. Namun, selepas turun ayat daripada Al-Masad, ayat 1:
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
Maksudnya: " Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!"
Abu Lahad dan isterinya terus mendesak kedua-dua anak lelakinya bagi menceraikan dua orang puteri Rasulullah s.a.w itu. Kemudian Ruqayah menikahi Uthman bin Affan. Selepas Ruqayah meninggal dunia, Ummu Kalthum pula menggantikan beliau di sisi Uthman.
Fatimah adalah puteri bongsu Rasulullah s.a.w. Ketika di Makkah, Fatimah belum mencapai umur yang sesuai untuk berkhawin. Selepas beliau menetp di Madinah, Ali bin Abu Talib ingin bertemu dengan Baginda bagi merisik Fatimah. Namun, pendirian Ali berbolak-balik. Beliau bersemangat bila didorong oleh keinginan dan rasa cinta. Tetapi lemah setiap kali merasa malu dan segan dengan kemiskinannya.
Ali bercerita perihal kedaannya ketika itu, "Aku ingin sekali menemui Rasulullah s.a.w bagi merisik puterinya. Demi Allah, aku tidak mempunyai apa-apa pun. Kemudian, aku terfikir tentang pertalian keluarga dan segala kebaikan Baginda. Lalu, aku benar-benar menemuinya dan merisik Fatimah. Ketika itu, Baginda bertanya, 'Adakah kamu mempunyai apa-apa?' Aku menjawab, 'Tiada.' Baginda bertanya lagi, 'Di manakah perisai buruk yang aku berikan kepada kamu pada hari itu?' Aku menjawab, 'Ia ada pada aku.' Baginda berkata, 'Berikannya kepada Fatimah (sebagai mahar)'."
Akhirnya, perisai itulah yang dijadikan mahar kepada puteri Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh kepada para ayah dalam urusan pernikahan anak. Ini adalah supaya para ayah memudahkan pernikahan, bukan menyukarkannya.
Bahkan ali pula adalah contoh pemuda beriman ketika mahu mersiik seorang isteri. Meskipun tidak mempunyai emas mahupun perak, beliau tetap cekal dan bergantung kepada pertolongan Allah s.w.t. Allah s.w.t akan membantu para pemuda yang ikhlas memelihara kehormatan dirinya.
Manakala fatimah pula, beliau adalah contoh seorang gadis yang beriman. Beliau hanya mengharapkan iman dan akhlak daripada seorang suami. Bukannya dirham mahupun dinar. Bagi Fatimah, memiliki jiwa adalah lebih daripada mempunyai harta.
Rasulullah s.a.w memberitahu para sahabat bahawa, sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah. Baginda juga berpesan kepada sesiapa yang ingin menikah, "Carilah, walaupun hanya sebentuk cincin besi."
Pengajaran daripada kisah Ali dan Saidatina Fatimah, aturan dan syariat sendiri amat menarik sekiranya dilaksanakan. Dan yang penting, tarbiyah akan lebih berkesan sekiranya dipersembahkan dengan contoh peribadi yang baik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rahmanhatim93.blogspot.com/2020/11/dengan-hanya-mahar-perisai-buruk.html