Demi Lepaskan Tenggorok Umno Khianati Perjuangan Rakyat


fazleensafinaismaweb.net
Tak mustahil bekerjasama dengan DAP, perjuangan kini berasas individu


BANGI, 22 Rejab 1442H, Sabtu – UMNO dan pemimpin parti itu hanya berjuang demi tenggorok atau kepentingan diri mereka sahaja, dakwa Ir Ts Lukman Al Hakim Mohamad.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu membangkitkan perkara tersebut setelah UMNO menarik diri daripada permuafakatan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau juga tidak menolak kemungkinan UMNO cuba menggunakan teknik ugutan kepada Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) setelah beberapa tuntutan rahsia mereka tidak atau gagal ditunaikan.

Selain itu, beliau mendakwa, UMNO kebarangkalian telah menemui titik persepakatan dan merancang untuk bekerjasama dengan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Dakwanya lagi, UMNO juga tidak mustahil akan melakukan kerjasama dengan parti rasis cauvinis, DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jika mereka (UMNO) benar-benar ikhlas dan inginkan kemaslahatan rakyat serta kestabilan negara, meneruskan komitmen bersama PN adalah jalan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan menghantar surat berhubung pendirian parti itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Februari lalu.

Surat yang dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Janda Baik, Pahang pada 19 Februari itu menyatakan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

Bagaimanapun, parti itu menegaskan bahawa ia akan bekerjasama dengan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan.

Mengulas lanjut, Lukman berkata, tindakan UMNO itu membuktikan bahawa parti itu lebih mementingkan survival politik parti dan individu pimpinan mereka berbanding kepentingan rakyat serta kestabilan politik negara.

“Semua tahu bahawa UMNO tidak akan mampu memenangi PRU15 secara bersendirian dan menjadi kerajaan.

“Harapan UMNO untuk kembali menjadi kerajaan yang kuat secara bersendirian adalah umpama mimpi di siang hari,” katanya.

Pada masa sama, beliau mendakwa, tidak mustahil keputusan itu juga akan menyebabkan UMNO berpecah dengan sebahagian pimpinannya, yang mengambil pendirian untuk kekal bersama kerajaan PN.

Sekiranya perkara itu berlaku, jelasnya, ia akan menjadi perpecahan kali ketiga UMNO dalam sejarah kontemporari parti itu.

Beliau memberi contoh peristiwa perpecahan UMNO pada tahun 1997 telah melahirkan PKR, manakala insiden pada 2018 mewujudkan Bersatu.

Katanya, perpecahan UMNO yang juga parti orang Melayu di Malaysia amat merugikan, manakala parti kedua terbesar orang Melayu di negara ini, PAS pula akan berhadapan dengan keadaan sukar untuk membuat keputusan sekiranya parti itu terus dipujuk UMNO keluar daripada PN bagi membentuk pakatan baharu.

“Sudah tentu, perpecahan parti terbesar orang Melayu di Malaysia adalah amat merugikan. Parti kedua terbesar orang Melayu di Malaysia, PAS pula akan berhadapan keadaan amat sukar untuk membuat keputusan jika turut dipujuk UMNO untuk keluar PN dan membentuk pakatan baharu.

“Jika polemik ini berterusan, persaingan dalam PRU15 akan kembali terbuka luas kerana tiada mana-mana parti politik utama negara memiliki dominasi yang ketara dari segi bilangan kerusi Parlimen.

“Adakah fenomena ini akan membuka kepada satu peluang bagi parti baharu anak muda yang berwawasan dan berdaya saing untuk mengisi ruang kosong (vacuum) yang ditinggalkan?” soalnya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/demi-lepaskan-tenggorok-umno-khianati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denda 10k Bodoh Bahlol Rakyat Marah Menteri Umno

Denda 10k Bodoh Bahlol Rakyat Marah Menteri Umno

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 243 hits
DENDA 10K BODOH BAHLOL HUKUMAN ANTARA 2 DARJAT RAKYAT MARAH MENTERI UMNO MENTERI UMNO SILA KELUAR KERAJAAN SEGERA
Khianati Undi Rakyat Suatu Tindakan Hina Wanita Keadilan Johor

Khianati Undi Rakyat Suatu Tindakan Hina Wanita Keadilan Johor

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 376 hits
POSTED BY AMIR WRLR Pengkhianatan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon hari ini adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan Ketua Wanita KEADILAN Johor Napsiah Khamis berkata pengkhianatan kepada undi rakyat merupakan tindakan hina d...
Terkini Politik Pn Di Landasan Tepat Keluar Parti Demi Rakyat

Terkini Politik Pn Di Landasan Tepat Keluar Parti Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 245 hits
Dan ini reaksi Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon Ikuti reaksi yang baharu kami terima SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE h...
Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 365 hits
Durie Rainer FongKOTA KINABALU Gabungan Rakyat Sabah mungkin mendapat manfaat daripada tindakan Ahli Parlimen pembangkang melompat parti untuk menyertainya namun penganalisis berkata ia boleh menjadi titik pertembungan dalam hubungan antara...
Wakil Rakyat Lompat Parti Khianati Pengundi Hans Isaac

Wakil Rakyat Lompat Parti Khianati Pengundi Hans Isaac

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 349 hits
POSTED BU AMIR WRLRDatuk Hans Isaac menyifatkan tindakan wakil rakyat melompat parti adalah satu masalah besar dalam senario politik Malaysia Beliau berpendapat walaupun masyarakat Malaysia merupakan pengundi yang matang tiada jaminan bahaw...
Rakyat Darul Iman Sengsara Kerana Kebobrokan Kerajaan Umno Dulu

Rakyat Darul Iman Sengsara Kerana Kebobrokan Kerajaan Umno Dulu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 260 hits
Satu tulisan yang ditulis dengan menggunakan nama Hamba Allah dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Facebook bernama Mat Zaki Talib mendakwa masalah air yang berlaku hari ini berpunca dari kebobrokan kerajaan dulu Tulisan tersebut ditujuk...
Pertembungan Umno Bersatu Menyusahkan Rakyat Kata Hamidah

Pertembungan Umno Bersatu Menyusahkan Rakyat Kata Hamidah

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 260 hits
March 7 2021 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menyifatkan keretakan hubungan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menyebabkan pentadbiran kerajaan sedia ada terjejas sekali gus menyusahkan rakyat Naib Presidennya Datuk Hamidah O...
Umno Tangguhkan Dahulu Isu Mungkin Wujud Pertembungan Kerusi Dengan Ppbm Demi Pas

Umno Tangguhkan Dahulu Isu Mungkin Wujud Pertembungan Kerusi Dengan Ppbm Demi Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR Isu kemungkinan wujud pertembungan kerusi antara UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 tidak menjadi keutamaan pada masa ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan sebaliknya isu pertembungan...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal