Demi Isteri Shuk Jual Kopi
Demi isteri, Shuk jual kopi
KUALA LUMPUR : Mengenepikan perihal kontroversi yang pernah terpalit sebelum ini, pelawak dan bekas penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar bersyukur percubaannya dalam bidang perniagaan tidak terjejas meski masih ada warganet yang mengecam dirinya.
Menurut Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohammed Sahar, 35, naik turun dalam bidang seni sudah seakan menjadi asam garam dalam kehidupannya namun ia tidak pernah menjadi penyebab untuknya mudah patah semangat.
“Alhamdulillah, orang kita ini semua baik-baik. Ramai tahu saya buka perniagaan Semooth Cafe dan meski mereka tahu tentang kontroversi yang melanda sebelum ini, ia tidak pula menjejaskan perniagaan saya.
“Tetapi, harus saya akui, empat bulan pertama sebelum ini adalah satu proses yang agak mencabar. Saya sampai terpaksa keluar duit sendiri selain mengambil inisiatif untuk turun padang sendiri dengan pergi menghantar pesanan minuman dari rumah ke rumah.
“Itu juga termasuk membuat kejutan hari lahir kepada pelanggan yang membuat tempahan di kedai saya. Jujurnya, saya tak malu buat semua itu malah bersyukur kerana tahu di sebalik kecaman, masih ramai yang mendoakan dan menyokong saya,”katanya.
Sebelum ini, Shuk berdepan dengan kontroversi apabila dia didakwa berlaku curang terhadap isterinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Pada awal Ogos lalu, Shuk masih terpalit dengan isu cinta tiga segi yang seakan tidak berpenghujung apabila wanita terbabit mendedahkan satu salinan laporan polis berhubung dakwaan kes cabul melibatkan pelawak itu.
Bagaimanapun, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang dikenali sebagai Sera segera bertindak membuat laporan polis terhadap Fara di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.
Dalam pada itu, Shuk yang mahu terus melakar kejayaan dalam bidang perniagaan kini melangkah setapak lagi menerusi pembukaan sebuah gerai minuman kopi yang merupakan idea asal daripada isterinya, Sera.
Menurut Shuk, dia juga berhajat membantu mana-mana peniaga kecil dengan menawarkan kepada mereka untuk membuka kedai kopi di tepi jalan dengan hanya bermodalkan RM4,000.
“Sera yang bercadang mahu membuka sebuah gerai kopi di tepi jalan dan kebetulan, dia pun suka berniaga. Rasanya,sekarang adalah masa terbaik untuk membuka perniagaan baru ini memandangkan peminat kopi boleh dikatakan ramai juga di Malaysia ini.
“Dalam masa yang sama, saya pun nak bantu juga peniaga kecil. Cuma bermodalkan RM4,000, mereka boleh buka kedai kecil dan kami akan sediakan sembilan jenis kopi dan satu air berperisa coklat untuk mereka terus mula berniaga,”katanya. Utusan
Demi isteri, Shuk jual kopi
Baca Artikel Menarik :
Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran
The post Demi isteri, Shuk jual kopi appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/07/demi-isteri-shuk-jual-kopi/