Isteri Awie Trauma Rindukan Anak Anak



 Air mata Rozana gugur apabila bercerita mengenai kerinduannya terhadap anak-anak.
Rozana menitipkan kata-kata kerinduan terhadap anak-anaknya selepas terputus hubungan.


KUALA LUMPUR:  Air mata wanita ini menitis satu persatu tatkala bercerita peristiwa sedihnya termasuklah kegagalan berjumpa anak-anak.

Rozana Misbun, 36, juga tidak dapat menahan sebak kerana usaha untuk berjumpa anak kandung sendiri dihalang oleh suami, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46.

“Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab,” jelas Rozana yang membahasakan dirinya Ina tatkala membuka bicara.

Dalam satu pertemuan eksklusif dengan mStar Online di Bangsar pada malam Isnin lalu, jelas terbayang pada wajah wanita ini akan trauma kehidupan rumah tangganya bersama Awie.

Namun, dia masih mampu untuk menyembunyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi  rentetan peristiwa hitam, insiden dia dikatakan dibelasah suami sendiri.

“Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…” pintanya.

Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya.

Ikuti tembual mStar Online bersama Rozana.



 Gambar-gambar kecederaan Rozana ini tersebar di Internet sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.
 

Saya simpati dengan nasib menimpa Ina. Bagaimana Ina boleh simpulkan sembilan tahun perkahwinan Ina dengan Awie?

Alhamdulillah... Ina bahagia dengan Awie. Dia suami yang bertanggungjawab terhadap Ina dan anak-anak. Tetapi sedihnya apabila satu ujian telah berlaku dalam rumah tangga kami, kasih-sayang yang telah disemai selama sembilan tahun akhirnya musnah.

Saya difahamkan sudah sebulan Ina tak jumpa anak-anak. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ina hidup dalam keadaan trauma. Emosi Ina juga tertekan akibat kejadian hitam yang menimpa Ina. Keadaan fizikal Ina yang sakit turut menambahkan lagi rasa bimbang. Sehinggalah kira-kira hampir dua minggu selepas peristiwa itu (iaitu pada 15 Jun 2014), Ina membuat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu di Bangsar (Kuala Lumpur).

Jika Ina sayangkan anak-anak, kenapa tidak bawa mereka bersama?

Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Lillahi Taala, abang... Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat.

Tetapi Ina terpaksa meneruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina.


Rozana (dua dari kanan) bersama Awie dan anak-anak mereka.


Ina ada hubungi anak-anak atau tidak untuk melepaskan rindu?

Sudah tentu abang tapi sayangnya bila Ina call, panggilan tidak berjawab. Ina tak tahu apakah sebabnya. Pernah juga bila Ina call, hanya sekali sekali sahaja ringing dan kemudiannya putus.

Kenapa Ina tidak ke sekolah mereka? Kan lebih mudah berjumpa di sana!

Ina ada hubungi pihak sekolah untuk bercakap dengan anak-anak. Tapi Ina benar-benar terkejut apabila pihak sekolah tidak membenarkan Ina bercakap dengan mereka.

Pihak sekolah memaklumkan pada Ina, Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 agar tidak membenarkan Ina menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.

Kalau Ina pergi juga ke sekolah dan jumpa mereka, tentulah anak-anak akan beritahu bapa mereka. Anak-anak kan tidak pandai berbohong. Sudah pasti banyak masalah lain akan timbul nanti.

Saya dapat bayangkan betapa tertekannya jiwa seorang ibu. Kalau begitu, bagaimana Ina ikuti perkembangan anak?

Ina tak ada pilihan bang! Ina hanya melihat perkembangan anak sulung Ina (Ahmad Merrah) menerusi Instagram dia sahaja. Dia dah kelihatan agak kurus, mungkin rindukan Ina.

Ina... saya ada dengar kononnya Ina mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak Awie bersama Arni. Apakah benar khabar itu?

Fitnah bang… itu semua cerita rekaan. Hubungan Ina dengan anak-anak tiri Ina sangat rapat. Semasa Ina dalam keadaan sakit, anak tiri Ina iaitu Puteri Aleefa yang temankan Ina ke hospital. Malah Puteri Aleefa sanggup tidur di sebalah Ina untuk menjaga ibu tirinya ini.

Kalau benar Ina abaikan mereka, kenapa kisah ini hanya timbul semasa kontroversi rumah tangga Ina sedang berlaku. Sepatutnya sejak dulu lagi. Ia fitnah!.



 Menatap gambar anak untuk melepaskan rindu.

Keadaan kesihatan Ina pula bagaimana? Masih sakit?

Ina tak tipu… mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru.

Dalam gambar yang tersebar kelihatan hidung dan bahagian telinga seperti cedera. Bagaimana keadaannya?

Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih.

Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey.

Aduhhh! Saya tak sanggup nak dengar kesakitan itu. Ina masih trauma?

Tentulah. Ina dah jadi fobia dan trauma. Tapi jujurnya jiwa Ina tertekan kerana tidak dapat jumpa anak-anak. Setiap malam ketika hendak pejamkan mata, Ina akan teringatkan mereka. Dan tentunya Ina akan bayangkan keadaan anak-anak dan persiapan hendak menyambut Aidilfitri nanti. Ina Cuma harap agar Allah memberi kekuatan, kesabaran dan petunjuk untuk Ina hadapi ujian hidup yang sedang Ina lalui ini.

Bagaimana perasaan Ina terhadap Awie selepas melalui ujian-ujian getir seperti ini?

Entahlah... Ina susah nak jawab. Fikiran Ina kosong sekarang ni. Jujurnya Ina tak dendam apa-apa dengan dia, sungguh!
Awie , Rozana Misbun

Oleh: NIEZAM ABDULLAH
View the original article here


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kipastembak.blogspot.com/2014/07/isteri-awie-trauma-rindukan-anak-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tegar Septian Kembali Busking Tepi Jalan Demi S4ra Anak Isteri

Tegar Septian Kembali Busking Tepi Jalan Demi S4ra Anak Isteri

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 317 hits
NAMA penyanyi Tegar Septian kembali menjadi bualan netizen selepas dia memuat naik foto menyanyi dan bermain alat muzik di jalanan Selepas bergelar bapa Tegar terus berusaha meraih pendapatan bagi menyara keluarganya Tegar bersama isteri da...
Bukan Senang Banyak Pengorbanannya Fasihnya Anak Tomok Cakap Mandarin Isteri Kongsi Kepayahan

Bukan Senang Banyak Pengorbanannya Fasihnya Anak Tomok Cakap Mandarin Isteri Kongsi Kepayahan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 425 hits
Merancang pendidikan anak sebenarnya bukan satu hal yang mudah Selain mendapatkan pandangan dari pasangan rakan rakan terdekat banyak faktor perlu diambil kira Semuanya demi memastikan anak kecil kita dibekalkan dengan ilmu yang cukup apabi...
Hiburan Yang Penting Halal Tegar Septian Kembali Busking Demi Isteri Dan Anak

Hiburan Yang Penting Halal Tegar Septian Kembali Busking Demi Isteri Dan Anak

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 208 hits
Nama Tegar Septian kembali menjadi bualan warganet setelah dia memuat naik sebuah gambar di akaun Instagramnya memaparkan diri sedang menyanyi dan bermain alat muzik di jalanan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSetelah bergelar bapa Tegar teru...
Anak Dah Boleh Keluar W4d Shahrol Sepatutnya Keluar Hari Ni Tapi Isteri Shahrol Shiro

Anak Dah Boleh Keluar W4d Shahrol Sepatutnya Keluar Hari Ni Tapi Isteri Shahrol Shiro

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 567 hits
Isteri kepada pelawak Shahrol Shiro Nor Farhanan Syamimi menges4hkan suaminya dimasukkan ke w4d pada Ahad lalu kerana sinus1tis Nor Farhanan atau lebih mesra disapa Anna itu berkata Shahrol dimasukkan ke h0spital bagi menjalani pemb3dahan k...
Hina Bekas Isteri Bau Ikan Masin Pelakon Indonesia Menyesal Menangis Rindu Anak

Hina Bekas Isteri Bau Ikan Masin Pelakon Indonesia Menyesal Menangis Rindu Anak

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 289 hits
Comel sangat anaknya Sebelum ini gempar apabila seorang pelakon Indonesia Galih Ginanjar membuat pendedahan memalukan mengenai alat sulit bekas isteri yang dikatakan berbau ikan masin Perbuatan menghina itu telah menyebabkan Galih menerima ...
Mahkamah Tinggi Jatuhkan Hukuman Gantung Buat Bekas Pemandu Lori Bunuh Isteri Anak

Mahkamah Tinggi Jatuhkan Hukuman Gantung Buat Bekas Pemandu Lori Bunuh Isteri Anak

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 182 hits
Satvender ketika hadir prosiding keputusan membunuh isteri dan anaknya di Mahkamah Tinggi hari ini Foto oleh ZULFADHLI ZAKI SHAH ALAM Perbuatan kejam seorang bekas pemandu lori membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan pada ...
Jangan Goda Laki Aku Isteri Tikam Janda Anak Satu Dipercayai Kekasih Kepada Suaminya

Jangan Goda Laki Aku Isteri Tikam Janda Anak Satu Dipercayai Kekasih Kepada Suaminya

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 246 hits
Didorong rasa cemburu yang terlampau seorang wanita berusia 35 tahun nekad menikam janda anak satu sehingga mati di sebuah kebun milik penduduk Didorong rasa cemburu yang terlampau seorang wanita berusia 35 tahun nekad menikam janda anak sa...
Isteri Men1nggal Ketika Usia Kandungan 8 Bulan Suami Photoshoot Semula Bersama Anak

Isteri Men1nggal Ketika Usia Kandungan 8 Bulan Suami Photoshoot Semula Bersama Anak

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 307 hits
Tidak dinafikan kehil4ngan orang tersayang pasti ibarat dunia terhenti Namun kehidupan tetap harus diteruskan demi orang sekeliling dan diri sendiri Apa yang lebih menyed1hkan apabila anak anak kecil yang kehilangan ibu bapa di usia yang mu...
Hiburan Issey Fazlisham Dan Isteri Timang Anak Merdeka

Hiburan Issey Fazlisham Dan Isteri Timang Anak Merdeka

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 211 hits
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke 64 semalam pelakon dan penyampai radio Gegar FM Issey Fazlisham dikurniakan anak lelaki selepas isterinya Noor Aimi Jamel berada dalam bilik bersalin hampir tujuh jam ARTIKEL BERKAITAN Advertisement...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm