Demi Bersatu Dan Tun Mahathir Marzuki Wajar Undur Diri Atau Jika Enggan Beliau Wajib Diundurkan





Setiausaha Agung Bersatu merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri, Marzuki Yahya akhirnya mengakui beliau tidak memiliki ijazah atau merupakan graduan lepasan Universiti Cambridge, London.
Sebaliknya Ahli Dewan Negara itu menjelaskan, ijazah pentadbiran perniagaan yang dimilikinya adalah daripada Cambridge International University yang berpusat di Amerika Syarikat.
“Saya fikir mereka salah faham mengenai kelayakan saya,” ujar Marzuki.
Meskipun Marzuki sudah membuat pengakuan, masalah ini belum lagi selesai sebenarnya.
Pertama, kerana Cambridge International Universiti bukanlah universiti yang diiktiraf, bukan saja oleh kerajaan Malaysia, tetapi juga oleh pihak berkuasa pendidikan di Amerika Syarikat sendiri.
Dikatakan juga ia adalah universiti yang bukan saja menawarkan program sehingga ke pengurusan kasino, malah didakwa turut terlibat menjual ijazah palsu yang pembayarannya boleh dibuat melalui talian atau PayPal.
Bagaimanapun tidaklah dipastikan sama ada Marzuki benar-benar mengikuti pengajian jarak jauhnya dengan universiti berkenaan atau terlibat dalam pembelian sijil palsu, kecualilah jika beliau dapat menunjukkan tesis pengajiannya dalam waktu terdekat ini.
Kedua,  mengapakah baru sekarang Marzuki mahu mengakui ijazah yang diambilnya bukan daripada Universiti Cambridge di UK, sebaliknya daripada Cambridge International Universiti di AS?
Kenapa daripada dulu lagi, iaitu sejak isu ini mula-mula timbul, beliau tidak mahu berterus terang?
Kenapa sebelum ini beliau menyebut kelulusannya adalah daripada Universiti Cambridge saja?
Bukankah itu mengelirukan orangramai?
Dalam hidup ini atau dalam kerjaya politik, berijazah atau tidak bukanlah syarat wajib untuk berjaya dan dipandang tinggi. Banyak faktor lain yang boleh menjana kejayaan seseorang.
Di peringkat dunia, Abraham Lincoln, Bill Gates dan Mark Zurkenberg adalah antara individu terkenal dan berjaya, meskipun tidak memiliki ijazah.
Di dalam negara, Tun Ghafar Baba, Lim Goh Tong dan Syed Mokhtar Al-Bukhari adalah juga mereka yang tidak memiliki ijazah, namun kejayaan dan kecemerlangannya sentiasa dikagumi.
Tun Ghafar bukan saja berjaya sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri, malah banyak kali berjaya menjadi perunding dalam menyelesaikan  krisis antara kerajaan dengan Raja-Raja serta menoktahkan kemelut politik dalam MCA.
Lim Goh Tong pula dikatakan seorang yang tidak tahu menulis serta membaca dan hanya tahu menandatangani buku cek saja.
Kejayaan mereka ini amat membanggakan, malah jauh meninggalkan tokoh-tokoh lain yang ada ijazah berjela-jela.
Tetapi, ini bukanlah bermakna ijazah atau kelulusan tinggi itu tidak penting. Setiap orang mempunyai nasib, latarbelakang keluarga dan kepayahan yang berbeza-beza, tetapi apa yang Tuhan janjikan persamaan ialah sesiapa juga yang berusaha dan bekerja keras, pasti kejayaan akan jadi milik mereka.
Yang penting, berlaku jujurlah dalam kehidupan dan jangan sesekali cuba menipu. Abraham Lincoln, Bill Gates, Mark Zurkenberg, Ghafar Baba, Syed Mokhtar dan Lim Goh Tong adalah mereka yang sentiasa jujur dan tidak pernah menipu kelulusan akademiknya.
Dalam kes Marzuki, jika beliau berlaku jujur dan berterus-terang sejak awal-awal lagi, masalah seperti yang dihadapinya sekarang ini tidak akan membahang seperti sekarang.
Kini, semua orang curiga, memandang semacam dan menuding jari kepadanya hanya kerana sikapnya yang tidak berterus-terang sejak awal itu.
Ia bukanlah kerana sama ada beliau ada ijazah atau tidak, tetapi lebih berkaitan sikap jujurnya terhadap masyarakat. 
Jujur, amanah dan tidak menipu adalah ciri penting dalam kehidupan manusia, tidak kira siapa dan di mana juga seseorang itu berada.
Lebih-lebih lagi dengan kedudukannya yang tinggi sebagai Setiausaha Agung Bersatu dan Timbalan Menteri Luar Negeri, bagaimanakah beliau selepas ini mahu berhadapan dengan rakyat  ketika mewakili Bersatu yang merupakan tunjang kerajaan dan apabila bertemu pemimpin-pemimpin luar negara?
Bagaimanakah pula Bersatu mahu bercakap mengenai intergriti, sikap beramanah, kejujuran dan perangai tidak menipu dalam isu-isu penting di tengah-tengah masyarakat atau ketika kempen di Semenyih nanti?
Lebih memudaratkan lagi, bagaimanakah Tun Mahathir Mohamad yang melantik Marzuki dengan jawatan penting dalam parti dan kerajaan, mahu berhadapan dengan masyarakat dalam negara dan juga dunia?
Tidak kasihankan Marzuki kepada Tun Mahathir yang sudah mencecah usia 94 tahun?
Berkaitan hal ini, jika Marzuki ada rasa kasihan kepada Tun Mahathir dan mahu melihat Bersatu terus maju, beliau sebenarnya tiada pilihan selain wajib berundur dan meletakkan jawatan dengan segera daripada parti dan kerajaan.
Selagi beliau yang dipertikaikan itu ada di situ, parti dan kerajaan, tidak akan mampu bergerak ke hadapan.
Bagaimana jika Marzuki enggan berundur dan meletakkan jawatan?
Juga tiada pilihan, parti dan kerajaan harus bertegas melucutkan jawatannya, jika tidak, apa jua yang diusahakan oleh Tun Mahathir dan Bersatu tidak akan dipercayai lagi, melainkan menjadi “lauk” kepada pihak pembangkang dan dipandang sebelah mata oleh rakyat jelata seluruhnya. (ShahbudinHusin 07/02/2019)Anda mungkin juga meminati:

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/demi-bersatu-dan-tun-mahathir-marzuki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 397 hits
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu
Tun Mahathir Sengaja Jadikan Ph Sentiasa Bergolak

Tun Mahathir Sengaja Jadikan Ph Sentiasa Bergolak

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 335 hits
Perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan tidak dinafikan telah mencetuskan satu lagi tanggapan wujudnya cubaan Tun Mahathir Mohamad untuk menafikan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri Tin...
Jika Dahulu Najib Buat Semua Tu Mungkin Dia Masih Lagi Jadi Pm Kata Tun Mahathir

Jika Dahulu Najib Buat Semua Tu Mungkin Dia Masih Lagi Jadi Pm Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 341 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata populariti mendadak yang dikecapi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya sekadar di media sosial sahaja Populariti itu tidak menggambarkan realiti sebenar sokongan rakyat dan N...
Terkini Ini Jawapan Tun Mahathir Bila Melawat Petani Petani Tak Ada Disiplin Kita Takkan Maju

Terkini Ini Jawapan Tun Mahathir Bila Melawat Petani Petani Tak Ada Disiplin Kita Takkan Maju

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 367 hits
Terkini Ini Jawapan Tun Mahathir Bila Melawat Petani Petani Tak Ada Disiplin Kita Takkan Maju
Tun Mahathir Jelaskan Punca Najib Razak Bossku Popular Di Media Sosial Sekarang

Tun Mahathir Jelaskan Punca Najib Razak Bossku Popular Di Media Sosial Sekarang

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 468 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Razak sepatutnya melaksanakan setiap kritikannya terhadap pentadbiran Pakatan Harapan ketika masih berkuasa Kenapa ketika berkuasa dia tak buat semua perkara yang dia minta ki...
Israel Wujud Dari Sekeping Tanah Palestin Tun Mahathir

Israel Wujud Dari Sekeping Tanah Palestin Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 475 hits
Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan masyarakat ...
Tun Wajar Berehat Jika Ph Kalah Di Semenyeh

Tun Wajar Berehat Jika Ph Kalah Di Semenyeh

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 259 hits
Nota tajuk akan menyusul Tugas Tun sudah selesai Najib gagal meneruskan nafsunya melalui kuasa dan umno sudah terantuk baru terngadah Keinsafan umno kalau dilihat kepada lokman adam keinsafan sekadar perhiasan Selepas Tun samada Melayu akan...
Tun Mahathir Disabotaj Orang Dalam Pakatan

Tun Mahathir Disabotaj Orang Dalam Pakatan

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 329 hits
JELAPANG ingin bertanya 1 Benarkah cakap cakap orang ada PIHAK dalam Pakatan mahu Bersatu TEWAS di pilihanraya kecil SEMENYIH untuk memberi TEKANAN kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada orang ter...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad