Tun Mahathir Sengaja Jadikan Ph Sentiasa Bergolak




Perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan tidak dinafikan telah mencetuskan satu lagi tanggapan wujudnya cubaan Tun Mahathir Mohamad untuk menafikan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri.


Tindakan terbaru ini dilihat sebagai lorongan seterusnya yang dilakukan oleh Tun Mahathir untuk melonjakkan kedudukan Azmin dari segi politik dan meluaskan pengaruhnya.


Sekaligus, melalui perlantikan ini akan menjadikan hubungan Azmin dengan Anwar akan terus merenggang lagi.


Dengan kedudukan Kelantan sebagai negeri yang diketuai oleh Amanah, di samping Azmin sendiri sudah banyak tanggungjawab menjaga berpuluh agensi, GLC dan perbadanan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang dimenterikannya, logiknya tiada keperluan sama sekali meletakkan Timbalan Presiden PKR itu sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan.


Lagi pula, Azmin adalah pemimpin Selangor dan berjawatan pula sebagai Pengerusi PH Negeri Selangor.


Maka itu, tidak menghairankanlah apabila Amanah Negeri Kelantan dilaporkan menolak perlantikan Azmin itu serta mahu Tun Mahathir mengkajinya semula.


Husam Musa adalah pemimpin yang paling layak dilantik ke jawatan itu kerana beliau lebih memahami Kelantan dengan lebih mendalam berbanding Azmin.


Sesuai dengan beliau sudah pun dilantik sebagai Ahli Dewan Negara tidak lama sebelum ini, bermakna jika PH mahu mengukuhkan lagi kedudukannya dengan tujuan akhir mahu menawan Kelantan daripada Pas, tidak lain bahawa Husamlah yang selayaknya dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan.


Tidak dapat tidak, perlantikan Azmin ini tentu saja akan menimbulkan masalah baru dan tidak perlu antara PKR dengan Amanah serta Azmin dengan Husam, selain sebagaimana yang disebut pada awal tadi ia juga menambahkan lagi kerenggangan hubungan Anwar dengan Azmin serta pergolakan dalam PKR.


Habis, jika begitu banyak polemik dan masalah akan timbul daripadanya, mengapakah Azmin dilantik juga ke jawatan tersebut oleh Tun Mahathir?


Sejak awal lagi sebaik saja berjaya menubuhkan kerajaan, Tun Mahathir sebenarnya sudah pun memulakan usaha merenggangkan hubungan Azmin dengan Anwar serta menjadikan PH berkocak dari segi politiknya.


Azmin tidak pernah pun dicalonkan oleh PKR untuk mengisi jawatan menteri kerana ketika itu beliau sudah pun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.


Apabila Tun Mahathir melantik Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sebuah kementerian kanan yang banyak agensi, GLC dan perbadanan di bawah tanggungjawabnya, sejak itulah bermulanya PH berkocak dengan tanggapan bahawa Ahli Parlimen Gombak itu sedang dipersiapkan untuk menjadi Perdana Menteri.


Bersama lantikan lain sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional dan pihak-pihak tertentu dalam Bersatu serta mereka yang rapat Tun Mahathir kemudiannya tidak henti-henti mempromosi Azmin sebagai bakal PM ke-8 dan mereka-reka pelbagai cerita mengenai keburukan Anwar, tampaknya seolah-olah ada perancangan halus di sebalik semua yang dilakukan itu.


Sejak itu dan sehinggalah ke hari ini, hanya keraja perlantikan itu,selain hubungan Anwar dan Azmin jadi renggang dan PKR bergolak,myang nyatanya PH terus tidak stabil, terutamanya hubungan antara Bersatu dengan PKR.


Kini, dengan Azmin diberi satu lagi lonjakan kedudukan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan, selain PKR dan Bersatu terus tidak sebulu dan PKR macam menunggu masa untuk terpecah dua, masalah baru pula tercetus yang melibatkan Amanah.


Apakah kedudukan PH yang terus tambah bergolak ini sesuatu yang baik?


Sebagai sebuah kerajaan, kedudukan bergolak ini memang bukan sesuatu yang baik dan memperlihatkan kelemahan PH itu sendiri, tetapi di sinilah Tun Mahathir selalu mengaut laba politiknya.


Selama berkuasa dalam UMNO, kecenderungan Tun Mahathir ialah menjadikan parti itu tidak stabil dan berpecah di mana melaluinyalah beliau mampu bertahan sehingga 22 memimpin parti itu serta negara.


Seringkali disebut oleh mereka yang rapat dengannya bahawa Tun Mahathir adalah seorang yang "suka bergaduh" dan apabila dalam keadaan itulah beliau selalu kelihatan cergas dan mukanya jadi kemerah-merahan, berbanding jika tiada apa-apa krisis politik yang berlaku akan menyebabkannya tampak layu serta keletihan.


Lihat saja, sejak beberapa bulan sebelum musim kempen PRU14 sehinggalah sekarang beliau sentiasa saja kelihatan sihat dan cergas, sedangkan sebelum itu beberapa kali terpaksa menerima rawatan di  IJN.


Melihat kepada apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir kepada PH sekarang, beliau nampaknya sedang mengulangi apa yang pernah dilakukannya dalam UMNO dahulu demi mencapai cita-cita politik yang hanya beliau saja yang tahu mengenainya.


Bergaduh, mewujudkan pergolakan dan menjadikannya terus sihat, akhirnya semua itu akan memberi peluang  kepada Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih daripada dua tahun.


Selepas berjaya melepasi tempoh dua tahun itu, siapa jadi bakal Perdana Menteri seterusnya tidak siapa akan tahu akhirnya. Mungkin Tun Mahathir benar-benar jadi Perdana Menteri sehingga mati.


Impian bekerja sampai mati seperti yang dicita-citakan oleh Tun Mahathir memang sesuatu yang baik kerana kerja adalah ibadah dan boleh mendatangkan pahala.


Tetapi jika sampai ke mati mahu bermain politik, mewujudkan kecelaruan, menganiaya dan cuba main-main dengan janji, takut-takut bukannya pahala, sebaliknya bala yang akan menimpa akhirnya. (ShahbudinHusin 02/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/tun-mahathir-sengaja-jadikan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Berani Tun Mahathir Dan Syed Saddiq Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Palestin

Kerana Berani Tun Mahathir Dan Syed Saddiq Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 554 hits
Rakyat Palestin mempamerkan poster perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menghargai ketegasan Malaysia berhubung isu Israel KEPUTUSAN Malaysia untuk mengharamkan kemasukan atlet renang Paralimpik Israel terus mendapat reaksi posit...
Tun Mahathir Akan Berkhidmat Ke Akhir Hayat Azmin

Tun Mahathir Akan Berkhidmat Ke Akhir Hayat Azmin

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan berkhidmat sehingga ke akhir hayatnya Perkara itu dinyatakan menerusi akaun Twitter rasminya yang antara lain ...
Kenapa Baru Sekarang Tun Mahathir Mahu Bekerja Sampai Mati

Kenapa Baru Sekarang Tun Mahathir Mahu Bekerja Sampai Mati

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 391 hits
Bintang Kebesaran paling saya minati ialah KSM Kerja Sampai Mati kata Tun Mahathir Mohamad Meskipun berseloroh berkaitan nama bintang kebesaran tersebut Perdana Menteri seterusnya menambah selagi ada hayat selagi itulah beliau akan terus be...
Tun Mahathir Kata Israel Penyangak Sama Macam Najib

Tun Mahathir Kata Israel Penyangak Sama Macam Najib

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 429 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad Foto oleh Farhan NajibPengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya hari ini di Cameron Highlands hari ini menyamakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Israel Masa Najib dulu saya na...
Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 395 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau tidak bersalah Ahli Parlimen Pekan itu juga hanya mencari simpati bagi ...
Pesanan Daripada Bakal Pengganti Tun Mahathir

Pesanan Daripada Bakal Pengganti Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 337 hits
KENYATAAN MEDIAKEADILAN menerima keputusan Pilihanraya Kecil Cameron Highlands dan mengucapkan tahniah kepada sdr Ramli Mohd Nor yang dipilih menjadi wakil rakyat KEADILAN mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihanraya yang telah mengen...
Ucapan Tun Mahathir Membuatkan Wajah Pm Israel Berubah Menjadi Merah Menyala Di Mesyuarat Pbb

Ucapan Tun Mahathir Membuatkan Wajah Pm Israel Berubah Menjadi Merah Menyala Di Mesyuarat Pbb

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 571 hits
Muka PM Israel merah padam dengar ucapan ini Raja raja Arab tunduk buat buat tak nampak sebab malu negara mereka yang lagi kaya dan kuat pun tak berani cakap macamni Singa Umat Islam sudah kembali VIDEO ADA DI TENGAH ARTIKEL Ucapan Tun M am...
Bumi Palestin Berpesta Menyambut Ketegasan Malaysia Menolak Israael Laknatullah Ini Respon Tun Mahathir

Bumi Palestin Berpesta Menyambut Ketegasan Malaysia Menolak Israael Laknatullah Ini Respon Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 572 hits
Sungguh mereka begitu menghargai keputusan Malaysia mengharamkan penyertaan negara ISRAEL ke kejohanan renang dunia di Sarawak Mereka keluar beramai ramai dan berpesta dengan membawa bendera Malaysia sebagai menunjukkan terima kasih mereka ...
Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 604 hits
PUTRAJAYA Dia nak batal batallah Itu jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 selepas Malaysia memutusk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator