Demam Suhu Tinggi Menggigil Sawan Tanda Anak Influenza Tak Kuarantin Punca Ia Merebak


Influenza, selesema dan demam denggi, ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya. Demam bersuhu tinggi, menggigil dan sawan panas adalah antara tanda-tandanya. Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak.
Menurut Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Pediatrik dari KPJ Damansara Specialist Hospital, serangan virus influenza boleh mengakibatkan penyakit berjangkit pada saluran pernafasan. Ia adalah sejenis penyakit yang pernah menular di seluruh dunia sebagai pandemik pada tahun 2009 yang menyebabkan kematian di Malaysia.
Negara beriklim sederhana Amerika Syarikat mempunyai musim penularan influenza yang jelas di mana kemuncak penularan pada musim sejuk. Hal ini berbeza dengan negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia di mana tiada musim penularan influenza yang jelas. Ianya boleh berlaku sepanjang tahun. Disebabkan itu pencegahan dengan vaksin influenza amat disarankan untuk melindungi dari wabak influenza yang menyerang tanpa batasan musim di Malaysia.
SERANGAN INFLUENZA MIRIP DENGGI
Serangan influenza menyebabkan demam yang bersuhu tinggi iaitu kira-kira 38° hingga 40° Celcius. Pada peringkat awal ia mirip dengan serangan denggi di mana suhu yang dicatatkan tinggi sehingga kadang-kadang pesakit menggigil dan kanak-kanak kecil boleh diserang sawan panas (febrile convusion).

Virus influenza terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,C dan D. Jenis yang biasa menyerang manusia dengan teruk ialah influenza A dan influenza B manakala C tidak mengakibatkan serangan yang hebat. Jenis D pula biasanya tidak menyerang manusia dan banyak melibatkan haiwan.
Influenza jenis A dan B pula terbahagi kepada beberapa strain atau subtype iaitu diantaranya Influenza A: H1N1, H3N2 dan H5N1. Manakala Influenza B: Yamagata dan Victoria
UBAT HANYA BERKESAN DALAM MASA SINGKAT Jangan lupa bawa si kecil ke klinik dengan segera sekiranya mendapati suhu badannya tinggi dan ubat hanya berkesan dalam masa yang singkat. Influenza yang menyerang kanak-kanak akan memberikan beberapa tanda seperti berikut;
Demam yang bersuhu tinggi Batuk Sakit tekak Hidung berair Sakit kepala dan muntah-muntah Sakit otot dan badan Lemah dan lesu Tidak berselera untuk makan Badan berasa sejuk
BEZA INFLUENZA & SELESEMA Influenza berbeza daripada selesema biasa di mana selesema biasa disebabkan oleh beberapa virus lain seperti rhino virus yang mengakibatkan mata berair, sakit kepala yang tidak terlalu teruk, bersin dan hidung berair. Jarang suhu terlalu tinggi. Influenza merupakan penyakit luar biasa yand kesannya lebih melampau dari selsema biasa dan hanya disebabkan oleh virus influenza semata-mata.
CARA NAK KENALPASTI INFLUENZA Bagi mengenalpasti serangan influenza, doktor terlebih dahulu akan meneliti tanda-tanda yang berkaitan. Setelah mengenalpasti simptom influenza, doktor akan melakukan ujian nasopharyngeal swab iaitu pengambilan sampel hingus daripada bahagian belakang rongga hidung.

TIDAK KUARANTIN PUNCA INFLUENZA REBAK Penyebaran virus influenza terjadi menerusi titisan cecair pernafasan yang menitis keluar apabila individu yang dijangkiti bercakap, bersin atau batuk. Apabila ada anggota yang dicemari virus seperti tangan menyentuh objek seperti mainan kanak-kanak, tombol pintu dan sebagainya dan kanak-kanak lain pula menyentuhnya dan memegang hidung. Ini adalah contoh perebakan yang sering berlaku.
Bagi kanak-kanak, taska, tadika dan pusat penjagaan menjadi lokasi merebaknya penyakit ini apabila kanak-kanak yang menghidap influenza tidak dikuarantin dengan baik iaitu kira-kira tujuh hari selepas demam.
Selain taska, tadika dan pusat penjagaan, mana-mana lokasi yang tertutup yang ramai orang seperti pusat membeli belah, pawagam, restoran dan pusat permainan kanak-kanak boleh menjadi lokasi merebaknya virus influenza. Selain itu taman tema air, kemudahan awam dan kolam renang awam juga sama.
WAJIB KUARANTIN 7 HARI, MAJIKAN PERLU PRIHATIN Sebaik-baiknya, kanak-kanak yang dijangkiti influenza perlu dikuarantin selama sekurang-kurangnya tujuh hari supaya mereka tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.
“Selepas keluar dari wad, teruskan proses kuarantin di rumah dengan mengasingkan anak daripada ahli keluarga yang lain. Ibu, bapa atau penjaga perlulah kerap membasuh tangan dan mengamalkan adab dan tatacara bersih diri  yang baik seperti pemakaian tisu apabila bersin atau batuk.

“Untuk melindungi diri lagi dari terhidu titisan cecair pernafasan yang tercemar pemakaian alat pernafasan yang sesuai seperti topeng hidung dan mulut (mask) boleh membantu,” kata Dr Iqbal
Dalam tempoh tujuh hari ini, biar anak berehat di rumah dan kurangkan sentuhan fizikal dengan orang lain. Ini kerana mereka dalam proses pemulihan dan antibodi masih lemah. Jangkitan dan bakteria senang menghinggapi kanak-kanak dalam fasa ini. Para majikan perlu memberi kerjasama kepada staf yang bercuti kerana menjaga anak yang sakit akibat virus ini.
INFLUENZA SEPATUTNYA BOLEH DIELAK DENGAN VAKSIN Serangan influenza boleh dielak dengan cara mendapatkan vaksin. Vaksin influenza boleh diambil kanak-kanak yang berusia enam bulan ke atas. Vaksin influenza merupakan vaksin tahunan yg diambil setiap tahun untuk melindungi badan dari bahaya virus influenza yang sering bertukar sifat dari tahun ke tahun.
Pantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau the World Health Organisation (WHO) memastikan vaksin yang diambil sesuai dengan spesies virus influenza yand menular pada tahun tersebut.
Pada tahun pertama bagi mereka yg dibawah umur 8 tahun, vaksin ini terdiri daripada dua suntikan yang diberikan pada dua bulan berturut-turut. Namun bagi mereka yg umurnya 8 tahun keatas hanya satu suntikan di perlukan walaupun pada tahun yang pertama.

Konsep vaksin tahunan ini membuatkan vaksin influenza lain sedikit dari vaksin yang lain. Ibu bapa tidak perlu khuatir kesan sampingan kepada si manja kerana vaksin ini diperbuat daripada vaksin tidak aktif dan mati.
Terdapat dua jenis vaksin boleh diambil iaitu vaksin influenza 3 strain dan vaksin influenza 4 strain. Adalah juga dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin ini jika anda ingin membawa kanak-kanak ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu dan sebagainya. Selain vaksin meningococcal yang sememangnya diwajibkan, vaksin influenza juga disyorkan kepada mereka yand ingin pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau umrah.
Sila bertanya dengan pakar perubatan untuk maklumat lanjut tentang vaksin influenza ini yang sememangnya boleh mencegah wabak influenza dari terjadi. Bukankah pencegahan lebih baik dari rawatan?
Anda nak tahu lebih lanjut mengenai influenza? Bersama pengacara Pa&Ma Musim Ketiga, Shera dan Zahiri Selasa, 1 Disember 2019 membincangkan tajuk “Usah Pandang Ringan Influenza”. Dalam episod ini, banyak informasi tentang influenza akan dikongsikan. Maklumat daripada pakar, perkongsian pengalaman ibu bapa sangat membantu menambahkan pengetahun mama papa tentang influenza. Nak tahu lanjut mengenai influenza, mama papa boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 1 Januari 2019.

 
The post Demam Suhu Tinggi, Menggigil & Sawan Tanda Anak Influenza. Tak Kuarantin Punca Ia Merebak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/demam-suhu-tinggi-menggigil-sawan-tanda-anak-influenza-tak-kuarantin-punca-ia-merebak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pa Ma Tv Demam Suhu Tinggi On Off Kulit Lebam Kebiru Biruan Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza A

Pa Ma Tv Demam Suhu Tinggi On Off Kulit Lebam Kebiru Biruan Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza A

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 388 hits
Demam suhu tinggi tak sembuh badan lebam kebiruan rupanya tanda tanda anak terkena influenza Kalau tidak dirawat segera boleh sebabkan jangkitan pada otak dan paru paru pula Puan Nur Syahira Khairil Anwar berkongsi pengalamannya dalam ranca...
Anak Kerap Demam Berdarah Hidung Dan Gusi Kurang Selera Makan Mungkin Tanda Awal Leukemia

Anak Kerap Demam Berdarah Hidung Dan Gusi Kurang Selera Makan Mungkin Tanda Awal Leukemia

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 389 hits
Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum sum tulang Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi Bagi pesakit Leukemia proses pengeluaran sel sel darah putih terganggu Se...
Tolong Elak 10 Punca Luka Czer Tertetas Ini Doktor Kongsi 6 Tanda Luka Czer Bermasalah

Tolong Elak 10 Punca Luka Czer Tertetas Ini Doktor Kongsi 6 Tanda Luka Czer Bermasalah

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 644 hits
Luka czer atau caesarean ialah amat menggerunkan apatah lagi ia boleh tertetas atau terbuka semula Mama bersalin secara caesarean perlu ambil perhatian amalkan 11 tip supaya luka sembuh dengan mudah Ngerinya mendengar kisah ibu ibu yang men...
Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Salah Bagi Jadi Punca Anak Degil Malas

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Salah Bagi Jadi Punca Anak Degil Malas

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 418 hits
Sebagai ibu bapa tolong jangan ambil mudah bab pemakanan anak Jika salah bagi makanan yang tak sepatutnya kepada anak ia jadi puca anak degil dan malas Jarang kita tengok kanak kanak tak makan gula gula coklat dan aiskrim Sejak mula diperke...
Anak Anda Diserang Sawan Usah Cemas Ibu Bapa Perlu Ikut 9 Langkah Ini

Anak Anda Diserang Sawan Usah Cemas Ibu Bapa Perlu Ikut 9 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 452 hits
Siapa tidak panik apabila anak diserang sawan lagi lagi kalau ia adalah pengalaman pertama Ibu bapa dinasihatkan supaya selalu memantau suhu badan anak terutama bayi ketika demam Ini kerana bimbang kerana bayi atau kanak kanak kecil mudah t...
Petua Rawat Anak Demam Guna Bahan Dapur Jerr

Petua Rawat Anak Demam Guna Bahan Dapur Jerr

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 413 hits
Asyik sembang share pasal politik jer Sometimes make us boring dengan telatah yang tidak pernah sudah 1st Q this year boleh dikatakan cuaca agak tidak menentu tambah lagi di pantai timur Yang selalu mendapat penyakit semestinya si manja kit...
Usia 2 4 Tahun Anak Tunjuk Tanda Ini Maknanya Dalam Proses Bebas Diaper Kena Cepat Ajar

Usia 2 4 Tahun Anak Tunjuk Tanda Ini Maknanya Dalam Proses Bebas Diaper Kena Cepat Ajar

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 462 hits
Apabila umur anak 3 tahun antara pandai urus diri dan pandai membaca mana lebih penting Kalau jawapannya bebas diaper dah cukup melegakan hati Kadang kadang ada segelintir mak ayah yang lebih pentingkan anak 2 3 tahun pandai membaca tapi ti...
Tinggi Gunung Anak Krakatau Berkurang Erupsi Kecil Kemungkinan Ciptakan Tsunami

Tinggi Gunung Anak Krakatau Berkurang Erupsi Kecil Kemungkinan Ciptakan Tsunami

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 258 hits
Kementerian Energi dan Sumber Daya Manusia merilis update aktivitas Gunung Anak Krakatau pada Sabtu pagi Sekretaris Badan Geologi Kementerian ESDM Antonius Ratdomopurbo menyatakan potensi bahaya di Gunung Anak Krakatau saat ini sangat kecil...
Aktivitas Anak Krakatau Tinggi Pelayaran Di Selat Sunda Tak Terganggu

Aktivitas Anak Krakatau Tinggi Pelayaran Di Selat Sunda Tak Terganggu

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 285 hits
Aktivitas Anak Krakatau Tinggi Pelayaran di Selat Sunda Tak Terganggu Ia menambahkan aktivitas gunung anak Krakatau saat ini juga masih berpotensi Tsunami susulan Sehingga masyarakat dilarang keras beraktifitas di sepanjang pantai
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities