Anak Anda Diserang Sawan Usah Cemas Ibu Bapa Perlu Ikut 9 Langkah Ini




Siapa tidak panik apabila anak diserang sawan, lagi-lagi kalau ia adalah pengalaman pertama. Ibu bapa dinasihatkan supaya selalu memantau suhu badan anak terutama bayi ketika demam. Ini kerana bimbang kerana bayi atau kanak-kanak kecil mudah terkena sawan apabila demam terutama ketika suhu badan tinggi.

Anak anda sering mengalami serangan sawan atau ‘tarik’ di rumah? Tiba-tiba sahaja diam, hilang kesedaran, kaki tangan kejang, keras dan tersentak-sentak?

Apa perlu ibu bapa lakukan? Di sini kami kongsikan seorang Doktor menerangkan 9 langkah yang perlu ibu bapa kena buat ketika anak diserang sawan. Semoga Bermanfaat.


Perhatikan 9 langkah ini:

Langkah 1: Bertenang dan jangan panik.

Ini paling penting. Ramai orang takut apabila mereka melihat seseorang mengalami kekejangan atau serangan sawan. Anda perlu membantu anak anda dengan tenang. Tenangkan anak anda dan pesan orang lain di sekeliling bahawa segala-galanya adalah terkawal.


Langkah 2: Mencegah kecederaan.

Jauhkan anak anda dari sumber bahaya. Jika dia berhampiran tangga, dapur panas, jalan yang sibuk, atau bahaya lain, lindungi dia seboleh yang mungkin. Jauhkan objek berdekatan yang tajam atau keras. Cuba letakkan sesuatu yang lembut seperti baju atau selimut yang dilipat di bawah kepalanya.

Semasa serangan sawan itu berlaku, apabila tubuhnya kaku, dia mungkin berhenti bernafas dan menjadi biru. Ini kerana darah lebih banyak dihantar untuk melindungi organ-organ pentingnya, seperti apa yang berlaku ketika anak melompat ke dalam air sejuk. Tempoh ini biasanya ringkas dan selalunya tidak memerlukan CPR. Dia akan mula bernafas sebaik sahaja ototnya berehat. Jangan menahannya atau cuba menghentikan gerakannya.

Langkah 3: Perhatikan tempoh masa serangan sawan atau kekejangan berlaku.

Seboleh-bolehnya, perhatikan masa mula serangan sawan itu berlaku, dan berapa lama ia berlaku. Sekiranya ia berlangsung lebih daripada lima minit, hubungi ambulans atau mana-mana bantuan kecemasan. Perhatikan sifat, kriteria dan panjang serangan sawan supaya anda dapat memberikan laporan yang tepat.


Langkah 4: Pastikan anak anda selesa.

Tanggalkan cermin mata supaya ia tidak pecah. Jika anak anda mempunyai makanan di dalam mulutnya, jangan cuba mengambil makanan itu, kerana ini sebenarnya boleh menyebabkannya tertelan lebih jauh ke dalam.

Cuba iringkan perlahan-lahan tubuhnya ke bahagian sebelahnya atau iringkan kepala ke tepi supaya mana-mana cecair boleh keluar dari mulutnya. Pastikan saluran pernafasannya stabil dan terkawal. Longgar dan tanggalkan apa-apa di sekeliling lehernya untuk memudahkan pernafasan. Buka butang atau tali pinggang yang ketat.


Langkah 5: Jangan letakkan apa-apa di mulut anak anda.

Meletakkan jari, sudu, atau apa-apa objek lain di dalam mulutnya boleh menyebabkan anak anda tercekik atau patah gigi, dan boleh juga menyebabkan jari digigit. Ramai antara kita yang salah faham bahawa seseorang itu boleh menelan lidah mereka semasa serangan sawan berlaku. Ini tidak benar kerana lidah terlekat ke pangkal mulut. Ia tak akan tertelan lidah!


Langkah 6: Jauhkan diri dari orang ramai.

Hanya satu atau dua orang diperlukan untuk pertolongan cemas. Tak perlu terlalu ramai. Ini boleh mengganggu proses rawatan kecemasan.


Langkah 7: Jangan berikan air, makanan atau pil sehingga serangan sawan selesai.

Ini akan mengelakkan daripada anak anda tercekik. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin telah menetapkan ubat-ubatan yang perlu digunakan pada masa serangan sawan itu; gunakannya seperti yang diarahkan. Periksa sama ada dia telah sedar dengan bertanya beberapa soalan mudah sehingga anak anda kembali kepada keadaan biasa.

Langkah 8: Jadilah ibu bapa yang ‘supportive’.

Kanak-kanak biasanya sembuh dari serangan sawan dengan sendirinya. Jika anak anda sudah boleh memahami dan bersekolah, terangkan kepadanya apa yang berlaku, dan berapa lama serangan itu berlaku. Anak anda mungkin mahu ditenangkan. Bantu dia tahu di mana dia berada dan apa yang sedang berlaku. Dia mungkin boleh mengalami situasi seperti buang air kecil atau besar ketika serangan berlaku tanpa disedari. Bantu dia untuk membersihkan.

Langkah 9: Selepas serangan sawan.

Sekiranya anak anda mengadu sakit di bahagian kepala, sakit otot atau lidah, beberapa ubat boleh membantu. Sekiranya dia mengalami kesakitan yang teruk, atau jika dia cedera semasa serangan berlaku, bawa dia untuk berjumpa doktor. Sekiranya anak anda mempunyai demam yang berkaitan dengan serangan itu, rujuk doktor di klinik atau hospital. Dia mungkin mempunyai jangkitan yang perlu dirawat.

Share kepada orang yang anda sayang. Semoga kita menjadi ibu bapa yang prihatin dan celik tentang ilmu-ilmu kesihatan ini. Moga bermanfaat untuk kita semua.

Artikel-artikel saya selalunya nampak ringan, santai dan tidak berat-berat. Tujuan saya satu, supaya anda di luar sana tak terlepas pandang ilmu-ilmu asas kesihatan yang saya kongsikan ini. Mana yang baik kita sama-sama kongsi.


Kredit : DR Ezairy M. Sallih © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/01/anak-anda-diserang-sawan-usah-cemas-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Selalu Sebut Perkataan Tak Baik Ini Beberapa Tip Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

Anak Selalu Sebut Perkataan Tak Baik Ini Beberapa Tip Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 518 hits
Anak anak kecil akan suka mencuba dan ingin tahu Mereka akan menggunakan perkataan yang pelik pelik dan baru mereka dengar tanpa benar benar faham maksudnya seperti orang dewasa faham Oleh itu kita perlu sangat RELAKS Jangan cepat mengelaba...
Video Pengantin Wanita Menangis Hendak Balik Ikut Ibu Bapa Kerana Tidak Pernah Berpisah Menjadi Perhatian Netizen

Video Pengantin Wanita Menangis Hendak Balik Ikut Ibu Bapa Kerana Tidak Pernah Berpisah Menjadi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 490 hits
Perkahwinan sememangnya sesuatu yang baik bagi mengikat hubungan silaturrahim antara 2 keluarga selain itu ianya juga amat dituntut oleh islam dan mengelakkan dari timbulnya kes kes z1n4 dan sebagainya Ianya merupakan ikatan yang sah dari s...
Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 716 hits
Hi Anak baru masuk sekolah rendah memang macam macam perangai Ada yang tak nak sekolah ada juga yang tak nak balik sekolah Memang menghiburkan betul video video yang saya tonton tentang anak anak yang baru masuk ke alam persekolah Sekolah d...
Anak Kerap Sakit Belakang Adakah Disebabkan Oleh Beg Sekolah Ibu Bapa Perlu Rujuk Pakar Tulang

Anak Kerap Sakit Belakang Adakah Disebabkan Oleh Beg Sekolah Ibu Bapa Perlu Rujuk Pakar Tulang

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 590 hits
Anak selalu mengadu sakit belakang pada waktu malam Kadang kadang dia tak mahu menggalas beg sekolahnya Mungkin disebabkan begnya Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah sakit belakang anak Ikuti perkongsian ini Kanak kanak yang be...
10 Tips Bagi Ibu Bapa Berhenti Daripada Menengking Anak

10 Tips Bagi Ibu Bapa Berhenti Daripada Menengking Anak

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 474 hits
Ibu bapa mana yang tak pernah menengking anak Rasanya kalau dah bergelar ibu ayah sekurang kurangnya mesti ada sekali anda akan tertengking anak walaupun dalam hati sudah berazam tak mahu lagi jerit membentak dan tengking anak Biasanya I le...
Anak Demam Lepas Mandi Kolam Doktor Dedahkan Sebabnya Yang Ramai Ibu Bapa Tidak Tahu

Anak Demam Lepas Mandi Kolam Doktor Dedahkan Sebabnya Yang Ramai Ibu Bapa Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 492 hits
Anak Demam Lepas Mandi Kolam Doktor Dedah Puncanya Yang Ramai TAK TAHU Musim cuti sekolah ni memang ramai anak anak berpeluang mandi kolam renang hotel kan Pernah terfikir tak kenapa kadang kadang anak boleh tiba tiba demam lepas mandi kola...
Kerusi Di Kantin Adalah Hak Murid Bukan Tempat Untuk Ibu Bapa Duduk Dan Layan Anak Sendiri

Kerusi Di Kantin Adalah Hak Murid Bukan Tempat Untuk Ibu Bapa Duduk Dan Layan Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 457 hits
Kerusi di kantin adalah hak murid bukan tempat untuk ibu bapa duduk dan layan anak sendiri Kerusi di kantin adalah hak murid bukan tempat untuk ibu bapa duduk dan layan anak sendiri
Kewajipan Utama Anak Perempuan Terhadap Ibu Bapa Setelah Berkahwin Yang Selalu Diabaikan

Kewajipan Utama Anak Perempuan Terhadap Ibu Bapa Setelah Berkahwin Yang Selalu Diabaikan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 894 hits
Sebagai anak perempuan yang telah menikah kewajiban yang harus dipenuhi tentu saja bukan lagi hanya kepada orang tua melainkan kepada suaminya Islam sendiri memberikan perintah kepada muslimah agar selalu mentaati suaminya dan mengikuti sua...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya