Kes Saman Fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Terhadap Anina Saadudin Selesai




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anina Saadudin hari ini, merekodkan persetujuan penyelesaian berhubung saman fitnah yang dikemukakan terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
Pada 5 Mac lalu, Ismail Sabri menyaman Anina, 46, atas dakwaan memfitnah beliau di laman Facebook serta menuduhnya sebagai tidak kompeten dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Menteri Pertahanan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Peguam Ragunath Kesavan, yang mewakili Ismail Sabri, kini Perdana Menteri, berkata kedua-dua pihak bersetuju memasukkan penghakiman persetujuan berdasarkan terma perintah injunksi yang dikeluarkan sebelum ini.
"Penghakiman persetujuan itu dimasukkan petang ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.
"Tiada perintah berkaitan kos atau kerugian," katanya sambil menambah keputusan hari ini adalah terjumlah kepada penyelesaian penuh bagi tindakan perundangan yang telah diambil sebelum ini.
Pada 11 Mac lepas, Ismail Sabri memperoleh perintah injunksi sementara untuk memaksa Anina memadamkan semua kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman Facebooknya.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan 1 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes saman itu.
Ismail Sabri, 61, atas kapasiti peribadi, memfailkan saman itu atas dakwaan Anina telah menyiarkan 13 kenyataan berbaur fitnah dan memuat naik sebuah video di laman Facebooknya, yang antara lain mendakwa beliau tidak kompeten dalam melaksanakan tugasnya semasa mengenakan peraturan ketat bagi mengekang penularan COVID-19 melalui PKP.
Ismail Sabri mendakwa, susulan kenyataan berbaur fitnah itu, reputasinya telah tercemar manakala tindakan memuat naik hantaran tersebut dilakukan dengan niat jahat bagi menjejaskan reputasi baik serta imej beliau.
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.  #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/kes-saman-fitnah-ismail-sabri-terhadap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Kementerian Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Senarai Kementerian Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 503 hits
Umum telah tahu bahawa Malaysia telah mempunyai Perdana Menteri yang kesembilan setelah Perdana Menteri kelapan iaitu Tan Sri Dato Haji Mahiaddin bin Md Yasin meletakkan jawapan kerana kegagalan mendapatkan sokongan ahli Parlimen bersandark...
Kes Mahkamah Zahid Hamidi Najib Cabaran Utama Menanti Ismail Sabri

Kes Mahkamah Zahid Hamidi Najib Cabaran Utama Menanti Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 294 hits
Sebaik mula memasuki pejabat Perdana Menteri hari ini beberapa cabaran telah pun siap terhidang untuk membuatkan Ismail Sabri Yaakob mula pening kepala memikirkannya Selain menguruskan pandemik Covid19 yang diharapkan rakyat pendekatannya b...
Dilema Akar Umbi Umno Terhadap Perdana Menteri Bernama Ismail Sabri

Dilema Akar Umbi Umno Terhadap Perdana Menteri Bernama Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 475 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerlantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri keSembilan sebenarnya mendatangkan banyak kekeliruan kepada ahli UMNO diperingkat akar umbi Pada awalnya mereka gembira Kemudian lain pula jadinya Ramai dari a...
Kes Saman Rm2 5 Juta Siti Nordiana Terhadap 5 Individu Dibicara 29 September

Kes Saman Rm2 5 Juta Siti Nordiana Terhadap 5 Individu Dibicara 29 September

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 241 hits
Oleh MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 September ini untuk perbicaraan kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Menurut peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang...
Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 369 hits
ARIF ATANPengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh menganggap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob takut dengan parti parti dalam kerajaan berhubung tuntutan undi percaya Presiden PKR itu berkata proses undi percaya mer...
Pusingan U Ros Suatu Kemenangan Buat Zahid Hamidi Tapi Menjadikan Ismail Sabri Pm Lame Duck

Pusingan U Ros Suatu Kemenangan Buat Zahid Hamidi Tapi Menjadikan Ismail Sabri Pm Lame Duck

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 249 hits
Orang yang paling gembira dengan keputusan pusingan U Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS membenarkan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tentunya ialah Ahmad Zahid Hamidi Kegembiran itu barangkali menyamai gembiranya kerana pulih ...
Hiburan Smart Pulak Kan Aaron Aziz Berminat Dengan Jam Tangan Camo Ismail Sabri

Hiburan Smart Pulak Kan Aaron Aziz Berminat Dengan Jam Tangan Camo Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 270 hits
Seutas jam tangan bercorak celoreng yang dipakai oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru baru ini telah menarik perhatian pelakon Aaron Aziz ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBiarpun Aaron kini sedang dirawat di hospi...
Tips Menang Di Gudangtoto

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Rezeki Tahun Ini

Filem Martabat Misi Berdarah

Lepak Mengopi Beramai Ramai Di Koffie Jln Mentol

Nak Ketupat Tahan Sampai Esok Elak 6 Kesilapan Ini Waktu Masak