Deep State Kuasa Ghaib Disebalik Pentadbiran Sesebuah Negara


'Deep state' atau 'negara terpendam' adalah suatu istilah 'negara dalam negara' yang bermaksud sekumpulan orang atau satu sistem dalam institusi negara yang mempunyai pengaruh besar untuk menentukan keadaan politik melangkaui kerajaan itu sendiri.


Institusi itu mungkin wujud dalam bentuk istana, polis, agensi perisikan, angkatan tentera, akademik, kehakiman dan perkhidmatan awam.

Deep People

Tetapi, istilah “deep people” tidak ada, namun kalau konsep “deep state” itu wujud, maka apa salahnya ada konsep “deep people”.

Tidak ada takrifan lagi untuk “deep people” tetapi ia boleh merujuk pada kalangan rakyat yang boleh mempengaruhi keadaan politik negara, juga melangkaui kerajaan atau “rakyat dalam rakyat.”

Maknanya “deep people” mengimbangi “deep state” supaya demokrasi dapat berfungsi dan berkesan untuk memenuhi tujuan asas sistem pemerintahan untuk rakyat.

Tangan Ghaib

"Deep state” juga tidak semestinya benar-benar wujud. Ia merupakan suatu konsep untuk menggambarkan realiti politik sesebuah negara di mana aktiviti demokrasi itu terletak di bawah kehendak sesuatu pihak, iaitu yang dinamakan “deep state.”

Ia mungkin juga hendak menggambarkan suatu konspirasi politik bagi memastikan negara dan kerajaan tidak menyeleweng daripada landasan yang ditetapkan kumpulan ini.

Maknanya, rakyat boleh memutuskan apa saja melalui demokrasi tetapi ia tidak boleh terkeluar daripada kerangka negara yang dikehendaki oleh “deep state.”

Konsep “deep state” ini disebut oleh Menteri Luar, Saifuddin Abdullah ekoran pengumuman Dr Mahathir Mohamad bahawa Kabinet membatalkan keputusan Malaysia menyertai Statut Rom.

Tetapi, konsep “deep state” pada zaman moden merujuk kepada apa yang berlaku di Republik Turki apabila ia mula ditubuhkan oleh Kamal Attaturk pada 1923.

Namun, ia mula digunakan terhadap Turki pada 1990-an apabila berlaku rampasan kuasa tentera.

Apa yang disebut sebagai “deep state” pada Turki adalah rangkaian sulit dalam kalangan polis, tentera dan agensi perisikan bagi memastikan jati diri dan keutuhan republik itu tidak tergugat.

Lebih-lebih lagi pada awal penubuhannya itu, pihak Barat masih mahu meleraikan Republik Turki dengan mendokong wilayah negara itu dipecah-pecahkan untuk menjadi Kurdistan dan juga daerah untuk digabungkan dengan Greece, Rusia atau Armenia, maka “deep state” diwujudkan di Turki bagi menjamin keutuhan negara itu.

Walaupun Attaturk mahukan sistem demokrasi berkembang dan berkesan supaya Turki menjadi maju seperti mana negara Barat yang lain, tetapi beliau tentu tidak mahu kesannya merosakkan jati diri negara itu.

Sejarah moden Turki menyaksikan campur tangan tentera dalam politik, dengan banyak rampasan kuasa ketika kerajaan dilihat boleh menjejaskan apa yang dianggap sebagai keutuhan negara.

Malah, presiden Turki sekarang juga berdepan dengan usaha rampasan kuasa tentera kerana ada dikalangan tentera beranggapan kerajaan Reccep Tayyip Erdogan mengancam aspirasi “deep state.”

Pemimpin Turki itu dapat mengatasi rampasan kuasa itu kerana sebahagian besar rakyat turun ke jalan raya yang maknanya dikalangan rakyat itu ada “deep people".

Konsep “deep state” ini juga digunakan terhadap Amerika Syarikat, walaupun proses demokrasi menghasilkan presiden daripada 2 parti yang bertentangan, tetapi segala dasar dan tindakan kerajaan tetap berada pada kehendak “deep state.”

Maka, dunia dapat menyaksikan walau siapapun yang menguasai White House dan Kongres AS, kuasa besar itu tetap mengikut dasar luar yang serupa dan perbezaan hanyalah kepada pendekatan.

Antara kehendak “deep state” AS ialah mepertahankan kedudukannya sebagai kuasa besar untuk menjaga kepentingan minyak, serta memelihara keselamatan Israel.

Selepas Perang Dunia Ke-2, banyak negara mencapai kemerdekaan dan akibat persaingan dengan Soviet Union, AS juga campur tangan dalam hal ehwal banyak negara asing. Mereka juga menerapkan konsep “deep state” ini pada negara baru merdeka.

Antara aspirasi utama “deep state” ini ialah memastikan negara mereka tidak jatuh ke tangan komunis. Untuk itu tentera menjadi institusi dominan dengan bantuan tentera dihulurkan oleh AS.

Di Asia Tenggara, peranan tentera dilihat amat besar, khususnya di Indonesia, Myanmar dan Thailand.

Walaupun selepas kejatuhan Suharto, Indonesia berusaha melaksanakan demokrasi tetapi Thailand dan Myanmar menyaksikan pengaruh besar tentera yang tidak boleh digugat oleh rakyat.

Malah, dalam pilihan raya umum Thailand, seperti mana yang berlaku di Myanmar beberapa tahun lalu, proses demokrasi mereka terhad dengan kekuasan tentera yang terus kuat dalam kerajaan dan Parlimen.

Konsep “deep state” terserlah di Myanmar dan Thailand. Ia tidak “deep” atau “terpendam.”

Bagaimana tentera menggunakan atau berpakat dengan istana adalah jelas bagi para pemerhati.

Deep State Di Malaysia

Di Malaysia, soal “deep state” tidak timbul selama mana Perikatan dan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno terus memerintah.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu di atas runtuhan Malayan Union dengan penggubalan perlembagaan menjadikan tidak perlunya ada “deep state.”

Segala institusi negara, dari istana, tentera, perkhidmatan awam terpelihara dalam perlembagaan negara, dengan parti politik memerintah yang selaras dengan apa yang dirasakan sebagai jati diri atau tonggak negara.

Tetapi, Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Lambat laun rakyat akan memilih parti selain daripada Umno dan BN kerana tidak akan ada sesebuah parti yang akan memerintah selama-lamanya.

Maka, selepas pilihan raya umum 2008 apabila BN kehilangan 5 negeri, beserta kegagalan memperoleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, maka kesedarannya ialah tidak boleh menolak kemungkinan kerajaan akan bertukar parti suatu hari nanti.

Selepas pilihan raya itulah timbul kekhuatiran kalau-kalau parti selain BN yang menang, maka jati diri dan tonggak negara seperti yang dianggap oleh golongan tertentu akan terjejas.

Dari masa itu, bermulalah penekanan terhadap konsep ketuanan Melayu, malah disebut sesiapapun yang memerintah negara, mereka tidak boleh meminda apa yang disebut sebagai teras atau tonggak negara.

Untuk ini, bukan saja polis dan tentera dilihat sebagai tonggak negara, tetapi ahli akademik Melayu turut mengeluarkan hasil pemikiran bagi mempertahankan negara.

Institut penyelidikan juga ditubuhkan untuk menghujah kuat apa yang disebut sebagai tonggak negara, maka dalam keadaan inilah disebut mengenai “deep state” di Malaysia.

Maknanya, walaupun pilihan raya umum akan menghasilkan parti yang lebih terbuka dan bebas daripada Umno dan BN, namun mereka berharap ia tidak akan menjejaskan apa yang disebut sebagai jati diri negara.

Tetapi, setelah PH memenangi PRU14, maka dirasakan “deep state” itu perlu digerakkan. Jadi apa jua pembaharuan atau refornasi yang hendak dilakukan, maka “deep state” ini akan mengambil berat.

Maka tidak mustahil pembaharuan yang hendak dilakukan kerajaan seperti ratifikasi Konvensyen Antarabangsa bagi Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom dilihat sebagai mengancam jati diri negara seperti mana yang dianggap oleh “deep state.”

Tetapi seperti biasa, tidak semua rakyat yang menyokong “deep state.” Ada yang mengemukakan aspirasi negara alternatif, yang berbeza daripada apa yang dipegang oleh Malaysia sejak 60 tahun lalu.

Kalau rakyat kuat, mereka merupakan “deep people” Malaysia yang timbul kerana hendak mengimbangi “deep state.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Siapa Sebenarnya 'Kuasa Ghaib' Di Sebalik Keputusan Presiden Amerika Syarikat?Lagu Daripada Kisah Benar Pembunuhan Presiden Amerika Syarikat!
sumber: FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/apa-itu-deep-state.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wujud Kumpulan Deep State Lakukan Kudeta Pas Tuntut M Luar Jelaskan

Wujud Kumpulan Deep State Lakukan Kudeta Pas Tuntut M Luar Jelaskan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 314 hits
Statut Rom PH serang Majlis Raja Raja PARTI Islam Se Malaysia menuntut penjelasan daripada YB Menteri Luar Negeri yang mengatakan mengenai wujud kumpulan deep state yang berkemungkinan melakukan kudeta ke atas kerajaan Beliau berkata demiki...
Ph Tumpu Pada Usaha Pulihkan Negara Pada Tahun Pertama Pentadbiran

Ph Tumpu Pada Usaha Pulihkan Negara Pada Tahun Pertama Pentadbiran

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 240 hits
foto sumber internet nbsp KUALA LUMPUR Tahun pertama pentadbiran kerajaan PH lebih bertumpu kepada usaha pengukuhan pemulihan serta meletakkan semula negara di landasannya berikutan kekalutan yang ditimbulkan oleh 1Malaysia Development Bhd ...
Prosiding Pac Kes Tanah Dbkl Babit Peguam Negara Sprm

Prosiding Pac Kes Tanah Dbkl Babit Peguam Negara Sprm

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 340 hits
ISMA WEB Tommy Mohd Shukri akan sambung keterangan prosiding 23 April Pengerusi PAC Datuk Noraini Ahmad yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong KUALA LUMPUR Prosiding Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mengenai transaksi penjualan tanah milik ...
Skandal Jual Tanah Dbkl Peguam Negara Dan Pengarah Sprm Mengadap Pac

Skandal Jual Tanah Dbkl Peguam Negara Dan Pengarah Sprm Mengadap Pac

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 337 hits
Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara Pengerusi PAC yang baharu Datuk Dr Noraini Ahm...
Tak Boleh Politik Pak Pandir Memerintah Negara Abdul Hadi

Tak Boleh Politik Pak Pandir Memerintah Negara Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 362 hits
Video Tak boleh politik Pak Pandir memerintah negara Abdul HadiVideo Abdul Hadi bersyukur sambutan hangat permuafakatan BN Pas
164 Tank Harimau Buatan Pindad Bakal Dibeli 2 Negara Di Asia

164 Tank Harimau Buatan Pindad Bakal Dibeli 2 Negara Di Asia

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 372 hits
Direktur Bisnis Produk Pertahanan Keamanan PT Pindad Widjajanto mengatakan pihaknya tengah menjajaki ekspor Tank Harimau di beberapa negara di dua kawasan Asia yaitu negara negara di ASEAN dan di Asia Selatan
10 Hal Unik Dan Aneh Di China Yang Nggak Ditemukan Di Negara Lain Bikin Geleng Geleng Kepala Deh

10 Hal Unik Dan Aneh Di China Yang Nggak Ditemukan Di Negara Lain Bikin Geleng Geleng Kepala Deh

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 285 hits
Di China emang banyak hal hal unik yang kocak Mulai dari kebiasaan buang kotoran di sembrang tempat sampai jasa sewa pacar biar nggak dinyinyirin tetangga Ada ada aja
Abang Pengerusi Spr Bakal Ketua Hakim Negara

Abang Pengerusi Spr Bakal Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 409 hits
Abang Art Harun bakal Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum bakal menamatkan kerjayanya Ketua Hakim Negara dalam masa beberapa jam lagi Namun sehingga kini masih tidak kedengaran nama yang bakal menggantikan Malanjum Mengikut kebiasaa...
Aliran Tunai Meruncing Ekonomi Merudum Ph Tiada Kebolehan Urus Negara Tok Mat

Aliran Tunai Meruncing Ekonomi Merudum Ph Tiada Kebolehan Urus Negara Tok Mat

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 230 hits
REMBAU 12 April 8211 Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan kecewa melihat keadaan ekonomi negara yang semakin menguncup semenjak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Timba
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan