Dedikasi Petugas Kesihatan Perangi Covid 19 Sangat Menakjubkan Kp Kesihatan


Selepas 67 hari negara dilanda wabak COVID-19 sejak kes pertama pada 25 Jan lepas, insan bergelar petugas kesihatan merupakan antara barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memerangi virus membunuh ribuan nyawa di seluruh dunia.
Menghargai segala pengorbanan dan penat lelah mereka, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah secara peribadi menzahirkan rasa bangga dan menyifatkan dedikasi serta keikhlasan yang ditunjukkan ‘wira berbaju putih dan biru’ dalam menghadapi pandemik luar biasa yang melanda dunia sejak awal tahun sememangnya amat menakjubkan.
Katanya setiap petugas kesihatan di sektor awam mahupun sektor swasta telah menunjukkan iltizam yang tinggi dan berusaha sebaik mungkin dalam usaha menangani COVID-19.
“Ramai yang telah meninggalkan orang yang tersayang di rumah dan mengorbankan masa dan keselesaan untuk berada di barisan hadapan demi merawat pesakit kita. Kementerian menghargai setiap daripada anda serta segala kudrat yang telah dan sedang anda curahkan setiap hari.
“Terima kasih kepada anda semua,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.
Situasi yang dihadapi ketika ini adalah suatu pengalaman baharu bagi semua, dan bagi mengharunginya, beliau berkata sektor kesihatan negara telah merancang dan bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan.
Menzahirkan keyakinan dengan penglibatan petugas daripada semua peringkat, Ketua Pengarah Kesihatan itu percaya mereka melakukan yang terbaik demi memastikan keselamatan semua pihak kerana kesihatan awam adalah menjadi keutamaan.
Dr Noor Hisham, yang juga pakar bedah, berkata negara sedang melalui suatu tempoh yang sangat getir dan setiap rakyat telahpun terkesan akibatnya, malah dalam menangani peristiwa tidak diduga berlaku dalam sejarah, langkah baharu telah dilaksanakan termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan pelbagai sumbangan kepada petugas di barisan hadapan.
“Kepada para penyumbang kami, sememangnya kami amat terharu tatkala menyaksikan kemurahan hati sebegitu banyak individu dan organisasi, kecil dan besar, tempatan dan antarabangsa. Bagi pihak petugas di barisan hadapan, saya ucapkan terima kasih,” katanya.
Dalam menentukan kemenangan memerangi COVID-19 yang sehingga kini telah meragut 37 nyawa di Malaysia, Dr Noor Hisham meletakkan harapan tinggi kepada orang ramai untuk menghentikan pandemik itu daripada terus menular.
Menzahirkan harapan tinggi supaya orang ramai mematuhi PKP dengan terus berada di rumah, beliau berkata peranan masyarakat adalah penting dalam meratakan lengkungan penularan COVID-19, sekali gus membolehkan lebih banyak masa dan kapasiti fasiliti kesihatan untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan.
“Setiap rakyat Malaysia mesti memainkan peranan mereka dalam memerangi pandemik ini,” katanya.
— BERNAMA
YouTube Mula Menghadkan Penstriman Pada Resolusi 480p Sahaja Di India Minggu lalu YouTube mula menetapkan skrin lalai mereka ke resolusi 480p ke seluruh dunia bagi mengurangkan beban rangkaian Internet dunia akibat wabak Covid-19. Tetapi di India langkah yang lebih drastik mula dilakukan YouTube dengan hanya membenarkan penstriman pada resolusi maksimum 480P sahaja.

Menurut laporan XDA, pengguna di beberapa kawasan di India hanya dibenarkan menstrim pada resolusi maksimum 480p sahaja apabila menggunakan aplikasi Android. Tiada pilihan untuk resolusi lebih tinggi tetapi mereka boleh mengurangkan kualiti ke 360p. 240p dan 144p sekiranya perlu. Pada waktu ini YouTube hanya mengenakan had resolusi ini pada aplikasi telefon pintar tetapi tidak pada desktop.
Dengan semakin banyak negara menggunakan perintah kekangan pergerakan dan perintah berkurung, mungkin had penstriman seperti di India ini akan dikembangkan ke peringkat global kelak.

The post Dedikasi Petugas Kesihatan Perangi COVID-19 Sangat Menakjubkan- KP Kesihatan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/dedikasi-petugas-kesihatan-perangi-covid-19-sangat-menakjubkan-kp-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiong Kritik Kewibawaan Menteri Kesihatan Perangi Covid 19

Tiong Kritik Kewibawaan Menteri Kesihatan Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 219 hits
Presiden Parti Demokratik Progresif Datuk Seri Tiong King Sing mengkritik pendekatan yang diambil oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam mengetuai perjuangan keseluruhan negara disaat melawan pandemik Covid 19 ketika ini Kata...
Sekurang Sekurangnya 66 Doktor Terkorban Hampir 9 000 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Di Itali

Sekurang Sekurangnya 66 Doktor Terkorban Hampir 9 000 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Di Itali

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 268 hits
Sebanyak lima lagi doktor dilaporkan maut di Itali akibat dijangkiti wabak Covid 19 menurut Persekutuan Doktor Itali pada Selasa Angka tersebut menjadikan keseluruhan jumlah doktor yang terkorban sekurang kurangnya 66 orang sejak wabak itu ...
Selangor Tambah Rm272 Juta Untuk Perangi Covid 19 Amirudin Shari

Selangor Tambah Rm272 Juta Untuk Perangi Covid 19 Amirudin Shari

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 218 hits
Astro Awani Peruntukan itu merupakan tambahan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 20 Mac lepas menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta KUALA LUMPUR Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prih...
Pakai Alat Bantu Pernapasan Menhub Budi Karya Semangat Perangi Covid 19

Pakai Alat Bantu Pernapasan Menhub Budi Karya Semangat Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 221 hits
Dalam video tersebut Budi Karya masih mengenakan alat bantu pernapasan Dia berterima kasih kepada Jokowi saat ini sedang berjuang menyelesaikan Covid 19 Dia pun merasakan hal tersebut dan cara tersebut menumbuhkan semangat untuk memerangi v...
Gandeng Pmi Mulyadi Ajak Warga Bukittinggi Perangi Penyebaran Covid 19

Gandeng Pmi Mulyadi Ajak Warga Bukittinggi Perangi Penyebaran Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 145 hits
Anggota DPR Mulyadi mengatakan upaya memerangi Virus Corona tersebut dilakukannya dengan menggandeng Palang Merah Indonesia Bukittinggi Politikus Demokrat itu mengajak masyarakat memerangi penyebaran Covid 19 di Sumbar
Lihatlah Bagaimana Rakyat China Memberi Penghormatan Luar Biasa Kepada No 1 Frontliner Petugas Petugas Kesihatan Video

Lihatlah Bagaimana Rakyat China Memberi Penghormatan Luar Biasa Kepada No 1 Frontliner Petugas Petugas Kesihatan Video

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 407 hits
Wabak Covid 19 di China telah hampir sselesai dan berada dalam kawalan sepenuhnya Kesemua pegawai kesihatan yang berkhidmat dengan sepenuh hati jiwa dan raga mereka telah dibenarkan pulang ke kampung halaman masing masing setelah berhempas ...
Selepas China Berjaya Perangi Covid 19 Haiwan Ini Kembali Dijual Di Pasar Buat Ramai Tak Setuju

Selepas China Berjaya Perangi Covid 19 Haiwan Ini Kembali Dijual Di Pasar Buat Ramai Tak Setuju

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 319 hits
Selepas tiga bulan penularan wabak Covid 19 disebabkan berjaya mengekang penyebaran wabak tersebut mereka meraikan kemenangan dengan membuka semula perniagan dan pasar namun apa yang kembali dijual di pasar daging di china ini buat ramai ge...
Covid 19 Tak Ikut Perintah Banyak Duit Sangat Nak Bayar Denda

Covid 19 Tak Ikut Perintah Banyak Duit Sangat Nak Bayar Denda

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 238 hits
Kedegilan bawa padah padahal dah beribu kali kerajaan pihak berkuasa memaklumkan agar stayAtHome Seramai 34 orang dihadapkan ke mahkamah majestret alor setar pagi tadi atas kesalahan ingkar Kesemua suspek ditahan di sekitar daerah Kota Seta...
Jangan Peduli Suara Nyamuk Teruskan Usaha Perangi Covid 19 Habis Habisan

Jangan Peduli Suara Nyamuk Teruskan Usaha Perangi Covid 19 Habis Habisan

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 223 hits
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Ultra kiasu tak tahu ke negara sedang berada dalam keadaan darurat ADA sekumpulan teramat kecil ahli akademik budayawan aktivis dan ahli politik ultra kiasu menggesa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin su...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia