Dedak Kanser Ppim Kesal Sikap Kartel Penguat Kuasa Samudera My 26 10 2022


 

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal ada syarikat gergasi pengeluar makanan ayam negara ini sanggup membekalkan dedak tidak berkualiti kepada penternak kontrak yang kandungannya dipercayai boleh menjejaskan kesihatan sehingga berisiko menyebabkan penyakit kanser kepada pengguna.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan@toqqi berkata, bahan makanan kitar semula yang berisiko tercemar yang dijadikan dedak ayam sudah tentulah akan mendedahkan manusia kepada pelbagai masalah kesihatan terutama kanser. Perkara ini adalah hasil daripada makanan yang di import dari luar negara ataupun inisiatif yang datang dari luar negara.
Menurutnya, boleh jadi perkara ini sengaja dibuat ataupun pihak yang terlibat tidak membuat kajian terlebih dahulu tetapi yang menghairankan mengapa institusi kita tidak membuat pemeriksaan dan pengesahan terhadap keselamatan bahan-bahan yang diimport sehingga dibiarkan berlarutan.
“Kita lihat antaranya jagung pun diimport dari jagung luar negara, jadi macam mana kita nak dapatkan hasil yang memuaskan, sampaikan ayam yang kita pelihara pun makanannya seperti jagung perlu diimport dan perkara ini sebenarnya tidak masuk akal.”
“Jadi saya melihat perkara ini adalah antara sebab utamanya adalah kelemahan daripada institusi-institusi di dalam negara kita yang mungkin tak buat kerja lah,”ujarnya.
Maka, selepas ini jika adalah lagi pihak yang terus mengimport makanan ternakan dari luar ini perlulah disemak secara detail termasuk pengesahan dari segi kesihatan produk berkenaan. Jangan ambil sambil lewa. Apabila sudah ada isu timbul seperti ini sudah tentu pihak yang terbabit perlu menjalankan tugas-tugas mereka turun padang, siasat dan kaji.
“Buat kerjalah nak tunggu apa lagi, buat kajian secara terperinci, bukannya kita tidak ada pakar,” tegasnya.
Ditanya, sejauh mana Kerajaan peka terhadap kajian daripada penyelidik yang dibuat persatuan penternak ayam menunjukkan kadar toksik dalam dedak itu boleh menyebabkan kanser kepada orang yang makan ayam?
Menurut Toqqi, sebenarnya setiap agensi yang dilantik ataupun ditubuhkan dan terlibat dengan perkara-perkara bersangkutan perlu mengambil peranan serius. Agensi kena buat sesuatu, jangan nak tunggu kena tekan baru nak bergerak, di mana sikap dan tanggungjawab yang diberi untuk memastikan hal-hal seumpama ini dapat diatasi ataupun lebih tepat dapat dielakkan. Buat semakan, perlu ambil inisiatif dan perbanyakkan kajian supaya hal berkenaan dengan dedak ayam ini tidak menjadi lebih teruk lagi di masa akan datang.
“Bagi saya hal ini tidak sepatutnya terjadi dan tidak masuk akal, seolah-olah pihak yang diberi tanggungjawab untuk memantau hal ini seperti tidak tak buat kerja.”
Banyak persoalan dari masyarakat awam yang juga pengguna, mengapa tidak diwujudkan sahaja akta bagi mengawal kartel pengeluar supaya tidak lagi meletakkan apa sahaja ramuan di dalam dedak ayam di Malaysia untuk mengeluarkan produknya?
Beliau berkata, ini pun masalah juga, bukan tidak boleh diwujudkan akta untuk mengawal kartel pengeluar ini supaya tidak lagi meletakkan apa sahaja ramuan di dalam dedak ayam di Malaysia untuk mengeluarkan produk. Tetapi malangnya, tidak ada pemimpin yang berani bersuara pun dalam isu ini, mana nak datangnya cadangan, sudahlah cadangan pun tidak ada maka sudah tentulah lagi jauh yang nak menyokong untuk dijadikan akta.
Jadi, antara solusi lain kepada permasalahan ini dan siapakah yang mesti bertanggungjawab sebenarnya adalah kita sendiri perlu mengubah masalah attitude kita, masalah adab dan masalah akhlak kita yang memeningkan kepala kita pasainya kita telah mewujudkan satu budaya yang cukup teruk dalam negara ini di mana kita boleh tengok semua perkara bermula daripada kartel di dalam negara ini. Sehinggakan kartellah yang membuat segala macam polisi.
Persoalannya, kenapa pihak berwajib yang seharusnya memantau, gagal mengesan perkara ini lebih awal?
Menurut Toqqi, kadang-kadang semua ini, dia ada kira-kiranya dan polisi yang dibuat oleh kartel-kartel ini. Kartel-kartel ini sudah duduk di kementerian, di agensi dan membuat polisi itu sendiri sehingga mereka ini jugalah yang memberi arah tuju dan cadangan.
Justeru, kita sepatutnya membuat polisi sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak seperti kartel-kartel ini. Cukuplah, kita sudah sangat teruk dengan polisi-polisi ini. Maka, sampai masanya kita sendiri mengawal selia seratus peratus polisi di dalam negara kita tanpa ada lagi campur tangan kartel-kartel ini.
Timbul juga persoalan mengenai tindakan-tindakan yang dilihat kononnya dikenakan ke atas kartel-kartel seperti ini apabila hal seumpama ini berlaku tetapi ia seolah-olah ringan dan macam just a slap on the wrist.
Maka, sebab itu perlu ada tindakan yang lebih berani dan tegas dari pihak Kerajaan untuk pastikan mereka-mereka ini mengambil pengajaran dan tidak berulang lakukan penganiayaan dan penipuan yang sama. Balik-balik rakyat yang juga merupakan pengguna lah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung apa saja eksperimen dari kartel-kartel ini.
“Kena ada kesedaran daripada rakyat terhadap hak kepenggunaan terutamanya hak sebagai rakyat. Kita sedar sekarang ini pilihan raya yang semakin dekat jadi pandai-pandailah kita memilih mereka-mereka yang benar-benar boleh bekerja untuk rakyat. Kita perlukan orang-orang yang boleh buat kerja termasuk juga agensi pun kena buat kerja, jangan buat kerja benggong yang menyusahkan dan mengkhianati amanah rakyat,” katanya mengakhiri kenyataan.


Artikel oleh: Samudera.my
'DEDAK KANSER': PPIM KESAL SIKAP KARTEL, PENGUAT KUASA

https://www.samudera.my/dedak-kanser-ppim-kesal-sikap-kartel-penguat-kuasa/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/10/dedak-kanser-ppim-kesal-sikap-kartel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Bakal Tubuhkan Gerakan Sukarelewan Rakyat Buletin Pertiwi 27 10 2022

Ppim Bakal Tubuhkan Gerakan Sukarelewan Rakyat Buletin Pertiwi 27 10 2022

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 413 hits
Satu gerakan sukarelawan rakyat akan ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi badan bukan kerajaan yang ingin menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap calon calon Pilihan Raya Umum Ke 15 Sumber Buletin Pertiwi...
Memilih Wakil Rakyat Bukan Wakil Parti Kenyataan Media Ppim 26 10 2022

Memilih Wakil Rakyat Bukan Wakil Parti Kenyataan Media Ppim 26 10 2022

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 252 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia memberi ingatan kepada masyarakat agar memberi perhatian mengenai ciri ciri calon yang akan bertanding di dalam PRU 15 ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata PPIM menerima banyak per...
Aktiviti Forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan Ppim 20 10 2022

Aktiviti Forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan Ppim 20 10 2022

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 240 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi sebagai ahli panel dalam forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan Aku Tersalah Langkah anjuran Jabatan Penjara Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi
Tahap Kesihatan Rakyat Malaysia Dalam Bahaya Sidang Media Ppim 18 10 2022

Tahap Kesihatan Rakyat Malaysia Dalam Bahaya Sidang Media Ppim 18 10 2022

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 258 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat kesal namun tidak terkejut dengan pendedahan oleh Kesatuan Eropah dan wakil Pfizer pengeluar vaksin C0VID 19 bahawa vaksin keluaran syarikat itu tidak diuji sebelum penggunaan kepada manusia PPIM secar...
Pru15 Ppim Bakal Tubuh Gerakan Sukarelewan Rakyat Sinar Harian 26 10 2022

Pru15 Ppim Bakal Tubuh Gerakan Sukarelewan Rakyat Sinar Harian 26 10 2022

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 219 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat untuk badan bukan kerajaan menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap calon bagi Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nad...
Platform Netizen Dan Ngo Bantu Negara Pru15 Sidang Media Ppim 03 11 2022

Platform Netizen Dan Ngo Bantu Negara Pru15 Sidang Media Ppim 03 11 2022

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 223 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia banyak menerima aduan dan keluhan dari rakyat mengenai ekonomi sosial yang makin bercelaru tiada halatuju dan dijangka makin buruk pada tahun 2023 Rakyat menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi PPIM me...
Selamat Menyambut Deepavali 2022

Selamat Menyambut Deepavali 2022

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 206 hits
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2022 Selamat menyambut Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu seluruh Malaysia Dan Sekolah akan mula bercuti bermula 20 haribulan Oktober sehingga 25 Oktober Mula bersekolah semula pada hari rabu iaitu 26 Ok...
Sasar 10 Pasar Tradisional Dan Ratusan Umkm Prs 2022 Siap Digelar Di Kota Makassar

Sasar 10 Pasar Tradisional Dan Ratusan Umkm Prs 2022 Siap Digelar Di Kota Makassar

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 180 hits
Dilaksanakannya Pesta Rakyat Simpedes 2022 ini bertujuan untuk mengedukasi digitalisasi finansial pada pawai internal dan peningkatan literasi keuangan dengan pemberdayaan UMKM dengan memberikan layanan keuangan
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah