Debut Seram Arahan Ghaz Abu Bakar Qifarah Jejak Warisan Berdarah Keluarga


Debut Seram Arahan Ghaz Abu Bakar: Qifarah, Jejak Warisan Berdarah Keluarga Dalam setiap bisikan gelap, tersimpan kebenaran yang menanti untuk terbongkar. Itulah yang dibawa oleh Qifarah, taruhan pertama Ghaz Abu Bakar dalam genre seram, yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober 2025. Mengangkat tema penebusan dan pengampunan, filem ini menjanjikan penceritaan penuh misteri, suspens, serta bayangan ghaib yang akan terus mengikat jiwa penonton hingga ke detik terakhir.

Diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama My Way Pictures dan Astro Shaw serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, Qifarah menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Namron, Esma Daniel, Vanida Imran, Rita Nadira dan Rafique Iskandar.

Entiti silam, dendam lama dan rahsia yang masih hidup!
Qifarah mengisahkan Yusoff (Remy Ishak), seorang perantau yang telah lama menetap di Kaherah bersama isterinya, Marissa (Rita Nadira), serta anak mereka, Mikhail (Rafique Iskandar). Namun, apabila menerima perkhabaran tentang bapanya yang sedang nazak, Yusoff kembali ke tanah air selepas 30 tahun dengan niat membantu ayahnya bertaubat daripada amalan ilmu hitam, sambil merungkai kejadian mistik yang terus membelenggunya.

Di sebalik kepulangan itu tersembunyi pertemuan semula Yusoff dengan keluarganya yang penuh rahsia kelam. Yusoff berdepan ibu tirinya, Mawar (Sharifah Sakinah), yang langsung tidak dimamah usia, dan adiknya, Eykha (Liyana Jasmay), yang jiwanya kekal seperti anak kecil.

Kehadiran Marissa dan Mikhail secara tiba-tiba di rumah pusaka keluarga Yusoff mengeruhkan keadaan. Pelbagai kejadian aneh menyambut mereka, menjadikan setiap langkah sarat dengan ketegangan. Apa yang menanti di hadapan? Adakah nyawa dan nasib mereka kini terancam?
Mengetengahkan unsur mistik dan kuasa ghaib, Qifarah dibalut dengan sinematografi bergaya yang mengajak penonton merenung erti sebenar dosa lampau dan ruang penebusan yang masih berbaki. Filem ini dihasilkan dengan teliti dari setiap lapisan proses supaya pengalaman menonton benar-benar terasa.

“Setiap babak dirangka untuk memberi impak yang berkesan. Dari rekaan set, pencahayaan, prop, hinggalah setiap perincian pakaian dan aksesori watak, semua elemen diberi perhatian. Saya mahu setiap penonton merasai intensiti dunia ‘Qifarah’ dan pengajaran yang ingin disampaikan, dengan elemen visual dan bunyi yang meninggalkan kesan mendalam serta tidak mudah dilupakan selepas meninggalkan pawagam,” kata Ghaz Abu Bakar, pengarah filem ini.

Jangan lepaskan peluang! Qifarah bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober 2025. Bersedialah untuk sebuah perjalanan ngeri, di kala setiap titisan darah menyimpan rahsia, setiap bisikan menjadi mantera dan setiap bayangan menuntut pembalasan.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Qifarah, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.
The post Debut Seram Arahan Ghaz Abu Bakar: Qifarah, Jejak Warisan Berdarah Keluarga appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/08/debut-seram-arahan-ghaz-abu-bakar-qifarah-jejak-warisan-berdarah-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syamin Yusof Dedah Sebab Ghaz Abu Bakar Dipilih Arahkan Qifarah

Syamin Yusof Dedah Sebab Ghaz Abu Bakar Dipilih Arahkan Qifarah

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 96 hits
Qifarah merupakan filem pertama Ghaz Abu Bakar yang mana diterbitkan di bawah Skop Production Ianya juga merupakan filem seram seumpamanya arahan pengarah berkenaan yang sebelum ini sinonim dengan permulaan francais Polis Evo Bercakap kepad...
Imam Masjid Sultan Abu Bakar Janda Baik Yang Dilaporkan Hilang Sejak Sabtu Dijumpai Selamat Di Sabak Bernam

Imam Masjid Sultan Abu Bakar Janda Baik Yang Dilaporkan Hilang Sejak Sabtu Dijumpai Selamat Di Sabak Bernam

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 69 hits
BENTONG Seorang imam Masjid Sultan Abu Bakar Janda Baik di sini yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah resort di Sabak Bernam Selangor pada Isnin Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mo...
Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 184 hits
Verse 1 Ya itu benarJika itu kata kataRasulullah maka aku percaya Verse 2 Ada lelaki yang paling dicintaiOleh Rasulullah Salallah Alaihi WasalamSifatnya terpujiTak suka dipujiLelaki pertama yang memeluk Islam Verse 3 Kaya raya peniaga berja...
Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1035 hits
Buletin TV3 nbsp KUALA LUMPUR Persekutuan Bolasepak Antarabangsa menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia dan tujuh pemain susulan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang berkaitan dengan pemalsuan dan penyalahgunaa...
Siaran Media Fam Akan Membuat Rayuan Terhadap Keputusan Fifa Berhubung Pemain Warisan

Siaran Media Fam Akan Membuat Rayuan Terhadap Keputusan Fifa Berhubung Pemain Warisan

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1539 hits
Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan bahawa pihak kami telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa berkaitan kes pemain warisan FAM ingin menegaskan bahawa para pemain terbabit dan FAM sendiri telah berti...
Proses Kewarganegaraan Pemain Warisan Ikut Perlembagaan Persekutuan Saifuddin Nasution

Proses Kewarganegaraan Pemain Warisan Ikut Perlembagaan Persekutuan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 371 hits
Proses Kewarganegaraan Pemain Warisan Ikut Perlembagaan Persekutuan Saifuddin Nasution Kementerian Dalam Negeri tampil memberikan penjelasan berhubung isu kewarganegaraan pemain naturalisasi susulan kembali mencuri perhatian dunia bola sepa...
Fam Didenda Fifa 7 Pemain Warisan Digantung Kemuka Dokumen Palsu

Fam Didenda Fifa 7 Pemain Warisan Digantung Kemuka Dokumen Palsu

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 815 hits
FAM Didenda FIFA 7 Pemain Warisan Digantung Kemuka Dokumen Palsu KUALA LUMPUR Persekutuan Bolasepak Antarabangsa mengambil tindakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia dan tujuh warisan Harimau Malaya selepas didapati melanggar Artikel 22...
Zaliha Menghadap Sultan Selangor Bentang Pelan Warisan Kl

Zaliha Menghadap Sultan Selangor Bentang Pelan Warisan Kl

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 385 hits
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pelan itu beri penekanan kepada pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad yang amat dekat dihati baginda Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa ketika menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddi...
Dinner Di Sobirin Warisan Tomyam Seafood Nilai

Dinner Di Sobirin Warisan Tomyam Seafood Nilai

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 514 hits
Assalamualaikum Semalam SA sanggup x makan tengahari sebab nak dinner kat Restoran Sri Sahabat Nilai tu alaaa tempat selalu SA makan ngan suami kalau kami dah lewat balik rumah kan semanagt betul ni siap dah ada menu dalam kepala suami plak...
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Buy Notion Business Best Alternative To Costly Ai Productivity Tools Whatsapp 91 8586875020


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Misi Bantuan Kebakaran Sekolah San Tambunan Sabah

Flavorful Ground Beef Recipe Easy Quick

Sinopsis Filem Banduan

Kebaikan Belimbing Buluh Rahsia Superfood Tempatan Yang Menakjubkan

Pound Sterling Terpaksa Merosot Seiring Pasaran

Zinidan Zidan Feat Yaya Nadila Saat Kau Jauh Chord